Tuesday, October 21, 2008

Suatu hari Ahad yang lalu..

Expressed by Noorita Yusof at 3:37 PM
Uh.. Last weekend, this weekend, next weekend,seme full ngan open house semata.
Adalah amat suka lagi cita dapat berhari raya bersama kawan kawan seperjuangan (yg sebenarnya adalah suka dan gembira dengan acara makan makan sebegini).

Ahad lepas cik Ajula punya giliran buat open house. Ajula..? Siapakah..? Adakah adik ipar Jula Juli bintang tiga. Ohoho... Ajula tu nama sedap sedapan je.. nama sebenar adalah Azura...... kaulah sinar hidupku hu.....

Tapi yg nak diceritakan bukanlah pasal menu makanan kat umah Ajula mahupun aku yg pegi 2 kali ke rumah beliau, tetapi pasal KFC SRI GOMBAK (highligh ok) yang sungguh hebat lagi efisien lagi bravo serta mubarrakko...

Apakah kaitan sebenar open house rumah Ajula serta KFC SRI GOMBAK ini..?? Well.. takde kaitan pon.. yang sebenarnya lepas guide Farah gi umah Ajula, si manja Sofiya nak naget la pulak tanpa sabar.. Even jam telah menunjukkan ke angka 7.25pm, yakni tengah maghrib buta di kala syaitan nirrojim sedang bergentayangan, aku gagah jugak 'singgah' KFC sekejap. Demi anak..

Nama pon 'singgah' kan. harusla sekejap.. Tapi kalo dah pekerja tukang amik order + tukang letak makanan tu dah dasar lemb*b, bukan kata singgah dah. Tu namanya dah berkampung dah aku kat depan kaunter tu.

Tak kisah la kalo ko jenis pekerja yg amat lemah lembut lagi bersopan santun kan. Letak ayam dengan penuh hemah dan tertibnya ke pinggan. Tapi kalo dah buat keje sambil muka cam cuka basi tahun lepas, sambil hempas2 roti tu apa kejadahnya ini.
Tak kira, aku nak cakap gak nama dia. Nama dia Eyra.. Ha amik ko.. Skang satu dunia tau ko pekerja paling tidak berdedikasi kat KFC SRI GOMBAK (urup besar lagi) tu.
Dah la slow gile, orang punya beratur panjang nak mam dia boleh berlenggang2 mengepit ayam dan berlenggang meletak ke pinggan. Pahtu berlenggang lenggang lagi amik cup, berlenggang lagi letak air. Dalam dok berlenggang lenggang tu mata sempat lagi tgk orang makan2 kat depan dengan muka cam ta*k kucing.

Yang agak kurang hajau tu, adala orang tu order dalam 4 set gitu kan. so request pinggan lebih. Dia dengan suara kuatnya tanya, "nak brapa pinggan ni...????" <-- kasar ok.
Pahtu orang tu ckpla brapa2 kan, dia boleh jeling dan hempas2 pinggan. Kurang hajau nye budak..!! orang2 tgh beratur ni tgk dia sambil bisik2. Mesti derang cakap "Anak sapa la cam ngok sangat ni.." tak pun "Keje dah la lemb*b, perangai sungguh kurang sopan" dan sebagainya lagi..

Lagi satu perkara yg terserlah ketidakberdedikasinya dia tu kan (banyak ok aku hentam dia ari ni), masa nak amik order tu kan, derang kena greet "Selamat datang, bla bla kejadah tu kan". Dia ni cakap dengan cam mubling cam helloo apa ko membebel tak tentu arah ni..?? Kalo nak cepat cakap seme tu tapi orang tak paham, baik la kau diam je. Pahtu dah amik order tu, ko kena cakap ada "Ada apa2 nak tambah..? cheezy wedges ke, fries ke.." (harusla tau kan. aku ni hantu KFC remember?). Tapi takde cakap pon ok. memang dasar pekerja buangan betul.

Kalo tak kerana Sofiya mmg aku dah blah dah. Tak kuasa. Tapi sian gak. nak naget nak naget kan..

Utk Eyra ni pls la... Jangan la weii buat cam ni. Buat buruk nama KFC je. Dah la terpampang kat dinding KFC-The best franchise restaurant for 2007, sambil CEO nye tersengih memegang trofi gold leopard (kot). Apakah releven anugerah itu dengan pekerja yang sengal seperti ini..??

Aku marah lagi hangin bukan apa. Nama dah hantu jembalang KFC kan. So yg paling dekat mesti la KFC sri gombak kalo angin nak ratah ayam tu datang kan. Abih kalo ada pekerja cam ni potong la stim kan.. pahtu kalo ramai orang kena ngan dia pahtu dah tobat tanak makan KFC dah mesti la sales kurang kan.. Kalo dah sales kurang kang KFC ni tutup kan, abih aku ni camne..??


Jauh tak jauh aku pikir tu...

4 thoughs.. on "Suatu hari Ahad yang lalu.."

:::sHa::: on October 22, 2008 at 12:13:00 AM GMT+8 said...

sound je..lembap...lembap ni tk suka..ehehheh

Miss Moon on October 22, 2008 at 4:32:00 PM GMT+8 said...

eiii nyampah kan kalau cam nih . Datang bulan ke hapa . Mau sound je kat dia Ieta ........tak pun panggil manager .

my brother pernah wat cam tew masa tew kat starbuck ...dia terus panggil manager then dia marah sebab pekerja tew ala kurang hajar main hempas 2 kan .....mmg kena la . Habih semer org tgk ...hahahhahahah

elevenapples on October 22, 2008 at 5:09:00 PM GMT+8 said...

sha: nak sound tapi oleh kerana terlalu marah kan, sampai tak keluar..

miss moon: Ya Allah moon.. Manager adalah sebelah kaunter sahaja ok. Dalam 4 kaunter 2 je bukak. Satu si Eyra tak best ni jaga, satu lagi manager jaga. Si manager ni pon sama sengal ngan org bawahan.. tak kose aku..

Anonymous said...

haha.... pe kaitan ajula tu ngn kfc SERI GOMBAK...
yeahh.... mmg lombab giloss.... xsah klu xde q yg pjg klu dtg sana...

jom bukak kfc lagik satu nak.... kat fasa 3 itew... hahahak....


- ajula (bkn nama sebenar) -

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal