Thursday, July 31, 2008

Malam ni nak masak apa aa....

Expressed by Noorita Yusof at 3:51 PM 3 thoughs.. Links to this post
Today takde specific update.
Just in a mood to craving for a dinner yang pelik2.
By the way, di saat tengah bernafsu makan besar ni, baru teringat akan last weekend punya lunch menu. Lupa plak nak upload.


Yeahhhh!!! Nasik Ayammmm!!!!

Well, let's find out the recipe hasil perit jerihku..


The Ayam:

Bahan-bahannyer:
- Ayam sekor, belah ampat.
- Halia (diketuks)
- Bawang putih sebiji dua (diketuks ketuks gak)
- Marjerin
- Garam cikitt jer
- * Sedikit sos tiram, kicap manis, kicap masin, kicap cair, cap cap cap, cap kipas udang, lepas makan, kita berkipas (apa ke sengal la lagu ni)..
- Air utk rebusan. Kalo takde air, takde la ayat rebus tu. Takkan rebus dalam minyak pulak. Tu namanya goreng.
- Minyak utk gorengan (ha ni baru la utk goreng)

Cara mengerjakannyer:

- Ayam tu rebus dulu pepehal. Kegiatan ini elok dilalukan yg pertama sekali sebelum sibuk nak buat menda lain. Rebus dan tinggalkan. Ha pahtu nak gi bagi ayam itik makan lepas tu boleylah..
- Rebus ayam tu skali ngan halia ngan bawang putih ketuk tadi tu. Masuk skali marjerin barang sesudu dua ngan garam sket sebagai perasa.
- Rebus la sampai empuk. Diulang, empuk. Bukan sampai hancur tertanggal habis isi dari tulang ok. Itu namanya nak buat soto.
- Dah empuk tu, kuarkan le ayam tu. Toskan. Pahtu gaul ngan bahan2 (*) yakni segala jadah kicap tu dan perapkan la paling kurang sejam. Sebab tu hamba kata pepehal buat keroje ayam ni dulu. Baru wat menda menda lain pastu.
- Air ayam tadi jangan dibuang dong.. Simpan utk nasik ngan sup.
- Dah lepas sejam (or lebih or bila nak makan), goreng la ayam perapan tadi...



The Nasik:

Bahan-bahannya:
- Beras secukupnya (Sayer buat 3 port stengah. cam ramai je nak makan kan. padahal 3.5 orang je.. tapi kalo dah satu perut cam 3 orang tu..).
- Marjerin
- Kiub ayam (No MSG added punya. cewah)
- Helba beberapa bijiks
- Halia (dihiris nipis2)
- Bawang putih (dihiris nipis atau ketuk bleh gak. nampak cam ganas sket)
- Daun pandai dua lai (simpul)
- Minyak bijan setitik dua
- Air rebusan ayam tadi tu
- Garam secukup rasa

Cara mengerjakannya:
- Beras dibasuh dulu la cam biasa. Buang segala dosa dan noda. Ketepikan.
- Then amik air ayam tadi tu, masukkan ikut sukatan yg kita tau la kan. Beras lembik masuk la air sikit dan sebaliknya.
- Masukkan halba, bawang puting, halia ngan daun pandan tadi.
- Titikkan minyak bijan.
- Masuk marjerin, nak lagi kuning nasik, taruk la marjerin lagi..
- Kiub ayam sparuh (satu kiub ke kalo nasik byk).
- Garam secukupnya.
- Kacaukan rata2, then tap, tekan suis dan masakkan nasik tersebut.



The Sup:
Bahan-bahannyer:
-
Air rebusan ayam tadi tu
- Daun sup
- Bawang merah (dimayang halus)
- Bawang putih (sama seperti di atas)
- Bawang goreng (tidak sama seperti di atas)
- Minyak utk gorengan
- Garam secukop rasa
- Kiub ayam jika berasa kurang yakin sup ni akan sedap

Cara mengerjekanya:
- Tumis bawang putih dan bawang merah sampai naik bau.
- Masukkan air rebusan ayam.
- Campak la skali garam, ngan kiub ayam tadi tu
- Tunggu la sampai menggelegak.
- Dah siap, tabur la bawang goreng ngan daun sup masa nak hidangkan.
- Sayugia diingatkan kalo dihidang panas baru la ummpph!


The Cili:

Bahan-bahannyer:
- Cili besar hidup
- Cili padi (ni aku je sorang buat kot. Hubby adalah suka pedas)
- Bawang putih seulas
- Sedikit halia
- Cuka makan
- Minyak bijan
- Garam gula secukup rasa

Cara Mengerjekannya:
- Cili besar, cili padi, bawang putih ngan halia diblender halus.
- Pahtu masuk lam kuali dan masak.
- Campur cuka ikut suka hati. Suka masam taruk la byk. I taruk dalam 2 sudu lebey gitu la..
- Minyak bijan setitik dua.
- Garam gula sebagai perasa.
- Masak sampai mendidih sket.
- Siap!



Pahtu bila tiba waktu nak makan tu, barulah angkat sup panas2, tabur bawang goreng ngan daun sup tu. Then potong ayam tu ikut citarasa. Chantekkan dengan timun ngan tomato. (bukan tuk cantek je la, mmg utk makan pon). Hidangkan dengan penuh rasa gumbira...

Sebagai pencuci mulut (ada pencuci mulut camni), kerang goreng yeay!


Quick flash on the recipe:
- Kerang
- Cili padi diketuk
- Bawang putih diketuk
- Serai dititik


Cara masak dia:
- Tumis bawang putih.
- Dah kuning masuk kerang, serai ngan cili padi.
- Tutup, bukak, gaul, tutup, bukak, gaul sampai la masak..
- Bereh!!


And the drinks of the day goes to...



Air bandung hubby............

Tak nyempat2 ok. Belom amik gambar dah sip dah sedas. Tak tahan nengok.....


Wednesday, July 30, 2008

Perihal anakku..

Expressed by Noorita Yusof at 12:24 PM 0 thoughs.. Links to this post
Oh oh... Cepatnya masa berlalu..
Esok dah ari Khamis, dan lantas Jumaat dan lantas weekend.
Meaning I have tolak campur seminggu 2 hari je lagi nak settlekan apa perlu b4 cuti.
Gosh gosh.. Banyaknye mende nak kena settle..

Apa update ari ni.
Jawapannya tiada update.
Tiada cite klako nak dikongsi.
Can I just talk a little bit bout my daughter lah kiranya.
Lama tak cite cite psl dia kan.

Hari ini umo Sofiya dah 2 tahun, 2 bulan dan 4 minggu usianya.
So apa yg dia dah pandai at this stage.


Makan
Hoho mak dia suka makan. Harusla topik pertama adalah makan :P.

~ Skang adalah musim mi sup sedunia bagi dia. Bekpes mi, lunch mi, dinner mi. Misup manjang. Mi hailam ke mi goreng ke mi masak-hebat-gila seme dia tanak. Mi sup sahaja. Resepi senang je, taruk mee, ayam, carrot ngan potato. Tu jah!

~ Kla, kadang2 aku tanak la dia jadik tidak-penggemar-nasik pulak kan. Buat la nasik ayam kadang2 tu. Tak pon beli kat pasar malam. Ok boleh la sepinggan itu dihabisin.

~ Kalo angin kicap dia datang, dia akan request nasik kicap gaul ngan ikan/ayam goreng. Nasik kicap kicapan ni menurun papa dia. Aku tak reti kicap2 nih.

~ Oh ya, segala kelakuan makan makan adalah harus dilakukan sendiri. Tak mau disuap ok. Berlagak besar ye.. Tapi dia adalah pandai makan sendiri. Tumpah sehelai dua je. Kira hebat aa utk budak besar ni kan.

~ Makan time harus pakai apron (apron kecik la. kalo apron mama harus jadik selimut). Bip Bip dah tak main. Stakat tutup suku dada apa ke efisiennye..


Favourite toys
~ Play Doh!

~ Mega Blocks!

~ Cars & lorries & trains!
- minat adalah tertanam lepas balik dari UK. Kazen dia seme jantans kans!

~ Mesin toy yg boleh naik kat depan supermarket tu.
- Yang taruk syiling 50 send or singgit tu. Adalah wajibalghunnah hari2 kena naik.

~ Story Books
- Only if comes with sounds, button sana button sini, pop up pic dan yg interaktif2 lah. Kalo setakat tulisan semata adalah tidak dipandang. One more thing adalah tidak mahu dibacakan. Mau baca sendiri!

~ Coloring and Sticker books
- Berbuku2 dah abih dikaler. Think dia mewarisi minat bonda dia lah. Suka kaler2 dah kreatif2. Ahaks!

~ Barbie doll and doll doll seangkatan?
- Oppss! She just not interested. Other than bear busuk dia yg dah tukar kaler tu.


Favourite Quote
~ Tengah marah - "Ya Owwooohhhh...!" (translate: Ya Allah..)

~ Tengah berdecap kagum - "Wow cantekkk....!"

~ Tengah nak susu - "Su buat su buat..!"

~ Tengah nak air selain air kosong - "Nak air milo!" (pada semua jenis air ok)

~ Tengah takut - "Takut teng teng teng.." (apa yg teng teng teng tu tak tau lah)

~ Tengah yak yak - "Dah dah dah...!" (sambil tangan mengibas2 tanak menandakan suruh orang pegi main jauh2)

hmm.. tu yg standard2 aa.. kalo nak senarai dia cakap apa mmg sampai jilid lapan ratus belas la.. tengah musim cakap banyak kan..


Favourite outfit
~ Lepas mandi pagi - Adalah kurang cerewet. Sarung apapon ok lagi.

~ Lepas mandi petang - Harus skirt. Baju harus ada flower. Tak pon butterfly.

~ Baju tido - Harus ada samada gambar Pooh or Minnie or Dora. Haih!


Hmm... Sampai sini dah tak tau nak tulis apa. Cam banyak gile la pulak. Nanti nanti la kalo terajin ke apa hehe..

Kadang2 naik geram ngan budak ni yg dah makin notti. Kalo takde dia hai sunyinye rumah sampai ke tulang hitam. Cayang dia sangat sangat! Semoga jadi anak yg solehah dan kakak yg baik soon ;).




Mau makan apa...

Expressed by Noorita Yusof at 10:00 AM 0 thoughs.. Links to this post
Oh ya, lupa lak nak update pasal makan2.
Ini adalah lauk idaman semalam.
Start kol 2 petang dah terbayang2 dah.
Muahaha...



Oh..Oh.. Kerisi asam tempoyak....


Lauk sampingan - Goreng tempe and kacang panjang



letsss....

Friday, July 25, 2008

Bulu di mata

Expressed by Noorita Yusof at 6:00 PM 5 thoughs.. Links to this post

Huhuhu...

Pagi pagi buta tadi aku sudah membuat suatu perkara yang sungguh mengerikan buat pertama kalinya di dalam kehidupan ini.

Okla, to be frank, sejak dua menjak menjadi ibu ni, time utk aku bermakeup2-an di sewaktu pagi b4 pegi keje tu adalah amat terhad sekali.
Hanya jikalau ada masa lebih tu boleh la nak tenyeh eye shadow ke, blusher ke, menyebit bulu mata ke.., (apsal menyebit, sebab lagu buronan cinta tu cakap tejebit di antara, dua pacar berbeza... layan gak lagu ni)

Biasanya perlakuan perlakuan di atas aku laksanakan di dalam bilik di dalam remang remang gelap subuh sebab Sofiya tido lagi kan, so tak bukak la lampu. Blasah depan tv je. (Yang sebenarnya adalah alasan. Buleh je kalo nak buat dalam bilik air).

So tadi cam biasa la ada masa lebih sket, hubby tgh wirid lepas semayang, so aku amik la kesempatan menyebit bulu mata ni..

Belah kanan ok gi.. Lepas.. Bila tiba belah kiri, secara tiba tiba dan tidak diduganya, zrasss! Penyepit tu tergelincir gitu dari tangan aku. Sakit nye kulit mata toksah cakap la. Tapi yang buat aku cam terbojol bijik mata adalah pabila melihatkan akan segumpalan bulu di penyepit tersebut yg mana tak lain tak bukan adalah bulu mata aku la kan! Takkan bulu keting pulak.
(kalo dan amik gambar tadi mesti lagi hidup cite aku ni kan. terlalu kaget ok).

So aku cam WHATTTTTTTTT. Adakah kelopak kiri mata ku sudah botak chin?? Tidakkk!!!

Dengan pantas aku capai cermin dan nah! mmg tu dia la. Hanya tinggal sisa sisa buangan sahaja di sana. Bulu mataku yg lebat bersinar dah beralun itu sudah tiada! And the worst thing is adalah sebelah sahaja kan..???? (at least sebelah. kalo dua belah??)

"Shhuttt!" Aku penah dengar orang cakap tadek bulu mata nanti takleh tido ok. Tiada pemberat menurut kata orang ala2 terer fizik. Aku terus cuba2 tutup mata, dan ok sah aku still boleh tutup mata lagi. So setel bab tido kan. Skang adalah bab kecacatan dan kepelikan dilihat orang.

Aku try la cover pakai maskara kan. Kasik nampak tebal sket. Tapi mmg obvious gila beza dari belah kanan. Cam mamposla.. Asalkan ada lagi sehelai dua tu kira aci la kan.

So lam kete aku ngadu la kat hubby. 3 kali chance aku kasik kat dia soh teka apa yg lain kat muka aku pagi tu.

1. Jerawat
Tettt!! tidak ok. Jerawat sesat kat dagu ni dah 3 hari dah ada k. Baru perasan kers? ces.

2. Tudung - ari ni aku pakai selendang panjang ala2 ikatan wardina gitu.
Tettt jugek. Aku tanya muka ok, muka. Tudung adakah sebahagian daripada muka..?

3. Takde apa2 pon..
Ishh kalo dah nama lelaki tu, mana la nak pasan menda2 yg dinamakan perubahan kan.
Ni yg malas nih.


So dengan perasan kurang sabar nye terus aku point kat mata aku yg terkejip2 ni. Dengan muka penuh terperanjatnye dia perasan la akan kejarang buluan di mata kiri compared to mata kanan kan. Hah ko, terperanjat kuceng siam kejap.

Tapi ayat yg kluar dari mulut dia cam buat aku terpikir..
"hmm.. mesti tadi sepit tak baca Bismillah.."

Err... cam betul je.. :P

Korang rasa bulu mata boleh tumbuh kembali tak..??
Dah la rambut aku nak panjang dari bawah telinga ke bahu mengambil masa 2 tahun!
Kalo bulu mata..??? Adakah perlu Sofiya dah amik SPM baru ia menjadi normal..??

Adakah aku perlu memakai ini dan menjadi seperti Eja Seputih Qaseh Ramadhan..? (betul ke drama ni?)

Wednesday, July 9, 2008

Mari bernasik minyakan..

Expressed by Noorita Yusof at 12:27 PM 4 thoughs.. Links to this post
Makan session again... I likeee!!

Last weekend menu.


As per hubby request: Nasik Minyak Ganu.....

-----------------------------------------------------------------------------------------------

The nasik
(very the plain without bawang goreng, kismis, gajus ke apa2 kejadah lah. tak dan ehek.)


Bahan-bahan:
Beras of cozs (kali ni utk 3 pot).
Susu cair - dekat2 stengah cawan).
Tomato sos (Del Monte is the best! Wallah!) -dekat2 stengah cawan gaks.
Minyak sapi - agak2.
Bawang merah -dimayang mengurai.
Bawang putih -dimayang juga.
Buah pelaga.
Bunga lawang.
Kulit kayu manes.
Daun pandan - 2 lai dah cukup.
Garam sebagai peraser.

Cecarenyer:
- Masukkan minyak sapi lam periuk & tumis bawang merah, bawang putih, buah pelaga, bunga lawang ngan kulit kayu manes sehingga kuning menguningan.
- Dah kuneng, masukkan air sesedap rasa (mengikut sukatan beras kita tadik).
- Masukkan susu cair + sos tamoto tomato tomato matok..
- Garam skets.
- Kacau le sehingga mendidih.
- Dah mendidih tu tuang la ramuan ni dalam beras kita dalam periuk nasik tersebut (beras tu basuh ler siap2 nyah).
- Simpul daun pandan then campaks skali.
- Masakkan le nasik itu.
- Tunggu le nasik masak..

------------------------------------------------------------------------------------------------

The ayam masak merahss

Bahan-bahan:
Minyak masak (minyak rambut boleh gak kalo tanak idup lama).
Of coz ayam (tanak ayam, daging rusa pon bley. Arnab pon layan gak)
Cili boh/giling/blender/apa2 je la blalang..
Bawang putih+merah+besar = blend samer samer.
Belacans.
Asam jawer.
Serbuk kari.
Bawang besar dimayang kasar- untuk kudap kudapan.
Garam.
Gula.
Aji naik moto - untuk yang nak masak kat mak mertua.

Cecarenyer:
Saya nye lain sket dari yg lain. Salah satu cara nak masak ayam masak merah la..
- Taruk gedebuk ayam di dalam kuali.
- Gedebuk skali cili boh 2-3 sudu (nak lagi brapi taruk la lebey) ngan 1-2 sudu (sesedap rasa la kira) bawang mesin.
- Bubuh dalam 1 1/2 sudu serbuk kari.
- Gula sket.
- Air asam jawa gaul skali ngan secubet belacans muahs.

- Teruk air. Nak kuah lebey, taruk banyak air.
- Kacaukan, dan pasang api sederhana manja.
- Dah agak mendidih, ayam dah empuk, masukkan bawang besar.
- Pastu tuang minyak masak sekeliling kuali. Nak ayam masak merah minyak, tarukla minyak banyak2. (tang ni yg lain tu. minyak adalah kendian).
- Perasakan ngan garam nga cik aji (kalo ada alasan seperti di atas).
- Then biarkan mendidih lagi sehingga la rasa cam- dah sedap dah ni kot.
- Tutup api. Tak tutup nanti jadik ayam masak merah kering berpanggilan hangit.

------------------------------------------------------------------------------------------------

The acar spatriasa


Bahan-bahan:
Timun batang (kalo nak acar tebu, sila sediakan tebu batang).
Carrot.
Bawang besaq.
Cili besaq.
Cuka makan.
Gula.
Garam.

Cecarenyer:
- Potong timun cam kat atas tu (nak cakap tak reti).
- Potong carrot alus alus gituh.
- Mayangkan bawang besar nipish2.
- Mayangkan juga cili besar. Nak kasik kuar hingus sila la pakai cili padi.
- Then campurkan seme tu kat dalam mangkuk.
- Pastu tuang cuka tu barang 3 sudu (agak2 nak ceret tu, boh la lebey), gula dalam 1 1/2 sudu, garam sket.
- Gaul gaul gaul, kacau kacau kacau.
- Siapss!

------------------------------------------------------------------------------------------------

Then pe tunggu lagi.
Melantaks ler..!


I dono la hows others punya nasik minyak looks like. Ada rendang itik ke, hati masak tiga rasa ke.. Tapi ni typical menu of our family punyalah. Paling simple punyah!!
Which is i soooooo makan banyak after that.
Saja je include the recipe in case ada yg mau menchoba.

Wednesday, July 2, 2008

About your beloved Hubby....~

Expressed by Noorita Yusof at 4:14 PM 5 thoughs.. Links to this post
I've been tagged by Moon.. Adalah lambat melunaskan hutang kerana hatta tiada masa + idea jua.

So now, cam agak2 terluang masa ni,terimalah..


Apa yang anda suker tentang suami anda..

Err.. Ni suka dulu ke suka skang aa... Senang kita categorizekan lah yek..

Dolu dolu..

With his best buddies at the moment. Baby face of him time tu, cutenye lahai...


- Terjatuh suka (no yet cinta) kat dia 1st time masa kat KMB (Kolej Mara Banting) dulu around year of 99. Actually like I mentioned before, pada mulanya perasaan suka adalah sengaja dibuat buatin kerana sedang melibatkan diri dalam acara marilah gatal gatal ada Secret Admirer (SA). Namun dari saja saja terus kepada ketidak sengaja terjatuh hati pula. Kerana layanan yang diterima itu agak menyentuh hati jua..


Pertengahan dolu dolu..

Uhh.. Gym maniac team.


- Zaman melekat-bak-gam-uhu kitaorang adalah masa zaman stadi dulu, yakni di kampus UM. Ke kelas, ke makan, ke minum, ke lepak, ke library, ke situ, ke sini adalah mostly bersama si dia. Tapi bukan bermakna takde life ngan kengkawan lain. Just bak kata orang adelah kiranya tempat bergantung jika ada apa-apa masalah.
Nak ke mana-mana pun ada je tukang bawaknyer (yes, my driver la apa lagi,heh). Dialah jugak kawan stadi. Malam2 kitaorang akan lepak kat Projet Hartamas minum minum sambil membawa buku. Dia pun agak rajin membawa aku ikut dia kegym utk menyihat dan mengemukkan badan sedikit (org lain gi gym nak kurus, tapi aku makin berisi). Hehe..


Tak berapa dolu..

Tunang..
Nikah


- We all tunang tahun 2004, and get married a year after that. For me, dia mmg seorang yg bertangunggjawab dan sangat suka mendalami ilmu agama. From there, I know that he's jsut the right choice for me. Tell u, dia mmg seorang yg 'cenge' atau dalam bahasa faham adalah garang. Nampak je muka cam lemut-lemut gitu kans.. Tapi cenge-cenge dia adalah bersebab. Dia salu ngajar aku cemane nak survive kat dunia skang yg penuh dgn cabaran dan pancharoba ini. With him, I've changed a lot..


Kini..



As a papa to a daughter (& our coming baby soon), tell u, now he's really really become like a real father as I dream of. Kalo awal-awal dulu agak keliatan nak buat itu ini kan, ye la anak bongsu. Adalah tidak reti utk membuat kerja rumah hatta membuang sampah sekalipun. Tapi sekarang ok la. Dia pelan pelan belajar dan tolong mana patut. Pendek kata dah boleh la diharap. Sifat penyayang dia makin terserlah dan makin pemurah. ;)

Dia pun jenis tak cerewet dari segala hal. Kalo bab makan, asalkan ada ayam dada + sambal belacan, apa-apa jenis lauk pon layan.. Kalo ajak pegi mana-mana, adalah anytime... Tiada alasan alasan bongek diberikan yg mana berkadar terus dengan perasaan malas nak meneman bini kan. hehe..
Tapi just satu je. Jangan la suruh dia ni pegi pasar. Rasanya dia ni kenal cili je kot..



Adakah anda seorang yang romantik?


I am a romantic person. But in such a playful and creative way. Sejak kenal dia, I never ever bagi dia kad yg dibeli di pasaraya atau di mana-mana. They are not exclusive! The same card can be owned by other guy too. I just created all the cards for him by myself. Haha. Tell you, rasanya dah berpuluh-puluh kad aku penah buat kat dia. N all came in diff style and look! Aku tak tau mana datang idea yg maha mencurah2 tu. Agaknya kalo masuk rancangan Art Attack pon boleh. Kad selamat pagi, kad sembuh sakit, kad miss u miss u, kad sorry, kad selamat jalan nak balik kampung, kad itu kad ini.. Kad besday seme tu jangan cakap la kan.. Sometimes I just create a simple note like, "pegi kelas take care k.." and selit kat wiper kete dia. Hehe..
And all of them still dalam simpanan dia. Sekali sekala dia kuarkan seme kad kad utk sama sama ditatap sambil gelak2. cam malu pun ada.. :">



Adakah suami anda seorang yang romantik?

Err.. Can I say as a Yes? Haha... Dulu (dulu ok) dia cukup suka bagi aku roses. Start2 terkantoi aku ni elevenapples dia dah kasik 11 roses kat aku. Sejak dari tu ada je ros dia bagi kat aku. Balik kg kasik ros, balik kl kasik ros, pegi dating ros lagi. Ros ros.. And all the roses still ada dalam kotak hikmat aku kat Trg. Dah kering kering dah.. Tapi I will still continue to keep them as each and one of them come with such a different memories..

Skang dia dah takde dah ros ros hehe.. Dari bagi ros aku prefer dia kasik duit beli pampers anak haha.. (ee tak romantiknya kan). Tapi aku faham la situasi skang. Baik la beli makananan or duit tu simpan buh dalam tabung Sofiya. But for such a special event, takde salahnya.. Pompuan mana tak suka bunga kan.. Wink wink**~


Luahkan perasaan sayang yang lahir dari hati yang ikhlas untuk orang tersayang...

Sayang.. I really love you from the day one I fall in love with you.
And the same level feeling still remain in my heart until end of time..
(aiyo apakah jiwang ini.. :P)


Apa yang anda mahu dari pasangan anda...
Jika dihitung dari keinginan manusia, kemahuan adalah sentiasa ada dan tak mungkin dapat dipuaskan dengan sepenuhnya.
I just want you to love me tanpa ada kadar perkurangan dengan berlalunya masa..

Cewahh.. Gile ah!
Tapi keinginan sebenar adalah tolong la kadang-kadang buat kerja tanpa perlu disuruh keke.. Cam pasang ubat nyamuk tu.. Ala tak sampai semenet je yang oii.. Ha, kadang kadang kalo terbangun tido lamat tu, tolong tolong le ngemas sket katil tu.. Nak jugak bini dia yg cantek jelita ni kemaskan.. Ha lagi bla bla bla bla..... pot pet pot pet..



Huh, menelas aku nak abiskan tag ni. Lama pulak tu. Haih!
Dengan ini saya dengan sukacitanya nak menyusahkan nama nama di bawah ni pulak.
Sila sila lah ye..

1) Muza
2) Norli
3) Yanie

err sapa lagi aa.. sapa2 lah para isteri yg lain.. :P

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal