Friday, July 25, 2008

Bulu di mata

Expressed by Noorita Yusof at 6:00 PM

Huhuhu...

Pagi pagi buta tadi aku sudah membuat suatu perkara yang sungguh mengerikan buat pertama kalinya di dalam kehidupan ini.

Okla, to be frank, sejak dua menjak menjadi ibu ni, time utk aku bermakeup2-an di sewaktu pagi b4 pegi keje tu adalah amat terhad sekali.
Hanya jikalau ada masa lebih tu boleh la nak tenyeh eye shadow ke, blusher ke, menyebit bulu mata ke.., (apsal menyebit, sebab lagu buronan cinta tu cakap tejebit di antara, dua pacar berbeza... layan gak lagu ni)

Biasanya perlakuan perlakuan di atas aku laksanakan di dalam bilik di dalam remang remang gelap subuh sebab Sofiya tido lagi kan, so tak bukak la lampu. Blasah depan tv je. (Yang sebenarnya adalah alasan. Buleh je kalo nak buat dalam bilik air).

So tadi cam biasa la ada masa lebih sket, hubby tgh wirid lepas semayang, so aku amik la kesempatan menyebit bulu mata ni..

Belah kanan ok gi.. Lepas.. Bila tiba belah kiri, secara tiba tiba dan tidak diduganya, zrasss! Penyepit tu tergelincir gitu dari tangan aku. Sakit nye kulit mata toksah cakap la. Tapi yang buat aku cam terbojol bijik mata adalah pabila melihatkan akan segumpalan bulu di penyepit tersebut yg mana tak lain tak bukan adalah bulu mata aku la kan! Takkan bulu keting pulak.
(kalo dan amik gambar tadi mesti lagi hidup cite aku ni kan. terlalu kaget ok).

So aku cam WHATTTTTTTTT. Adakah kelopak kiri mata ku sudah botak chin?? Tidakkk!!!

Dengan pantas aku capai cermin dan nah! mmg tu dia la. Hanya tinggal sisa sisa buangan sahaja di sana. Bulu mataku yg lebat bersinar dah beralun itu sudah tiada! And the worst thing is adalah sebelah sahaja kan..???? (at least sebelah. kalo dua belah??)

"Shhuttt!" Aku penah dengar orang cakap tadek bulu mata nanti takleh tido ok. Tiada pemberat menurut kata orang ala2 terer fizik. Aku terus cuba2 tutup mata, dan ok sah aku still boleh tutup mata lagi. So setel bab tido kan. Skang adalah bab kecacatan dan kepelikan dilihat orang.

Aku try la cover pakai maskara kan. Kasik nampak tebal sket. Tapi mmg obvious gila beza dari belah kanan. Cam mamposla.. Asalkan ada lagi sehelai dua tu kira aci la kan.

So lam kete aku ngadu la kat hubby. 3 kali chance aku kasik kat dia soh teka apa yg lain kat muka aku pagi tu.

1. Jerawat
Tettt!! tidak ok. Jerawat sesat kat dagu ni dah 3 hari dah ada k. Baru perasan kers? ces.

2. Tudung - ari ni aku pakai selendang panjang ala2 ikatan wardina gitu.
Tettt jugek. Aku tanya muka ok, muka. Tudung adakah sebahagian daripada muka..?

3. Takde apa2 pon..
Ishh kalo dah nama lelaki tu, mana la nak pasan menda2 yg dinamakan perubahan kan.
Ni yg malas nih.


So dengan perasan kurang sabar nye terus aku point kat mata aku yg terkejip2 ni. Dengan muka penuh terperanjatnye dia perasan la akan kejarang buluan di mata kiri compared to mata kanan kan. Hah ko, terperanjat kuceng siam kejap.

Tapi ayat yg kluar dari mulut dia cam buat aku terpikir..
"hmm.. mesti tadi sepit tak baca Bismillah.."

Err... cam betul je.. :P

Korang rasa bulu mata boleh tumbuh kembali tak..??
Dah la rambut aku nak panjang dari bawah telinga ke bahu mengambil masa 2 tahun!
Kalo bulu mata..??? Adakah perlu Sofiya dah amik SPM baru ia menjadi normal..??

Adakah aku perlu memakai ini dan menjadi seperti Eja Seputih Qaseh Ramadhan..? (betul ke drama ni?)

5 thoughs.. on "Bulu di mata"

ya-ummi on July 28, 2008 at 12:54:00 PM GMT+8 said...

Lawak ok entry ni :P
Aku pun kan slalu je siap dalam kesamaran cahaya..dalam bilik ada 2 lampu. 1 yg terang, lg satu mentol kuning yg malap sangat.. so pepagi nak siap aku bukak je yg malap.

:::sHa::: on July 31, 2008 at 2:59:00 AM GMT+8 said...

ahahahhaha..lawak ieta weh...karena sy pernah dpt situation mcm ni..punya la panik..akibatnye sampai skang sebelah kirin ni bulu matanye lebih dr belah kanan...sangat cacatsssssssssss kan...takpe sabar..tu la dugaan nk cantik..ehehhe

elevenapples on July 31, 2008 at 11:10:00 AM GMT+8 said...

Ya-Ummi: ekeke.. tu la padahnya kalo berlagak pro. Ingat mata cukup tajam kan. hehehe..

Sha: yeke Sha...? Brapa lama dah tu..? Aiyark.. Memang takde harapan nak pulih seperti sedia kala la ni... huk huk!

fairuz on May 29, 2011 at 4:47:00 PM GMT+8 said...

hahah lawak la. first time denga cite macam ni. kikiki :3

Anonymous said...

buy valium buy valium cheap - valium xanax side effects

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal