Wednesday, October 15, 2008

Our new joy..

Expressed by Noorita Yusof at 1:26 PM
I'm back....!!!

Fuh! Agak agak lama la jugak tidak menyentuh blog apple ijau kesayanganku ini.
Agak agak keras la jugak jemari nak menaip serta bersawang la jugak kepala otak nak memerah idea.

So seme mesti dapat agak kan. Update update blog tak lain tak bukan mesti nak cite pasal anak bujang baru dia la tu kan. Well, nak cite pasal apa lagi buat masa sekarang kan.... This is the only my new joy!

Walaupun cerita ini agak2 basi la kan, kalo tak basi pon dah kluar kulatan putih dah sebab dah 2 bulan dah tapi haku pedulik hapa. nak cite jugak..

Aku sudah selamat mengdelivered kan our new baby boy pada 10th Ogos 2008 yg lalu. Actually tarikh due date seperti yg tertera di kad dokter adalah pada 28th Ogos, tetapi baby seperti sudah bosan berada di dalam kan. Mau mengambil udara luar pula katanya..

So pada hari yg berkenaan tu aku actually masih sempat ke hulu ke hilir ke utara ke selatan. Sayugia aku masih sempat ke opis lagi (yea.. aku memang pekerja cemerlang anugerah diraja). Tapi keberdenyutan perut tu dah ada sikit2. Tapi ingatkan bunga bunga sembelit hasil pemakanan ayam masak merah pada sebelah malamnya. So aku abaikan sahaja.

So balik dari opis aku bersiap pula nak checkup petang tu. Its only ordinary mothly checkup. Memandangkan nak tunggu hubby bersiap adalah lambat, aku cakap aku pegi dulu. So dia menyusul kemudian. Ala GMC pat jengkal je dari rumah pon.

So pegi la checkup.. check punya check rupanya dah bukak 5cm! Apakah gila! Hubby pon buat muka terkejut ayam masak tiga rasa. Aku siap nak balik rumah bersiapan dan berdandan, namun doc cakap - "jangan nak mengada." so, terus kena tahan da..

Pendekkan cerita, malam aku selamat la melahirkan Ahmad Mu'az pada jam 10.50pm dengan berat 2.7kg. Alhamdulillah seme senang dan smooth.. 2 kali push Mu'az dah menjengah dunia. Alhamdulillah..

Esoknya Sofiya datang jenguk mama ngan adik. Dia cam blur2 kan. Apakah mama dulu berperut belon dan sudah kempis beserta budak kecik di sebelah. Apakah sandiwara ini..?? kata Sofiya. So hubby explain2 kat dia barula cam nampak gambaran2 la siki. Even sinar kejelesan masih menyala di mata.

So aku berpantang la 2 minggu kat sini dan selebihnya sambung kat kampung. Harusla berpantang dengan ibunda di sisi kan. Baru senang nak request ayam panggang berhalia ataupun ikan panggang bersayurkan lada hitam huhu...

Pantang kali ni aku ikut betul2 cara tradisional Jawa. Dari berbengkung, makan, jamu (tengik pahit nak mampuih! tak tipu!) dan seme2 lah. Memang Jawa Mawa ni terer lah bab2 ni. 2 minggu je perut dah kempis psssttt cam belon kuar angin gitu. Pahtu aku tak rasa penat langsung. Bertenaga sepanjang hari dan TAK PERNAH tido pada waktu siang. Kerana TAK MENGANTUK langsung. Pelik tapi benar. Very the ripleys believe it or not. Tapi dengan syarat silalah jangan muntah minum jamu mentah dia tu. Kaler adalah kuning kehijauan. Segala mak nenek herba ngan daun dia tumbuk kat dalam. Tu belum campur menda kejadah sapu kat badan hari2 lagi tu. Pahtu susu pulak membuak macam air kacang soya tumpah dari kotak. Gile bagus aa Bu' Min! (credit sikit la kan..)

Baby Mu'az adula manjanyaaaaaaaaa la amat... Sukerrrrrrrrrr sangat menangis...
Latest update, dia dah pandai panggil "mama" sambil nangis... Aduulaaa sayang..
Kak long Piya lak sayangnyeee la kat adik dia. Suka cium2 adik ngan agah adik dengan agahan "Akiwi Akawa Akiwi Akawa..." sambil buat2 muka penuh kasih sayang... mana datang akiwi akawa tu pon tak tau la..

Sekarang hidup aku totally rasa dah lengkap. In my life, I have my lovely husband, adorable daughter and son. What else I need.. Alhamdulillah and thanks to Allah..

So, sampai sini la dulu. Paler otak baru baru nak catch up ni. Baru nak warm up balik so tak berapa best ah kan blog. sampai ketemu lagi...


Rentetan kronologi kedatangan Mu'az... koff koff..

Awal-awal kemunculan... Happy sampai rasa nak melompat-lompat.



Preggie mummy.


He's arrived!


My sweet little charming baby..


New bundle of joy..

Diamonds in my heart...

3 thoughs.. on "Our new joy.."

aznirul said...

congratulations!!!

ya-ummi on October 15, 2008 at 8:15:00 PM GMT+8 said...

congrats..

Pantang kali ni aku ikut betul2 cara tradisional Jawa. Dari berbengkung, makan, jamu (tengik pahit nak mampuih! tak tipu!) dan seme2 lah.

--> hasilnya badan pun terus slim melim seperti anak dara semula..

Memang penting berpantang ni, untuk kesihatan dan kecantikan. Aku teringat plak time aku berpantang, duduk rumah nenek kat kampung sangatlah panasnya time tuh..

elevenapples on October 16, 2008 at 9:24:00 AM GMT+8 said...

Aznirul : Thanks. Anda bila lagi.. ;)


Ya-Ummi: Haha.. Tula.. Nak maintain punya pasal.. Redha je lah.. Tahan je segala siksa di jiwa raga.
A'ah ieta pun pantang kat kampung, tgh panas gak time tu. Orang lain siap bersinglet, kita gak bersauna kat dalam. Dengan bengkung berlapis2, dengan stokin.. Huh..

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal