Thursday, October 16, 2008

Best thing happenned around...

Expressed by Noorita Yusof at 2:37 PM
Bosan nak mampuih (hubby salu marah cakap nak mampuih, tapi dasar degil) sementara tunggu kol 5.30 ni. Aku memang TAK DE MOOD nak buat pepe petang ni. Otak rasa bergerak lembab cam keta ada sticker P yg hubby potong pagi tadi. Gile lembab kete tu. Dah la ada sticker kat blakang "Lady is a great leader. You are following one". Aku memang 'suka' kan kete2 yg ada sticker2 ala poyor cenggini. Sebab aku suka teruz zappp potong dengan card sticker blakang aku yg bertulis "WHATEVA". Hoho...
(Benci gila sticker "If you think this car is cute, wait until u see the driver". Gile muntah!!).

Woo intro je dah 8 baris. Meraban lak tu. Kalo karangan SPM ni dah kena potong markah dah ni sebab keluar tajuk gila obvious. Tapi pedulik hapa. Ni bukan BM kertas 2 pun. Nasib la adik aku nanti nak kena SPM. Belajar la sampai biru muka. Kalo nak rasa bangga lagi hidung kembang masa orang tanya result, sila la belaja betul2 ye. (Ni bukan ke aku tengah meraban lagi ni?).

Okay okay berbalik kepada tajuk di atas. I think banyak menda menda best jadik lately in our life. I was so so happy... Nak imbas kembali lah ni..

1) Arrival of our 2nd child.
And it's a son! I was so DAMN happy! Alhamdulillah syukur kepada Allah. Even masa scan dah nampak bird bird tapi aku still tanak letak 100% lagi kat situ. Kuasa Allah kita tak tau kan. Mana tau dalam gambo bird bird, skali kuar flowery pulak. Tapi bila dah confirm tu gila rasa nak sujud syukur. With daughter and son, don't u feel ur life already complete..? I do.


2) Progress of my 1st kid.
She's improve a lot! Masa kat Gombak ye la, mana ada geng kan.. Geng dia si Eni je la. Takpun petang2 jalan sekitar taman pahtu jumpa lak geng2 cam Mbak Eli, Mbak Ipah, ntah macam2 Mbak lagi la.. So bila aku pantang kat kampung, jumpa cousin2 aku (yang sebaya dia) gila suke. Actually bebudak tu pangkat mak pak sepupu Sofiya tapi blasah je la kan.. Lepas berkawan2 ngan pelbagai karenah budak ni barulah muncul hidden talent dia. Umo 2 tahun ++ dah pandai lukis ok. Lukis2 yg bukan contengan semata tapi buleyla lukis spider, sun, ball, even lukis muka orang pon jadik! Walaupun senget benget tapi hey dun u know that 2 yrs old kid even not really know how to draw a circle?
Lagi satu dia dah boleh nyanyi Twinkle2, Baa Baa black sheep, Row row boat, apa2 lagu nursery rythm ni dengan sungguh full dan tidak pelatnya. Even lagu buai laju2 yg aku baru ajor 3 hari dah boleh hafal. Dan opps bukan takat lagu je, Al Fatihah (follow orang aa) ngan doa tido (ha yg ni dia hafal) juga boley baca da.. Syabas bete..


3) Hubby yang dah pandai kemas rumah.
Oh adalah keajaiban kalo nak tengok dia menyusun buku di rak ataupun mengutip toys sofiya yg berterabur cam baru lepas gempa bumi kan. Tapi lately bukan sahaja membuat menda2 ini malahan tengah berjinak2 mengelap meja dan perhiasan2. Oh ini sudah bagus... Lepas ni nak kena ajar siang ikan la plok.


4) Ma yang dah pencen.
Ma dah pencen. Eh dah 55 tahun rupanya ma aku ni. Ingat baru 45. Gile awet muda! (kalo bukan aku puji sapa lagi kan). So bila pencen, maknanya dia dah tak gi keje. Bila tak gi keje maknanya dah duduk rumah. Bila dah duduk rumah maknanya dia evelebel. Bila evelebel maknanya dia boleh datang kl anytime. So anytime la aku boleh mintak ma abah datang gombak kan. kan ma kan, kan kan..


5) The reunion of 3 stooges.
3 stooges or 3 budak nakal or 3 ekor setan. haha.. Ni la 3 kazen lelaki aku yg close gila masa kecik2 dulu. Abang Man, Matyie ngan Nazri. Last jumpa derang masa lepas SPM dulu kot. Sebabnya lepas SPM aku dah gi blajo kat KL, camtu gak derang. Bertebaran merata belajo. Pas belajo, kije, pas kije kawen. Jadi bila la boleh menyetan cam dulu lagi kan. Masa raya lak tak jumpa tak tau la atas sebab2 yg tak dapat dielakkan apa. Ada je menda yg membuat ketidakperjumpaan kami tu. Sampai la raya tahun ni alih2 jumpa lak mereka2 ini. Siap datang raya ke rumah bawak bini lagi. Yang ada anak bawak akak skali. Even badan masing2 dah melebar lagi nam inci tapi perangai kalo tak menyetan cam dulu mmg tak sah kan. (nak cite pasal kesetanan derang ni entry lain la k). Tu kalo nak cite sampai Paklah letak jawatan pon tak habis2 lagi.


6) Arrival of Maya Ariana.
Haha, this is dah 2nd time aku ngan Kak Elly (sis in law) branak skali. Masa branak Sofiya pon dia branak gak (Syahmi Iman). Ni branak Muaz pon dia branak gak. And this time aku dapat boy and dia dapat girl (previously with 2 sons). Best gile! Mama papa dah 2 kali dapat cucu 2 orang setahun. Rezeki kita sekeluarga..


Hmmm apsal cam baru 6 point je (6 tu baru ke?). Masa kat rumah pikir cam banyak je.
Nevermind lah. Nanti la kalo teringat tu tambah2 kendian la. Apa2 pun aku bersyukur dengan kehidupan sekarang. As long as everyone happy then no problem. Tapi yg tak bagusnya tahun ni aku kena ganti posa sebulan! (sebab pantang ok, bukan suka suki je). Sebulan beb sebulan, bukan 2-3 hari tapi sebulan! Die la.. Bila nak start ni. Sure dugaan kuat ni. Nak nak wawa yg suka ajak makan best best. Oh oh iman kena kuat nih! Wawa... time kita posa jangan nak ajak gi KFC k. Kang ada yg buat buat terkorek telinga lantas membatalkan puasa.

Aiya... Kat luar hujan lagi. Jam la pas ni.. (kenapa la manusia tak pernah bersyukur..)
Kalo panas, "panas gila hari ni. haus gila tekak. kipas langsung tak rasa.. bla bla..".
Kalo hujan, "la ujan lagi, cemane nak main bola ni. Kain tak kering2. Simen baru buat tadi, habis la basah." dan macam macam lagi..
manusia... manusia....

0 thoughs.. on "Best thing happenned around..."

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal