Tuesday, November 25, 2008

Kisoh lamer.. - Derjah 3

Expressed by Noorita Yusof at 2:48 PM
Cam sequal novel lak aku ni. Ada part I, II, III la pulak..
Macam la ramai sangat nak bacanye kan..
Tapi aku tak kira, nak gak tulis.

So hari ini hari mari bercerita pasal kisah di darejah 3.
Dalam banyak banyak darejah, darejah 3 adalah tahun kegemilangan dan paling happening sekali di dalam hidup aku di Fasa 1 sekolah rendah.
Ini kerana di dalam darjah 1, 2 dan 3, murid murid darjah 3 adalah paling besar, paling senior dan paling hotai sekali masa time rehat.
Tapi bila masuk darkah 4 dah tak best hokey. Ia adalah paling kecik dan paling freshie sekali di kalangan pelajar2 Fasa 2.

Ok, adalah pening lagi belit cakap pasal fasa fasa ni.
Mari kita straight to the point.

Nak senang cite, sila rujuk gambarajah di bawah.




Yang bernombor tu adalah orang2 terpilih lagi the chosen one lah pendek kata.
Lain tu agak kabur di fikiran lah. Tak ingat..

So menurut lakaran ini, tmpat aku adalah obviously di kotak-ME tu kan. (Dont ask me y the susunatur of the meja2 itu adalah begitu. tengah2 mengadap depan, lagi dua pengapit mengadap si tengah tu. abis kreatif lah pendek kata).

Yang nak jadikkan cite bestnye, belah kanan aku yakni no 1 tu adalah the most charming handsome gorjes marveles kacak tampan guy in the whole entire world!
Nama dia adalah Ahmad Syukri bin Mansur. Yes yes!! Aku sudah mengalami my 1st time crush towards guy, kat dia ni lah! haha.. dont blame me.. sapa2 pon memang akan terjatuh cinta lah kata dia. sangat kiut okkk...

Lagi satu (tak abis lagi tu cite sal budak ni), dia ni dah la kacaks, pandai pulak tu. Tapi satu je, dia ni cam anti girl. Aku rasa aku ada pernah cite gak la menda ni before. Just to recall, dia ni mmg takleh bersentuhan lagi bergeseran langsung ngan girl. Kena je dia akan lap, takpun cam kunun sapu letak tmpt lain. Disertai muka cam "Hey, kena tangan aku k tadik". Cam bagus pon ada ceh! Tapi sebab dia comellll sangat so tak kisah lah! Heeee...

Yang no 2 tu lak, nama dia Nadzrul. Dia yang kedua kacak haha.. Tapi menjadi geli oleh kerana perasan la pulak. Pahtu suka la nyanyi2 lagu rahim maarof sambil tanya aku "sedap tak nadzrul nyanyi..." eee......
lagi satu dia ni kecik2 suara lom pecah lagi dah pandai gatal ok. Kalo aku pakai baju sekolah skirt tu,tangan dia sukaaa laa letak atas peha aku. HEYYYY!!!!!!

And again, dont ask me y cikgu letak aku tengah2 dan kasik 2 lelaki hensem di kiri kanan(sukerrr). Rekaletak ini pada mulanya telah mendapat tentangan hebat si No 3.
Dia ni ekceli kawan baik aku. Efa nama dia. Alahh yg dulu aku cite psl dia ganti aku jadi ratu sekolah tu.. tak ingat dah entry bila ntah...
Dia sgt cemburu k kerana kiri kanan dia tak lain tak bukan adalah si suka berhingus (no 4) dan si pembawa kutu (no 5 - sapa nama dia ni arrrr....). Aku ingat yg berhingus tu nama dia Masayu hehe. Walaupun dia byk hingus tetapi dia agak ayu juga.

No 7 adalah nama dia Adnan aka badak air. Oppss bukan aku yg kata. Si Nadzrul yg kata. Gile gumuks Adnan ni. Paling best krusi dia pernah patah sebab agaknya hari tu dia terlupa untuk duduk secara bersopan. Main henyak je.. Siannn krusi tuu.....

Oh ya, before missed out, no 6 adalah si Farid Dolloh. :)
Mana aku pegi ada.... je mamat manja ni. (Ke aku yg manja..?)
Darjah 3 ni dia dah ok la. tak brani lagi nak buli2 aku. Kalo nak rasa telinga berdesing lagi sila la kan.
Now dia jadik aku nye penasihat kaler kaler. Kalo time pendidikan seni kan, di la sibuk dok pantau aku kaler lukisan. Sibukkk je marah aku kalo kaler tak lukis urat la kejadah kan. tapi hasilnya cantik gak lukisan jadik. Salu la lukisan aku ngan dia kena tampal kat belakang kelas. Thanks ye Farid...

So time aku derjah 3 adalah tahun bermulanya aku dalam pelbagai kegiatan seni, kuiz, dan sebagainya. Setat dari jadik ratu tu kan. Terus je aku berkecimpung dalam gimrama. Team gimrama aku je sorang budak darjah 3 dan budak ketot. Lain seme darjah 5 dan 6 k. Oleh kerana aku paling ketot, jadi kalo bab2 lambung dan angkat2 akulah jadik mangsa kan..

Pahtu tahun ni Cikgu Sazali still lagi jadik cikgu muzik aku. And me, selaku his feveret student kan, salu je disuruh ke depan main alat2 muzik yg dia bawak. Dan at the same time, dia panggil la sapa2 challenge aku main. Kadang2 cam tak betul pon ada cikgu ni. heh.
Ada skali tu dia bawak drum. Dia ajar sket, then suruh bebudak try la kan.
Aku biasa aa of coz try gak kat depan. Aku pon tak tau mana bakat mengederum aku ni datang. Semua note note melodi melodi step step yg dia tunjuk aku dapat ikut dengan hebatnya. Pahtu dia panggil la si Arifudin ke depan (dia ni terer gak aa main alat muzik) n lawan2 ngan aku.. (see, betul ke tak betul cikgu neh). So lawan nye lawan, aku la menang kan. rasa best lagi yeeehaa tu kan terasa2 lagi sampai skang. Paling tak leh lupa si Arifudin leh nangis lepas dia salah note dan salah ketuk drum di pusingan akhir tu kan. ahahah rilek aaa brader...

Hmmm lagi apa aa cite best darjah 3 ni.. Oh ya, untuk pengetahuan, aku tak pernah dapat nombor 1 dalam kelas ni. sebab asyik-asyik si Syukri jeeeeeee.....
Tapi takpe, comel nye pasal tak kisahlah..

And one more thing, darjah 3 pon aku lom start posa ramadhan lagi. ngehh...
rilek je pegi makan time rehat. :P



so... sambung lagi next entry - darjah 4. tak best lah darjah 4.... :(

6 thoughs.. on "Kisoh lamer.. - Derjah 3"

:::sHa::: on November 25, 2008 at 10:01:00 PM GMT+8 said...

Mak Oiiiii..kemain hebat...Puan Ieta ni..saye yg bercita2 nk main drum pun tak reti2 dia darjah 3 dah terror..ishh..ishh..

Miss Moon on November 27, 2008 at 1:42:00 PM GMT+8 said...

ieta ...bagus nya daya ingatan nko Eita ...

kagums kagums

Anonymous said...

haha.. 25/11 adalah hari selasa.. hari selasa adalah hari bekerje...
ari bekerje adalah sempat jua melukis pelan kelas....hahhaa... syabas beteyy..

- ajula bkn nama sbnr -

intelligence on February 13, 2009 at 2:13:00 PM GMT+8 said...

It seems different countries, different cultures, we really can decide things in the same understanding of the difference!
nike shoes

al_jabali7 on June 20, 2010 at 3:16:00 AM GMT+8 said...

hehe..mcm kenal je syukri tu...sapelah budak ensem lg baik tu eh

Noorita Yusof on June 22, 2010 at 2:01:00 AM GMT+8 said...

omg! orang dalam kisah ni baca entry ni.. aaaaaaaaaaaaaa.... =.="

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal