Friday, November 21, 2008

Kisoh lamer.. - Derjah 2

Expressed by Noorita Yusof at 3:05 PM
Sambungan smalam..

Darjah 2
Smalam sempat cite psl derjah satu je kan. Maunya tak. Intro aje dah berkajang.
So ari ni kita melangkah la ke derjah dua.

Masa darjah 2 aku still lagi kelas Bunga Raya. Tak naik, tak turun. Memang dasar muka kebangsaan betulla kan. Darjah 2 ni pon aku tak brapa nak ingat sgt la akan gelagat geligit bebudak ni. Just sorang budak ni la memang akan aku kenang sampai ke tua (kalo idup lama la). Kalo umor tak panjang, aku kenang sampai ke mati la kan.

Nama ini budak glemer adalah Hafzan Salwani. Ingat tuh nama sebab taraf nama dia ala-ala2 nama Lydiawati Erina Shelly lah kalo zaman skang kan. Ye la, time tu nama adalah cam Nurul Hanani, Siti Mariam, tak pun Noorita. Kalo nama dia Fatimah Abdul Jalal mesti cam tak berapa ingat kan. (eh mintak mahap la kepada empunya2 nama ni. Aku taram je nih. tak prejudis kat sapa2 pon).

So Si Hafzan ni ingat lagi aku. Kecik je orangnya. Imej dia adalah berambut pendek sama tiu cekak merah. Mesti kaler merah nye lah selalu. kadang2 ada gak kaler putih. tapi kaler merah ah banyak. Ok ekceli takde kena mengena pon ngan cekak dia. Yang ada kena mengena adalah sistem perkumuhan dia.

Time tu adalah waktu mata pelajaran Muzik. Feveret aku nih sebab aku skerrr cikgu dia. Cikgu Sazali yg baikkkkk (ngan aku je kot, heh) dan agak tampan juga. So hari tu cikgu Sazali ada bawak 2-3 alat muzik yg kekecik tu. Cam menda tiga segi kasik bunyik ting tu, tamborine ngan yg kecap kecap cam orang spanish pakai tu (gila hingat. tak sangka lak aku). Takde kerjanya dia nak bawak tong drum mahupun terompet paip tu kan. Jadi dia panggil la insan insan bertuah gi depan kelas dan main alat2 ni kan. Aku memang takkan kena panggil nye sebab mmg aku akan volunteer punyalah. Balik-balik muka aku jelah pendek kata.

So skali tu dia panggil la si Hafzan ni. Dia mmg agak ketaq jugaklah sebab dia ni mmg budak takde life time tu (sedapnya mulut aku ni kan..). Senyappp je dan tidak mengerti arti bersuka ria. So dengan muka nak menangisnye dia gi la depan.

Tak silap dia ni kena main tambourine kot. So yg main kecap2 ngan menda ting2 tu dah abis dah. Dah duduk pon. Then giliran dia la plak. Tapi dia tetap memegang kemas alat muzik itu tanpa berbuat apa2. Cikgu Sazali dah cam hey sila la hayun kan menda tu dengan disertai lenggak lengguk kan. Tapi dia adalah tegak seperti tiang seri sahaja. Sampailah tiba2 satu kelas berbau bauan yang memang tidak lain tidak bukan seperti yg terdapat di jambanan sahaja. Dan bau yg kuat itu adalah dari arah si Hafzan ni kan.

Cikgu Sazali dengan terus terangnya tanya la kat dia. "Eh Hafzan, awak berak ker..?"
Gile direct! Kalo aku cam "Eh Hafzan, awak membuang air besar kah itu?" tak pun "Eh Hafzan, awak sedang berkumuhan kah?"

Yang lawaknye si Hafzan ni menafikan dengan penuh gaya Norman Hakim ngaku tak berkhalwat ngan Memey momok tu, sebijik! Siap gaya gelengan yg penuh keyakinan!
Then CikGu Sazali cakapla, dah dah, gi toilet skang! Dia pon melangkah la dari tmpt dia berdiri tegak tak berganjak seinci pon dari tadi tu kan. Hah ko! Hamikk!!
2 ketul baikkkkkkkkkkkkk punya bawah kain tu. Apakahh.......

Satu gi aku ingat masa derjah dua ni adalah Cikgu BM aku time tu. Nama dia Cikgu Hasmah-garang-nak-mam. Dia ni kalo mengajar, siap gaya2 yg pada aku cam over la jugak kan. Tapi sebab gaya over dia tu lah aku terer asyik skorr je BM sampai SPM kan. cewah.. nada riak menjengah.

Paling aku ingat ada skali tu subjek simpulan bahasa. Satu tu simpulan bahasa 'buah mulut'. Dia punyalah explain buah mulut tu gile bersembur air liur! "Hah buah mulut ni maknanya bahan bualan. gossip. bukan mulut mung ni berbuoh buoh berambe gitu nih!" (tak faham, sila tanya kawan orang ganu. ehek) Sambil tangan dia buat juih2 mulut. Gile buruk! Opss.. mintak maaaf cikgu..

Masa darjah 2 ni la aku mula kenal mainan spirit2, lompat2 longkang, galah panjang watsoeva to kan. Main spirit2 tu kalo takde sapa tau mmg nak kena suh duduk dalam hutan la gayanya. Main lompat longkang tu tak reti nak cite ah. Hanya orang2 yg pernah mencuba je akan paham cemane ketagihnya main menda alah ni. Ala lompat longkang kecik depan kelas tu je. Bukan longkang parit sana nun..

2 thoughs.. on "Kisoh lamer.. - Derjah 2"

Anonymous said...

hihiiihii..syok ler baca entry nih.. kalakau giler..yg x tahan path 2 ketul tuh....hahahahaa :)


-kid-

intelligence on February 13, 2009 at 2:13:00 PM GMT+8 said...

gucci
gucci bag
gucci handbag
buy gucci
gucci wallet

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal