Wednesday, February 18, 2009

Kena tembak 2

Expressed by Noorita Yusof at 4:06 PM
Adeh panjangnya tag ni... Sha.. Sha...

Syarat dan peraturannya adalah:

1. apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh, ataupun hala tuju hidup anda.
2. silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini.
3. sila tanda manusia yang telah menanda anda diperingkat awal.
4. ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.



1. Apa aaa......

2. Saya suker makan (seriously menda ni yg first skali terlintas. tak tipu!!)

3. Saya ada dua anak. Sepasang.

4. Saya ada suami. Of coz la kan. Untuk memperolehi fakta 2. Err dan tidak sepasang. Sorang je.

5. Saya rasa saya ni super woman lah. Sebab kat rumah tu apa je yg saya tak buat. Dari masak, decoration, jaga anak (belah malam je la hehe), kutip taik kucing yg suka be*ak merata kat halaman, betulkan pintu almari senget sampaikan ke pasang ubat nyamuk tiap2 malam mesti saya nak buat sendiri!

6. Saya ni baik hati (betul, percayalah!). Tapi sekali sudah benci, sampai hari akhirat la jawapnya.

7. Aduhh baru point 7 ke..

8. Kete saya baru masuk workshop sebab ada tukang bawak lori buta langgar kancil, kancil rempuh viva, dan viva sondol kelisa saya. Why me....!!!!

9. Saya nak TENGOK MOVIE di PAWAGAM!!! (beli CD tak kira ler). Oh god..! Last movie aku tgk adalah dari zaman batu dulu kan.. I was soo outdated!!

10. I just can't help myself to live without KFC!

11. Saya tengah pening dan tension kat office. Keje melambak lambak dengan perangai budak2 yg buat2 pandai tapi anak aku lagi pandai! (Ok sempat lagi buat tag kan dah keje melambak).

12. Saya juga tengah pening jawab call orang nak apply keje buat burger ngan laki saya. Terasa seperti JobStreet pula.

13. Saya juga agak2 pening lalat pikir apa aku nak hauta ni sampai ke point 16.

14. Oh ya. Ni penting ni. Saya paling menyampah orang suka kentut kentut tak kira tempat. Dah la tak kira tempat, kuat mengalahkan ekzos lori! Pahtu boleh buat muka sardin cap kentut!

15. Saya juga tidak suka orang korek taik idung ke, korek taik gigi mahupun taik telinga dan mengoleskan di kawasan sekitar. Kalo duduk kat kusi, dioleskan ke sofa. Kalo dalam kete, dioleskan di car seat. Kalo tgh duduk, dioleskan ke karpet. Ataupun paling parah, cuma dijentik sahaja melambung di udara. Arghhhhhhhhhhhhhhhh!!!

16. Yes! Dah abis. Saya sangat lega tag ni sudah abis!!



Pahtu apa aa..
Hmm hasut namblas orang..?? Adeh.. Oklah, namblas orang pertama baca blog ni sila sila la.. Nak nam ratus blas orang pon apa salahnya.

0 thoughs.. on "Kena tembak 2"

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal