Thursday, May 29, 2008

Cerita marilah bersalin di wad bersalin

Expressed by Noorita Yusof at 2:47 PM 1 thoughs.. Links to this post
Petang ni Insya-Allah takde aral melintang we all budak budak opis akan pegi melawat Farah and mini Farah - hehe, her little one lah.

To be frank, sampai skang aku cam tak caya yg Farah my fren ni dah jadik mama dah. Ingat lagi dulu masa satu opis kat Kwan Seng. Still huha huha lagi. Now dah naik pangkat sama ngan aku dah. Welcome to the club!

Dengar cite dia masa deliver dulu teringat plak nostalgia aku. Tapi I'm not gonna to tell about my story la. Dah basi pon. Lagi pulak rasanya dah cite kat mana2. Kat blog or kat fotopages. Tak ingat dah.

Tapi terasa nak share cite cite orang persekitaran dan orang orang berdepan, bersebelah dan bersatu flooran dengan aku masa time nak deliver dulu. (Aku deliver kat Hospital Besar Kuala Trg).

Kat katil kanan aku ada sorang girl (of coz la kan) chinese. Mula2 aku ingat dia melayu, sebab mata tak sepet ok. Lawa gila. Skali nama dia Chua. Tell you, dia ni baik gila ok. Cakap lak alahai slowww sgt. Rupanya dia kat katil tu dah masuk 8 hari.
And dah overdue nak masuk 10 hari. Hai apa ke anak sangat suka duduk dalam perut dia kan. Tamo kuar kuar. Dia kata dah 2 kali kena induce, tapi tetap 1cm jugak bukak. Masa aku kena induce (sekali je), dia kena kali ke-3. Tapi perut still takde sakit sakit. Dia cakap just rasa keras je. Sian lak aku nengok. Aku yg duduk semalaman ni pun dah menggelupur kebosanan.

So sudahnya aku dulu branak daripada dia. Dan dia jugalah tukang jaga baby aku time aku nak gi kench ke, nak gi toilet ke apa. Dia just masuk labour room time aku dah nak sayonara balik rumah dah. Cian dia!

Yang depan katil aku plak adalah ibu beranak sorang. Meaning ni anak ke dua la kan. Dia lak rilek gile. Masa aku balik dari labour room, dia baru masuk. 3 jam kemudian dah balik membawa seorang baby yg comel tanpa perasaan cuak lagi cam "ok now, what am I going to do!".
Siap pagi2 boleh mandi, kemas2 barang dengan penuh tawaduk dan penuh persediaan utk pulang. Dan aku? Harusla tunggu ma ngan hubby datang kan utk buat seme tu... Cam hey! mana nak urus baby lagi. Mana sempat wei!

Ha lagi sorang adalah orang Myanmar kot tak silap. Laki dia ada kat mana ntah tapi pendek kata tiada di sisi lah. Before masuk labour room tu dia ada borak ngan laki dia kot phone(mmg aku tak paham cakap dia, tapi cam paham paham la kan). Rupanya laki dia soh minum ubat apa ntah nak kasik senang beranak kononnya. Dia dengan penuh mithali minum la kan. Skali dalam labour room (dia masuk skali ngan aku) ha ko menjerit2 cam gila kerana kesakitan. Cam panas badan ke apa ntah camtulah. Kesiannn sgt. Dia masuk skali ngan aku, tapi dia baru kluar dari labour room dimana ketika aku dah say goodbye pada semua dan pulang dengan girang ke rumah. Which is soooo for ages dia kat dalam sana kan. Balik je kat katil, dia terus tepon laki dia dan marah marah tanpa cover ok. Kerama memperkenalkan ubat bodoh yang memberi penderitaan padanya. Terkedu kami.

Ha ada lagi sorang akak ni, dari aku kena admit kat ward sampai la aku masuk labour room keje dia adalah berjalan ke hulu ke hilir dari hujung sini ke hujung ward sana. Kononnya nak senang beranak sebab byk berjalan. Hehe. Make sense. Tapi adalah amat kelaka jika time orang tido dan ko masih terkedek kedek kesana kemari kan. Aku ingat Ju-On mana la..

Ada jugak pasangan pengantin baru rempit (berdasarkan gaya suami dan isteri tersebut) yg maybe baru kawin gila fresh punyalah! Even waktu habis melawat husband dia tetap teman dia. Tapi dok kat luar tingkap sana. Sambil bergayut2 tepon dengan isteri kat dalam. Aku cam heyy.. Balik la dulu bang mandi manda. Karang tengah malam datang le lagi.. Aiyoo...<-- sebenarnya jeles, heh.

Time aku nak balik plak, rupanya tak habis lagi sesi marilah mengangkang depan doktor utk tontonan. Rupanya kena buat final checkup nak tgk jahitan kita kemas ke, ok ke, tak ok ke, serabai ke.. Dah setel seme baru dia lepas. Dan yg buat final checkup ini adalah doktor pelatih lelaki yang tidak kurang kacaks kan. Sunggu ke-shame-an! Harusla cam nah ko sila la tengok kan gambaran selepas kejadian. Lepas dia sapu2 ubat apa ntah (ok, aku dah tak peduli dah. Yg penting aku nak balik cepat...!),then pass! Boleh balik!

Tapi ada sorang makcik ni adalah hampir pengsan kepucatan sebab malu gila nak membuat pameran percuma depan doktor tu kan. Sampai nak nangis dia. Nak tanak aku terpaksa pujuk cakap "Ala kak.. Budak ni nanti tahun depan mesti dah takde dah. Dah pindah.. (pandai je aku kan). Malu time ni je kejap kan. Tebalkan muka seminit je. Pikir je akak tgh baring kat rumah.. Akak nak balik cepat kan".
Chewah... konon la kan..

So gitulah seingat ingat aku gelagat derang2 ni. Kalo nak ingat dengan lebih mendalam harusla balik ke 2nd May 06 kan. Baru boleh aku buat gambaran detail ngan karenah jururawat sekali aku boleh cite. Nasib la aku ada lesen besar. Ye la hospital family.. Ma, abah, pakcik makcik aku seme keje sini. Dapat layanan special la kan. Ko ingat boleh senang senang derang nak jenguk sini kalo bukan waktu melawat! Hospital kerajaan sayang.. Mimpilah!

So gitulah. Ishh tengah hujan lebat la plak.. Cepatla brenti sebelum balik..
Nak tengok Adriana Adline..!

Wednesday, May 28, 2008

Pung pung pak! Pak pung pung pak!

Expressed by Noorita Yusof at 10:59 AM 1 thoughs.. Links to this post
(atas tu cam bunyi kompang. agak agak la..)


Cuti sekolah sudah bermula.
Begitu juga kenduri kendara.
Sabtu Ahad lagilah pula.
Mestilah harus ke mana mana.

Apakah tiba tiba berdahuluan dengan pantun kan.
Ntahla, just kuar pop! spontan.

So camtulah, minggu ni, minggu depan, jadual mmg full ngan kenduri la kan. (Which is I was soooo like!!!!! Aku suker makan nasik kenduri! Surga!).

This coming weekend kat Shah Alam. My hubby's cousin punya majlis. I think it's more to lunch session la.

After that dah ada tempahan marilah ramai ramai melawat baby Farah. Yeap! Adriana Adline. Can't wait to see her!!

Yg aku tengah prepare skang adalah next week nye majlis. Di mana wedding anak Temenggung Perak kan, merangkap abang ipar mama. This is my 2nd time to attend a wedding invitation from them. Apa yg menarik sangat tu bukan apa, it's not all about the leceh protocols all that. Bukan juga Sultan Azlan Shah. Tapi disebabkan keterujaan nak jumpa Raja Nazrin!! Wallah!! And this time together with his charming lil prince and gorgeos Tuanku Zara!

Can't wait!!!

Last time (I think around 2001 yg lalu), me & hubby (time to bofren la) jadik pengapit pengantin. So tak dapat menatap sangat Raja Nazrin sebab harus kontrol kan. Just tidak melepaskan peluang meratah pandangan setiap inci muka dia masa dia merenjis. Hoh! Gila putih siot!! Ngan bulu bulu halus kat tangan. Call me freak! Tapi aku mmg teruja!! What a most charming prince in Malaysia!! Nape la bukan giliran dia lak kena renjis (time tu la kan..).

So this time, we all jadik guest la pulak. Duduk makan2 di bawah sambil meriba Sofiya. Rilek la sikit hehe... It's my turn to menonton gelagat cuak pengapit baru pulak haha.

Well, baju dah ready. Hantar 3 bulan lepas ok. Siapnya baru 3 hari lepas. What aaa!! Nasib dah siap. Sedondon ngan Sofiya lagi... :)

Now it's time to survey glittery shoes + handbag! Aku skang ngan perut membuncit ni takkan nak pakai heels kan. Mau tersembam! Harus la beli kasut baru <-- alasan kukuh. Handbag plak takkan nak bawak handbag glemer lama2 tu. Kecik ok. Mana nak muat puting Sofiya, teddy lagi, ngan botol susu, botol air.. Kena la carik beg glemer besar sket kan <-- alasan lagik.

So kesimpulannya aku tak sabar tunggu wiken sebab nak makan kenduri. Ada kenduri ada nasik minyak. Nasik beriani pon boleyla... Yummm.....


p/s: the best nasik minyak yg aku suka gila nak mam adalah kat ganu. Ngan gulai daging kampung lembek2 dia tu. Wallauweyy.... Sambal belacan lagi. Lagi best ikan kering pon ada.

telan air liur jap!

Monday, May 26, 2008

Hey! Tak buat semak kat sini tak boleh ke??

Expressed by Noorita Yusof at 1:33 PM 4 thoughs.. Links to this post
Last weekend was the bad weekend ever!

Aku cukup cukup penat dengan pendatang yg tak tau diuntung bergelar INDON!
(Pedulik hapa tak boleh panggil indon ke, cik don ke makdon ke!)

Start2 dengan kerenah maid aku.

Ok, bukan kata tak bersyukur. Tapi aku rasa akulah majikan yang sangat menjaga kebajikan orang gaji. Aku tak pernah mengabaikan keperluan dia. Makan toksah citelah. Dah la free, gaji tak berusik. Pahtu kalo aku satu family makan kat luar, tak lupa tapau utk dia ok. Bukan takat tapau, siap tanya, nasik ke nak mee? Ada ke orang lain layan camtuh??

Bukan nak mengungkit. Tapi nak tekankan la, maid Indon ni mmg tak boleh kasik muka! Mmg patut la kena layan keras2 sket. Bukan soh dera, jauh skali soh tempek streka panas kat blakang, tapi mmg tak boleh berlembut sgt. Tak payah la.. Buang karan!

I tell u guys, aku baru kasik maid aku tu kuar rumah 3 kali tau. Dalam setahun dia keje sini baru 3 kali dia kluar dari pagar rumah aku tanpa kami.

Rupa rupanya dalam 3 kali kluar tu dah cukup utk dia melebar sayap dan membentangkan ekor dan memacakkan tanduk setan kat kepala!

Tup tup Khamis lepas, dengan muka gatal nak mampuih bgtau aku dia nak kawin!!

Aku cam HAHH!!!!!!!!!!!!!!?????? Apa ko ingat nak kawin tu macam nak beli cendol kat gerai mamak depan tu ke????????

Aku tanya dia nak kawin bila. Dia jawab dengan ketawa berdekah (nak je aku luku kepala dia),"Ya, bila aja kakak kasik.." Celaker!

Aku cakap lagi, abih dah kawin nak dok rumah laki la pulak kan?

Jawab lagi sambil sengih cam kerang basi, "Ngakk... Dia cakap udah kawin duduknya asing-asing.. Saya di sini.. Masih.. Jumpa sbulan skali kok nga apa." <-- Yelah tu. Ngak apa crystal skull hang!

Aku tambah lagi, "Ha, ye sangat. Abih kalo esok perut tu buncit, saya la pulak kena jaga Eni kan??"

Dia jawab masih lagi dengan sengih miang, "iShhhhh... Tak ada la kak...." <-- Ye la sangat kannn....

Aku tak tau nak cakap apa dah. Aku remind dia psl permit dia yg baru direnew. Ada stahun lagi nak abis. Aku cakap betul, kalo ko nak kawin jugak time keje kat umah aku, mmg aku hantar je ko balik Indon! Ha pandai2 la ko tanam balik sayur pucuk ubi ko tu. Ha cicah sambal tempe ko tu tiap2 malam!

Hubby balik dari masjid terus aku cite kat dia. Muka dia merah cam nak meletup. Cite kat mama, seme terperanjat. Tak sangka janda innocent ni ada hati mengedik rupanya! Patutla lately keje lembab. Lain disuruh lain dibuat, bottle steamer rosak, anak aku dah 2 kali jatuh (dia ada kat tepi aja ok. tengah berangan hapa ntah). Rupanya kepala otak dok menewarang! Sakitnya hati aku bila ingat2 kan balik.... Eee...

Malam tu mama mintak esoknya kitaorang EL (tak psl2 aku cuti hari ni. Dah la keje menimbun). Settle prob dia ni. Kitaorang batalkan account bank dia. Then terus survey Air Asia nak antar balik minggu depan jugak!

Tapi lepas semayang Jumaat hari tu hubby aku ada diskas panjang lebar ngan aku. Dia ada buat solat Istikharah pasal ni. Aku stuju nak bincang heart to heart ngan si Eni. Lepas aku terangkan dari segenap sudut, psl kontrak, psl moral, psl anak aku, psl itu psl ini, last skali aku bagi kata 2. Nak kawin or terus kerja kat sini.

Kalo kawin, dia kena brenti dan balik kg tanam jagung + teruskan niat nak berlaki ko tu. Kalo ko tangguh kawin sampai abis premit, ha bolehla kumpul2 duit lagi kalo ada hati nak buat majlis kat dewan sri gombak pon aku tak pedulik la.

Then now, malam ni baru aku nak tanya result dia.

Smalam pulak, ada lagi sekor minah Indon tak sedar diri buat perangai.

Smalam pegi la pasar tani kat Greenwood, for the 1st time. Biasa gi pasar Gombak je, takpun pasar Selayang. Boleh tahan gak la sayur mayur ikan ayam seme kat sini.

Tgh dok asyik2 belek sayur, tiba2 ada sorang makcik ni dok menjerit betul2 sebelah aku. "Hah!!! Ko nak mencuri ha???? Aku nampak tadi ko mmg nak mencuri kan???" Sambil tarik2 kolar jaket minah Indon yg betul2 kat blakang Sofiya.

Aku tercengang. Makcik tu dengan suara kuat (kuat gila ok) tunjuk kat rantai anak aku yg dah putus tapi tersangkut kat leher dia. "Dik!! Aku tgk dengan mata kepala sendiri budak ni potong rantai anak ko ni dengan pisau ha. Tapi tak sempat ambik. Memang dasar pencuri nih!!"

Aku terus amik rantai tu tengok. Mmg sah2 putus kena potong ok! Sepantas kilat aku dukung Sofiya (walaupun mak bidan larang aku wat camtu) tgk leher dia. Hey, kena hunus dengan pisau ok!! Nasib baik takde apa2.

Minah Indon cilakak tu boleh lagi menjawab "Apa tuduh2 ni.. mana ada!" Ntah hapa2 la. Eee dah la muka cam setan nirrojim!

Orang dah ramai dok kerumun, tiba2 minah tu lari menyusup. Laki aku ngan orang ramai gi kejar dia sampai kat depan stesen bas Greenwood.

Aku dengar terkial2 (lenguh ok) ikut dari belakang sampai la depan toilet kat situ nampak laki aku dok tengking2 dia. Tangan dia dah nak tampar dah muka pencuri tu.

Orang dah kerumun ramai gila. Aku dok dengar laki aku cakap "Skurang kurangnya ko mintak la maaf!!! Karang aku lempang ni ko terus bodoh ko tau!!!!!".

Minah Indon tu brani lg tak mengaku. Aku ni pulak, dengan beraninya pegi dekat dia mintak jugak dia mintak maaf kalo betul dia buat. Aku cakap kalo lepas ni dia buat lagi nanti dia mati kena langgar dengan lori!

Aku tau laki aku marah sebab macam aku lepaskan budak tu. Tapi bagi aku as long as barang selamat, anak aku pon tak cedera aku still boleh consider. Aku takut berlarutan ke lain pulak.

Yg peniaga2 pulak baru nak cakap mmg minah tu dah lama buat keje camtu. Cehh! masa dok tangkap tadi takde sapa nak cakap.

Tapi bila aku balik rumah, bila pikirkan patut gak kasik belasah dulu minah Indon tu cukup2 before heret dia gi balai. Kasik pengajaran sket! Tapi aku cam takut sgt karang dia lari sambil tendang perut aku atau tusuk pisau kat Sofiya! Hissh ngeri aku bila pikir balik.


Apa aku nak sampaikan pada korang ni (tu pon kalo korang reti la baca blog kan. heh), tolong la... Kalo korang nak carik makan kat sini buat la cara carik makan.
Jangan dok carik pasal! Kitaorang dah layan cukup baik dah kat korang, apa lagi korang nak. Kadang2 aku rasa mmg patut la korang kena dera, kena siksa ngan manjikan. Takpun kena tendang terajang ngan sapa2. Kalo macam ni la perangai korang.

Aku bukanla nak tuduh semua. Ada orang Indon yg baik ngan aku. Tukang urut aku Indon gak. Baik gila. Tapi disebabkan oleh perangai2 jelek sesetengah korang ni yg buat nama korang busuk kat sini. Suka ke kalo orang sini cakap "Indon, padanla.. Memang perngai cam si*l!". Ha bangga ke korang!

Lagi skali aku ingatkan, post ni bukan nak bakar apa2. Bukan semangat apa2 pon. Tapi aku dah tak larat layan kerenah depa yg tak reti balas budi! Nak buat taik sila la balik kampung ok!

Wednesday, May 14, 2008

Sudut Melahap.. - (Wed, 14th May 08)

Expressed by Noorita Yusof at 3:49 PM 0 thoughs.. Links to this post
Lapar la... Tadi lunch gila2 campur makan keropok lekor lepas tu pon lapar jugak...


Last night dinner

Tomyam ayam + udang


Sayur bayam goreng


Menu wajib..


Breast chicken goreng utk hubbs. Biasa la..


Tuesday, May 13, 2008

Hikayat Mengembara ke UK 3

Expressed by Noorita Yusof at 9:19 AM 1 thoughs.. Links to this post
26 Mar 08


We are heading to London...!!


Pepagi lagi dengan penuh semangat sang sang isteri berkeletung keletang di dapur meyiapkan bekalan yg nak dibawak. Yer aa journey 4 jam tuh! Cam dari Dungun (kalo dari KT tambah 45minit) ke KL je perjalanan dia. Tapi kalo dari KT-KL, KL-KL takde lak aku beria ria nak berbekal bagai. Singgah je kedai tepi jalan kalo lapa. (apa kaitan cite ni pon aku tak tau).

Ok berbalik pada bekalan hari muka tadi. Mama masak daging kambing (nama bandar -lamb) masak kicap, sambal tumis bilis campur kacang tanah sama itu nasik putih panas seperiuk belanga. Oh ya, ayam bakar pon ada. Wa cakap lu... Brenti tengah2 highway di dalam kedinginan mencengkam pekena lauk pauk sebegini adalah masyyukkk....... Biasa makan stengah pinggah jadik satu stengah pinggan. Yang biasa makan sepinggan cam aku, jadi sepinggan jugak (kehs kehs cover...).

Brenti jap tgh2 highway utk berpiknik


Satu menda yang paling mencabar keimanan yg mmg kurang tebal ni during journey kat UK ni adalah tak lain tak bukan ketika nappy change time...!! Tau tak baju Sofiya saja dah 5 lapis. Stokin 3 lapis, sluar 2 lapis (3 lapis gak including spender). Jadik, bila nak tukar pampers tu aduhllaaa....... Dah la dia tanak baring, sambil berdiri, pakai yg pampers sarung je tu pon still berhempas pulas ok. Pahtu air kat sink perlu ke takde air panas. Nak kasik bontot baby jadik ais krim paddle pop berperisa masin kot. Tak pun mmg derang takde main basuh2 bontot baby, main tukar je pampers. Hai.. mau berbintat bontot anak aku...

Ok sambung journey..

We all stay kat Travelodge kat Wadford, pinggir London sebab kalo nak sewa hotel kat London kena pinjam duit ngan Shilpa Lee dulu. Hotel ni hotel sederhana je, cam 3 bintang la kat sini, tapi quit nice. Besar dan selesah! Ingat sampai2 je kat hotel nak berguling la dulu kan. Tapi cik adik manes Sofiya ni nak pegi jalan2 le pulak... Ingat kita makan angin kat Butterworh ke sayang.... Nak kluar harus la menyarung jaket dan berlapisan baju. Dan macam2 karenah lagi la kan.

Ini adalah depan hotel kami

Tapi lepas dia meraung mcm gila kan terpaksa la kuar jap makan angin.. Jalan2 kat town Wadford... Angin kuat nak mam ditambah dengan hujan sehelai dua. Mau menggigil aku.. Tapi Sofiya Jolie dengan Ariff D'Caprio relax je kan..


27 Mar 08

Marilah kita berjalan jalan ke London.....

From Travelodge hotel we all amik train pegi London sebab mmg save. Train kat sini mmg the main transport for most of them. Tapi kat 1st station ni tunggu train punya la lama, sebab train baru lepas. Dah la ada mamat mabuk (aku expect la) kat situ yg menyanyi2 dan meloncat2 tak tentu arah. Dekat sejam barula train sampai dan kitaorang pun naikla train....

Tengah tunggu train.. Sofiya dah tak sabar ok..

1st destination adalah di The Tower of London. Trust me, baru sampai sini aku dah lenguh ok. Yer la, mana mengangkut stroller Sofiya naik turun tangga lain, mana berjalan lagi, dengan baby dalam perut lagi.. Haih.


Kat sini sempat la we all bergambar kat depan Castle lama, dengan pak guard castle yg aku separas ketiak je ngan dia, dengan kuda polis yang tiba2 meronta2 bila aku nak snap gambar kat dia (kalo kena tendang ni memang tercampak aku) n depan Tower of London..




Pahtu naik balik train pegi kat Big Ben/House of Parliament. Dari sini can clearly see London Eye. Ala cam Eye of Malaysia gak tapi aku tak penah naik lagi la.. Sini mmg byk gile org jual cenderamata tapi aku sebagai orang hebat takkan terambang mata. Mahal ok. Jadi tengok sahaja, jgn beli.


Tiba tiba papa telah berjaya membuat kezutan dengan mengumumkan bahawa pasport dia ilang! We was like hahh!!!! tak pernah2 papa bawak pasport dia bermakan angin bersama kalo jalan2 kan. Tiba2 hari ni dia bawak dan hilang kan. Terus seme cam terencat akal nak bermakan angin dan the only thing dalam kepala we all is now we need to go to Malaysia Hall. Tapi secara tiba2 juga papa membuat lawak dengan menyatakan bahawa pasport dia ada di selitan poket beg kat dalam2. Hai, nasib baik..

Then selepas kejadian marilah berlemah jantung secara beramai ramai itu, kitorang meneruskan ayunan kaki ke Istana Buckingham. Jarak dia dekat je, cam dari HP ni nak gi Mid Valley sana.. Dekat kan... Boleh la agak2 kepala lutut nak tertanggal tu..
Nasib baik la cuaca sejuk, kalo kat sini nak berjalan kaki cam tu mmg la macam merentas desa sekolah tengku bariah kan. dengan bau peluh ketiak bagai..

On the way gi istana Prince William kacaks ni we all sempat la snap2 gambar kat taman, kat tepi jalan, bas double decker cam dalam eklan kerepek udang tu, dan gambar teksi pon amik gak. Sofiya dari tdo dah bgn balik, dari bgn balik dah minum susu seme baru la sampai ke istana kayangan.


Tourist punya la ramai.. Tapi tak boley masuk la kan, bergentayangan kat luar pagar je la amik gambar depan gate, depan fountain..



Tapi kali ni takde rezeki amik gambar dengan guard istana yg berdiri tampan 24 jam tu. Time kitaorang sampai dia dah masuk dlm. Agak aku dia gi kencing jap kot.

Buckingham Palace


On the way to catch train mmg rasa nak terbang. Kalo ada pari2 bawang putih skang ni mmg aku bergayut dah kat sayap dia. Seres rasa nak berguling je tepi jalan tu. Penat ok!!

Dari sini we all amik train pegi Trafalgare Square lak. Bukan nak amik gambar ngan burung merpati pun, in fact dah takde burung pun, taik burung ada lah. Tp just datang, snap gambar, then amik lagi train pegi Oxford lak.


Ni je la kalo sempat pon

Kat Oxford (aka kampung KJ) ni sempat la we all isi perut kat one of shopping complex dia. Tapi tak sempat shopping apa2 la kan sebab mengejar masa. Oxford University pon tak sempat singgah. Tgkla kalo in future anak aku stadi sini bleh aa datang lagi :P.

So from Oxford catch the train again pegi kampung Melayu London lak. Apalagi kalo bukan Malaysia Hall.. Ha sini la baru boleh beli2 ke apa2... barang2 murah lagi dicampur diskaun yg diberi spesel utk Malaysian tourist. Aku borong habis aaa apa lagi!

Kat sini we all sempat brenti lunch n semayang. Aku pekena ayam goreng ngan kuah masak lemak sama itu sambal belacan. 1st time jumpa sambal belacan sejak datang UK ni ok. sungguh seperti di surga...

Depan Malaysia Hall

Lepas lepak2 jap terus we all balik.. Harus balik segera sebelum orang balik keje kan. Tanak jadik isi sardin cap ayam jantan lak dalam train tu.

Dalam train on the way back. Time ni segal sendi rasa cam nak tertanggal!

Sampai hotel rasa cam nak tercabut tubuh badan. PENAT GILE!!! tapi mmg tabik spring tilam vono la kat Sofiya, Iman. Dua baby yg kuat gile kan travel jauh2 ni. sungguhpun sparuh jalan kaki, sparuh duduk kat stroller. tapi still letih ok. ingat duduk lama2 tak rasa berkematu ke bontot? dan jugak mama papa yg boleh berjalan sama jauh dengan we all ni. ye la, derang warga emas ok. tapi kuat okess! dan tabik jugak kat aku ngan kak elly dengan membawak perut pon boleh berjalan kaki olimpik kan. tabik to all!! cayalah!!


28th Mar 08

Balik to Leeds...

Today seme dah start sengal2 badan. Hasil kerja keras berjalan seharian semalam. Aku mmg dah rasa kurang sihat. Sofiya dah start demam. Kesian sangat anak mama sebab mmg berair gila idung dia. Pahtu cam grumpy2 dalam kete sebab tak selesa kan. Lagi pulak journey yg panjang kena lagi dengan jam.

Cepatla sampai...........

Tapi seriously, balik London je, produk2 segar dari Malaysia seperti aku, hubby, mama, papa ngan Sofiya seme mmg purchase pakej marilah tidak larat (batuk + sesema + demam). 3-4 hari dok berkurung dalam rumah ok. Paling kesian Sofiya la.. Restless gila! Penah satu malam tu dia terbangun kol 2 pagi pahtu menjerit mcm orang kena histeria. Agaknya dia dah tension sgt! Campur rindu kat katil dia, bantal bum bum dia, toy dia.. Aku lak dengan sengal perut, sengal badan ni rasa time tu jugak nak fly balik Mesia!

Sudahnya, sampai ke sudah la aku tak gi mana2 dah. Satu sebab mmg aku tak makan ubat. Preggie kan, tak brani nak amik pil2 mengarut. So harapkan badan recover sendiri. Sofiya dah ok sket, dah lalu makan seme, tapi aku tetap tak brani kuar sebab takut dia demam lagi. Dah la nak journey balik adalah pat blas jam kan.


3rd Apr 08

It's time for us to say sayonara tu UK... selamat tinggal semua kenangan manis di sini.. Ada rezeki panjang umur kita datang lagi..

Thanks to Abg Ray, Kak Elly, Hariz, Iman sebab kasik we all tumpang umah dia dan menghabiskan makanan dia dalam fridge.. Thanks for all the layanan yg diberi. We will waiting for u guys to come back home next year!

So, from Manchester airport to Dubai, mmg rezeki ada satu seat kosong sebelah we all. Sofiya dapat la dok situ. The whole journey tak tido kan.. Main, nyanyi, makan, dan bersuka ria.. Much more better than masa datang ari tu..

From Dubai to Malaysia lak, flight penuh. Sofiya terpaksa dok atas riba aku. And she slept for the whole journey, straight 7 hours! & 7 jam jugak aku tak kencing kencing.
Tapi alhamdulillah journey balik ni mudah gila. Smooth je.. Sampai KLIA aiport amik KLIA express, then sampai KL central aunty tie dah tunggu.

I was feel like sungguh berdecap kelegaan bila sampai kat Malaysia. I really feel that kitaorang mmg bertuah dengan cuaca panas ni (maybe aku typical malaysian kot). At least nak buang sampah kat depan umah pon takdela nak perlu pakai jaket bagai kan. Nak gi Giant sarung kaftan pon no hal.

Nway, this is the best holiday for us so far. And such the best honeymoon to me and hubby too. (winks winks..!) Si Sofiya lagi la... still berpampers tapi dan berjalan ke merata hala dah. baby lam perut lagi la.. lom kuar lagi dah sampai london!


Okay, I will end my hikayat ceritera kat sini. 3 hari kan mengarang kan.. harusla kena skip ada a few cite kalo tak boleh aku buat buku cam nurul ajai tu.

So, tamatla kisah.... sekian wabillahitaufik.....

Monday, May 12, 2008

Hikayat Mengembara ke UK 2

Expressed by Noorita Yusof at 3:16 PM 0 thoughs.. Links to this post
Sedutan episode lalu...

Sampai di Manchester airport dalm 12.30pm (Manchester time). Journey from Manchester to Leeds dalam sejam gak aa.. Namun bertukar menjadi berejam sebab kami telah bersua muka dengan jam yg sungguh mentidaksabarkan diri. Kesian hubby yg berlipatan kaki kat belakang berkawan dengan beg beg seme. Tabahlah wahai perwiraku...

Sampai kat umah Abg Ray agenda pertama adalah makan......... Sejuk sejuk gini lagi pulak makan nasik lauk ayam masak merah adalah sangat memakan banyakkan. Lepas makan kami semua menjadi zombie tetapi menahan diri utk tidak tido. Yea... Kami jet lagged.
Yea, di Malaysia kini adalah tengah malam yakni waktu utk kami zzzzzzzz......

21st Mar 08

- Kami ke Leeds town sesajer memakan angin. Sejuk gile + angin kuat. orang kerempeng mmg senang2 je la kena sapu melayang layang...

Town of Leeds

- Aku, mama ngan kak elly jalan jalan sekitar town. nak shopping2 mood belum sampai bak kata orang. Tapi mood utk makan sentiasa ada. :D
Ketika para para lelaki pegi semayang jumaat, we all tengah melantak dengan hebat di Restoran Zam Zam. Nasik beriani dia kalo kongsi 4 orang pon boleh ok. Ni perut 15 lapis je boleh abis sepinggan nih!

Tu dia..... (ni lepas amik separuh ok)


22nd Mar 08

- Pagi pagi pukul anam sudah bangun. Bukan kata bangun, sudah siap bekpes bagai. Di kala mat mat salleh bersebelahan masih bergumpal dalam selimut, kami dah riuh rendah macam kat pasar borong. Sini subuh kol 4.30. Jadi mmg sangat tidak membuang masa la kan.

- Supposed our 1st destination for today is Manchester, tetapi si kenit Hariz nak singgah park dulu la pulak nak kasik duck duck dia makan. So pegi la singgah barang sebentar dua di sana..

Makanlah wahai itiks..

- Now we are heading to Manchester!!


- Hoho I was so excited coz bukan sebab aku fanatik MU, tapi cam berperasaan best kerana dapat berkongsi udara tempat carik makan Ronaldo! Waahahah..what a very remaja gatal feelings!

- So dalam tghari gitu mulai bertolak. Harus tunggu tghari sikit kerana sejuk nak mam pagi2 tu. Kalo kulit setebal buaya tembaga no hal je!

- Journey tak lama sgt. Dalam 45 minutes gitu. The best thing berjalan2 kat UK ni ialah tiada tol yg bergentayangan di mana mana. Straightttt je tiba ke destinasi. Kalo la Malaysia begitu kan (keep on dreaming baby!). Nak pegi depan sejengkal pon ada tol (ok ok, hujan ABC di negeri orang, lebih baik hujan air di negeri sendiri)..

Sampai dah...

- Kat MU boutique aku borong beli keychain, fridge magnet sume sebagai buah buahan tangan utk kawan2 di Malaysia. Bila nak bayar baru prasan yg tidak satu hatta barang pun utk aku. Hmm takpelah, utk aku kat London nanti aku berbelanja sakan. Muaahahaha....


MU Boutique

- After that kitaorang pegi Liverpool pulak. Dekats je, tak ingat lak brapa lama journey tapi tak sampai sejam lah. Kat sini aku tak membeli belah sgt sebab terasa cam tak ramai la plak kengkawan aku suka Liverpool (rasanya kot). Tapi hubs tetap shopping sakan... Aku sakan bergambar je la..



- Masa nak balik hujan snow turun. My hubby n Abg Ray cuba membuat lawak dengan memakan salji secara live!

Ha sila sila.. Tak cukup kat atas langit banyak lagik!

- Balik dari Liverpool stadium ingat nak singgah dekat Beatles punya tmpt plak. Atas permintaan mama. Aku suam suam susu lembu je Beatles ni. Tetapi mama nampaknya tiada rezeki utk membeli kacamata Beatles sebab kami sudah sesat. Sudah sesat maknanya harus la pulang kan..


23 Mar 08

- Pagi ini dataran North Close, Leeds UK telah dibanjiri hujan salji yang turun sejak malam tadi. Sekian info ringkas di Era melaporkan.

Before...

After...


- We all so excited bila bangun pagi dan menyaksikan pandangan yg saujana memutih di sekitar rumah. Husband aku dengan kain pelikat tu jugak nak pegi melompat kat laman rumah!

- Lepas bekpes we all sume mencapai jaket dan weeeeeeeeeeee........ main snow..!!
Tapi Sofiya biasa la, shy shy cat.. Nak berdukung je kerjanya. Laki aku dan macam macam posisi dah dok berguling kat snow tu. Pahtu pakat2 buat snow man yg cam kelihatan seperti busut jantan pakai tuala.

Wee........


- We snap a lot of pics that morning. Bila tunjuk kat orang, mostly akan tanya, wah u all pegi gunung mana ni..? heh.. gunung la sangat kan.. Dengan tong sampah kat belakang tu warhggh kahkah..!


24 Mar 08

- Tmpt lawatan seterusnya adalah ke Yorkshire. It was such a lovely place to visit! And a nice place to shop too.. Tapi aku takde la shopping kat sini. Mahal ok. Lain la aku jadik escort girl bayar 130 pound sejam. Mesti aku rembat baju baju yg tengah sale itu!


This is York!

- What can I tell you about York is this town reflected a true classical England! Apa saja bercirikan English England lama ada kat sini. You just name it! Sampaikan kalo sapa sapa nak berangan ada kat zaman Robin Hood pon bleh! But it's all for one reason, money! You pay, you get.


Sini ada cenderamata lama, cekelat lama, kalo nak amik gambar pakai baju bangsawan dulu2 pon boleh. Gambar siap dia sebijik cam korang tgh blakon Lord of the Ring!
Pahtu macam2 ada la... Tak reti aku nak explain.

- Yang penting sini juga sejuk gila nak mam sampai Sofiya demam malam tu. One thing pagi tu dia tanak bekpes. Hoh dengan cuaca dingin tu lagi la perut masuk angin. Cian anak mama...



ok, tangan lenguh + dah nak balik. To be continued...

Sunday, May 11, 2008

Hikayat Mengembara ke UK 1

Expressed by Noorita Yusof at 3:19 PM 0 thoughs.. Links to this post
Hoh. Only after 1 month++ saya baru berpeluang mengungkapkan sepatah dua kata selepas pulang dari percutian kami yang lalu.

Sangat banyak lagi bercucuran cerita yang ingin dikongsikan sehingga tidak ketahuan matta mana harus dimula.

Jadi senang kata, buat cam kronologi lah gitu.


19th Mar 08

- Balik keje terus tanpa berlengahan bersiap-siap kencing berak seme before bertolak ke KL Central @ 9 pm.

- Check in dulu and guess what tempat yg telah dichopin tu ada la pulak hamba Allah nak jugak. Apa ke bende rebut-rebut nih! So deal punya deal dalam stengah jam gak la bercokohan depan kaunter Emirates tu. Sofiya dah nam belas kali dok kira LRT lalu dah.

- Dari KL Central amik KLIA Express ke KLIA la (takkan Bukit Mertajam kot).

Inside KLIA Xpress or choo choo train bak kata Sofiya



20th Mar 08

- Sungguhpun bertolak dari KL Central pada 19hb, namun sampai kat KLIA dah 20hb dah.
Yelah, dah masuk kol 12 tgh malam da..

- So isik perut kat McD dahulu. Hamba just makan fries sahaja kerana takut sakit perut la plak dalam plane. Sakit perut kena yak yak. Kalo yak yak kena tinggal Sofiya ngan papa dia. Tinggal Sofiya ngan papa dia nanti dia nangis. Kalo nangis susah nak pujuk. So kesimpulannya elakkan kejadian yak yak di dalam plane.

- Bertolak ke Dubai (1st half journey) pada jam 2 pagi.
Inside Emirates Airline..


Bertolakkk!!!!

- Alhamdulillah dalam plane Sofiya tak meragam langsung! Syukur! Dapat tengok bulan sama tentang ngan plane adalah sangat seronok ok dia. On screen kat depan kita dapat tgk our plan perlahan2 merentasi benua, Malaysia (bye sob sob), Indonesia, India (lalu New Delhi, lagik), seterusnya menuju ke Timur Tengah.

- Arrived in Dubai airport after 7 hours journey. Oh bandar Dubai sangat cantik ok. Wow skalik utk depa! Aku dah start rasa penat. From plane kena naik bas la plak nak gi terminal. Dalam terminal harus kena berdiri la plak.. Lenguh kepala lutut la plak. ..

- Kat terminal manusia yang nak transit astaga raga bawa gi pasar punya ramai nye umat.... Ni nak gi mana korang korang ni wei! Si Sofiya lak ramai2 rimas nak kluar. Kluar ke mana sayang ooi karna kita harus kejar next plan plak ni... Nasib la proses checking2 run smoothly. Takde barang kena rampas ke apa2 lah. Padahal budu belacan sos sambal segala mak nenek ada ni ha. Dalam henbeg aku lagi la. Ngan biskut, roti, cekelat dan apa2 lagilah makanan sofiya (mak dia skali kot) kat dalam tu. Seme lepas. Alhamdulillah.

- Lepas checking berlari2 anak la plak nak gi kat gate kitaorang. Jauh nye mak aiii... Ngan Sofiya nak berdukung dengan aku sahaja (diulang, dengan aku sahaja ok, papa dia tanak), memang sangat hebat kan rasa. Memang betulla kata orang airport Dubai mahakarya punya besar. Tapi bagi aku mahasiksa nak sampai kat gate yang dituju. Haih!

- Finally jumpa gate. Teguk air water cooler dia tu cam nak abih setengah tank kan. Haus! (air dia cam rasa air zam zam pon ada gak).

- Boarding then bertolak ke Manchester dalam pukul 5 pagi (kot) waktu Dubai.

- Our 2nd half journey ni mmg seme kepenatan gile. Plane blom take off seme dah kroohhh... Terjaga bila derang nak kasik brekpes. Aku rela tido dari makan, tapi rela makan dari lapar kan. So makan la bekpes dia yg 'lazat' ituh.

- Kali ni on screen kita dapat tgk plane slowly masuk ke Europe. Melalui peta peta yang hanya aku tengok dalam map before, tapi tak terlintas nak sampai pon. Alhamdullilah rezeki ada kali ini.

- Oh lupa lak nak cite. Ada la sorang stewardess dalam percubaan bermesraan dgn Sofiya kan. Adalah salah orang. Sofiya oni can be seen, cannot touch hehe. Terus meraung yg cam ok u back off beb! Haha pucat jap wajah wanita itu. Ha satu gi, takde la lawa pon stewardess2 Emirates ni. Stakat muka cam Lucy pi mai pi mai tang tu je banyak. Lawa lagi aku hoho..!

20th Mar 08

Penat...

- Dah sampai Manchester airport... Masa landing butiran butiran snow dilihat berlekatan di cermin tingkap. We was like.. is that a SNOW..?? Apakah spring tapi ada snow...??

- Dah turun landing seme, dah terasa dah kesejukan udara mencengkam ke tulang hitam. Tapi kerisauan nak melepasi pegawai2 yg sedang sibuk menyelongkar beg tangan orang mengatasi segalanya. Once agaian, Alhamdulillah... seme selamat tanpa sebarang gangguan fizikal dan mental.

- Abg Ray dah tuggu nak bawak kami balik. The only thing in my mind rite now is BED...!


- Ha lagi satu nak cite, di UK seme baby diwajibalghunnahkan utk duduk di car seat. Penumpang belakang juga wajib dan bukan sunat muakkad untuk memakai belt (I think this shud be practiced in Malaysia to.. for safety reason of coz).
Jadinya, si Sofiya ni mmg dari sejak azali mmg sgt pemalu pada uncle Ray nya + mau berkepitan denganku sepanjang masa. So mmg tidak kejadah la dia nak duduk kat car seat tu. Maka meraung raunglah dia sampai nak kluar anak tekak, tapi aku pon nak kluar anak tekak gak sebab penat sgt. Sudahnya gulung dia dalam jaket then aku peluk. Terpaksa la Sofiya menyamar beg sekejap. Lagi kesian laki aku kat tmpt duduk belakang yg juga menyamar beg bersama sama beg beg gedabak yg lain..

- Journey from Manchester ke Leeds mmg menarik kalo nak meninjau view dia. Tapi lebih menarik kalo aku tido sekejap melelap mata..


ok sambung entry lain...

Friday, May 2, 2008

Apsal nak kena jadik siput khinzir ha??!!

Expressed by Noorita Yusof at 1:23 PM 6 thoughs.. Links to this post
Aku paling benci bekerja dengan orang lembab!

Disebabkan oleh kelembaban ko tu, kerja aku pon tertangguh!

Hey, setiap kali pon macam ni!

Boleh speed up tak??

Engkau nak lemau, sila lemau seorang, jangan nak heret aku sekali ke lembah hina ko tu!

Tensionn!!!!!!!!!!!
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal