Wednesday, March 11, 2009

:)

Expressed by Noorita Yusof at 2:48 PM
Aku ada seorang kawan.

Nama dia Wawa.

Wawa ada seorang kawan.

Nama dia Ira.

Ira ni adalah manusia yang paling bertuah aku rasa.

Ini kerana Ira adalah dikelilingi oleh orang-orang unik yang kelaka yang sentiasa membuat dia ketawa.

Ketawa akan membuat seseorang bahagia.

Dan aku yakin Ira memang bahagia.

Takyah panjang2, mari kita baca kisah-kisah Ira ni.


Scene 1
Pelakon utama: Ira ngan tunang Ira.

Ira : "Abang ni kan, perut buncit sangat ler"
Tunang : "Oh.. abang perut buncit yek.. takpe.."

Sambil derang jalan2 kat shopping complex, masa tu derang dua lalu kat tmpt orang agak ramai2 sket.

Tunang : "Eh Ira ni kenapa kentut kat sini ni..?"
Ira : "Abang... Malunya Ira.....!"



Scene 2
Pelakon utama: Ira ngan tunang dia lagi.

Ira : "Abang, apa perasaan abang kita dah tunang..?"
Tunang : "Nak rasa apa. Rasa biasa je".
Ira : "Ye la, rasa apa2 yang lain ke.."
Tunang : "Yelah abang kenalah buat camni" (sambil menyengetkan bahu dia).
Ira : "Apsal abang senget bahu pulak ni..?"
Tunang : "Yela kalo orang tanya kenapa kau senget ni, nanti abang jawab la- ni la tanda aku dah tunang.."
Ira : "Abang.....!"



Scene 3
Pelakon utama: Ira ngan kakek (datuk) Ira.

Kakek Ira ni ada satu kepantangan. Dia pantang dengan satu perkataan -ULAR. Asal dengar je nama ular, terus dia bukak cerita.

Ira ngan sepupu2 dia : "Nasib baik kau bla bla bla bla ULAR tu. Kalau tak bla bla bla...."

Masa ni dia tengah berleku tunduk baca sotkabar ke apa ntah. Sebaik dengar je-ULAR,
Sambil membetul-betulkan kedudukan badan dan bahunya, kepala ditegakkan..

Kakek : "Kakek dulu pernah pukul ular-ular ni.. Kalau Kakek nak pukul, Kakek kejar ular tu! Kakek tangkap dengan tangan Kakek! Pastu Kakek tarik mulut dia! Kakek kerat dua! Pahtu Kakek tanam lain-lain tempat!"

Ira ngan sepupu2 dia : "Wah Kakek... Terernyeeeeeee........"

Di suatu masa lain pulak, derang tercerita lagi pasal ular.

Ira ngan sepupu2 dia : "Eh takut aku ngan ULAR tu tadi. Bla bla bla...."

Lalu Kakek, juga sambil membetul-betulkan kedudukan badan dan bahunya, kepala ditegakkan..

Kakek : "Kakek dulu pernah pukul ular-ular ni.. Kalau Kakek nak pukul, Kakek kejar ular tu! Kakek tangkap dengan tangan Kakek! Pastu Kakek tarik mulut dia! Kakek kerat dua! Pahtu Kakek tanam lain-lain tempat!"

Maka selalulah Kakek dia ni ulang cite tu setiap kali dengar perkataan ULAR. Dan yang hebatnya cerita dia mmg tak berubah sepicing pon. Sama jeee setiap kali..

Ira ngan sepupu2 dia : "ULAR tadi kan...."

Kakek yang tengah makan, terus membetul-betulkan kedudukan badan dan bahunya, kepala ditegakkan..

Kakek : "Kakek dulu pernah pukul ular-ular ni.. Kalau Kakek nak pukul, Kakek kejar ular tu! Kakek tangkap dengan tangan Kakek! Pastu Kakek tarik mulut dia! Kakek kerat dua! Pahtu Kakek tanam lain-lain tempat!"

Memang sah cerita ulangan!

Suatu hari, Kakek pon jatuh sakit. Dia dah macam ala2 lupa nyanyuks sikit ler..
Si Ira ngan sepupu2 dia saja je nak test Kakek dia tu ingat lagi tak cite ular dia dengan efisiennya..

Ira ngan sepupu2 dia : "ULAR..."

Di tengah2 pembaringan tu Kakek masih tidak ketinggalan membetulkan bahu dengan kepala dia tuh!

Kakek : "Kakek dulu pernah pukul ular-ular ni.. Kakek pukul pahtu Kakek buang!

Ira : "Tapi Kakek, bukan sebelum tu Kakek tangkap dulu ngan tangan, Kakek tarik mulut dia. Pahtu Kakek kerat dua dulu kan..?"

Kakek : "Alah.. Lebih kurang la tu....."



Scene 4
Pelakon utama: Ira ngan Mak Ira.

Mak Ira ni tak tau baca. Kalo orang tepon handphone dia, dia cuma tau sapa yang enpon dia berbunyi melalu ringtone yang anak2 derang setkan. Satu hari tu kakak Ira ni pegi tukarnya ringtone mak Ira ni.

Petang tu handphone mak Ira berbunyi..

Ira : "Mak, angkat le tepon tu.. Tepon Mak tu.."

Mak : "Ishh mana ada.. bukanlah.."

Skali bunyik lagi.

Ira : "Mak... Tepon Mak tu... Bapak tepon kot tu..."

Mak : "Ishh.. Tepon mak bunyik lagu Mawi ler...!"

Kakak Ira : "Ala mak.. Betulla tepon Mak tu.. Orang dah tukar ringtone dia.."

Mak : "La.... Mana aku tau..!"



Scene 5
Pelakon utama: Ira ngan Mak Ira.

Ada skali tu Ira bawak Mak dia pegi carik rumah sedara kat kampung Mak dia.

Ira : "Mak, dah sampai dah kampung orang2 Dusun."

Mak : "Bukan kampung orang Dusun ler, orang Bajau!"

Ira : "La Mak ni, kampung orang Dusun ler.."

Mak : "Orang kata kampung Bajau, kampung Bajau lah!"

Ira : "Mak ni.. Mana pulak.."

Mak : "Eh ni kampung Mak ke kampung kau?? Kalo ko tak percaya ha cuba baca tu.. Kampung Bajau..."




0 thoughs.. on ":)"

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal