Wednesday, April 1, 2009

Panasnye ini hari...

Expressed by Noorita Yusof at 4:39 PM
It's a freaking scorching hot out there!! Sket lagi cam kat Somalia. Bezanya orang2 kat sini belum tahap kebulur cam kat sana lagi.. Banyak lagi pakcik2 gendut berkeliaran dan gadis gadis kerempeng tak makan bukan sebab takde makanan, tapi adalah perasan lawa jika berkeadaan begitu. Tell me, apakah lawa dengan tulang selangka membonjol di sana sini.. Begitu jerangkung sekali..

Dengan cuaca yg panas gilah ni, lagi panas dada kalu chat dengan orang sengal beserta chat ngan orang kurang sengal tapi topiknya adalah mengenai orang sengal.

Kalu tak berapa faham, sila buat tak tau je. Tak kemana pon kalu u olls faham menda aku cakap ni..

I dont know y, since dari alam persekolahan aku mmg salu jadik kaunselor kat org. Padahallnya aku sama sekali bukan ahli Pembimbing Rakan Sebaya (yang kadang2 memberi contoh yg tak membimbing pon). Tapi kawan2 aku suka la datang kat aku luah2 masalah kuarger lah, pasal boifren la, pasal period tak betulla dan sebagainya. Agaknya time tu muka aku ada iras-iras Fadhilah Kamsas kot..

Perkara ini adalah berlarutan sampai kat kampus, univerisiti dan even dan kerja ni pon.. Aku masih lagi jadik pendengar setia (abis good listener la ni kononnya) masalah kawan2aku ni. Ini tidaklah bermakna aku takde masalah. Kalo nak tau masalah aku, meh meh aku cite.. Mesti korang ternganga ketidaksangkaan. Tapi aku jenis pendam je. Coz takde lagi di kalangan orang2 terdekat aku yg muka cam Dr Fadhilah tadi utk aku share cite aku. Or aku mmg susah percaya kat orang...

Dalam byk2 masalah negara aku dengar ni, ada satu masalah yg bagi aku cukup kepala hotak kau berjambul la pada pendapat aku. Kisah mengenai masalah pasangan yg tak reti-reti bahasa Uganda lagi tidak tahu bersyukur langsung!

Payah nak kupas, meh kita buat dialog la.. Baru senang ingat kan.. Ingat tau, jgn tak ingat. Nanti kuar soklan lam paper sem 2 - Mari Bercouple Sampai Migrain..

Watak2 utama:
Boifren di alam nyata (B1)
Girlfren penuh keredhaan (G1)
Boifren lindungan kaabah (B2)
Girlfren kepala batu (G2)

------------------------------------------------------------------------------------
G2 : "Kenapa awak amik saya lambat..."
B2 : "Sorry sayang, jalan jam.. Tadi saya tertido, termimpi lak awak.. Sorry sayang ekh.. Lain kali saya tak buat lagi.. Kalo saya buat awak boleh ketuk kepala saya ni biar padan muka saya. Tak pun awak pulas je tinga saya biar saya dungu sket baru saya tak nyanyuk.."

G1 : "Kenapa awak amik saya lambat..."
B1 : "Eh, saya dah amik ni kira bersyukur tau! Kalo tak saya biar je awak naik bas. Cuba berdikari sikit!"

------------------------------------------------------------------------------------

G2 : "Awak salu lupa apa saya suka.. Awak mesti dah tak sayang saya dah.."
B2 : "Aduh... Mintak maaf banyak2 sayang.. Saya bukan sengaja.. Awak nak apa.. ? Nak basikal BMX. Nanti saya belikan k.."

G1 : "Awak salu lupa apa saya suka.. Awak mesti dah tak sayang saya dah.."
B1 : "Lah, bukan saya sengaja. Dah manusia mesti la salu lupa. Yg awak tak ingatkan saya tu kenapa??"

------------------------------------------------------------------------------------

G2 : "Kalo awak tak pujuk saya, saya tanak makan malam ni!"
B2 : "Ala sayang sayang intan payung... Jangan camtu kuci kuci... Makanla.. Kalau awak sakit, saya jugak yang susah.. Kesian saya kalau awak takde.. Sunyi saya.. Nanti saya belikan awak cincin berlian 88 karat k.. Atau awak nak saya bagi awak ros 88 kuntum..?"

G1 : "Kalo awak tak pujuk saya, saya tanak makan malam ni!"
B1 : "Tak nak makan sudah. Kalo lapar jangan nak bising!"

------------------------------------------------------------------------------------

G2 : "Awak... Saya sakit perut lah... Tapi saya tak suka makan ubat, tak suka pegi klinik, tak suka sapu minyak, tak suka itu tak suka ini.."
B2 : "Awak jangan buat saya risau.. Saya tak tau nak buat apa ni.. Saya dah tanya sume orang dalam dunia ni apa saya nak bagi awak tak sakit peut.. Saya tepon Oprah ekh tanya nak kasik apa kat awak ekh.."

G1 : "Awak... Saya sakit perut lah... Tapi saya tak suka makan ubat, tak suka pegi klinik, tak suka sapu minyak, tak suka itu tak suka ini.."
B1 : "Then awak punya pasal!"

------------------------------------------------------------------------------------


So, silalah compare dan buat perbandingan secara serius akan perbezaan2 di atas.
Ingatlah, BERSYUKUR lah dengan apa yg kita ada. Kalo dah takde dan baru rasa menyesal, sila merujuk kepada ayat ini - Padan Muka Anda.

Sekian, renung-renungkan.. Selamat beramal..!

0 thoughs.. on "Panasnye ini hari..."

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal