Thursday, November 20, 2008

Kisoh lamer..

Expressed by Noorita Yusof at 3:20 PM
Lately I'm just totally blank.
Blank seblank blanknya..
Tak de idea mau buah pikiran langsung nak tulis apa kat sini.
Apa dah jadi ngan aku ni..?
Age catching up..??

Well, apa yg nak aku cakap ialah world now is really flat!
Tru Friendster, Facebook, MySpace (this is sooo for teenagers), u will able to track back ur kawan2 lama, cikgu2 lama, even boifren2 lama.
Like my opismate, Farah, boleh je jumpa balik kawan derjah satu yg pernah tarik tarik rambut dan saling bergocohan suatu ketika dulu! How exciting!

So rasanya nak mengimbas pe'el budak2 kelas zaman dulu lah.
Jadi banyak sket boleh save utk entry2 yg lain. He..


Derjah 1-3
(Kalo ada gamba mesti lagi real kan).

Kenapakah harus rangkuman darjah 1 hingga 3. Sebabnya aku mana la nak ingat seko2 makhluk dalam kelas kekeciks dulu. Yang menonjol serta berketerampil je ada dalam memori aku ni ha..

So dulu aku bersekolah di Sekolah Rendah Tengku Bariah di kampung halaman tercinta, Bukit Besar, Kuala Terengganu. (Kalau ada googling nama sekolah ni mesti jumpa page aku ni kan). So selaku anak kepada kakitangan kerajaan yang tidak lah berpangkat JUSA, jadinya tiadalah berlakunya akan kegiatan pindah randah serta nomad ke sana sini serta bertukar sekolah disitu sini. Aku rilek je stick kat skoloh ni sampai UPSR. Pendek kata, habis otai ah aku kat sini. Tapi ni bukan point aku. Point seterusnya begini..

Kelas darjah satu aku namanya Kelas 1 Bunga Raya. Kelas lain adalah kelas anggerik, cempaka dan dahlia. sebenarnya kelas lain tu takde masuk line pon, saja je nak tunjuk yg aku boleh ingat seme nama kelas tu dulu. ala riak sikit je..

Masa setended one ni yg paling segar di ingatan aku tak lain tak bukan ada sorang budak ni. Nama dia MOHD FARID ABDULLAH. haha glemer ko kejap farid oii.. tapi ahmad ke mohd ntah. ala apa2 la. tapi yg penting nama dia farid. Moon mesti kenal dia ni ekeke.. Aku dulu frankly speaking a.. agak2 cam budak skema gak aaa. Wei, derjah satu wei. takut takut lagih. taring lom tubik lagi. so bebudak lagi suka laaa usik2 aku kan. Kalo usik setakat weewiitt, hai cik adik tu orait la jugak. Ni usik yg memang nak kasik nangis aku adalah (ok la, sebenarnya nak kasik penampo). Suka la.. main ngan beg skolah donald duck aku sambil buat aksi tunggang kuda. gile kurang hajau anak dolloh ni! yang lain tu kurang hajau gak tapi aku tak ingat la sapa kan. aku ingat nama ketua geng gagak hitam ni je.

Yang aku ni pulak tak reti nak marah. Diam je la.. Tapi jauh di sudut hati, aku kasik kiraan dekat itu budak juga.. Satu kali buat, ok gi. Dua kali buat, ok jugek. Tapi tiga kali buat aku terus bgtau abah aku (ye la, manja. abih tu takkan nak bgatu pak dolloh..?) then abah aku yang mmg memanjakan anak ni kan, datang sekolah hokey esok harinya.. dengan penuh padayapa nya, masuk kelas aku pagi tu lantas bertanya. "Sapa Farid ha..??" Si Farid ni boley lurus bendul jawab - "Saya pakcik". Hah apa lagi, pap sedas kena jentik tinga kiri. Pap sedas lagi tinga kanan. Huwahahaha..
Hamik ko....! Mesti sedap macam tengah makan megi kari taruk telur kan. Hahahaha..

So si Farid konon berlagak perkasa ni nangis la.. Oho.. baru nak menangis...
Sedari hari itu, tiada sesiapa berani mengpenapa apakan aku. Kalo nak rasa tinga bergoncang sila la kann.. Huwah huwah huawahhh...

Pahtu ada sorang lagi mamat namanya Shahril. Putih melepak budak ni. Baik je.. Tapi kesian sgt sebab tinga dia ada kuar cairan ijau (sila la uwek, tapi aku tak geli.sebab si shahril ni baik gila). dah la ijau, bau tu toksah cakap la kan. Dah la duduk betul2 depan aku. so mmg halwa hidung hari2 mmg wallah kan. kenapa tinga kuar cairan ni adalah sama sekali bukan sebab kena jentik ngan abah aku, tapi sebab ntah. suka mandi sambil tonggang air kat dalam tinga kot. sudahnya air kuar balik jadik air honey dew.

Kisah bebudak pompuan aku takleh recall langsung. cam tak menonjol sket time2 tu.

So kisah darjah 2 esok la nak. ingat nak abiskan sampai darjah 3. tapi belom apa2 dah macam jurnal dah ni. Jadinya to be continued...

3 thoughs.. on "Kisoh lamer.."

ya-ummi on November 21, 2008 at 12:08:00 PM GMT+8 said...

bestlah citer ko ieta. Klaka arr, tapi si shahril tu adalah geli ok..yekk

Miss Moon on November 27, 2008 at 1:30:00 PM GMT+8 said...

ha kenal ...arid dolloh ...dia best pren sutan

jacker on February 13, 2009 at 2:14:00 PM GMT+8 said...

I think I come to the right place, because for a long time do not see such a good thing the!
jordan shoes

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal