Friday, March 27, 2009

Ko jangan main-main ngan budu aa....

Expressed by Noorita Yusof at 1:46 PM 2 thoughs.. Links to this post
Artikel dari Metro semalam ni betul2 menarik perhatianku..



Budu lawan penuaan


MUNGKIN perkataan budu agak janggal atau dipandang sepi sesetengah orang.

Namun bagi peminat fanatik, ia dianggap makanan tradisi yang wajib ada dalam menu harian mereka.

Percayakah jika dikatakan budu iaitu sejenis cairan yang diperam dalam tempoh tertentu bersama ikan bilis atau pekasam lain dan enak dicicah bersama ulam-ulaman, boleh dijadikan antara medium terbaik untuk mencantikkan wajah seseorang?

Barangkali ada pihak yang tersenyum sinis namun kajian sekumpulan penyelidik di Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) membuktikan ia mampu direalisasikan.

Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, kajian terhadap budu menunjukkan ia mempunyai potensi tinggi dalam pertumbuhan sel kulit.

Selain membentuk sel biak terbaik terhadap kolagen serta bersifat elastin, budu dikatakan mempunyai nisbah 50 peratus dalam membantu dari segi antipenuaan.

"Berdasarkan penyelidikan terperinci mengenainya, proses sintesis terhadap kolagen didapati lebih baik daripada vitamin C berdasarkan kandungan makanan itu.

"Kulit perlu dilindungi daripada elemen negatif selain mengimbangi sel manakala bahan berkenaan juga mampu melindungi daripada pancaran ultra ungu matahari," katanya.

Menurutnya, Sirim sedang mencari pelabur atau peniaga dalam bidang kosmetik untuk melariskan formula yang dirintis. <-- Macam berminat kan... Katanya, budu keluaran Ketereh antara ramuan tertua dan begitu sinonim dalam sajian makanan di negeri Pantai Timur, malah menjadi sajian di seluruh Semenanjung Malaysia. Menggunakan BK sebagai singkatan Budu Kelantan atau Budu Ketereh pada rumusan produk yang bakal dilonjakkan, beliau berharap impian untuk melihat budu menjadi jenama popular satu hari nanti bukan hanya terbatas di Malaysia, bahkan melonjak ke luar negara.

Dia turut menafikan kesan penggunaan budu boleh menyebabkan kegatalan pada kulit atau menimbulkan bau kurang menyenangkan.

Baginya, kebanyakan produk berjenama dunia yang eksklusif juga mengandungi bauan yang tidak enak.

Menurutnya, penemuan saintifik yang diolah dengan bioteknologi terkini untuk menyah bauan yang kurang disenangi boleh dilakukan dengan campuran ekstrak tertentu.

Ramuan yang terdapat dalam budu mempunyai kandungan tertentu turut bergabung dengan ekstrak lain yang bersifat bebas radikal, tiada campuran kimia atau bahan pengawet yang memudaratkan tubuh.

Katanya, unsur yang digunakan seperti raksa atau plumbum diselitkan dan diseimbangi dalam tahap yang dibenarkan Kementerian Kesihatan.

"Kami berhasrat mensasarkan produk ini di kalangan masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang sendiri sebagai sasaran utama memandangkan budu berasal dari negeri itu. Tetapi kami tidak menolak jika ada pengusaha lain yang meyakinkan untuk menaik taraf budu ini ke tahap lebih tinggi.

"Keyakinan kami didukung kuat oleh sifat masyarakatnya yang sinonim dengan makanan berkenaan selain menunjukkan sikap jangan perlekehkan budu kerana ia mampu menjadi bahan terpenting dalam produk kecantikan.

"Bukan sekadar makanan, tetapi ia sekali gus mampu melakar sejarah tersendiri dalam dunia kecantikan yang tiada sempadan. Namun, kami ada cara dalam melonjakkannya untuk menjadi jenama terkenal dan perkataan budu itu tidak akan ditekankan jika dikhuatiri mengundang pandangan negatif segelintir masyarakat terhadapnya.

"Mungkin pendekatan yang diguna pakai untuk lebih komersial adalah proses penapaian bahan berasaskan marin untuk penggunaan kosmetik. Kami percaya ia akan melindungi atau memberi kesan terhadap pembaikan kulit secara perlahan-lahan.

"Berdasarkan kajian, keluaran yang baik adalah produk yang tidak memberi kesan terlalu cepat terhadap kulit wajah seperti didakwa sesetengah pengusaha produk kecantikan. "Mungkin ada bahan campuran kimia tertentu dan pengguna harus ada pengetahuan mengenai produk supaya tidak memberi kesan buruk kelak.

"Sebenarnya, kesan melebihi tiga minggu lebih memberi kesan berpanjangan bagi kebaikan kulit wajah," katanya.

Sebagai pertubuhan yang dipertanggungjawabkan terhadap aspek mutu atau piawaian dalam jenama atau pembuatan bahan di negara ini, Sirim turut meletakkan syarat tertentu kepada mana-mana syarikat yang bakal terpilih untuk meletakkan jenama berkenaan pada tahap sewajarnya kerana pelbagai aspek diambil kira sebelum 'menjual' formula itu kepada pihak pembeli.

Lebih membanggakan, usaha lapan penyelidik Sirim itu turut mendapat penghargaan di Jepun ketika persidangan di negara itu baru-baru ini yang mengiktiraf usaha dilakukan kumpulan penyelidik berkenaan yang dikatakan antara penyelidikan terbaik.

"Sebenarnya sewaktu menghadiri seminar dan membentangkan hasil penyelidikan di Jepun, kita berasa jauh ketinggalan dalam aspek teknologi berbanding negara lain termasuk Korea. Tetapi ia tidak menjadi halangan kepada kami untuk terus mengkaji pelbagai lagi penemuan baru untuk diketengahkan.

"Apa yang terpenting, aspek bioteknologi amat penting dalam memastikan ia bebas bahan kimia yang boleh memberi kesan tidak baik kepada tubuh seseorang. Untuk itu, kajian kami lebih mengutamakan aspek bahan tempatan yang boleh dikomersialkan," katanya.

Menurutnya, jika beberapa jenama kecantikan dari luar negara begitu terkenal menggunakan bahan penapaian atau yang diperam bahkan ada yang berbau busuk, dia menyangkal BK yang menjadi penemuan pertama Sirim akan ditolak.

Sebagai ketua penyelidik, Hamidah tidak menolak tanggapan mungkin budu menjadi penyebab beberapa aspek lain seperti kebanyakan wanita Kelantan mempunyai tekstur kulit lebih menarik atau ia mungkin atas faktor genetik.

"Mungkin kajian pihak lain boleh membuktikannya apabila ada yang mengatakan ramai golongan cerdik pandai terdiri daripada orang Kelantan mungkin disebabkan budu menjadi sarapan mereka.

"Ia ada seribu kemungkinan cuma kajian kami hanya menjurus kepada budu sebagai satu aspek penapaian yang boleh jadi formula menarik dari aspek kecantikan," katanya.


-----------------------------------------------------------------------------------

So, tujuan aku tiba2 jadi skema dengan memaparkan risalah rencana pulak hari ni adalah tak lain tak bukan adalah kerana saja je... hehe..

Saja la coz ada dikalangan kita ni cam kutuk gila la budu.. Konon busuk la.. Tak best la.. Kampung la... Hek eleh... Macam la ko tu very the oreng putey sangat kan... Ada je oreng putey pon makan budu hokey, skali dengan sambal tempoyaks lagi. Tak sawan pon! Elok je mata biru kat situ tak ilang kemana pong.. Yang muka nasik goreng belacan yg geli budu tu mata dok itam legam situ gak. Kadang2 ada gak la jadik kaler ijau or hazelnut bergantung pada simpanan retina palsu memasing.

Dan tak cukup dengan itu. Dah la tak makan budu. Kutuk lagi pulak! Kutukan cam "hapa laaa ko makan budu..." tak pun cam "apa ke best nye la budu tu..." or "budu? eee... tak makan aku heh....geli!" - Aku memang la pantang kan..

Bukan nak cakap aku ni budu maniac or makananan-kegemaran-gila-bab-nak-mam adalah budu. Tapi aku MENYAMPAH dengan orang2 camni. Cam hakelah... Kalo tak makan budu diam2 je la kan.. Ko kutuk orang makan budu tu apehall????

Aku lak. Ok. Aku makan budu. Sebab tu kulit aku begini dan aku pandai dari kau. Hahaha....

Not to say la kan. Saja je tu nak mengolah rencana di atas. Donald Trump tak makan pon budu tapi dia pandai gak. Jessica Alba lagi la tak kenal kenal sos budu kulit elok je cantik... Tapi (nak jugak tapi) takdenye derang tiba2 lancang mulut -"Buduwww? What the hell is buduww... Euwww.. Only stiupid moron ugly people eat the buduww".

Kesimpulan daripada segala jadah mengarut di atas adalah, kepada pengutuk2 budu itu sila la bukak mata k. Ada bukti saintifik lagi akan kebest-an dan kebagusan budu ini. Siap buat kosmetik lagi! So sila la jangan mempertikai sebab apa gadis gadis hatta wanita wanita janda Kelantan lawo comey putih mulus melepak!

Cayalah! Aku mmg seriyes nak carik produk ni. BK!

Thursday, March 26, 2009

My Princess Wish Comes True..

Expressed by Noorita Yusof at 10:00 AM 2 thoughs.. Links to this post
Venue : Stadium Putra Bukit Jalil
Date : 20th March 2009 (Friday)
Time : 8.30 pm
-------------------------------------------

Well, aku dah beli 3 tickets actually, tanpa menyedari bahawasanya Sofiya is under 3 and not required any ticket. Tapi olih kerana tiada orang mengganti maka burn la satu tiket itu. Abis RM93! Ekceli tiket ni harga RM128 tapi disebabkan aku beli awal dan tengah promotion maka dapat la murah sikit. Dah la rege kurang, skali dia kasik kitaorang tmpt duduk bawah punyah! Tak silap aku rege tiket kat tmpt duduk tu dalam RM300++ kot. Takpeler, anggap je rejeki..

So takyah cite panjang, mari kita tgk gambar statik yg buruk ini. Disebabkan buruk last2 Mr. Hubby bantai je amik video walhal tak boleh. Ada aku kisah..? - bak kata mak hayam besar. kehkehkeh...




With Cinderella ais..


Sempat jugak menyepend sepatah dua kata..


My new lovely cap. It's cost RM40!


We are ready..! (Adik Mu'az kat umah.. Tak leh ikut.. malam2 nanti ntantuk ngamuk lak)


Aladdin & Princess Jasmine. Sapa tak nampak Jasmine tu dah tak lama la tu nak kena pakai spek! Hehehe...


Snow white. Aduhla 'clear'nya kan...



Beauty & the Beast (Beast takdek. Terus muncul jadik handsome prince ^-^) dan sudu sudunya..


(start from here, marilah kita ambil video.. lagi besh!)



video
Intermission... Mickey & Minnie is trying to cheering up the audiences.



video
Princess Ariel with her sisters and sea creatures. With their song - Under The Sea makes this performance is the best one of the night!


video
Sleeping Beauty...


video
Pendekar Mulan - Mulan punya muka sebijik kartun hokey!



video
Princess of the night, klimaks - Cinderella... Rasa nak naik je kete kuda tu... huhu...



video
Closing... All the princesses and their princes dance dance together gether... Besh besh...!



So.. camtulah berahirnya.. Actually Sofiya boleh plak tido di pertengahan show. Ngantuk sangat kot sebab siangnya dia gi school kan. Then esoknya kitaorang tunjukla video princess yang dia tak dan tengok kan. Apalagi terus mengamuk menangis merajuk sambil berkata "Nak pegi princess.. Nak pegi princesss..." Mama Ariff soh kitaorang pegi lagi sekali dan dia nak blanjer la kan (bestnyerr!). Skali tepon2 dah habis daaa tiket... Takpeler... Nak wat cemane.. Next time k sayang... Nanti adik Mu'az dah besar sikit kita bawak dia skali.. :)


Wednesday, March 25, 2009

My Little Cheeky Girl

Expressed by Noorita Yusof at 4:26 PM 0 thoughs.. Links to this post
Mama : Sofiya, apa nama adik...

Sofiya : Ahmad Muaz...

Mama : Clever girl.. Apa nama papa..

Sofiya : Ahmad Ariff.... (Ariff is truely pronounced as Ariff. Not Ayiff, Ayip, Arip what so eva..)

Mama : Good girl.. Apa nama Sofiya..

Sofiya : Ahmad Sofiya.. Mama nama Ahmad Mama...

Thursday, March 19, 2009

Pegi la tut..................

Expressed by Noorita Yusof at 5:13 PM 4 thoughs.. Links to this post
Hari ini aku telah chat dengan seorang manusia yang sunggu keji.

HE IS SOOOOOOOOOOOOO SICK!!!!!!!!!!!!!






Help!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


So ANNOYINGG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, March 16, 2009

R u Dare..?

Expressed by Noorita Yusof at 4:50 PM 5 thoughs.. Links to this post
Since Mr. Hubby sudah bising2 kerana aku adalah mek Ganu namun tidak reti masak signature dish Trg, makanya pada Sabtu lepas aku telah menyahut cabaran itu!

Berbekalkan ilmu di dada serba sedikit dari chek (my hone vali daddi ma) dan juger dari ma, aku gagahkan diri memasak hidangan yg aku kira sangatlah susah inis.

So inilah dia...



NASI DAGANG.......


Nampak cam bodoh-bodoh alang sket kan..

Ye la sebab tak cukup korum hehe.. Acar timun tadek.
Cam alamak lupa beli timun... Since aku je sorang yg pemakan acar tu, so baik la takyah buat kan..

So cubaan pertama aku ni dapatla gred B dari pengkritik antarabangasa itu. Ingat dapat C-. hihi..

(Untuk resipi, nanti2 la k.. Malas lak.. Nanti kalo dah dapat A, baru la aku share sekali ngan tips skali ekeke...)


Jadinya, sebagai anak jati Terengganu, I FEEL COMPLETE...!!! Haha.....



Tik tok tik tok....

Expressed by Noorita Yusof at 9:35 AM 0 thoughs.. Links to this post



CAN'T HARDLY WAIT!




p/s: Nak bawak anak, mak pulak yang terlebih excited :P

Friday, March 13, 2009

Mainlah tag penghilang bosan...

Expressed by Noorita Yusof at 3:27 PM 4 thoughs.. Links to this post
Ini budak Sha suka tag sama saya tau..

Tapi takpe, kena tag means that person is always remember u kan.. ;)

Since today I have no idea to blogging about, so marilah buat tag..


The RULES:
Bold the statements that are true to you.
Italic the statements that you WISH are true.
Leave the Fibs alone. It's Fun!!

The LIST to Bold/Italic/Just-let-it-be:


I miss somebody right now.
I don't watch TV these days.
I own lots of magazines.
I wear glasses or contact lenses.
I love to play video games.
I've tried marijuana.
I have been in a threesome.
I have been the psycho-ex in a past relationship.
I believe honesty is usually the best policy.
I curse sometimes.
I have changed a lot mentally over the last year.
I carry my knife/razor everywhere with me.
I'm totally smart. <-- Can anyone tell me how to double-bold this..??
I've broken someone's bones.
I'm paranoid sometimes.
I would get plastic surgery if it were 100% safe, free of cost, and scar-free.
I need money right now.
I love sushi.
I talk really, really fast. <-- Tried to, but sounds stupid nway.
I have long hair.
I have lost money in Las Vegas. <-- Never been there, how come nak lost money..??
I have at least one sibling.
I have worn fake hair/fingernails/eyelashes in the past. <-- Only eyelashes.
I couldn't survive without Caller I.D
I like the way I look. <-- Double-bold if my tummy flat like before!
I am usually pessimistic.
I have a lot of mood swings. <-- I hate moodswingers btw.
I have a hidden talent. <-- Soon will be un-hidden.. nge...
I'm always hyper no matter how much sugar i have.
I have a lot of friends. <-- I think so..
I am currently single
I have pecked someone of the same sex.
I enjoy talking on the phone. <-- I MEAN it. Sometime I just left the phone un-picked.. :P
I practically live in sweatpants or PJ pants.
I love to shop.
I enjoy window shopping.
I would rather shop then eat. <-- Of coz EAT dulu baru boleh shopping wei!
I don't hate anyone. I dislike them. <-- Kalo dua-dua..?
I'm completely embarrassed to be seen with my mother. <-- I LOVE my mother sooo much!
I have a cell phone. <-- Sapa je takde.. Maid Indon pon ada hokey..
I believe in God.
I watch MTV on a daily basis.
I have passed out drunk in the past 6 months.
I've rejected someone before.
I have no idea what i want to do for the rest of my life. <--???
I want to have children in the future.
I have changed a diaper before.
I've called the cops on a friend before.
I'm not allergic to anything. <-- Alhamdulillah..
I have a lot to learn.
I have been with someone at least 10 years older or younger. <-- No way..!
I am shy around the opposite sex.
I have tried alcohol before. <-- Masya-Allah...!
I have made a move on a friend's significant other or crush in the past.
I own the "South Park" movie.
I would die for my best friends.<-- Rather die for Islam then.. (well call me poyor!)
I think that Pizza Hut has the best pizza. <-- KFC is still the best..!
I have used my sexuality to advance my career.
I love Michael Jackson, scandals and all.
Halloween is awesome because you get free candy.
I watch Spongebob Squarepants and i like it.
I have dated a close friends's ex. <-- Mak tak main bekas-bekas orang nyah...
I am happy at this moment!!
I'm obsessed with guys (on TV).
I study for tests most of the time.
I tie my shoelaces differently from anyone I've ever met.
I can work on a car.
I love my job.
I am comfortable with who I am right now.
I have more than just my ears pierced.
I walk barefoot wherever i can. <-- kat rumah or pantai, ya.
I have jumped off a bridge.
I love sea turtles. <-- Yucks!
I spend ridiculous money on makeup.
I plan on achieving a major goal/dream.
I'm proficient in a musical instrument.
I worked at McDonald's restaurant. <-- I worked at KFC's restaurant.
I hate office jobs.
I love sci-fi movies.
I think water rules.
I went college out of state.
I like sausage.
I love kisses.
I fall for the worst people.
I adore bright colours. <-- except orange.
I can't live without black eyeliner.
I don't know why the hell i just did this stupid thing.<-- Betul Sha. It's fun what..
I usually like covers better than originals.
I can pick up things with my toes.
I can't whistle.
I can move my tongue in waves, much like a snakes slither. <-- How..?
I have ridden/owned a horse.
I still have every journal I've ever written in.
I can't stick to a diet. <-- Shhh...
I talk in my sleep. <-- How do I know meh...
I try to forget things by drowning them out with loads of distractions. <-- Yes, only for a while..
Climbing trees is a brilliant past-time.
I have jazz in my blood.
I wear a toe ring.
I have a tattoo.
I can't stand at LEAST one person that i work with.
I am a caffeine junkie. <-- Minum MILO anda jadi sihat dan kuat!
I have been to over 15 conventions.
I will collect anything, and the more nonsensical, the better.
I'm an artist.
I only clean my room when necessary.
I like a person of the same sex. <-- Not in lesbie way la weyy..
I love being happy.
I am an adrenaline junkie.

Wednesday, March 11, 2009

:)

Expressed by Noorita Yusof at 2:48 PM 0 thoughs.. Links to this post
Aku ada seorang kawan.

Nama dia Wawa.

Wawa ada seorang kawan.

Nama dia Ira.

Ira ni adalah manusia yang paling bertuah aku rasa.

Ini kerana Ira adalah dikelilingi oleh orang-orang unik yang kelaka yang sentiasa membuat dia ketawa.

Ketawa akan membuat seseorang bahagia.

Dan aku yakin Ira memang bahagia.

Takyah panjang2, mari kita baca kisah-kisah Ira ni.


Scene 1
Pelakon utama: Ira ngan tunang Ira.

Ira : "Abang ni kan, perut buncit sangat ler"
Tunang : "Oh.. abang perut buncit yek.. takpe.."

Sambil derang jalan2 kat shopping complex, masa tu derang dua lalu kat tmpt orang agak ramai2 sket.

Tunang : "Eh Ira ni kenapa kentut kat sini ni..?"
Ira : "Abang... Malunya Ira.....!"



Scene 2
Pelakon utama: Ira ngan tunang dia lagi.

Ira : "Abang, apa perasaan abang kita dah tunang..?"
Tunang : "Nak rasa apa. Rasa biasa je".
Ira : "Ye la, rasa apa2 yang lain ke.."
Tunang : "Yelah abang kenalah buat camni" (sambil menyengetkan bahu dia).
Ira : "Apsal abang senget bahu pulak ni..?"
Tunang : "Yela kalo orang tanya kenapa kau senget ni, nanti abang jawab la- ni la tanda aku dah tunang.."
Ira : "Abang.....!"



Scene 3
Pelakon utama: Ira ngan kakek (datuk) Ira.

Kakek Ira ni ada satu kepantangan. Dia pantang dengan satu perkataan -ULAR. Asal dengar je nama ular, terus dia bukak cerita.

Ira ngan sepupu2 dia : "Nasib baik kau bla bla bla bla ULAR tu. Kalau tak bla bla bla...."

Masa ni dia tengah berleku tunduk baca sotkabar ke apa ntah. Sebaik dengar je-ULAR,
Sambil membetul-betulkan kedudukan badan dan bahunya, kepala ditegakkan..

Kakek : "Kakek dulu pernah pukul ular-ular ni.. Kalau Kakek nak pukul, Kakek kejar ular tu! Kakek tangkap dengan tangan Kakek! Pastu Kakek tarik mulut dia! Kakek kerat dua! Pahtu Kakek tanam lain-lain tempat!"

Ira ngan sepupu2 dia : "Wah Kakek... Terernyeeeeeee........"

Di suatu masa lain pulak, derang tercerita lagi pasal ular.

Ira ngan sepupu2 dia : "Eh takut aku ngan ULAR tu tadi. Bla bla bla...."

Lalu Kakek, juga sambil membetul-betulkan kedudukan badan dan bahunya, kepala ditegakkan..

Kakek : "Kakek dulu pernah pukul ular-ular ni.. Kalau Kakek nak pukul, Kakek kejar ular tu! Kakek tangkap dengan tangan Kakek! Pastu Kakek tarik mulut dia! Kakek kerat dua! Pahtu Kakek tanam lain-lain tempat!"

Maka selalulah Kakek dia ni ulang cite tu setiap kali dengar perkataan ULAR. Dan yang hebatnya cerita dia mmg tak berubah sepicing pon. Sama jeee setiap kali..

Ira ngan sepupu2 dia : "ULAR tadi kan...."

Kakek yang tengah makan, terus membetul-betulkan kedudukan badan dan bahunya, kepala ditegakkan..

Kakek : "Kakek dulu pernah pukul ular-ular ni.. Kalau Kakek nak pukul, Kakek kejar ular tu! Kakek tangkap dengan tangan Kakek! Pastu Kakek tarik mulut dia! Kakek kerat dua! Pahtu Kakek tanam lain-lain tempat!"

Memang sah cerita ulangan!

Suatu hari, Kakek pon jatuh sakit. Dia dah macam ala2 lupa nyanyuks sikit ler..
Si Ira ngan sepupu2 dia saja je nak test Kakek dia tu ingat lagi tak cite ular dia dengan efisiennya..

Ira ngan sepupu2 dia : "ULAR..."

Di tengah2 pembaringan tu Kakek masih tidak ketinggalan membetulkan bahu dengan kepala dia tuh!

Kakek : "Kakek dulu pernah pukul ular-ular ni.. Kakek pukul pahtu Kakek buang!

Ira : "Tapi Kakek, bukan sebelum tu Kakek tangkap dulu ngan tangan, Kakek tarik mulut dia. Pahtu Kakek kerat dua dulu kan..?"

Kakek : "Alah.. Lebih kurang la tu....."



Scene 4
Pelakon utama: Ira ngan Mak Ira.

Mak Ira ni tak tau baca. Kalo orang tepon handphone dia, dia cuma tau sapa yang enpon dia berbunyi melalu ringtone yang anak2 derang setkan. Satu hari tu kakak Ira ni pegi tukarnya ringtone mak Ira ni.

Petang tu handphone mak Ira berbunyi..

Ira : "Mak, angkat le tepon tu.. Tepon Mak tu.."

Mak : "Ishh mana ada.. bukanlah.."

Skali bunyik lagi.

Ira : "Mak... Tepon Mak tu... Bapak tepon kot tu..."

Mak : "Ishh.. Tepon mak bunyik lagu Mawi ler...!"

Kakak Ira : "Ala mak.. Betulla tepon Mak tu.. Orang dah tukar ringtone dia.."

Mak : "La.... Mana aku tau..!"



Scene 5
Pelakon utama: Ira ngan Mak Ira.

Ada skali tu Ira bawak Mak dia pegi carik rumah sedara kat kampung Mak dia.

Ira : "Mak, dah sampai dah kampung orang2 Dusun."

Mak : "Bukan kampung orang Dusun ler, orang Bajau!"

Ira : "La Mak ni, kampung orang Dusun ler.."

Mak : "Orang kata kampung Bajau, kampung Bajau lah!"

Ira : "Mak ni.. Mana pulak.."

Mak : "Eh ni kampung Mak ke kampung kau?? Kalo ko tak percaya ha cuba baca tu.. Kampung Bajau..."




Tuesday, March 10, 2009

Ujan-ujan ni pekena sup bestnyer...

Expressed by Noorita Yusof at 4:01 PM 0 thoughs.. Links to this post
Mama called yesterday morning to confirm that they will depart from JB right after papa balik main golf.

Hati berbunga bunga riang kerana dari semalam aku dok fikir apa aku nak masak sebagai menyambut kedatangan mereka.

Macam-macam lauk dok berlegar-legar dalam paler otak since last nite.

Asam pedas tenggiri (cam makcik cafe bawah punya).. Masak lemak patin.. Gulai utara daging cincang.. Kurma ayam.. dan macam-macam lagilah. (bunyi cam hebatt muahaha).

Last last aku sticked pada satu lauk ni.

SUP TULANG!

Yes, this is papa's favorite. And mama pun suka. Di samping agak cepat dan senang juga.

So pagi pagi buta aku dah bangun pegi beli tulang yang the best kat Greenwood.

Langkah kanan. Tulang adalah fresh gilah! Kemerah merahan gitus.

Pastu terus balik since takyah singgah2 pasar coz dah pegi hari ahad hari tu.
Just boleh concentrate masak jerk.

So disebabkan lately ni mood aku lebih ke arah Chef Wan puan-puan (sengal-sengal sket bunyi puan-puan tu), so marilah kita jenguk2 resipi dia (even orang tak mintak, tapi takpelah. I rela memberi.. auww...)

Sup Tulang Ieta yang sudah kurang bertulang...

Well kenapa aku letak nama resipi ni panjang begitu kan ialah suka hati akulah nak letak cemane pon kan. Coz resipi ini aku alter-alter sket mengikut suka hati aku jugak. Dan kali ni dapat A+ dari Mr. Hubby huhu... (kalau tak puji diri sendiri sapa lagi kan :P).



Chop! Ekceli ni bukan gambar original sup tulang mubarako aku. Ia hanyalah google-google-lan.. Yg tampak iras-iras lauk aku tu kira boley la kan. Sebabnya aku adalah LUPA nak snap hokey!! Apakah lupa nak snap gambo main dishes kan. Aduh.. Dah habis habis kisah makan barula cam ehh aku tidak snap gambar sup ini tadi. Oh.. frust...

Takpe mari kita go on.

Bahan-bahannya:-
Sesi 1:
- Tulang stengah kilo, daging cincang stengah kilo (watak utama jgn lupa).
- Air secukupnya.
- Seinci halia (diketuk).
- 2 ulas bawang putih (diketuk).
- Garam kasar (halus pon bley jugek).

Sesi 2:
- Minyak masak sket, marjerin sket, butter sket.
- Bawang mesin (3 sekawan bawang itu).
- Halia seinci ditumbuk.
- *Bunga lawang, kayu manis, cengkih, buah pelaga & sedikit lada hitam. (Ini adalah tambahan coz menda2 alah dalam sup bunjut tulang tu sikit amatt).
- Sup bunjut tulang.
- Sup bunjut biasa.
- Sebiji bawang besar (Dibelah empat. Dibelah ok. Bukan dimayang ke, diricik halus ke, dicincang ke..)
- Kentang di belah empat.
- Tomato dibelah empat jugak (kalau nak ler).
- Daun sup.
- Bawang goreng.
- Limau nipis (sebelah ke, suku belah ke).


Cara-caranya:-
Aku buat sesi2 tu sebab tulah rahasianya hehe. Kalau yg dah tau tu sama2lah kita bukak rahsia yek. Untuk kekenyangan perut suami sejagat juga kan ;)

Sesi 1:
- Rebus tulang ngan daging cincang tu sekali dengan halia ngan bawang putih ketuk tu. Masuk garam sket.
- Rebus sampai empuk. Api suka ati lah. Kalo nak cepat besaqla kan. Kalo nak reneh2 tu sedang2 je la api tu. Aku suka cepat maka api ku kuat.
- Dah empuk, ketepikan. Sila terjah ke sesi 2.

Sesi 2:
- Guna periuk lain.
- Panaskan minyak masak + marjerin sesudu.
- Tumis bawang mesin + bahan2 herba(*) tadi tu.
- Masuk sekali halia tumbuk.
- Dah agak wangi tu, tuang bahan2 rebusan dari sesi 1 ke dalam periuk ini.
(Kuah dia dah kurang dah ekceli. Sebab tadi dah rebus kan. So tambah la lagik air mengikut kesukaan byk mana nak).
- Masuk sekali kentang + bawang belah 4.
- Juga bunjut-bujut sup tu.
- Masukkan sesudu butter.
- Renehkan lagi sampai betul2 menggelegak nampak sebati dan hebat je rupa dia.
- Pastu boley la rasa2. Kalo kurang masin tambah le garam. Kalo kurang sedap tambah le aji hehe.
- Dah agak2 nak tutup dah api tu then masukkan tomato. Tomato takleh masuk awal2 nanti lembeks.
- Dah puas hati then tutup api.
- Perah limau nipis sekali lalu ke atas sup.

Masa nak hidang tu boley le tabur bawang goreng sama itu daun sup. Dah siap doh...




Ni side dishes. Nak habiskan udang. Karang lama2 dalam peti ais tak sedap lak. Ilang manis dia. Ni takyah susah payah la cakap cemane nak buat kan. Tumis bawang putih ngan halia, masuk sos tiram, kicap manis sket, kicap masin sket. Garam gula. Masuk udang, bawang besar mayang, cili padi. Itu sajer. Yg cam sayur2 tu adalah daun cemperai. Tertarik pulak nak beli kat pasar ari tu. Blasah je taruk dalam lauk ni. Sedap gak wa cakap lu..




Ini adalah wajib. Kewajiban berterusan sehingga ke suatu tarikh yang belum diketahui. nge...

Dah siap sume, tetiba mama call cakap tak tau lagi balik ke tak KL hari tu. Coz ujan lebat. Aku cam ala... kita dah masak sup tulang dah... Derang soh simpan.

Skali derang sampai jugak dalam kol 9.45 malam. Dan yang paling terharu adalah mereka belum makan! Nak merasa sup aku..

Terharu terharu.... Hilang penat sayer :)

Thursday, March 5, 2009

Salah satu menda sengal di muka bumi

Expressed by Noorita Yusof at 10:43 AM 2 thoughs.. Links to this post
As promised in last entry, aku nak cakap sket pasal the latest novel yg aku baca yang mana baru khatam semalam.

Aku ni ekceli tak reti baca novel novel omputih jauh lagi novel2 berentetan cam LOTR, Harry Porter dan berbagai lagilah. Di tgh orang dok heboh2 novel itu ini (apalagi yg kuar wayang.. ufhhh mmg kecoh!) yg hebat perkasa tapi aku tak termasuk dalam kelompok hangat tu. Maybe aku ni tak reti sangat bahasa Inggeris ni. Sikit sikit buat paham tu boleh la. Tak tercapai akal dasat2 tu. Kalo aku baca gak mmg lama la nak khatam jawabnya. Sebab aku ni kadang baca zig-zag. Kalo agak2 dah boleh cam cam jalan cite tu zig zag trus je tak buang masa. Tapi kalo baca novel kaum Brad Pitt mmg tak paham la kalo wat perangai gitu kan. Opps pada penggila novel2 itu jgn la buat telinga merah dulu.. Rilek.. Go ahead.. Aku ni cakap pasal aku, so takde kaitan dengan sesiapa yg hidup, mati or sedang nazak sekalipun.

So (panjang pulak mukadimah atas tu), novel yg aku nak ngumpat ni adalah..





Ha ha.. Tengok tajuk dah cam poyo kan. Well.. mmg mostly novel novel yg aku baca mmg berbentuk kepoyoran pon. Sebab aku ni poyo ke apa tidak dapat dipastikan. Kalo hang nak kata aku jiwang pon, katalah. Mmg jiwang lagi rock kapak pon ngeh ngeh..

Ekceli my fav writers are Norhayati Berahim & Habiburrahman El Shirazy (kadang2 Sharifah Abu Salem pon leh terima akal gak). My fav writers like forever! Disamping membaca cerita, anda akan terasa membaca buku berpengetahuan ilmiah mahupun jurnal2 hebat. They are sooo intelektual! (Especially Habiburrahman tu kan). Byk yg aku belajar dari novel derang nih. Psl sains, psl ekonomi, psl Islam dan macam macam pasal lagilah. Eh! Lain yg aku nak ngumpat lain pulak aku cite!

Well berbalik pada novel biru ini. Setelah sekian lama dok kumpul novel2 dari writers atas tu, satu hari tu aku nak cuba cuba la beli penulis lain lak tgk mana tau best jugak kan. Ye la kata orang penulis muda, segar idea. So beli la buku ni sebab sinopsis cam menarik. Mahal gak ok. RM35! Dah boleh dapat baju selai or skirt selai or paling koman lepas dah pampers Mu'az! Tapi disebabkan minat yg mendalam ini aku blasah jelah!

So di suatu malam yg hening, aku start la baca novel ni. Seawal muka surat kedua baca aku dah macam mual dan loya (aku tak dapat belek buku ni masa beli sebab dia wrap ok. macam la hebat sgt nak wrap wrap - kalo dah tak suka camnila kan).

Cam arghhhhhhhhhhhhh aku rasa kalo macam nilah cara penceritaan aku pon boley tulis novel ok!!

Can you imagine, ayat cam

"Aku tak kisah pun kalau dia tanak aku", Sara berkata.

"Kalau tak kisah kenapa kau peduli", Tina berkata. Sambil merenung muka Sarah.

"Hai entahlah", kata Sara sambil memandang lama wajah Tina.



I tell you what.... Ini macam karangan SPM dulu2 ok. And I bet karangan aku is much much more better than this! Sara berkata, Tina berkata, kata si polan si polan. Like hey..! Takde ke ayat bersastera sikit..?

Cuba tulis cam..

"Aku tak kisah pun kalau dia tanak aku", lirih suara Sara sayu kedengaran.

"Kalau tak kisah kenapa kau peduli", Tina menyoal seakan tidak berpuas hati dengan kata-kata Sara yang dirasakannya tidak seiring dengan tindakan.

"Hai entahlah", Sara bagai kehilangan kata-kata. Satu keluhan berat terluah dari bibirnya.


See... Apa korang rasa. Gila beza kan..?
Kalolah aku boleh buat pembetulan kat novel tu!

And I tell you what again, ayat merenung muka tu adalah diulang ulang dari muka surat 1 sampai ke penghabisan surah! Dok renung mukaaaaaaaa je hokey.. Sesekali tulis renung tangan yg pantas mencatat sesuatu di lembaran kertas ke, sambil mata melingas memerhati si dia yang sedang ketawa ke. Like apa2 la yg membuai sket kan. See. Aku pon boleh tulis. (Cakap cam senang, well mmg senang pon kan).

Camm tolong... boring bosan dan muallnya aku baca novel ni.. tolong..................

Dah la tu (kena teruk kan penulis ni ngan aku). Situasi adalah berulang ulang ulang ulang ulang tak abis. Ala.. Macam korang tengok cite Sembilu. Paling busuk pon cite Air mata Maria. Camtu la lebey kurang. Walau korang tertinggal lapan belas episod pon tak yah dok risau. Episode ke 19 korang tgk mesti boleh catch up lagi cite tu. Sebab asyik2 gaduh, baik, gaduh, baik, gaduh, baik!

Yg pasti novel ni takde pengetahuan ilmiah yg boleh aku belajar. Like story just around the circle, marry go around.. Takde cuba keluar melompat sket ke tebing sana. (Apa aku melalut ni kan). Tapi tu la aku rasa sepanjang2 baca novel ni. Novel ni dah la tebal nak mam! Kalo dah dok ulang menda tu je maunya tak tebal kan!

Sudahnya bukan kata zig zag dah, aku terus belek belek belek, skip segala kejadah dialoge air mata maria yang kebanyakkannya melatari jalan cerita (jgn harap korang nak jumpa ayat melatari.. cam aku tulis ni dalam tu!). Tup tup dah abis. Cam ler.. tu jer. Kalo setakat ending camni, dah boleh end dari muka surat ke 30 lagi dah! Ha geramm okey....

Ikut rasa jahat aku ni mmg berlembar lah aku tulis kan. Tapi karang ibarat menuding orang pulak. Satu jari telunjuk menuding, 4 jari lain menuding kita balik. Cuba ko buat dulu novel tgk best ke tak before kutuk orang lain kan haha.. (well pernyataan selamat je ni ekekeke).


Nway, aku ada la jugak baca a few English novel kengkadang tu. Buat asah minda.

One of my fav novel is..




Bukan penulis ternama pon tulis novel ni. Just bekas escort girl (or dengan bahasa terus terangnya, pelacur) kat London. Ala satu batch ngan Sufiyah ler. Tapi memang best gile la novel ni. Aku baca satu hari je abis. Ekceli bukan novel pon. Buku kisah hidup ekceli. Psl cemane dia jadi escort girl sampai dapat lepaskan diri. Kalo si Sufiyah baca buku ni kan, sumpah dia takkan brani terjun dalam profesion tu. Takyah PISANG (pisang..?? mcm takde shortform lain) bersusah payah pon. Seres!


So kalo sapa2 yg degil kepala batu jugak nak beli novel yg aku kutuk kaw kaw kat atas tu, sila la refer sinopsis dia kata bawah ni.

Namun, cinta itu tetap menjadi rahsia hatinya. Sesungguhnya, Maisara menyintai lelaki itu sepenuh jiwa raganya dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan rela sedangkan Imran menganggapnya tidak lebih daripada seorang sahabat baik. Perkahwinan mereka pun atas dasar terpaksa. Cinta Imran hanyalah untuk Tina. Mampukah dia meraih cinta Imran ataua akan berkuburkah perkahwinan mereka seperti yang telah dirancang oleh Imran?

Gila poyo!

Cemane la aku boleh jadi sepoyo ini utk membeli novel poyo ini..

Nyesal....................

Wednesday, March 4, 2009

Express Express

Expressed by Noorita Yusof at 5:23 PM 5 thoughs.. Links to this post
Smalam kan lapa gila menggelegak perut.

Balik lambat coz jalan teramat sangat sangat sangat jam sebab ujan tersangat sangat sangat lebat kan.

Sampai umah dah dekat kol 8. Sampai, semayang, then dengan baju2 keje tu jugak gi dapur (ceh bunyi cam hebat je kan). Well kalu mandi dulu busuk la I nanti baju tido bau lauks!

So dengan perut yg lapar dan masa kian suntuk takdenye nak masak lauk hebat maha perkasa yg menuntut waktu yang panjang.

Dengan ketam yg sudah di-defrosskan oleh Eni, aku terus tanpa buang masa start masak lauk xpress.

Ketam goreng berkari!!
(excuse the gambar blur sebab malam dah. tepon murah camni ler hehe.. nak amik kamera tak kose mak).

Bahan2nya:
Ketam (2 ekor. Sekor ketam dibelah dua).
Cili boh.
Bawang mesin -3 sekawan bawang tu biasalah.
(kalo nak senang kan, buat cili boh ngan bawang mesin siap2. masa wiken ke contohnya. so bil nak masak senang dan cepat).
Serbuk kari.
Air asam jawa + sedikit belacan.
Garam.
Gula.

Cara2nya:
- Panaskan minyak dan tumis bawang mesin dan cili boh.
- Pahtu masukkan serbuk kari. Utk 2 ekor ketam saya taruk 2 sudu besar serbuk kari.
- Tumis sampai agak kegaringan, bau naik, then masukkan air asam jawa+belacan tadi.
- Masukkan garam, gula secukup rasa.
- Kalu nak berkuah sikit, tambah air.
- Kalu nak wangi dan terasa cam wah! sket lauk tu, taruk daun kari 3-4 lai.
- Tutup kuali (untuk cepat masak).

Sesekali bukak penutup dan kacau2. Sampai la ketam masak. Tak lama pon. Isi ketam kan gegitu je. Bukan cam daging.

Then siap!

Eni dah siap masak peria telur tu (tak abis abis). Tima kasih la sebab memahami.
Then terus la mengisi perut tanpa berlengah lagi kan. Since hubby ada kelas dan tak dinner kat rumah, then takyah la pening2 pikir nak masak lauk extravaganza lain kat dia.

Then lepas makan, tak siap lagi tugasan saya.

Masak lauk untuk tengahari esok lak haha.

Hubby I kan lunch di rumah. So dah abish kisah baru la saya dapat mandi dan berehat sambil melayan anak.

Anak dah tdo, layan novel (I will create a special entry for this novel. U need to know something about it. haha..)

So gitulah kisah saya semalam.

Tima kasih.

Monday, March 2, 2009

Plan Baekkkk Punya...

Expressed by Noorita Yusof at 4:28 PM 3 thoughs.. Links to this post
Aku telah berjaya turun dalam 3 kg setelah dengan patuh dan obeynya pada Diet Plan Mr. Hubby, in 2 weeks!

Terima kasih la pada hubby ku yg tidak jemu2 melayan kerenah dan sesekali terpaksa tegas (ok la. marah) bila aku dah start buat2 lupa gi tambah nasik kan. Kadang2 sampai merajuk2 sebab perut lapa ok! Lagi nak catu2 makan!

Ekceli kalo aku go on lagi mau turun lagi dan lagi.

Tapi setelah jeans Applemint ku sudah mengisi angin di persekitaran (yg mana aku complain sendat before ni), slowly aku stop diet tu (suka!).

Pendek kata, misi mari turunkan angka kg telah berjaya. Skrang aku harus tone-kan shape dan menyingkir lemak2 di perut ini. Dan ini hanya boleh dilakukan hanya dengan menge-gym-kan diri..! Oh masa.. marilah masa.. masa masa.. I need u...

Yg sebenarnya entry kali ni takde kaitan dengan diet pon. Jauh lagi gambar aku tengah angkat2 besi kat gym sambil tayang otot2 lengan.

Untuk meraikan akan 'kekurusan' kembali aku ni, so kiranya nak balas dendam la satu hari di atas keikat perutan selama ni kan. So aku nak makan kaw kaw punya. So selamat tinggal sekejap ikan masak stim, ikan singgang, ikan goreng kurang minyak dan macam2 jenis masak ikan lagi.

So last Sunday, inilah plan baeeekkkk punya dari aku!



Ayam Percik Na Na Na Na Na Ganuu Kiterrr...!!


Saje je la taruk resepi poyo2 kan.
Mana tau ada yg nak try ke.. Tra skali, nok lagi..

Bahan2nya ialah:
Ayam secukup pemakannya.
Santan kelapa satu bijik (nyaris tulis kepala tadi. santan kepala adalah air kelemumur. Yiacksss!)
Bawang besar, bawang merah, bawang putih = dimesin
Cili Boh.
Secubit belacan (I pakai belacan Ezany u.. yamm yammm)
Kunyit debu skett.
Asam keping/gelugor.
Serai = diketuk.
Halba.
Garam kasar (halus pon boley juga..).
Gula.

Cara2nya:-

Untuk kuah percik:

Masukkan santan ke dalam kuali.



Masukkan bawang2 mesin secukup rasa. Saya masukkan dalam 3 sudu besar. Bawang akan membawa rasa manis, itu pesan ibunda..



Masukkan cili boh. Saya buhboh dalam 4 sudu kot gitu. Nak lagi berasap, buhboh la lagi..



Seco'et kunyit. Nak kasik kaler kuah cantik. Pada anggapan saya lah..



Sedikit halba. Ini halba kasik itu kuah manyak wangiii woo..



Serai yg diketuk ketuks..



Asam keping. Agak2 la besar mana dan berapa keping. Byk2 karang masham..!



Garam dan gula secukup raser..


Secubit belacan jgn lupa. Takde gambor sebab baru je nak snap, PLOP! dia terjun lam kuah.



Dah bubuh sumer tu, barulah nyalakan api (sederhana je) dan kacau pelan2. Kena kacau sokmo2 tau sampai mendidih, kalu tak berketui ketui la jawabnya kuah percik kita nyah...



Dah mendidih, tutup api. Siap! Ni la rupe dia..



Now masanya untuk kita memanggang ayang pula..


Ayam tu gaul je ngan kunyit ngan garam. Pahtu boh la kat pemanggang camnih.
Kalo ma saya dia suka boh ayam tergolek dot sebelah ekor kat pemanggang. Dah masak baru potong2. Tapi si abang jual ayam ni pi tetak abis ayam sayer. Apa punya pekak, aku kata jgn potong, hang potong jugak!



Disebabkan pemanggang saya bersifat tradisional, jadi saya buat la cenggini.
Tutup tu adalah untuk menjimatkan masa, karna dengan menutup jadi kurangla asap panas tu kuar. So cepat le sikit masaknye..




Bila agak2 separuh masak tu, angkat pahtu siram2 ngan kuah percik tadi. Then sambung lagi panggang sampai masak. Itu tangan cam logo kacang tanah Nyan Yin tu adalah milik Eni, tukang jaga ayam panggang tanak kasik angus.

Bila agak2 dah empuk masak tu angkat ler. Rupa siap dia cam gambar mula2 tadik tu. Tu sayer dah siram kuah dah tuhs.


So sebagai pelengkap hidangan..




Peria goreng telur diimport dari Jawa mari... Aku separuh mati gilakan lauk ni skang!




Kuah di pinggan asing. Mr. Hubby mana reti makan kering2. Nak kuah berladung cam tasik Chini!



Menu wajib.


Dengan itu, sayer pon makanla dengan seperti sudah lupa terus yg ada kalori yg harus dikira, ada lemak yg harus dijauhi. Ala.. sekali sekala apa salahnya kan.. Bukan sokmo.. He....

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal