Friday, March 27, 2009

Ko jangan main-main ngan budu aa....

Expressed by Noorita Yusof at 1:46 PM
Artikel dari Metro semalam ni betul2 menarik perhatianku..



Budu lawan penuaan


MUNGKIN perkataan budu agak janggal atau dipandang sepi sesetengah orang.

Namun bagi peminat fanatik, ia dianggap makanan tradisi yang wajib ada dalam menu harian mereka.

Percayakah jika dikatakan budu iaitu sejenis cairan yang diperam dalam tempoh tertentu bersama ikan bilis atau pekasam lain dan enak dicicah bersama ulam-ulaman, boleh dijadikan antara medium terbaik untuk mencantikkan wajah seseorang?

Barangkali ada pihak yang tersenyum sinis namun kajian sekumpulan penyelidik di Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) membuktikan ia mampu direalisasikan.

Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, kajian terhadap budu menunjukkan ia mempunyai potensi tinggi dalam pertumbuhan sel kulit.

Selain membentuk sel biak terbaik terhadap kolagen serta bersifat elastin, budu dikatakan mempunyai nisbah 50 peratus dalam membantu dari segi antipenuaan.

"Berdasarkan penyelidikan terperinci mengenainya, proses sintesis terhadap kolagen didapati lebih baik daripada vitamin C berdasarkan kandungan makanan itu.

"Kulit perlu dilindungi daripada elemen negatif selain mengimbangi sel manakala bahan berkenaan juga mampu melindungi daripada pancaran ultra ungu matahari," katanya.

Menurutnya, Sirim sedang mencari pelabur atau peniaga dalam bidang kosmetik untuk melariskan formula yang dirintis. <-- Macam berminat kan... Katanya, budu keluaran Ketereh antara ramuan tertua dan begitu sinonim dalam sajian makanan di negeri Pantai Timur, malah menjadi sajian di seluruh Semenanjung Malaysia. Menggunakan BK sebagai singkatan Budu Kelantan atau Budu Ketereh pada rumusan produk yang bakal dilonjakkan, beliau berharap impian untuk melihat budu menjadi jenama popular satu hari nanti bukan hanya terbatas di Malaysia, bahkan melonjak ke luar negara.

Dia turut menafikan kesan penggunaan budu boleh menyebabkan kegatalan pada kulit atau menimbulkan bau kurang menyenangkan.

Baginya, kebanyakan produk berjenama dunia yang eksklusif juga mengandungi bauan yang tidak enak.

Menurutnya, penemuan saintifik yang diolah dengan bioteknologi terkini untuk menyah bauan yang kurang disenangi boleh dilakukan dengan campuran ekstrak tertentu.

Ramuan yang terdapat dalam budu mempunyai kandungan tertentu turut bergabung dengan ekstrak lain yang bersifat bebas radikal, tiada campuran kimia atau bahan pengawet yang memudaratkan tubuh.

Katanya, unsur yang digunakan seperti raksa atau plumbum diselitkan dan diseimbangi dalam tahap yang dibenarkan Kementerian Kesihatan.

"Kami berhasrat mensasarkan produk ini di kalangan masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang sendiri sebagai sasaran utama memandangkan budu berasal dari negeri itu. Tetapi kami tidak menolak jika ada pengusaha lain yang meyakinkan untuk menaik taraf budu ini ke tahap lebih tinggi.

"Keyakinan kami didukung kuat oleh sifat masyarakatnya yang sinonim dengan makanan berkenaan selain menunjukkan sikap jangan perlekehkan budu kerana ia mampu menjadi bahan terpenting dalam produk kecantikan.

"Bukan sekadar makanan, tetapi ia sekali gus mampu melakar sejarah tersendiri dalam dunia kecantikan yang tiada sempadan. Namun, kami ada cara dalam melonjakkannya untuk menjadi jenama terkenal dan perkataan budu itu tidak akan ditekankan jika dikhuatiri mengundang pandangan negatif segelintir masyarakat terhadapnya.

"Mungkin pendekatan yang diguna pakai untuk lebih komersial adalah proses penapaian bahan berasaskan marin untuk penggunaan kosmetik. Kami percaya ia akan melindungi atau memberi kesan terhadap pembaikan kulit secara perlahan-lahan.

"Berdasarkan kajian, keluaran yang baik adalah produk yang tidak memberi kesan terlalu cepat terhadap kulit wajah seperti didakwa sesetengah pengusaha produk kecantikan. "Mungkin ada bahan campuran kimia tertentu dan pengguna harus ada pengetahuan mengenai produk supaya tidak memberi kesan buruk kelak.

"Sebenarnya, kesan melebihi tiga minggu lebih memberi kesan berpanjangan bagi kebaikan kulit wajah," katanya.

Sebagai pertubuhan yang dipertanggungjawabkan terhadap aspek mutu atau piawaian dalam jenama atau pembuatan bahan di negara ini, Sirim turut meletakkan syarat tertentu kepada mana-mana syarikat yang bakal terpilih untuk meletakkan jenama berkenaan pada tahap sewajarnya kerana pelbagai aspek diambil kira sebelum 'menjual' formula itu kepada pihak pembeli.

Lebih membanggakan, usaha lapan penyelidik Sirim itu turut mendapat penghargaan di Jepun ketika persidangan di negara itu baru-baru ini yang mengiktiraf usaha dilakukan kumpulan penyelidik berkenaan yang dikatakan antara penyelidikan terbaik.

"Sebenarnya sewaktu menghadiri seminar dan membentangkan hasil penyelidikan di Jepun, kita berasa jauh ketinggalan dalam aspek teknologi berbanding negara lain termasuk Korea. Tetapi ia tidak menjadi halangan kepada kami untuk terus mengkaji pelbagai lagi penemuan baru untuk diketengahkan.

"Apa yang terpenting, aspek bioteknologi amat penting dalam memastikan ia bebas bahan kimia yang boleh memberi kesan tidak baik kepada tubuh seseorang. Untuk itu, kajian kami lebih mengutamakan aspek bahan tempatan yang boleh dikomersialkan," katanya.

Menurutnya, jika beberapa jenama kecantikan dari luar negara begitu terkenal menggunakan bahan penapaian atau yang diperam bahkan ada yang berbau busuk, dia menyangkal BK yang menjadi penemuan pertama Sirim akan ditolak.

Sebagai ketua penyelidik, Hamidah tidak menolak tanggapan mungkin budu menjadi penyebab beberapa aspek lain seperti kebanyakan wanita Kelantan mempunyai tekstur kulit lebih menarik atau ia mungkin atas faktor genetik.

"Mungkin kajian pihak lain boleh membuktikannya apabila ada yang mengatakan ramai golongan cerdik pandai terdiri daripada orang Kelantan mungkin disebabkan budu menjadi sarapan mereka.

"Ia ada seribu kemungkinan cuma kajian kami hanya menjurus kepada budu sebagai satu aspek penapaian yang boleh jadi formula menarik dari aspek kecantikan," katanya.


-----------------------------------------------------------------------------------

So, tujuan aku tiba2 jadi skema dengan memaparkan risalah rencana pulak hari ni adalah tak lain tak bukan adalah kerana saja je... hehe..

Saja la coz ada dikalangan kita ni cam kutuk gila la budu.. Konon busuk la.. Tak best la.. Kampung la... Hek eleh... Macam la ko tu very the oreng putey sangat kan... Ada je oreng putey pon makan budu hokey, skali dengan sambal tempoyaks lagi. Tak sawan pon! Elok je mata biru kat situ tak ilang kemana pong.. Yang muka nasik goreng belacan yg geli budu tu mata dok itam legam situ gak. Kadang2 ada gak la jadik kaler ijau or hazelnut bergantung pada simpanan retina palsu memasing.

Dan tak cukup dengan itu. Dah la tak makan budu. Kutuk lagi pulak! Kutukan cam "hapa laaa ko makan budu..." tak pun cam "apa ke best nye la budu tu..." or "budu? eee... tak makan aku heh....geli!" - Aku memang la pantang kan..

Bukan nak cakap aku ni budu maniac or makananan-kegemaran-gila-bab-nak-mam adalah budu. Tapi aku MENYAMPAH dengan orang2 camni. Cam hakelah... Kalo tak makan budu diam2 je la kan.. Ko kutuk orang makan budu tu apehall????

Aku lak. Ok. Aku makan budu. Sebab tu kulit aku begini dan aku pandai dari kau. Hahaha....

Not to say la kan. Saja je tu nak mengolah rencana di atas. Donald Trump tak makan pon budu tapi dia pandai gak. Jessica Alba lagi la tak kenal kenal sos budu kulit elok je cantik... Tapi (nak jugak tapi) takdenye derang tiba2 lancang mulut -"Buduwww? What the hell is buduww... Euwww.. Only stiupid moron ugly people eat the buduww".

Kesimpulan daripada segala jadah mengarut di atas adalah, kepada pengutuk2 budu itu sila la bukak mata k. Ada bukti saintifik lagi akan kebest-an dan kebagusan budu ini. Siap buat kosmetik lagi! So sila la jangan mempertikai sebab apa gadis gadis hatta wanita wanita janda Kelantan lawo comey putih mulus melepak!

Cayalah! Aku mmg seriyes nak carik produk ni. BK!

2 thoughs.. on "Ko jangan main-main ngan budu aa...."

zeme on March 30, 2009 at 11:20:00 PM GMT+8 said...

salam ita,

hahaha..
betul tu cakap ita..budu memang best..xda kuah, xda gulai, makan nasi ngan budu pun berpinggan-pinggan tambah..budu bukan jer takat laris dikalangan budu maniac..tapi laris di new york juga..produk kita, kebanggaan kita..

wasalam

Azlinda on October 4, 2009 at 1:11:00 AM GMT+8 said...

patutlah wpun aku oghe kelate..tp kulit aku xlawa gak..sbb aku make budu jarang2... time kelik kelate jah...
well..my father make budu ari2..just conincident or wat...dia mmg nampak muda byk dpd umur sbenar dia n xda jerawat dr muda sp la ni...

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal