Tuesday, March 10, 2009

Ujan-ujan ni pekena sup bestnyer...

Expressed by Noorita Yusof at 4:01 PM
Mama called yesterday morning to confirm that they will depart from JB right after papa balik main golf.

Hati berbunga bunga riang kerana dari semalam aku dok fikir apa aku nak masak sebagai menyambut kedatangan mereka.

Macam-macam lauk dok berlegar-legar dalam paler otak since last nite.

Asam pedas tenggiri (cam makcik cafe bawah punya).. Masak lemak patin.. Gulai utara daging cincang.. Kurma ayam.. dan macam-macam lagilah. (bunyi cam hebatt muahaha).

Last last aku sticked pada satu lauk ni.

SUP TULANG!

Yes, this is papa's favorite. And mama pun suka. Di samping agak cepat dan senang juga.

So pagi pagi buta aku dah bangun pegi beli tulang yang the best kat Greenwood.

Langkah kanan. Tulang adalah fresh gilah! Kemerah merahan gitus.

Pastu terus balik since takyah singgah2 pasar coz dah pegi hari ahad hari tu.
Just boleh concentrate masak jerk.

So disebabkan lately ni mood aku lebih ke arah Chef Wan puan-puan (sengal-sengal sket bunyi puan-puan tu), so marilah kita jenguk2 resipi dia (even orang tak mintak, tapi takpelah. I rela memberi.. auww...)

Sup Tulang Ieta yang sudah kurang bertulang...

Well kenapa aku letak nama resipi ni panjang begitu kan ialah suka hati akulah nak letak cemane pon kan. Coz resipi ini aku alter-alter sket mengikut suka hati aku jugak. Dan kali ni dapat A+ dari Mr. Hubby huhu... (kalau tak puji diri sendiri sapa lagi kan :P).



Chop! Ekceli ni bukan gambar original sup tulang mubarako aku. Ia hanyalah google-google-lan.. Yg tampak iras-iras lauk aku tu kira boley la kan. Sebabnya aku adalah LUPA nak snap hokey!! Apakah lupa nak snap gambo main dishes kan. Aduh.. Dah habis habis kisah makan barula cam ehh aku tidak snap gambar sup ini tadi. Oh.. frust...

Takpe mari kita go on.

Bahan-bahannya:-
Sesi 1:
- Tulang stengah kilo, daging cincang stengah kilo (watak utama jgn lupa).
- Air secukupnya.
- Seinci halia (diketuk).
- 2 ulas bawang putih (diketuk).
- Garam kasar (halus pon bley jugek).

Sesi 2:
- Minyak masak sket, marjerin sket, butter sket.
- Bawang mesin (3 sekawan bawang itu).
- Halia seinci ditumbuk.
- *Bunga lawang, kayu manis, cengkih, buah pelaga & sedikit lada hitam. (Ini adalah tambahan coz menda2 alah dalam sup bunjut tulang tu sikit amatt).
- Sup bunjut tulang.
- Sup bunjut biasa.
- Sebiji bawang besar (Dibelah empat. Dibelah ok. Bukan dimayang ke, diricik halus ke, dicincang ke..)
- Kentang di belah empat.
- Tomato dibelah empat jugak (kalau nak ler).
- Daun sup.
- Bawang goreng.
- Limau nipis (sebelah ke, suku belah ke).


Cara-caranya:-
Aku buat sesi2 tu sebab tulah rahasianya hehe. Kalau yg dah tau tu sama2lah kita bukak rahsia yek. Untuk kekenyangan perut suami sejagat juga kan ;)

Sesi 1:
- Rebus tulang ngan daging cincang tu sekali dengan halia ngan bawang putih ketuk tu. Masuk garam sket.
- Rebus sampai empuk. Api suka ati lah. Kalo nak cepat besaqla kan. Kalo nak reneh2 tu sedang2 je la api tu. Aku suka cepat maka api ku kuat.
- Dah empuk, ketepikan. Sila terjah ke sesi 2.

Sesi 2:
- Guna periuk lain.
- Panaskan minyak masak + marjerin sesudu.
- Tumis bawang mesin + bahan2 herba(*) tadi tu.
- Masuk sekali halia tumbuk.
- Dah agak wangi tu, tuang bahan2 rebusan dari sesi 1 ke dalam periuk ini.
(Kuah dia dah kurang dah ekceli. Sebab tadi dah rebus kan. So tambah la lagik air mengikut kesukaan byk mana nak).
- Masuk sekali kentang + bawang belah 4.
- Juga bunjut-bujut sup tu.
- Masukkan sesudu butter.
- Renehkan lagi sampai betul2 menggelegak nampak sebati dan hebat je rupa dia.
- Pastu boley la rasa2. Kalo kurang masin tambah le garam. Kalo kurang sedap tambah le aji hehe.
- Dah agak2 nak tutup dah api tu then masukkan tomato. Tomato takleh masuk awal2 nanti lembeks.
- Dah puas hati then tutup api.
- Perah limau nipis sekali lalu ke atas sup.

Masa nak hidang tu boley le tabur bawang goreng sama itu daun sup. Dah siap doh...




Ni side dishes. Nak habiskan udang. Karang lama2 dalam peti ais tak sedap lak. Ilang manis dia. Ni takyah susah payah la cakap cemane nak buat kan. Tumis bawang putih ngan halia, masuk sos tiram, kicap manis sket, kicap masin sket. Garam gula. Masuk udang, bawang besar mayang, cili padi. Itu sajer. Yg cam sayur2 tu adalah daun cemperai. Tertarik pulak nak beli kat pasar ari tu. Blasah je taruk dalam lauk ni. Sedap gak wa cakap lu..




Ini adalah wajib. Kewajiban berterusan sehingga ke suatu tarikh yang belum diketahui. nge...

Dah siap sume, tetiba mama call cakap tak tau lagi balik ke tak KL hari tu. Coz ujan lebat. Aku cam ala... kita dah masak sup tulang dah... Derang soh simpan.

Skali derang sampai jugak dalam kol 9.45 malam. Dan yang paling terharu adalah mereka belum makan! Nak merasa sup aku..

Terharu terharu.... Hilang penat sayer :)

0 thoughs.. on "Ujan-ujan ni pekena sup bestnyer..."

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal