Monday, May 12, 2008

Hikayat Mengembara ke UK 2

Expressed by Noorita Yusof at 3:16 PM
Sedutan episode lalu...

Sampai di Manchester airport dalm 12.30pm (Manchester time). Journey from Manchester to Leeds dalam sejam gak aa.. Namun bertukar menjadi berejam sebab kami telah bersua muka dengan jam yg sungguh mentidaksabarkan diri. Kesian hubby yg berlipatan kaki kat belakang berkawan dengan beg beg seme. Tabahlah wahai perwiraku...

Sampai kat umah Abg Ray agenda pertama adalah makan......... Sejuk sejuk gini lagi pulak makan nasik lauk ayam masak merah adalah sangat memakan banyakkan. Lepas makan kami semua menjadi zombie tetapi menahan diri utk tidak tido. Yea... Kami jet lagged.
Yea, di Malaysia kini adalah tengah malam yakni waktu utk kami zzzzzzzz......

21st Mar 08

- Kami ke Leeds town sesajer memakan angin. Sejuk gile + angin kuat. orang kerempeng mmg senang2 je la kena sapu melayang layang...

Town of Leeds

- Aku, mama ngan kak elly jalan jalan sekitar town. nak shopping2 mood belum sampai bak kata orang. Tapi mood utk makan sentiasa ada. :D
Ketika para para lelaki pegi semayang jumaat, we all tengah melantak dengan hebat di Restoran Zam Zam. Nasik beriani dia kalo kongsi 4 orang pon boleh ok. Ni perut 15 lapis je boleh abis sepinggan nih!

Tu dia..... (ni lepas amik separuh ok)


22nd Mar 08

- Pagi pagi pukul anam sudah bangun. Bukan kata bangun, sudah siap bekpes bagai. Di kala mat mat salleh bersebelahan masih bergumpal dalam selimut, kami dah riuh rendah macam kat pasar borong. Sini subuh kol 4.30. Jadi mmg sangat tidak membuang masa la kan.

- Supposed our 1st destination for today is Manchester, tetapi si kenit Hariz nak singgah park dulu la pulak nak kasik duck duck dia makan. So pegi la singgah barang sebentar dua di sana..

Makanlah wahai itiks..

- Now we are heading to Manchester!!


- Hoho I was so excited coz bukan sebab aku fanatik MU, tapi cam berperasaan best kerana dapat berkongsi udara tempat carik makan Ronaldo! Waahahah..what a very remaja gatal feelings!

- So dalam tghari gitu mulai bertolak. Harus tunggu tghari sikit kerana sejuk nak mam pagi2 tu. Kalo kulit setebal buaya tembaga no hal je!

- Journey tak lama sgt. Dalam 45 minutes gitu. The best thing berjalan2 kat UK ni ialah tiada tol yg bergentayangan di mana mana. Straightttt je tiba ke destinasi. Kalo la Malaysia begitu kan (keep on dreaming baby!). Nak pegi depan sejengkal pon ada tol (ok ok, hujan ABC di negeri orang, lebih baik hujan air di negeri sendiri)..

Sampai dah...

- Kat MU boutique aku borong beli keychain, fridge magnet sume sebagai buah buahan tangan utk kawan2 di Malaysia. Bila nak bayar baru prasan yg tidak satu hatta barang pun utk aku. Hmm takpelah, utk aku kat London nanti aku berbelanja sakan. Muaahahaha....


MU Boutique

- After that kitaorang pegi Liverpool pulak. Dekats je, tak ingat lak brapa lama journey tapi tak sampai sejam lah. Kat sini aku tak membeli belah sgt sebab terasa cam tak ramai la plak kengkawan aku suka Liverpool (rasanya kot). Tapi hubs tetap shopping sakan... Aku sakan bergambar je la..



- Masa nak balik hujan snow turun. My hubby n Abg Ray cuba membuat lawak dengan memakan salji secara live!

Ha sila sila.. Tak cukup kat atas langit banyak lagik!

- Balik dari Liverpool stadium ingat nak singgah dekat Beatles punya tmpt plak. Atas permintaan mama. Aku suam suam susu lembu je Beatles ni. Tetapi mama nampaknya tiada rezeki utk membeli kacamata Beatles sebab kami sudah sesat. Sudah sesat maknanya harus la pulang kan..


23 Mar 08

- Pagi ini dataran North Close, Leeds UK telah dibanjiri hujan salji yang turun sejak malam tadi. Sekian info ringkas di Era melaporkan.

Before...

After...


- We all so excited bila bangun pagi dan menyaksikan pandangan yg saujana memutih di sekitar rumah. Husband aku dengan kain pelikat tu jugak nak pegi melompat kat laman rumah!

- Lepas bekpes we all sume mencapai jaket dan weeeeeeeeeeee........ main snow..!!
Tapi Sofiya biasa la, shy shy cat.. Nak berdukung je kerjanya. Laki aku dan macam macam posisi dah dok berguling kat snow tu. Pahtu pakat2 buat snow man yg cam kelihatan seperti busut jantan pakai tuala.

Wee........


- We snap a lot of pics that morning. Bila tunjuk kat orang, mostly akan tanya, wah u all pegi gunung mana ni..? heh.. gunung la sangat kan.. Dengan tong sampah kat belakang tu warhggh kahkah..!


24 Mar 08

- Tmpt lawatan seterusnya adalah ke Yorkshire. It was such a lovely place to visit! And a nice place to shop too.. Tapi aku takde la shopping kat sini. Mahal ok. Lain la aku jadik escort girl bayar 130 pound sejam. Mesti aku rembat baju baju yg tengah sale itu!


This is York!

- What can I tell you about York is this town reflected a true classical England! Apa saja bercirikan English England lama ada kat sini. You just name it! Sampaikan kalo sapa sapa nak berangan ada kat zaman Robin Hood pon bleh! But it's all for one reason, money! You pay, you get.


Sini ada cenderamata lama, cekelat lama, kalo nak amik gambar pakai baju bangsawan dulu2 pon boleh. Gambar siap dia sebijik cam korang tgh blakon Lord of the Ring!
Pahtu macam2 ada la... Tak reti aku nak explain.

- Yang penting sini juga sejuk gila nak mam sampai Sofiya demam malam tu. One thing pagi tu dia tanak bekpes. Hoh dengan cuaca dingin tu lagi la perut masuk angin. Cian anak mama...



ok, tangan lenguh + dah nak balik. To be continued...

0 thoughs.. on "Hikayat Mengembara ke UK 2"

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal