Tuesday, May 13, 2008

Hikayat Mengembara ke UK 3

Expressed by Noorita Yusof at 9:19 AM
26 Mar 08


We are heading to London...!!


Pepagi lagi dengan penuh semangat sang sang isteri berkeletung keletang di dapur meyiapkan bekalan yg nak dibawak. Yer aa journey 4 jam tuh! Cam dari Dungun (kalo dari KT tambah 45minit) ke KL je perjalanan dia. Tapi kalo dari KT-KL, KL-KL takde lak aku beria ria nak berbekal bagai. Singgah je kedai tepi jalan kalo lapa. (apa kaitan cite ni pon aku tak tau).

Ok berbalik pada bekalan hari muka tadi. Mama masak daging kambing (nama bandar -lamb) masak kicap, sambal tumis bilis campur kacang tanah sama itu nasik putih panas seperiuk belanga. Oh ya, ayam bakar pon ada. Wa cakap lu... Brenti tengah2 highway di dalam kedinginan mencengkam pekena lauk pauk sebegini adalah masyyukkk....... Biasa makan stengah pinggah jadik satu stengah pinggan. Yang biasa makan sepinggan cam aku, jadi sepinggan jugak (kehs kehs cover...).

Brenti jap tgh2 highway utk berpiknik


Satu menda yang paling mencabar keimanan yg mmg kurang tebal ni during journey kat UK ni adalah tak lain tak bukan ketika nappy change time...!! Tau tak baju Sofiya saja dah 5 lapis. Stokin 3 lapis, sluar 2 lapis (3 lapis gak including spender). Jadik, bila nak tukar pampers tu aduhllaaa....... Dah la dia tanak baring, sambil berdiri, pakai yg pampers sarung je tu pon still berhempas pulas ok. Pahtu air kat sink perlu ke takde air panas. Nak kasik bontot baby jadik ais krim paddle pop berperisa masin kot. Tak pun mmg derang takde main basuh2 bontot baby, main tukar je pampers. Hai.. mau berbintat bontot anak aku...

Ok sambung journey..

We all stay kat Travelodge kat Wadford, pinggir London sebab kalo nak sewa hotel kat London kena pinjam duit ngan Shilpa Lee dulu. Hotel ni hotel sederhana je, cam 3 bintang la kat sini, tapi quit nice. Besar dan selesah! Ingat sampai2 je kat hotel nak berguling la dulu kan. Tapi cik adik manes Sofiya ni nak pegi jalan2 le pulak... Ingat kita makan angin kat Butterworh ke sayang.... Nak kluar harus la menyarung jaket dan berlapisan baju. Dan macam2 karenah lagi la kan.

Ini adalah depan hotel kami

Tapi lepas dia meraung mcm gila kan terpaksa la kuar jap makan angin.. Jalan2 kat town Wadford... Angin kuat nak mam ditambah dengan hujan sehelai dua. Mau menggigil aku.. Tapi Sofiya Jolie dengan Ariff D'Caprio relax je kan..


27 Mar 08

Marilah kita berjalan jalan ke London.....

From Travelodge hotel we all amik train pegi London sebab mmg save. Train kat sini mmg the main transport for most of them. Tapi kat 1st station ni tunggu train punya la lama, sebab train baru lepas. Dah la ada mamat mabuk (aku expect la) kat situ yg menyanyi2 dan meloncat2 tak tentu arah. Dekat sejam barula train sampai dan kitaorang pun naikla train....

Tengah tunggu train.. Sofiya dah tak sabar ok..

1st destination adalah di The Tower of London. Trust me, baru sampai sini aku dah lenguh ok. Yer la, mana mengangkut stroller Sofiya naik turun tangga lain, mana berjalan lagi, dengan baby dalam perut lagi.. Haih.


Kat sini sempat la we all bergambar kat depan Castle lama, dengan pak guard castle yg aku separas ketiak je ngan dia, dengan kuda polis yang tiba2 meronta2 bila aku nak snap gambar kat dia (kalo kena tendang ni memang tercampak aku) n depan Tower of London..




Pahtu naik balik train pegi kat Big Ben/House of Parliament. Dari sini can clearly see London Eye. Ala cam Eye of Malaysia gak tapi aku tak penah naik lagi la.. Sini mmg byk gile org jual cenderamata tapi aku sebagai orang hebat takkan terambang mata. Mahal ok. Jadi tengok sahaja, jgn beli.


Tiba tiba papa telah berjaya membuat kezutan dengan mengumumkan bahawa pasport dia ilang! We was like hahh!!!! tak pernah2 papa bawak pasport dia bermakan angin bersama kalo jalan2 kan. Tiba2 hari ni dia bawak dan hilang kan. Terus seme cam terencat akal nak bermakan angin dan the only thing dalam kepala we all is now we need to go to Malaysia Hall. Tapi secara tiba2 juga papa membuat lawak dengan menyatakan bahawa pasport dia ada di selitan poket beg kat dalam2. Hai, nasib baik..

Then selepas kejadian marilah berlemah jantung secara beramai ramai itu, kitorang meneruskan ayunan kaki ke Istana Buckingham. Jarak dia dekat je, cam dari HP ni nak gi Mid Valley sana.. Dekat kan... Boleh la agak2 kepala lutut nak tertanggal tu..
Nasib baik la cuaca sejuk, kalo kat sini nak berjalan kaki cam tu mmg la macam merentas desa sekolah tengku bariah kan. dengan bau peluh ketiak bagai..

On the way gi istana Prince William kacaks ni we all sempat la snap2 gambar kat taman, kat tepi jalan, bas double decker cam dalam eklan kerepek udang tu, dan gambar teksi pon amik gak. Sofiya dari tdo dah bgn balik, dari bgn balik dah minum susu seme baru la sampai ke istana kayangan.


Tourist punya la ramai.. Tapi tak boley masuk la kan, bergentayangan kat luar pagar je la amik gambar depan gate, depan fountain..



Tapi kali ni takde rezeki amik gambar dengan guard istana yg berdiri tampan 24 jam tu. Time kitaorang sampai dia dah masuk dlm. Agak aku dia gi kencing jap kot.

Buckingham Palace


On the way to catch train mmg rasa nak terbang. Kalo ada pari2 bawang putih skang ni mmg aku bergayut dah kat sayap dia. Seres rasa nak berguling je tepi jalan tu. Penat ok!!

Dari sini we all amik train pegi Trafalgare Square lak. Bukan nak amik gambar ngan burung merpati pun, in fact dah takde burung pun, taik burung ada lah. Tp just datang, snap gambar, then amik lagi train pegi Oxford lak.


Ni je la kalo sempat pon

Kat Oxford (aka kampung KJ) ni sempat la we all isi perut kat one of shopping complex dia. Tapi tak sempat shopping apa2 la kan sebab mengejar masa. Oxford University pon tak sempat singgah. Tgkla kalo in future anak aku stadi sini bleh aa datang lagi :P.

So from Oxford catch the train again pegi kampung Melayu London lak. Apalagi kalo bukan Malaysia Hall.. Ha sini la baru boleh beli2 ke apa2... barang2 murah lagi dicampur diskaun yg diberi spesel utk Malaysian tourist. Aku borong habis aaa apa lagi!

Kat sini we all sempat brenti lunch n semayang. Aku pekena ayam goreng ngan kuah masak lemak sama itu sambal belacan. 1st time jumpa sambal belacan sejak datang UK ni ok. sungguh seperti di surga...

Depan Malaysia Hall

Lepas lepak2 jap terus we all balik.. Harus balik segera sebelum orang balik keje kan. Tanak jadik isi sardin cap ayam jantan lak dalam train tu.

Dalam train on the way back. Time ni segal sendi rasa cam nak tertanggal!

Sampai hotel rasa cam nak tercabut tubuh badan. PENAT GILE!!! tapi mmg tabik spring tilam vono la kat Sofiya, Iman. Dua baby yg kuat gile kan travel jauh2 ni. sungguhpun sparuh jalan kaki, sparuh duduk kat stroller. tapi still letih ok. ingat duduk lama2 tak rasa berkematu ke bontot? dan jugak mama papa yg boleh berjalan sama jauh dengan we all ni. ye la, derang warga emas ok. tapi kuat okess! dan tabik jugak kat aku ngan kak elly dengan membawak perut pon boleh berjalan kaki olimpik kan. tabik to all!! cayalah!!


28th Mar 08

Balik to Leeds...

Today seme dah start sengal2 badan. Hasil kerja keras berjalan seharian semalam. Aku mmg dah rasa kurang sihat. Sofiya dah start demam. Kesian sangat anak mama sebab mmg berair gila idung dia. Pahtu cam grumpy2 dalam kete sebab tak selesa kan. Lagi pulak journey yg panjang kena lagi dengan jam.

Cepatla sampai...........

Tapi seriously, balik London je, produk2 segar dari Malaysia seperti aku, hubby, mama, papa ngan Sofiya seme mmg purchase pakej marilah tidak larat (batuk + sesema + demam). 3-4 hari dok berkurung dalam rumah ok. Paling kesian Sofiya la.. Restless gila! Penah satu malam tu dia terbangun kol 2 pagi pahtu menjerit mcm orang kena histeria. Agaknya dia dah tension sgt! Campur rindu kat katil dia, bantal bum bum dia, toy dia.. Aku lak dengan sengal perut, sengal badan ni rasa time tu jugak nak fly balik Mesia!

Sudahnya, sampai ke sudah la aku tak gi mana2 dah. Satu sebab mmg aku tak makan ubat. Preggie kan, tak brani nak amik pil2 mengarut. So harapkan badan recover sendiri. Sofiya dah ok sket, dah lalu makan seme, tapi aku tetap tak brani kuar sebab takut dia demam lagi. Dah la nak journey balik adalah pat blas jam kan.


3rd Apr 08

It's time for us to say sayonara tu UK... selamat tinggal semua kenangan manis di sini.. Ada rezeki panjang umur kita datang lagi..

Thanks to Abg Ray, Kak Elly, Hariz, Iman sebab kasik we all tumpang umah dia dan menghabiskan makanan dia dalam fridge.. Thanks for all the layanan yg diberi. We will waiting for u guys to come back home next year!

So, from Manchester airport to Dubai, mmg rezeki ada satu seat kosong sebelah we all. Sofiya dapat la dok situ. The whole journey tak tido kan.. Main, nyanyi, makan, dan bersuka ria.. Much more better than masa datang ari tu..

From Dubai to Malaysia lak, flight penuh. Sofiya terpaksa dok atas riba aku. And she slept for the whole journey, straight 7 hours! & 7 jam jugak aku tak kencing kencing.
Tapi alhamdulillah journey balik ni mudah gila. Smooth je.. Sampai KLIA aiport amik KLIA express, then sampai KL central aunty tie dah tunggu.

I was feel like sungguh berdecap kelegaan bila sampai kat Malaysia. I really feel that kitaorang mmg bertuah dengan cuaca panas ni (maybe aku typical malaysian kot). At least nak buang sampah kat depan umah pon takdela nak perlu pakai jaket bagai kan. Nak gi Giant sarung kaftan pon no hal.

Nway, this is the best holiday for us so far. And such the best honeymoon to me and hubby too. (winks winks..!) Si Sofiya lagi la... still berpampers tapi dan berjalan ke merata hala dah. baby lam perut lagi la.. lom kuar lagi dah sampai london!


Okay, I will end my hikayat ceritera kat sini. 3 hari kan mengarang kan.. harusla kena skip ada a few cite kalo tak boleh aku buat buku cam nurul ajai tu.

So, tamatla kisah.... sekian wabillahitaufik.....

1 thoughs.. on "Hikayat Mengembara ke UK 3"

Aaron Kwok-GF =) said...

Hi Ieta,

Thanks for the "mengembara" update. I must really salute you for the energy you poses, being preggy and can still walk so far + carry your little angel...

Anyway, your trips very interesting and allure me to have one too....hehe..

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal