Wednesday, July 30, 2008

Perihal anakku..

Expressed by Noorita Yusof at 12:24 PM
Oh oh... Cepatnya masa berlalu..
Esok dah ari Khamis, dan lantas Jumaat dan lantas weekend.
Meaning I have tolak campur seminggu 2 hari je lagi nak settlekan apa perlu b4 cuti.
Gosh gosh.. Banyaknye mende nak kena settle..

Apa update ari ni.
Jawapannya tiada update.
Tiada cite klako nak dikongsi.
Can I just talk a little bit bout my daughter lah kiranya.
Lama tak cite cite psl dia kan.

Hari ini umo Sofiya dah 2 tahun, 2 bulan dan 4 minggu usianya.
So apa yg dia dah pandai at this stage.


Makan
Hoho mak dia suka makan. Harusla topik pertama adalah makan :P.

~ Skang adalah musim mi sup sedunia bagi dia. Bekpes mi, lunch mi, dinner mi. Misup manjang. Mi hailam ke mi goreng ke mi masak-hebat-gila seme dia tanak. Mi sup sahaja. Resepi senang je, taruk mee, ayam, carrot ngan potato. Tu jah!

~ Kla, kadang2 aku tanak la dia jadik tidak-penggemar-nasik pulak kan. Buat la nasik ayam kadang2 tu. Tak pon beli kat pasar malam. Ok boleh la sepinggan itu dihabisin.

~ Kalo angin kicap dia datang, dia akan request nasik kicap gaul ngan ikan/ayam goreng. Nasik kicap kicapan ni menurun papa dia. Aku tak reti kicap2 nih.

~ Oh ya, segala kelakuan makan makan adalah harus dilakukan sendiri. Tak mau disuap ok. Berlagak besar ye.. Tapi dia adalah pandai makan sendiri. Tumpah sehelai dua je. Kira hebat aa utk budak besar ni kan.

~ Makan time harus pakai apron (apron kecik la. kalo apron mama harus jadik selimut). Bip Bip dah tak main. Stakat tutup suku dada apa ke efisiennye..


Favourite toys
~ Play Doh!

~ Mega Blocks!

~ Cars & lorries & trains!
- minat adalah tertanam lepas balik dari UK. Kazen dia seme jantans kans!

~ Mesin toy yg boleh naik kat depan supermarket tu.
- Yang taruk syiling 50 send or singgit tu. Adalah wajibalghunnah hari2 kena naik.

~ Story Books
- Only if comes with sounds, button sana button sini, pop up pic dan yg interaktif2 lah. Kalo setakat tulisan semata adalah tidak dipandang. One more thing adalah tidak mahu dibacakan. Mau baca sendiri!

~ Coloring and Sticker books
- Berbuku2 dah abih dikaler. Think dia mewarisi minat bonda dia lah. Suka kaler2 dah kreatif2. Ahaks!

~ Barbie doll and doll doll seangkatan?
- Oppss! She just not interested. Other than bear busuk dia yg dah tukar kaler tu.


Favourite Quote
~ Tengah marah - "Ya Owwooohhhh...!" (translate: Ya Allah..)

~ Tengah berdecap kagum - "Wow cantekkk....!"

~ Tengah nak susu - "Su buat su buat..!"

~ Tengah nak air selain air kosong - "Nak air milo!" (pada semua jenis air ok)

~ Tengah takut - "Takut teng teng teng.." (apa yg teng teng teng tu tak tau lah)

~ Tengah yak yak - "Dah dah dah...!" (sambil tangan mengibas2 tanak menandakan suruh orang pegi main jauh2)

hmm.. tu yg standard2 aa.. kalo nak senarai dia cakap apa mmg sampai jilid lapan ratus belas la.. tengah musim cakap banyak kan..


Favourite outfit
~ Lepas mandi pagi - Adalah kurang cerewet. Sarung apapon ok lagi.

~ Lepas mandi petang - Harus skirt. Baju harus ada flower. Tak pon butterfly.

~ Baju tido - Harus ada samada gambar Pooh or Minnie or Dora. Haih!


Hmm... Sampai sini dah tak tau nak tulis apa. Cam banyak gile la pulak. Nanti nanti la kalo terajin ke apa hehe..

Kadang2 naik geram ngan budak ni yg dah makin notti. Kalo takde dia hai sunyinye rumah sampai ke tulang hitam. Cayang dia sangat sangat! Semoga jadi anak yg solehah dan kakak yg baik soon ;).




0 thoughs.. on "Perihal anakku.."

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal