Thursday, May 28, 2009

Mari lah mari.. Seliuh kaki.. Kakiku seliuh lagi.. Lagi dan lagi...

Expressed by Noorita Yusof at 4:58 PM 4 thoughs.. Links to this post
It's already 4.30 pm and secara tiba2 dapat ad-hoc task meminta saya membuat process document.

Process document..????

Kalo dah namanya process doc, ia bukanlah memakan barang sehelai dua.
Tapi berhelai-helai dan berjela-jela serta sedetail detailnya.

Jadi disebabkan hari sudah petang amat dan waktu perbezaan untuk pulang ke rumah adalah hanya tinggal sejam, makanya otak adalah tidak boleh berpikir secara skemanya.

Pendek kata badan masih di ofis, tetapi otak sudah di dalam kereta menuju kerumah sambil bermain dengan anak-anak.

So daripada aku berterusan merenung skrin microsoft word yg kosong itu, baik aku update blog aku yg kiut miut haha..

So.... apa cite.?

Oyaa..!

Smalam adalah hari berphoto shooting ala-ala artis terkenal di Utusan.
Shooting for Harmoni cover bersama2 dengan jejaka2 idaman Malaya.
Siapa..??? Oppss! Tunggu..............
Check out the next Harmoni keluaran 15 June. Ahaks!

Nak dijadikan cerita, selepas shooting, so derang ajak la aku pi lunch sama2 sambil bergossip kan.

Aku ni kalu bab makan mmg tada hal nye. Tada hal tada karenah lagi tada malu.

So sebaik cop meja aku terus menuju ke arah deretan lauk pauk yg bersusun indah yang bagai memanggil manggil come come.. let's eat me... I'm the juicies ketam masak lemak here. This is my fren, the very crunchy ayam goreng in the world and there, the famous one among us, sambal belacan... haha..

Jadi dalam on the way nak pegi amik lauk tu boleh aku puk! kaki terpelecok terduduk aku kat situ sambil tangan mencapai je apa yg sempat.

Ianya gagal!

Aku tetap jatuh terduduk manakala di tangan aku ada seutas tali pinggang kepunyaan siapa ntah. (Aku taip ni pon still boleh tergelak ni. macam manalah haha..).

I was like tali pinggang...!!!??

Adakah siapa2 yang baru kelondehan seluar sebentar tadi...?

Rupanya ada abang kat depan tu tgh tersipu2 malu sambil mengambil kembali tali pinggangnya. Nasib sluar dia masih utuh di pinggang. Kalo tak hancusss..


Sakit dowh..!

Aku cam malu gila.

Muka sikit punya melotop (kesan make up oleh Tiar Zainal. Maceh maceh...) tapi sedang terduduk di lantai sambil orang mengerumuni.

Then sapa ntah papah aku duduk kat meja dan angkat kaki aku dok atas kusi.
Kalolah yg papah tu Aaron Aziz mmg aku terus buat2 pengsan. Untung2 dia dukung aku pulak haha.. (brangan!).

Sudahnya dari nak makan nasik berlauk pauk indah tadi terus bertukar dengan mengorder nasik goreng ayam sahaja.

I just cannot move!

Nasib baik pas makan tu boleh la bejalan dengan terhenjut2 sedikit.
So balik je umah apa lagi. St John ambulan de ahmad ariff la orangnya yg merawat.
I just cannot fall sick or injured or whateva at this moment..!!! Who will take care of my kids..?? Cannot sakit cannot...

Nasib baik ari ni dapat gi opis. Tapi kaki ada ankle guard la kan. Nak wat camno.
Asalkan kaki tak bengkak sudey..






p/s: Kalo ada yg tak paham akan tatasusila menyanyikan lagu kat tajuk post ini, sila nyanyikan mengikut rentak lagu mari mengundi.

mari la mari..
pegi mengundi..
tunaikan lah kewajipan..
pada negara...

camtulah..

Monday, May 25, 2009

Perosak mood di pagi hari..

Expressed by Noorita Yusof at 9:39 AM 0 thoughs.. Links to this post
Tadi kan masa nak amik air kat pantry, saya kan nampak ada sorang cleaner yg suka pakai tudung tutup sampai idung tu tgh amik bekpes - kek and roti kat pantry BANYAK gila! Menimbun lantas membawa lari ke Gaming Room. Apakah....!

Do you know that the food is specially allocated for the staff..??? I mean it's ok if you oso nak amik jugak tapi boleh tak tunggu the staff dah amik dulu then baru ko amik kalo ada lebih..?? I repeat. Kalo ada lebih. Ni dah la menyebok ngan orang lain pastu amik macam la nak kasik sedara mara ko skali makan. Patut la asyik tak cukup. Aku mmg tak kisah coz aku mmg tak amik bekpes kat pantry (sebabnya dah melantak mee or bihun goreng) tapi cam annoying tgk perilaku tersebut. Dah la perasaan menyampah pada mereka2 ini masih berbekas (remember..?).


                                              Hey! Nak bawak pegi mana aa.???




Forgot about the food 'stealer'.


Tell you.


Today is such a wonderful brigt sunny Monday morning for me.

Good mood gila. Rajin. Rasa best. Rasa rajin. Berkeyakinan. Full of ideas n macam2 lagi.

Ditambah dengan penjengahan si anak ikan. Anak la ikan. Anak ikan turun bermain..

So bertambah2 keceriaan diri.

Bila aku ceria aku akan express.

Macam ko dah tak senak perut sebab tadi dah pegi membuang. Mesti kalo boleh ko express jugak kan.

Paling koman update kat facebook - "Saya sudah melabur. Selamat tinggal kesenakan perut..."

So sama la cam aku.

Aku tulis la patah patah kata keceriaan diri di Facebook.

Tapi...

Tapi adala pulak makhluk Allah Subhanahuwataala yang takde kerja lainnnnnnn.........

Sepatah komen dia kat FB aku terus mati mood best.

Bukan bermaksud nak amik kisah ngan komen bangs*t dia tu, tapi aku jadik frust.

Frust dgn tabiat dan hati perut MELAYU.

Sakit kanser PHD di susut hati paru mmg tak boleh hilang.

Aku tau la aku menang hari itu which is sudah 2 minggu yang lalu kan..

Last 2 weeks adalah sudah lama dah kalo roti tu dah nak berkulat kuning dah.

Ucapan congrats seme tu pon dah beransur reda.

Tapi ko apehal minah...????

Nak perli aku perli je lah..!

Tak payah nak kait kait dengan kemenangan dah status aku ke apa..

Aku at least merealisasikan apa yg aku nak. Berpijak di alam nyata.

Bukan cam anda still lagi dok tangkap gambar diri sendiri dalam kete perodua dan menampal di profile menharapkan komen2 seperti - ""Wahh makin comey dah hang..", "Eeee kiut gak awak ni ek..", "Awak ni cantik la, masuk la miss malaysia"!

Aku sibuk berfacebook then that is my problem.

Apa ko tak suka berfacebook ke. Kalo tak, yg ko susah payah tinggal komen kat wall aku tu bukan ko bukak facebook jugak..??

The main point is - what the hell is your problem..????

Kalau aku tak kacau hidup anda, sila jangan menempel berparasit kat hidup aku bleh..?


Haha..

Emo la pulak.

Sorry pada semua readers except si gadis (kalo ko gadis lagilah kan) sengal tersebut.

Macam aku cakap. Ko kasik aku gula, aku balas dengan gula-gula. Ko kasik aku cili aku balas ngan cili padi.

Kalo rasa pedas tu sila minum air. Jangan nak melalak kat aku plak hokey.


So itulah je entry marilah meluah perasaan.

Last but not least.

Kepada si sengal, ko dan kawan2 ko dan TL ko, sila buat keje diam2.

Sucikan hati dan jangan nak mengata orang je.

Okey..?? Peace...

Friday, May 22, 2009

New Look..!

Expressed by Noorita Yusof at 5:22 PM 2 thoughs.. Links to this post
I'm soooooo excited!!

My blog got a new look again.

And I love the color soooooooo soooooooooo much!

Ekeke... Demam turqoise+pink tak reda lagi, excuse me ya.. haha..



So today there's only a quick update here which is...


This weekend will become a BZ weekend ever for us!

Ini kerana akan berlakunya kejadian pengemasan mega di rumah yg mana akan tarjadi pertukaran lemari pakaian, closet everything lah.

Mu'az dah growing so baju makin byk so tak muat dah laci baju dia.

While Sofiya nye closet harus dikemaskini sebab nak kena simpan baju2 yg tak muat dah. Donate or keep for the next baby girl (huh..??).

While laci si Eni the runaway maid tu akan diclearkan. So baju2 yg ditinggalkan tu samada:

a) Derma kat rumah anak2 yatim.
b) Kasik kat Bu'min the orang Indon seangkatan.
c) Hantar recycle center.
d) Masuk lam karung campak kat tong sampah depan rumah.
e) Bakar sampai jadi abu.

Agaknya inilah posisi keterkocoh-kocohan si Eni nak melarikan diri pada malam itu..


So tengoklah nasib badan baju2 tersebut esok. Seme bergantung atas budi bicara hati dan emosi kami haha..

Then ingat nak alih kedudukan furniture2 bilik tu. Boringle sama je rekaletak dia. Aku kalo kat Trg kurang2 3 bulan skali mesti tukar2 tmpt katil, lemari seme tu. Baru la pandangan sentiasa segar. Dan proses ini akan bergantung terhadap kondisi tenaga selepas sesi mengemas baju esok. See how.

So klah. Dah 5.32pm yakni masuklah sudah waktu pulang berbondong-bondong dan berjoli di malam minggu.

Ok guys, have a great weekend!

Wednesday, May 20, 2009

Corat coret...

Expressed by Noorita Yusof at 11:44 AM 2 thoughs.. Links to this post
Genap seminggu berlangsungnya event yg telah mencoretkan satu kenangan manis nan indah dalam hidup aku. Dalam masa seminggu ni aku tak putus-putus terima ucapan tahniah dari family kawan2 dan semua2 lah. Tak kurang juga yg tidak ikhlas dan memerli2 diri ini seperti ada yg tidak puas di sudut hati. Apa2 pun, rezeki sudah tertulis, takdir sudah tersurat. Alhamdulillah atas kurniaan-Nya..

So my next schedule adalah agak penuh dengan pelbagai undangan dan tawaran <-- haha! macam la baru menang bintang popular kan..! Ekekke... Takdelah, tapi ada la sepatah dua undangan yg harus dipenuhi kan. Well.. lets keep it as a secret kalo tak, tak boom la kan.

Dalam masa seminggu ni aku cam rindu sgt2 kat rakan-rakan seangkatan yg berhempas pulas menggelekkan diri di lantai tari IB dulu. Nanti kita gathering jumpa share2 cita k yeay!. Hanya Facebook penyambung ikatan kita semua kan. Tima kasih kepada Facebook dan penciptanya (setau aku tukang reka Facebook ni Yahudi. Takpelah, halal je la kan :P ).

So di bawah adalah corat coret di sepanjang penyertaan aku dalam pertandingan ini..

Announcing Ceremony (13th April 09 @ Istana Budaya, KL)
- Kitorang ingat announcing ceremony ni just datang bawak diri dan announce2 kat press, amik gambar dah balik. Skali ada official event la plak. Skali ngan VIP penaja bagai..

- Make up artis aku is Ezral, which is fav make up artis of Nora Danish, Fauziah Gous seme2 tu. Hasil sentuhan tangan ajaibnya saya terus transform jadi cantek jelita - ohoho perasan nye la minah....

- Siap ada sesi soal jawab sebagainya.. Kitaorang mmg sgt 'ready' kan...

- Hubby mengusul aku buat pantun so kunun kasik gempak. Sempat la reka skejap dlam masa 10 minit tu. Mana nak hafal lagi..

- Masa ni seme agak2 dingin membeku tak bertegur sapa sgt sesama sendiri. Aku just pot pet pot pet ngan Nadia ngan Aziah je.


Sesi cabutan nombor giliran & designer/makeup artis (29th April @ Utusan Karya, Bangi)
- Saat mendebarkan sebab nak tau no giliran brapa kan. Skali aku dapat no 10 da.. Blakang2 ler jugek..

- Seme aim nak makeup artis Saidatulnisa ngan designer Hatta Dolmat (popular la kans..), skali cabut nombor aku dapat Tiar Zainal ngan Abg Syed. Nasib baik dapat korang. Korang mmg best gile in the world!!

- Masa ni Nawar mmg totally terlepas event sebab dia adalah sesat. Sampai2 je dah sesi mari makan makan. Sian dia takleh cabut nombor. Pasrah je nombor yang tinggal..


Sesi rawatan percuma di Spa De'Wajah (1st May 09 @ Plaza Alam Sentral, Shah Alam).
- Aku ingat dpt la mandi stim sama itu facial free ke, tapi aku dan 5 renrakan lain dipilih utk dimakeup kan. Ok jelahs..

- Nawar ngan Kak Jam dapat hair treatment, Anis dapat manicure & pedicure, Aishah dapat facial, sapa lagi ntah tak ingat dah :P

- Abis sesi seme amik gambar kat depan spa ngan posing maut. Orang lalu lalang sampai brenti nengok kitaorang. Agaknya dalam hati derang artis baru mana la tergedik2 ni...

- Akhirnya De'Wajah bagi jugak full free treatment kat kitaorang. So boleh buat anytime, yippie...!


Training (9th-11th May 09 @ Istana Budaya, KL).
- The best moment of the whole moment! Masa ni kitaorang dah start close gila with each other.

- 1st day kena buat senaman regangan dulu before start. Memandangkan kami mmg lah 'sangat' ahli sukan kan, so mmg la balik rumah sakit tubuh badan after that.

- Blaja catwalk letak batang kayu kepit kat belakang. So harus maintain in this position all the time. Gila mendada hokey!

- Training joget ngan bebudak IB. Ok they are guys but ada yg tak betul2 guys. ahaks! Pepehal derang mmg happening.

- 2nd day dah takde pakai sport2 shoes dah. Kena start training pakai heels terus ye. Marilah melanyak kaki..!

- Bagi aku pencarian heels 5 inc adalah saat paling mencabarkan di dalam kehidupan ini. Tawaf Mid Valley, tawaf KLCC, OU, Pavillion dan sebagainya baru la jumpa. Tapi aku ngelat beli yg 4 1/2 inch, agak2 lepas la kan. Gila ko 5 inchi...?? Skali cikgu tengok terus kena panggil dan harus dibeli lain kerana tidak menepati piawaian. Huwa......

- Disebabkan aku sudah ketiadaan masa nak cari kasut lain, so pinjam la heels Kak Atty. Kak Atty ni ada butik and she is a cikgu model catwalk so u just name it nak kasut cemane rupa. So lanyak la heels kat Atty ni..

- 1st time meng-catwalk-kan diri dgn heels boleh aku tikam tapak kasut yg meruncing itew ke jari kaki sendiri. Ye la, catwalk kan kena silang2 kaki berjalan. Dalam menyilang tu le pegi tikam jari sampai berdarah tu. Kak Jam terus menjadi ahli persatuan bulan sabit merah dengan menampal plaster ke jari kaki tersebut.

- Time training ni heels si Rohaya boleh terbelah dua. Tapak dan bahagian atas boleh terganggal dengan penuh dasyatnya. Terus Roha menangis sebab cuak takut tak sempat beli kan. Nasib Kak Atty sekali lagi menyelamatkan keadaan..

- Masa lunch hour seme kawan2 saya adalah hanya samada makan sayuran sahaja ataupun kuih muih seketul dua. Masing2 takut tak muat dress. Hanya aku dan si Anis melantak nasik seperti biasa. Saya adalah tidak boleh hidup tanpa nasik di tengahari. Atau saya akan pitam di lantai tari..

- Setiap dari kitaorang akan dapat sorang IB guy dance as an usher masa nak jawab soalan. Nawar nye usher adalah paling kacak sekali di antara semua. During training, masa nak usher Nawar, boleh dia pegi meraih tangan Nawar which is he supposed to menghulurkan lengan untuk Nawar kepit. Nawar cam "Suddently I become a guy..??" Haih bang.. Kot ye pon anda mau menonjolkon personaliti sebenar tapi jgn la camtu kan haha..

- Lagi sehari nak abis training tiba2 aku tersungkur jatuh ngan heels tu. Terpele'ot kaki terus salah urat. Masa ni aku dah cam OMG abis la usaha catwalk ku selama ini.. Nanti akan jadi tempang walk pulak... :S
So malam tu terus bergegas pegi Time Square carik heels kat TSC. Why TSC, sebab aku ada try heels Nadia yg mana adalah sgt comfortable lagi best juga. Dah la tu, masa tu Aunty Koji ngan Lin siap offer tolong belikan sebab takut tak sempat kan. So aku snap gambar kasut dan lantas meMMS kan pada mereka dan mereka telah zoom ke Sunway Piramid namun warna yg dikehendaki telah habis. Tula yg carik kat Time Square lak tu merangkap cawangan lain TSC. So akhirnya telah ketemu sama itu heels idaman..

- Malam tu My Hubby telah bertungkus lumus merawat kaki ini supaya ia tidak menjadi bengkak dan lantas mencacatkan penampilan di hari penting. Aku dan cam berserah je lah moga2 kaki aku boleh digunapakai dengan jayanya..

- Aku sempat la pegi jenguk dress aku kat butik D'Zaine tapi just baju putih je ada. While baju (kain sebenarnya) lagi satu masih belom dipotong (ha...????). Tapi Abg Syed promise akan siapkan hari tu jugak dan akan membawa baju tersebut di pagi hari kejadian. Tawakkal je aku ni..


Full Rehearsal (12th May 09 @ Legend Hotel, KL)
- Rehearsal start kol 9.30 malam. Selagi tak perfect Cikgu Zainal tak kasik balik. Aku yg biasanya tido awal ni dah macam zombie dah menari2 kat atas tu. NGANTUK GILE!!

- Abg Jamal pon ada skali rehears, and biasalah even hanya latihan tapi suaranya ttp maintain seperti biasa dan sungguh power rangers sekali. Tapi betulla orang cakap2, buntut Abg Jamal yg leper sudah menjadi kembung seperti Abg Ricky Martin..??

- Abis rehearsal kol 2.30 pagi. Balik umah anak dah tido bergelimpangan kat depan tv. Malam ni anak2 mama kena tido ngan tok ma ngan tok pa coz mama kena fully rehat. Tapi lepas mandi tu tak tido jugak. Bukak internet ngan Mr Hubby buat research utk soalan2 yg mungkin ditanya pada esok harinya. Kol 4.30 pagi baru aku tido mati semati-matinya..


Final Pesona De' Wajah Harmoni (13th May 09 @ The Legend Hotel, KL).

- Kol 8 aku bekpes kat mamak and just mampu makan 2 biji telur separuh masak je. Lainnya perut asyik memulas dan tidak sedap rasanya. Aku kalo cuak akan menjadi begitu harap maklum.

- Kol 8.30 dah kena ada kat Legend Hotel for final rehearsal. Masa ni aku dah penat sgt dan rasa takde tenaga dah. Agaknya sistem badan sudah mencapai tahap maksimum untuk bertahan dan today the body said - "I cannot take it anymore!". So aku buat la senaman sket2 blakang stage tu just for the sake nak dapat oksigen utk bertahan..

- Aishah dah terlentang kat lantai stage sebab dia muntah-muntah2 pagi tu. Agaknya masuk angin kot perut. Sian sgt kat dia..

- Abis rehearsal kol 11 terus naik bilik utk make up. Aku rasa macam nak tertido2 makeup sebab penat sgt nyah oii..!

- Settle seme terus kitaorng turun stage to get ready. Masing2 ditegah dari makan sebab make up dah cantek kan. So tahan jela. Aku just sempat kunyah biskut tiger sambil meneguk 100 plus je.

- Event start, and naik je stage terus perasaan gemuruh aku hilang. Tapi boley aku ada jugak salah step aiya.. Nasib tak obvious haha..

- Yg sebenarnya sebab apa aku kurang nervous adalah sebab aku bukannya nampak pon orang2 kat depan aku tu. Ini adalah kerana pandangan aku adalah kabur gila macam mata bergenang air mata nak menangis tu. Samar2 je cahaya lampu aku nampak. Sebabnya aku pakai contact lenses (For the 1st time in my entire life! Tiar soh pakai supaya mata naik kata dia) ditambah dengan bulu mata melebat atas bawah. So mmg pandangan aku memang blur gila!

- Saat paling mematahkan kaki adalah ketika tunggu kawan2 jawab soalan. Ditambah dengan celoteh2 Rosyam Nor lagilah lama sorang2 nak abis turn. Kaki aku menggigil gila. Nasib tak tumbang.

- Abis je bahagian jawab soklan kitaorang kat blakang dah start gila2 dah. Maklumla dah setel. So masing2 dok amik gambar sesama sendiri. Berangan diva je korang tau haha..

- Masa announce tu takyah cite la kan. The best moment of the entire moment of the event la kan. That is my moment so mmg I enjoy it. Cam Miss Universe pon ada sebab kalo dah menang kena catwalk sekali kat depan stage kan. Bezanya tangan je tak melambai sebab tangan aku penuh dengan bunga, trofi, hadiah ect.. ekeke..

- Abis kisah sume aku ngan Nawar membuat percubaan bahaya dengan turun dari pentas tanpa kebenaran kan sebab nak kejar Rozita Che Wan ngan Juma to thank them. Tapi telah dihalang oleh jurugambar2 sekalian. Akhirnya terlepas.... Haih..

- Dipendekkan cite aku hari tu dah jadi macam Siti Nurhaliza lah pendek kata. Reporter dok kejar2 nak interbiu muahaha (berlagak sial haha..). Tapi satu haprak interbiu pon aku tak sempat tgk kat TV. Seme terlepas huwaaaaaaaaaa....... Just lam paper je la bleh baca sket2. So utk kenang-kenangan dan tatapan..

1) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0514&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm&arc=hive

2) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0520&pub=utusan_malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm&arc=hive

3) http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm


So berakhirlah sudah satu perkara yg akan aku kenang sehingga akhir hayat aku..
Tapi ralat sebab tak sempat jumpa Cikgu Zainal buat kali terakhir ngan bebudak IB dancers tu. Takpelah, ada peluang kita jumpa lagi k. Jangan lupa I tawwww...

So checkout the next agenda of mine ya guys..! :)

Friday, May 15, 2009

Pesona De' Wajah Harmoni - The Final Moment..

Expressed by Noorita Yusof at 2:35 PM 5 thoughs.. Links to this post
I'm backkkkkkk!!!

Ohoho... lamanya tak update blog.. Bizi sebizi biznya dengan segala jadah aktiviti yg tak berkesudahan. Now boleyla bernapas sket..

So the latest update regards to the contest yg Ieta masuk tu kan, Alhamdulillah sumenya dah selesai dengan jayanya.. Now dah start rindu sgt sgt sgt kat kawan2 secontest yg sama2 pegi training dulu.. Sob sob..

So kat bawah ni kira cam rentetan lah akan kejadian2 sebelum semasa dan selepas our event ni..


9th - 12th May 09.


Training kat Istana Budaya ngan Cikgu Zainal yg best. 4 hari kitaorang dapat lesen besar kuar masuk IB ke studio tari derang. Kebetulan masa tu tgh rancak show Black Dog Bone ngan Jay Jay so salu lah terserempak derang kat backstage. Tapi wat bodoy je la kan takkan nak histeria kat situ laks. Time lunch kitaorang makan kat cafe pon staff2 IB dok tgk2 kitaorang. Mesti derang wondering, pompuan2 sesat mana lak secara tiba2 reramai kat situ haha..

Paling best dapat blend ngan IB dancers yg gila talented. Siap blaja catwalk ngan derang lagi, and with 'guy' dancers tau. Guy la masa menari tapi bila dah off training terus perwatakan jadi tuttttt.... Tapi ada gak among them yg ok kan. Yg boleh digunakan tanpa was was giteww...

Masa training kat sini boley plak a day before full rehearsal Ieta terpele'ot kaki pulak ngan heels tu kan. Dah cam abis la tempang la aku catwalk lepas ni.. Nasib baik dengan tindakan pantas Mr Hubby malam tu taruk ais then balut ngan ankle guard so takdelah dia sempat membengkak. Thanks Mr Hubby yg sabar dengan karenah kaki-sakit-hari-hari ku dan tabah je urut sampai la aku tertido tiap2 malam. Nak lawa nye psl, mak tahan je la penderitaan ini kan....


12th May 09.

Malam tu ada full rehearsal kat Legend Hotel. Selagi tak perfect sume tak leh balik hokey. Lepas kol 2 baru abis campur nak prepare spot questions utk esok lagi.. Mak tido kol 4 lebey nyah... Siap wat internet research ngan Mr Hubby (Mr Hubby lagi kan..). Takpelah, no pain no gain kan...








13th May 09.

Gosh!!! This is the day!!!

Selepas berhari2 berhempas pulas so this is it!!! The moment! Final moment!

Hari kejadian saya adalah menjadi flat seflat flatnya.. Maunya tak, training 4 hari berturut2, di tambah rehearsal pada malamnya gegila punya, mau tak penat kan.. Pagi tu brekpes 2 biji telur separuh masak je. Sama itu kopi Radix pencetus tenaga. Seres takde selera plus asyik mulas perut je. Saya ni kalu cuak perut akan mengalami gangguan kesihatan sket..


Dah start dah.......! Masa ni kitaorang tgh berkecut perutan di belakang stage sambil Ieta tgh termengah2 buat senaman tua serba sikit kasik oksigen. I AM TOTALLY FLAT!! Takde tenaga langsung!! Cam nak muntah pon ada...My God! Kalo aku pengsan cemane nih..!


Opening oleh IB dancers.. Masa ni aku dok tegok 100 plus dan share2 biskut tiger ngan Kak Jam je.. Ya Allah semoga semuanya cepat selesai...


Tu dia........Bila dah atas stage segala kepenatan terbang ntah ke mana. Masa ni just set, I will do my best as this is the very last moment of the contest! Lepas ni kalo nak pengsan pat hari 3 malam pon takpe.


Habis je menari tadi terus kitaorang bergegas tukar 1st dress. Ada 10 minit je k so tak sempat nak carik carik kelubung nak tukar baju anda ye. Main blasah je kat situ jugak.. Wa cakap lu.. Nasib la Ieta pakai korset ngan tight kat dalam. Kalo tak selamat la tubuh badan korang jadik santapan segala jadah mata make up artis ngan designer ngan sapa2 lah kat belakang tu. Even mereka kurang gagah perkasa or maybe takde nafsu pon kat kita tapi mereka adalah tetap jantan kanss...


My 1st dress.. I love it soo much!! So simply yet sooo elegant!!


2nd dress. Utk makluman, saya tidak pernah menfittingkan diri dengan baju ni. Kali terakhir saya melihat baju ini adalah ketika dia masih menjadi cebisan kain dalam plastik beg. Nasib baik Abg Syed mmg terer, pakai ukuran baju putih tu je terus jadik. And it's fits me well! Gosh! I LOVE the COLOR soo much!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Saat paling mendebarkan dalam event petang tu. Masa ni aku dah cam apa-apa whateva la kan. Ko tanya aku jawab. Malas nak pikir. Yang penting, jangan la nervous. Tapi dengan lawak2 abe rosyam ni serba sedikit buat rasa nervous aku tu ilang. Hilang sehilang hilangnya...


Mak bantai je nyah... Yg penting mak tak boleh ramble... Nanti ada pulak juri menguap kat bawah tu...


I'm doneeeeeeeee!!!!!!!!! Gosh!! Lega gila time ni. Tapi kaki masing2 macam nak patah 3 kan. Kena statik dok camtu ditambah ngan heels yang menikam2 tumit kaki. Nak wat cemane, nak lawa lagi nampak anggun gitu harusla telan segala kesakitan dan kengiluan ye tak..



Skali lagi jantung aku cam nak gugur. Masa Rosyam announce sorang sorang hadiah saguhati aku rasa nak pitam gila. Cam mana nama aku tak dipanggil2 ni kan. Hinggalah tiba hadiah saguhati ke-9 diumumkan seme orang cam bersorak. Rupanya just tinggal aku, Nawar ngan Aziah as a top 3. Ya Allah.. Masa ni aku dah cam tak jejak tanah.. Aku nampak Mr Hubby ngan Jazlin (his cousin) dan senyum2 dah sambil pegang kamera. Cam my God! Aku dapat placing..!


Then Rosyam announce tempat ke-3 which is Aziah. Masa ni aku ngan Nawar cam gosh gosh goshh! It either u or me!!! Kitorang pegang tangan cam tolonggg cepatla habis.. Jantung I dah penat dah ni... Aku cakap kat Nawar, "Nawar it's you.........." While Nawar pon cakap kat aku, "No it's you it's you..!"


And THAT'S IT!!!! Akhirnya, Rosyam umumkan nama aku as a Juara. Masa ni nak nangis pon ada nak pitam pon ada. Cam terawang2 tak percaya sangat sangat! Sampai aku lupa nak peluk Nawar dulu. OMG!!! Alhamdulillah atas kurniaan-Mu....


Segala penat lelah, tenaga, masa, unpaid leave, kaki terpele'ot, tension dgn maid lari sume terbayar dengan kejayaan ini.. Alhamdulillah...


Kita semua juara. Korang still the best in my heart...


Gambar kenang-kenangan.. Masa ni dah rasa sayu sgt.. Ntah bila dapat jumpa lagi korang.... :(


The person who always behind my back!



So berakhirlah sudah.. Ini merupakan kenangan dan pengalaman yg paling aku tak boleh lupakan sepanjang hidup aku.. Tak tau apa akan ditempuh selepas ni. Moga nasib akan terus menyebelahi aku... Insya-Allah....
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal