Thursday, May 29, 2008

Cerita marilah bersalin di wad bersalin

Expressed by Noorita Yusof at 2:47 PM
Petang ni Insya-Allah takde aral melintang we all budak budak opis akan pegi melawat Farah and mini Farah - hehe, her little one lah.

To be frank, sampai skang aku cam tak caya yg Farah my fren ni dah jadik mama dah. Ingat lagi dulu masa satu opis kat Kwan Seng. Still huha huha lagi. Now dah naik pangkat sama ngan aku dah. Welcome to the club!

Dengar cite dia masa deliver dulu teringat plak nostalgia aku. Tapi I'm not gonna to tell about my story la. Dah basi pon. Lagi pulak rasanya dah cite kat mana2. Kat blog or kat fotopages. Tak ingat dah.

Tapi terasa nak share cite cite orang persekitaran dan orang orang berdepan, bersebelah dan bersatu flooran dengan aku masa time nak deliver dulu. (Aku deliver kat Hospital Besar Kuala Trg).

Kat katil kanan aku ada sorang girl (of coz la kan) chinese. Mula2 aku ingat dia melayu, sebab mata tak sepet ok. Lawa gila. Skali nama dia Chua. Tell you, dia ni baik gila ok. Cakap lak alahai slowww sgt. Rupanya dia kat katil tu dah masuk 8 hari.
And dah overdue nak masuk 10 hari. Hai apa ke anak sangat suka duduk dalam perut dia kan. Tamo kuar kuar. Dia kata dah 2 kali kena induce, tapi tetap 1cm jugak bukak. Masa aku kena induce (sekali je), dia kena kali ke-3. Tapi perut still takde sakit sakit. Dia cakap just rasa keras je. Sian lak aku nengok. Aku yg duduk semalaman ni pun dah menggelupur kebosanan.

So sudahnya aku dulu branak daripada dia. Dan dia jugalah tukang jaga baby aku time aku nak gi kench ke, nak gi toilet ke apa. Dia just masuk labour room time aku dah nak sayonara balik rumah dah. Cian dia!

Yang depan katil aku plak adalah ibu beranak sorang. Meaning ni anak ke dua la kan. Dia lak rilek gile. Masa aku balik dari labour room, dia baru masuk. 3 jam kemudian dah balik membawa seorang baby yg comel tanpa perasaan cuak lagi cam "ok now, what am I going to do!".
Siap pagi2 boleh mandi, kemas2 barang dengan penuh tawaduk dan penuh persediaan utk pulang. Dan aku? Harusla tunggu ma ngan hubby datang kan utk buat seme tu... Cam hey! mana nak urus baby lagi. Mana sempat wei!

Ha lagi sorang adalah orang Myanmar kot tak silap. Laki dia ada kat mana ntah tapi pendek kata tiada di sisi lah. Before masuk labour room tu dia ada borak ngan laki dia kot phone(mmg aku tak paham cakap dia, tapi cam paham paham la kan). Rupanya laki dia soh minum ubat apa ntah nak kasik senang beranak kononnya. Dia dengan penuh mithali minum la kan. Skali dalam labour room (dia masuk skali ngan aku) ha ko menjerit2 cam gila kerana kesakitan. Cam panas badan ke apa ntah camtulah. Kesiannn sgt. Dia masuk skali ngan aku, tapi dia baru kluar dari labour room dimana ketika aku dah say goodbye pada semua dan pulang dengan girang ke rumah. Which is soooo for ages dia kat dalam sana kan. Balik je kat katil, dia terus tepon laki dia dan marah marah tanpa cover ok. Kerama memperkenalkan ubat bodoh yang memberi penderitaan padanya. Terkedu kami.

Ha ada lagi sorang akak ni, dari aku kena admit kat ward sampai la aku masuk labour room keje dia adalah berjalan ke hulu ke hilir dari hujung sini ke hujung ward sana. Kononnya nak senang beranak sebab byk berjalan. Hehe. Make sense. Tapi adalah amat kelaka jika time orang tido dan ko masih terkedek kedek kesana kemari kan. Aku ingat Ju-On mana la..

Ada jugak pasangan pengantin baru rempit (berdasarkan gaya suami dan isteri tersebut) yg maybe baru kawin gila fresh punyalah! Even waktu habis melawat husband dia tetap teman dia. Tapi dok kat luar tingkap sana. Sambil bergayut2 tepon dengan isteri kat dalam. Aku cam heyy.. Balik la dulu bang mandi manda. Karang tengah malam datang le lagi.. Aiyoo...<-- sebenarnya jeles, heh.

Time aku nak balik plak, rupanya tak habis lagi sesi marilah mengangkang depan doktor utk tontonan. Rupanya kena buat final checkup nak tgk jahitan kita kemas ke, ok ke, tak ok ke, serabai ke.. Dah setel seme baru dia lepas. Dan yg buat final checkup ini adalah doktor pelatih lelaki yang tidak kurang kacaks kan. Sunggu ke-shame-an! Harusla cam nah ko sila la tengok kan gambaran selepas kejadian. Lepas dia sapu2 ubat apa ntah (ok, aku dah tak peduli dah. Yg penting aku nak balik cepat...!),then pass! Boleh balik!

Tapi ada sorang makcik ni adalah hampir pengsan kepucatan sebab malu gila nak membuat pameran percuma depan doktor tu kan. Sampai nak nangis dia. Nak tanak aku terpaksa pujuk cakap "Ala kak.. Budak ni nanti tahun depan mesti dah takde dah. Dah pindah.. (pandai je aku kan). Malu time ni je kejap kan. Tebalkan muka seminit je. Pikir je akak tgh baring kat rumah.. Akak nak balik cepat kan".
Chewah... konon la kan..

So gitulah seingat ingat aku gelagat derang2 ni. Kalo nak ingat dengan lebih mendalam harusla balik ke 2nd May 06 kan. Baru boleh aku buat gambaran detail ngan karenah jururawat sekali aku boleh cite. Nasib la aku ada lesen besar. Ye la hospital family.. Ma, abah, pakcik makcik aku seme keje sini. Dapat layanan special la kan. Ko ingat boleh senang senang derang nak jenguk sini kalo bukan waktu melawat! Hospital kerajaan sayang.. Mimpilah!

So gitulah. Ishh tengah hujan lebat la plak.. Cepatla brenti sebelum balik..
Nak tengok Adriana Adline..!

1 thoughs.. on "Cerita marilah bersalin di wad bersalin"

Miss Moon on June 18, 2008 at 9:08:00 AM GMT+8 said...

ha ha klaka la citer nih Ieta ...wat Moon tersenyum je hik hik hik . Macam macam kan

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal