Wednesday, October 29, 2008

Sila jangan prejudis dengan entry ini

Expressed by Noorita Yusof at 3:33 PM 3 thoughs.. Links to this post
I was sooo in a mood to shop. Hari hari asyik shopping je..
Okay.. gaji baru je masuk ari ni tetapi 2-3 hari sebelum gaji aku dah menghabiskan sisa sisa uwang yang ada itu utk bershopping.. Pemborosan yang tak bersebab. haih..

Aku salu suka bubuh intro yang tak blood related dengan menda sebenar aku nak cakap kat sini. Ntahla. Dah memang pe'el camtu kot. mintak mahap ye cikgu BM (cakap lagi psl pendidikan kan, ye la otak tgh dok pikir adikku yg nak amik exam. Aku ke risau terlebih neh..? Tuan empunya cam rilek je..)

Ok dah dah.

Nway, aku nak cakap la kan. Kadang-kadang (ok la, sokmo sokmo) bosan ngan pendapat pendapat ahli pikir yang concern gila lagu malaysia tak berapa nak berkumandang kat radio. Asyik2 lagu Indon. Artis tempatan dianak tirikan lah. Kera dihutan di susu Dumex kan, tapi anak di rumah makan KFC wat eva kan. Keadilan hak dan sebagainya. Pahtu kuar lak majlis fatwa nak buat kouta 90:10. Yang paling mari bertepuk tangan adalah nak hadkan kemasukan lagu Indon amenda ntah aku bukan follow detail.
(Ok chop, tiba tiba entry kali ni terasa sangat amatlah formal dan sungguh berpolitik sekali).

For me cam hey.. Kalolah lagu lagu Malaysia asyik2 bernada sengal dan tiada pembakaran semangat, maunya tak nak dengar lagu Indon kan?

Like dont be hypocrite lah. The song like "kenapa singgah kalo tak masuk..." from group-Flava tu memang ekselen gile. Aku tau ramai suka lagu ni. And the fabulous lyric is

"Tapi sejak dua menjak kini
Ku merasakan bagai ada tetamu
Tanpa dijemput sudi menjenguk
Pada waktu sepi menemaniku

chorus
Tidak mungkin tiada di sini
Kerna tiada siapa pernah kisah
Akan aku tertanya ku siapa kamu
Kenapa singgah kalau tak masuk
Ke dalam hatiku"



While the Letto's lyric is like,

"Di daun yang ikut mengalir lembut
Terbawa sungai ke ujung mata
Dan aku mulai takut terbawa cinta
Menghirup rindu yang sesakkan dada

Jalanku hampa dan kusentuh dia
Terasa hangat oh didalam hati
Kupegang erat dan kuhalangi waktu
Tak urung jua kulihatnya pergi"



How..??


Yang tukang memperjuangkan hak tu pon, if u're really menjual tubuh, eh lagu dan CD kan takpela jugak. Ni yg berkobar mulut berapi cakap tu yang jenis si dungu isap isap rokok berkepul dalam kete ber-aircond lagi nak cakap psl lagu indon ke lagu melayu whateva ni. Cam do u really care or just mau popular dengan hujahan..?
Hey jgn tipu yg ko pon suka gak lagu indon kan.. ha kan kan kan..


Haha aku tak emo k. Sikit pon tak.

Tapi for me la.

Music is global.

Kalo lagu sedap, orang dengar la.

Kalo lagu cam ngok, baik yang tukang nyanyi tu dengar sendiri.

Tak pon yg isap rokok dalam kete aircond tadi dengar (apsal aku anti sgt ngan orang isap rokok dalam kete ni. Coz for me it was soo jalan yang paling setupid utk membunuh diri).

Aku ni jugak bukanla anti ngan lagu Melayu. Malaysia tumpah darahku.. Negeri elok amat ku cinta.. yang ku puja sepanjang masa.. (layan gak lagu ni masa perhimpunan sekolah dulu). Eh, ok balik semula.

Aku suka gak lagu2 bila nak saksi, yang pernah, harum subur di hati, ruang rindu, menghapus jejakmu,ketahuan, buronan cinta. Eh!

Dan baru aku sedar yang dalam playlist mp3 aku 90% adalah lagu2 seberang. Which is aku tidak sengajakan. Aku just download lagu yang aku suka.

Itu baru aku, u all cemane..??

Haha..

Don't be hypocrite...

Wednesday, October 22, 2008

Si botak ku cayang...

Expressed by Noorita Yusof at 4:48 PM 0 thoughs.. Links to this post
Mu'az dah 2 bulan lebey. Kejapnya lah masa berlalu.. Nanti tup tup dah merangkak, tup tup dah berdiri, tup tup tup lagi dah berjalan. Then growing up growing up..
Dah tak montel takleh gomol dah.. Eeee cepatnyaa...

Sini ada la sekeping dua (kay la, berkeping keping gak la..) gambar budak butaks yg sempat la disnap dalam kesibukan bonda..


Budak butak tido nyenyak.
Tido nyenyak si budak butak.
Nyenyaknye tido si budak butak.
Itu budak butak memang tido nyenyak..


Tido nyeyak dalam gelap.
Tapi mama tak kira. Amik gak gambar pasang camera light.
Hasilnya berkilat muka si budak butaks.



Budak butak mimpi jadik Ultraman Dyna..



Alala cebik cebik...



Mari posing bersama mama.....



Along pon nak jugek...

Tuesday, October 21, 2008

Suatu hari Ahad yang lalu..

Expressed by Noorita Yusof at 3:37 PM 4 thoughs.. Links to this post
Uh.. Last weekend, this weekend, next weekend,seme full ngan open house semata.
Adalah amat suka lagi cita dapat berhari raya bersama kawan kawan seperjuangan (yg sebenarnya adalah suka dan gembira dengan acara makan makan sebegini).

Ahad lepas cik Ajula punya giliran buat open house. Ajula..? Siapakah..? Adakah adik ipar Jula Juli bintang tiga. Ohoho... Ajula tu nama sedap sedapan je.. nama sebenar adalah Azura...... kaulah sinar hidupku hu.....

Tapi yg nak diceritakan bukanlah pasal menu makanan kat umah Ajula mahupun aku yg pegi 2 kali ke rumah beliau, tetapi pasal KFC SRI GOMBAK (highligh ok) yang sungguh hebat lagi efisien lagi bravo serta mubarrakko...

Apakah kaitan sebenar open house rumah Ajula serta KFC SRI GOMBAK ini..?? Well.. takde kaitan pon.. yang sebenarnya lepas guide Farah gi umah Ajula, si manja Sofiya nak naget la pulak tanpa sabar.. Even jam telah menunjukkan ke angka 7.25pm, yakni tengah maghrib buta di kala syaitan nirrojim sedang bergentayangan, aku gagah jugak 'singgah' KFC sekejap. Demi anak..

Nama pon 'singgah' kan. harusla sekejap.. Tapi kalo dah pekerja tukang amik order + tukang letak makanan tu dah dasar lemb*b, bukan kata singgah dah. Tu namanya dah berkampung dah aku kat depan kaunter tu.

Tak kisah la kalo ko jenis pekerja yg amat lemah lembut lagi bersopan santun kan. Letak ayam dengan penuh hemah dan tertibnya ke pinggan. Tapi kalo dah buat keje sambil muka cam cuka basi tahun lepas, sambil hempas2 roti tu apa kejadahnya ini.
Tak kira, aku nak cakap gak nama dia. Nama dia Eyra.. Ha amik ko.. Skang satu dunia tau ko pekerja paling tidak berdedikasi kat KFC SRI GOMBAK (urup besar lagi) tu.
Dah la slow gile, orang punya beratur panjang nak mam dia boleh berlenggang2 mengepit ayam dan berlenggang meletak ke pinggan. Pahtu berlenggang lenggang lagi amik cup, berlenggang lagi letak air. Dalam dok berlenggang lenggang tu mata sempat lagi tgk orang makan2 kat depan dengan muka cam ta*k kucing.

Yang agak kurang hajau tu, adala orang tu order dalam 4 set gitu kan. so request pinggan lebih. Dia dengan suara kuatnya tanya, "nak brapa pinggan ni...????" <-- kasar ok.
Pahtu orang tu ckpla brapa2 kan, dia boleh jeling dan hempas2 pinggan. Kurang hajau nye budak..!! orang2 tgh beratur ni tgk dia sambil bisik2. Mesti derang cakap "Anak sapa la cam ngok sangat ni.." tak pun "Keje dah la lemb*b, perangai sungguh kurang sopan" dan sebagainya lagi..

Lagi satu perkara yg terserlah ketidakberdedikasinya dia tu kan (banyak ok aku hentam dia ari ni), masa nak amik order tu kan, derang kena greet "Selamat datang, bla bla kejadah tu kan". Dia ni cakap dengan cam mubling cam helloo apa ko membebel tak tentu arah ni..?? Kalo nak cepat cakap seme tu tapi orang tak paham, baik la kau diam je. Pahtu dah amik order tu, ko kena cakap ada "Ada apa2 nak tambah..? cheezy wedges ke, fries ke.." (harusla tau kan. aku ni hantu KFC remember?). Tapi takde cakap pon ok. memang dasar pekerja buangan betul.

Kalo tak kerana Sofiya mmg aku dah blah dah. Tak kuasa. Tapi sian gak. nak naget nak naget kan..

Utk Eyra ni pls la... Jangan la weii buat cam ni. Buat buruk nama KFC je. Dah la terpampang kat dinding KFC-The best franchise restaurant for 2007, sambil CEO nye tersengih memegang trofi gold leopard (kot). Apakah releven anugerah itu dengan pekerja yang sengal seperti ini..??

Aku marah lagi hangin bukan apa. Nama dah hantu jembalang KFC kan. So yg paling dekat mesti la KFC sri gombak kalo angin nak ratah ayam tu datang kan. Abih kalo ada pekerja cam ni potong la stim kan.. pahtu kalo ramai orang kena ngan dia pahtu dah tobat tanak makan KFC dah mesti la sales kurang kan.. Kalo dah sales kurang kang KFC ni tutup kan, abih aku ni camne..??


Jauh tak jauh aku pikir tu...

Thursday, October 16, 2008

Best thing happenned around...

Expressed by Noorita Yusof at 2:37 PM 0 thoughs.. Links to this post
Bosan nak mampuih (hubby salu marah cakap nak mampuih, tapi dasar degil) sementara tunggu kol 5.30 ni. Aku memang TAK DE MOOD nak buat pepe petang ni. Otak rasa bergerak lembab cam keta ada sticker P yg hubby potong pagi tadi. Gile lembab kete tu. Dah la ada sticker kat blakang "Lady is a great leader. You are following one". Aku memang 'suka' kan kete2 yg ada sticker2 ala poyor cenggini. Sebab aku suka teruz zappp potong dengan card sticker blakang aku yg bertulis "WHATEVA". Hoho...
(Benci gila sticker "If you think this car is cute, wait until u see the driver". Gile muntah!!).

Woo intro je dah 8 baris. Meraban lak tu. Kalo karangan SPM ni dah kena potong markah dah ni sebab keluar tajuk gila obvious. Tapi pedulik hapa. Ni bukan BM kertas 2 pun. Nasib la adik aku nanti nak kena SPM. Belajar la sampai biru muka. Kalo nak rasa bangga lagi hidung kembang masa orang tanya result, sila la belaja betul2 ye. (Ni bukan ke aku tengah meraban lagi ni?).

Okay okay berbalik kepada tajuk di atas. I think banyak menda menda best jadik lately in our life. I was so so happy... Nak imbas kembali lah ni..

1) Arrival of our 2nd child.
And it's a son! I was so DAMN happy! Alhamdulillah syukur kepada Allah. Even masa scan dah nampak bird bird tapi aku still tanak letak 100% lagi kat situ. Kuasa Allah kita tak tau kan. Mana tau dalam gambo bird bird, skali kuar flowery pulak. Tapi bila dah confirm tu gila rasa nak sujud syukur. With daughter and son, don't u feel ur life already complete..? I do.


2) Progress of my 1st kid.
She's improve a lot! Masa kat Gombak ye la, mana ada geng kan.. Geng dia si Eni je la. Takpun petang2 jalan sekitar taman pahtu jumpa lak geng2 cam Mbak Eli, Mbak Ipah, ntah macam2 Mbak lagi la.. So bila aku pantang kat kampung, jumpa cousin2 aku (yang sebaya dia) gila suke. Actually bebudak tu pangkat mak pak sepupu Sofiya tapi blasah je la kan.. Lepas berkawan2 ngan pelbagai karenah budak ni barulah muncul hidden talent dia. Umo 2 tahun ++ dah pandai lukis ok. Lukis2 yg bukan contengan semata tapi buleyla lukis spider, sun, ball, even lukis muka orang pon jadik! Walaupun senget benget tapi hey dun u know that 2 yrs old kid even not really know how to draw a circle?
Lagi satu dia dah boleh nyanyi Twinkle2, Baa Baa black sheep, Row row boat, apa2 lagu nursery rythm ni dengan sungguh full dan tidak pelatnya. Even lagu buai laju2 yg aku baru ajor 3 hari dah boleh hafal. Dan opps bukan takat lagu je, Al Fatihah (follow orang aa) ngan doa tido (ha yg ni dia hafal) juga boley baca da.. Syabas bete..


3) Hubby yang dah pandai kemas rumah.
Oh adalah keajaiban kalo nak tengok dia menyusun buku di rak ataupun mengutip toys sofiya yg berterabur cam baru lepas gempa bumi kan. Tapi lately bukan sahaja membuat menda2 ini malahan tengah berjinak2 mengelap meja dan perhiasan2. Oh ini sudah bagus... Lepas ni nak kena ajar siang ikan la plok.


4) Ma yang dah pencen.
Ma dah pencen. Eh dah 55 tahun rupanya ma aku ni. Ingat baru 45. Gile awet muda! (kalo bukan aku puji sapa lagi kan). So bila pencen, maknanya dia dah tak gi keje. Bila tak gi keje maknanya dah duduk rumah. Bila dah duduk rumah maknanya dia evelebel. Bila evelebel maknanya dia boleh datang kl anytime. So anytime la aku boleh mintak ma abah datang gombak kan. kan ma kan, kan kan..


5) The reunion of 3 stooges.
3 stooges or 3 budak nakal or 3 ekor setan. haha.. Ni la 3 kazen lelaki aku yg close gila masa kecik2 dulu. Abang Man, Matyie ngan Nazri. Last jumpa derang masa lepas SPM dulu kot. Sebabnya lepas SPM aku dah gi blajo kat KL, camtu gak derang. Bertebaran merata belajo. Pas belajo, kije, pas kije kawen. Jadi bila la boleh menyetan cam dulu lagi kan. Masa raya lak tak jumpa tak tau la atas sebab2 yg tak dapat dielakkan apa. Ada je menda yg membuat ketidakperjumpaan kami tu. Sampai la raya tahun ni alih2 jumpa lak mereka2 ini. Siap datang raya ke rumah bawak bini lagi. Yang ada anak bawak akak skali. Even badan masing2 dah melebar lagi nam inci tapi perangai kalo tak menyetan cam dulu mmg tak sah kan. (nak cite pasal kesetanan derang ni entry lain la k). Tu kalo nak cite sampai Paklah letak jawatan pon tak habis2 lagi.


6) Arrival of Maya Ariana.
Haha, this is dah 2nd time aku ngan Kak Elly (sis in law) branak skali. Masa branak Sofiya pon dia branak gak (Syahmi Iman). Ni branak Muaz pon dia branak gak. And this time aku dapat boy and dia dapat girl (previously with 2 sons). Best gile! Mama papa dah 2 kali dapat cucu 2 orang setahun. Rezeki kita sekeluarga..


Hmmm apsal cam baru 6 point je (6 tu baru ke?). Masa kat rumah pikir cam banyak je.
Nevermind lah. Nanti la kalo teringat tu tambah2 kendian la. Apa2 pun aku bersyukur dengan kehidupan sekarang. As long as everyone happy then no problem. Tapi yg tak bagusnya tahun ni aku kena ganti posa sebulan! (sebab pantang ok, bukan suka suki je). Sebulan beb sebulan, bukan 2-3 hari tapi sebulan! Die la.. Bila nak start ni. Sure dugaan kuat ni. Nak nak wawa yg suka ajak makan best best. Oh oh iman kena kuat nih! Wawa... time kita posa jangan nak ajak gi KFC k. Kang ada yg buat buat terkorek telinga lantas membatalkan puasa.

Aiya... Kat luar hujan lagi. Jam la pas ni.. (kenapa la manusia tak pernah bersyukur..)
Kalo panas, "panas gila hari ni. haus gila tekak. kipas langsung tak rasa.. bla bla..".
Kalo hujan, "la ujan lagi, cemane nak main bola ni. Kain tak kering2. Simen baru buat tadi, habis la basah." dan macam macam lagi..
manusia... manusia....

Wednesday, October 15, 2008

Our new joy..

Expressed by Noorita Yusof at 1:26 PM 3 thoughs.. Links to this post
I'm back....!!!

Fuh! Agak agak lama la jugak tidak menyentuh blog apple ijau kesayanganku ini.
Agak agak keras la jugak jemari nak menaip serta bersawang la jugak kepala otak nak memerah idea.

So seme mesti dapat agak kan. Update update blog tak lain tak bukan mesti nak cite pasal anak bujang baru dia la tu kan. Well, nak cite pasal apa lagi buat masa sekarang kan.... This is the only my new joy!

Walaupun cerita ini agak2 basi la kan, kalo tak basi pon dah kluar kulatan putih dah sebab dah 2 bulan dah tapi haku pedulik hapa. nak cite jugak..

Aku sudah selamat mengdelivered kan our new baby boy pada 10th Ogos 2008 yg lalu. Actually tarikh due date seperti yg tertera di kad dokter adalah pada 28th Ogos, tetapi baby seperti sudah bosan berada di dalam kan. Mau mengambil udara luar pula katanya..

So pada hari yg berkenaan tu aku actually masih sempat ke hulu ke hilir ke utara ke selatan. Sayugia aku masih sempat ke opis lagi (yea.. aku memang pekerja cemerlang anugerah diraja). Tapi keberdenyutan perut tu dah ada sikit2. Tapi ingatkan bunga bunga sembelit hasil pemakanan ayam masak merah pada sebelah malamnya. So aku abaikan sahaja.

So balik dari opis aku bersiap pula nak checkup petang tu. Its only ordinary mothly checkup. Memandangkan nak tunggu hubby bersiap adalah lambat, aku cakap aku pegi dulu. So dia menyusul kemudian. Ala GMC pat jengkal je dari rumah pon.

So pegi la checkup.. check punya check rupanya dah bukak 5cm! Apakah gila! Hubby pon buat muka terkejut ayam masak tiga rasa. Aku siap nak balik rumah bersiapan dan berdandan, namun doc cakap - "jangan nak mengada." so, terus kena tahan da..

Pendekkan cerita, malam aku selamat la melahirkan Ahmad Mu'az pada jam 10.50pm dengan berat 2.7kg. Alhamdulillah seme senang dan smooth.. 2 kali push Mu'az dah menjengah dunia. Alhamdulillah..

Esoknya Sofiya datang jenguk mama ngan adik. Dia cam blur2 kan. Apakah mama dulu berperut belon dan sudah kempis beserta budak kecik di sebelah. Apakah sandiwara ini..?? kata Sofiya. So hubby explain2 kat dia barula cam nampak gambaran2 la siki. Even sinar kejelesan masih menyala di mata.

So aku berpantang la 2 minggu kat sini dan selebihnya sambung kat kampung. Harusla berpantang dengan ibunda di sisi kan. Baru senang nak request ayam panggang berhalia ataupun ikan panggang bersayurkan lada hitam huhu...

Pantang kali ni aku ikut betul2 cara tradisional Jawa. Dari berbengkung, makan, jamu (tengik pahit nak mampuih! tak tipu!) dan seme2 lah. Memang Jawa Mawa ni terer lah bab2 ni. 2 minggu je perut dah kempis psssttt cam belon kuar angin gitu. Pahtu aku tak rasa penat langsung. Bertenaga sepanjang hari dan TAK PERNAH tido pada waktu siang. Kerana TAK MENGANTUK langsung. Pelik tapi benar. Very the ripleys believe it or not. Tapi dengan syarat silalah jangan muntah minum jamu mentah dia tu. Kaler adalah kuning kehijauan. Segala mak nenek herba ngan daun dia tumbuk kat dalam. Tu belum campur menda kejadah sapu kat badan hari2 lagi tu. Pahtu susu pulak membuak macam air kacang soya tumpah dari kotak. Gile bagus aa Bu' Min! (credit sikit la kan..)

Baby Mu'az adula manjanyaaaaaaaaa la amat... Sukerrrrrrrrrr sangat menangis...
Latest update, dia dah pandai panggil "mama" sambil nangis... Aduulaaa sayang..
Kak long Piya lak sayangnyeee la kat adik dia. Suka cium2 adik ngan agah adik dengan agahan "Akiwi Akawa Akiwi Akawa..." sambil buat2 muka penuh kasih sayang... mana datang akiwi akawa tu pon tak tau la..

Sekarang hidup aku totally rasa dah lengkap. In my life, I have my lovely husband, adorable daughter and son. What else I need.. Alhamdulillah and thanks to Allah..

So, sampai sini la dulu. Paler otak baru baru nak catch up ni. Baru nak warm up balik so tak berapa best ah kan blog. sampai ketemu lagi...


Rentetan kronologi kedatangan Mu'az... koff koff..

Awal-awal kemunculan... Happy sampai rasa nak melompat-lompat.



Preggie mummy.


He's arrived!


My sweet little charming baby..


New bundle of joy..

Diamonds in my heart...
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal