Thursday, March 5, 2009

Salah satu menda sengal di muka bumi

Expressed by Noorita Yusof at 10:43 AM
As promised in last entry, aku nak cakap sket pasal the latest novel yg aku baca yang mana baru khatam semalam.

Aku ni ekceli tak reti baca novel novel omputih jauh lagi novel2 berentetan cam LOTR, Harry Porter dan berbagai lagilah. Di tgh orang dok heboh2 novel itu ini (apalagi yg kuar wayang.. ufhhh mmg kecoh!) yg hebat perkasa tapi aku tak termasuk dalam kelompok hangat tu. Maybe aku ni tak reti sangat bahasa Inggeris ni. Sikit sikit buat paham tu boleh la. Tak tercapai akal dasat2 tu. Kalo aku baca gak mmg lama la nak khatam jawabnya. Sebab aku ni kadang baca zig-zag. Kalo agak2 dah boleh cam cam jalan cite tu zig zag trus je tak buang masa. Tapi kalo baca novel kaum Brad Pitt mmg tak paham la kalo wat perangai gitu kan. Opps pada penggila novel2 itu jgn la buat telinga merah dulu.. Rilek.. Go ahead.. Aku ni cakap pasal aku, so takde kaitan dengan sesiapa yg hidup, mati or sedang nazak sekalipun.

So (panjang pulak mukadimah atas tu), novel yg aku nak ngumpat ni adalah..





Ha ha.. Tengok tajuk dah cam poyo kan. Well.. mmg mostly novel novel yg aku baca mmg berbentuk kepoyoran pon. Sebab aku ni poyo ke apa tidak dapat dipastikan. Kalo hang nak kata aku jiwang pon, katalah. Mmg jiwang lagi rock kapak pon ngeh ngeh..

Ekceli my fav writers are Norhayati Berahim & Habiburrahman El Shirazy (kadang2 Sharifah Abu Salem pon leh terima akal gak). My fav writers like forever! Disamping membaca cerita, anda akan terasa membaca buku berpengetahuan ilmiah mahupun jurnal2 hebat. They are sooo intelektual! (Especially Habiburrahman tu kan). Byk yg aku belajar dari novel derang nih. Psl sains, psl ekonomi, psl Islam dan macam macam pasal lagilah. Eh! Lain yg aku nak ngumpat lain pulak aku cite!

Well berbalik pada novel biru ini. Setelah sekian lama dok kumpul novel2 dari writers atas tu, satu hari tu aku nak cuba cuba la beli penulis lain lak tgk mana tau best jugak kan. Ye la kata orang penulis muda, segar idea. So beli la buku ni sebab sinopsis cam menarik. Mahal gak ok. RM35! Dah boleh dapat baju selai or skirt selai or paling koman lepas dah pampers Mu'az! Tapi disebabkan minat yg mendalam ini aku blasah jelah!

So di suatu malam yg hening, aku start la baca novel ni. Seawal muka surat kedua baca aku dah macam mual dan loya (aku tak dapat belek buku ni masa beli sebab dia wrap ok. macam la hebat sgt nak wrap wrap - kalo dah tak suka camnila kan).

Cam arghhhhhhhhhhhhh aku rasa kalo macam nilah cara penceritaan aku pon boley tulis novel ok!!

Can you imagine, ayat cam

"Aku tak kisah pun kalau dia tanak aku", Sara berkata.

"Kalau tak kisah kenapa kau peduli", Tina berkata. Sambil merenung muka Sarah.

"Hai entahlah", kata Sara sambil memandang lama wajah Tina.



I tell you what.... Ini macam karangan SPM dulu2 ok. And I bet karangan aku is much much more better than this! Sara berkata, Tina berkata, kata si polan si polan. Like hey..! Takde ke ayat bersastera sikit..?

Cuba tulis cam..

"Aku tak kisah pun kalau dia tanak aku", lirih suara Sara sayu kedengaran.

"Kalau tak kisah kenapa kau peduli", Tina menyoal seakan tidak berpuas hati dengan kata-kata Sara yang dirasakannya tidak seiring dengan tindakan.

"Hai entahlah", Sara bagai kehilangan kata-kata. Satu keluhan berat terluah dari bibirnya.


See... Apa korang rasa. Gila beza kan..?
Kalolah aku boleh buat pembetulan kat novel tu!

And I tell you what again, ayat merenung muka tu adalah diulang ulang dari muka surat 1 sampai ke penghabisan surah! Dok renung mukaaaaaaaa je hokey.. Sesekali tulis renung tangan yg pantas mencatat sesuatu di lembaran kertas ke, sambil mata melingas memerhati si dia yang sedang ketawa ke. Like apa2 la yg membuai sket kan. See. Aku pon boleh tulis. (Cakap cam senang, well mmg senang pon kan).

Camm tolong... boring bosan dan muallnya aku baca novel ni.. tolong..................

Dah la tu (kena teruk kan penulis ni ngan aku). Situasi adalah berulang ulang ulang ulang ulang tak abis. Ala.. Macam korang tengok cite Sembilu. Paling busuk pon cite Air mata Maria. Camtu la lebey kurang. Walau korang tertinggal lapan belas episod pon tak yah dok risau. Episode ke 19 korang tgk mesti boleh catch up lagi cite tu. Sebab asyik2 gaduh, baik, gaduh, baik, gaduh, baik!

Yg pasti novel ni takde pengetahuan ilmiah yg boleh aku belajar. Like story just around the circle, marry go around.. Takde cuba keluar melompat sket ke tebing sana. (Apa aku melalut ni kan). Tapi tu la aku rasa sepanjang2 baca novel ni. Novel ni dah la tebal nak mam! Kalo dah dok ulang menda tu je maunya tak tebal kan!

Sudahnya bukan kata zig zag dah, aku terus belek belek belek, skip segala kejadah dialoge air mata maria yang kebanyakkannya melatari jalan cerita (jgn harap korang nak jumpa ayat melatari.. cam aku tulis ni dalam tu!). Tup tup dah abis. Cam ler.. tu jer. Kalo setakat ending camni, dah boleh end dari muka surat ke 30 lagi dah! Ha geramm okey....

Ikut rasa jahat aku ni mmg berlembar lah aku tulis kan. Tapi karang ibarat menuding orang pulak. Satu jari telunjuk menuding, 4 jari lain menuding kita balik. Cuba ko buat dulu novel tgk best ke tak before kutuk orang lain kan haha.. (well pernyataan selamat je ni ekekeke).


Nway, aku ada la jugak baca a few English novel kengkadang tu. Buat asah minda.

One of my fav novel is..




Bukan penulis ternama pon tulis novel ni. Just bekas escort girl (or dengan bahasa terus terangnya, pelacur) kat London. Ala satu batch ngan Sufiyah ler. Tapi memang best gile la novel ni. Aku baca satu hari je abis. Ekceli bukan novel pon. Buku kisah hidup ekceli. Psl cemane dia jadi escort girl sampai dapat lepaskan diri. Kalo si Sufiyah baca buku ni kan, sumpah dia takkan brani terjun dalam profesion tu. Takyah PISANG (pisang..?? mcm takde shortform lain) bersusah payah pon. Seres!


So kalo sapa2 yg degil kepala batu jugak nak beli novel yg aku kutuk kaw kaw kat atas tu, sila la refer sinopsis dia kata bawah ni.

Namun, cinta itu tetap menjadi rahsia hatinya. Sesungguhnya, Maisara menyintai lelaki itu sepenuh jiwa raganya dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dengan rela sedangkan Imran menganggapnya tidak lebih daripada seorang sahabat baik. Perkahwinan mereka pun atas dasar terpaksa. Cinta Imran hanyalah untuk Tina. Mampukah dia meraih cinta Imran ataua akan berkuburkah perkahwinan mereka seperti yang telah dirancang oleh Imran?

Gila poyo!

Cemane la aku boleh jadi sepoyo ini utk membeli novel poyo ini..

Nyesal....................

2 thoughs.. on "Salah satu menda sengal di muka bumi"

Anonymous said...

hahahaha....cmne ntah dorg leh lepas wat novel...

pisang peeee...sila jelaskan.... hehe..

- ajula bkn nama sbnr -

Mama Ieta on March 12, 2009 at 9:53:00 AM GMT+8 said...

hehe.. ye ajula. memang sesiapa sahaja boley membuat novel dan menerbitkannya... tapi yg ni dia tak ckp pon sapa nama dia. Anynomous.

PISANG tu adalah singkatan bagi Professional Islamic Support and Nurture Group.
Ataupun Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam.
Ia adalah suatu non-profit organisation yg berdaftar di England.
Misi utama, adalah utk menyelamatkan si Sufiyah tu dari kancah dosa...

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal