Wednesday, May 20, 2009

Corat coret...

Expressed by Noorita Yusof at 11:44 AM
Genap seminggu berlangsungnya event yg telah mencoretkan satu kenangan manis nan indah dalam hidup aku. Dalam masa seminggu ni aku tak putus-putus terima ucapan tahniah dari family kawan2 dan semua2 lah. Tak kurang juga yg tidak ikhlas dan memerli2 diri ini seperti ada yg tidak puas di sudut hati. Apa2 pun, rezeki sudah tertulis, takdir sudah tersurat. Alhamdulillah atas kurniaan-Nya..

So my next schedule adalah agak penuh dengan pelbagai undangan dan tawaran <-- haha! macam la baru menang bintang popular kan..! Ekekke... Takdelah, tapi ada la sepatah dua undangan yg harus dipenuhi kan. Well.. lets keep it as a secret kalo tak, tak boom la kan.

Dalam masa seminggu ni aku cam rindu sgt2 kat rakan-rakan seangkatan yg berhempas pulas menggelekkan diri di lantai tari IB dulu. Nanti kita gathering jumpa share2 cita k yeay!. Hanya Facebook penyambung ikatan kita semua kan. Tima kasih kepada Facebook dan penciptanya (setau aku tukang reka Facebook ni Yahudi. Takpelah, halal je la kan :P ).

So di bawah adalah corat coret di sepanjang penyertaan aku dalam pertandingan ini..

Announcing Ceremony (13th April 09 @ Istana Budaya, KL)
- Kitorang ingat announcing ceremony ni just datang bawak diri dan announce2 kat press, amik gambar dah balik. Skali ada official event la plak. Skali ngan VIP penaja bagai..

- Make up artis aku is Ezral, which is fav make up artis of Nora Danish, Fauziah Gous seme2 tu. Hasil sentuhan tangan ajaibnya saya terus transform jadi cantek jelita - ohoho perasan nye la minah....

- Siap ada sesi soal jawab sebagainya.. Kitaorang mmg sgt 'ready' kan...

- Hubby mengusul aku buat pantun so kunun kasik gempak. Sempat la reka skejap dlam masa 10 minit tu. Mana nak hafal lagi..

- Masa ni seme agak2 dingin membeku tak bertegur sapa sgt sesama sendiri. Aku just pot pet pot pet ngan Nadia ngan Aziah je.


Sesi cabutan nombor giliran & designer/makeup artis (29th April @ Utusan Karya, Bangi)
- Saat mendebarkan sebab nak tau no giliran brapa kan. Skali aku dapat no 10 da.. Blakang2 ler jugek..

- Seme aim nak makeup artis Saidatulnisa ngan designer Hatta Dolmat (popular la kans..), skali cabut nombor aku dapat Tiar Zainal ngan Abg Syed. Nasib baik dapat korang. Korang mmg best gile in the world!!

- Masa ni Nawar mmg totally terlepas event sebab dia adalah sesat. Sampai2 je dah sesi mari makan makan. Sian dia takleh cabut nombor. Pasrah je nombor yang tinggal..


Sesi rawatan percuma di Spa De'Wajah (1st May 09 @ Plaza Alam Sentral, Shah Alam).
- Aku ingat dpt la mandi stim sama itu facial free ke, tapi aku dan 5 renrakan lain dipilih utk dimakeup kan. Ok jelahs..

- Nawar ngan Kak Jam dapat hair treatment, Anis dapat manicure & pedicure, Aishah dapat facial, sapa lagi ntah tak ingat dah :P

- Abis sesi seme amik gambar kat depan spa ngan posing maut. Orang lalu lalang sampai brenti nengok kitaorang. Agaknya dalam hati derang artis baru mana la tergedik2 ni...

- Akhirnya De'Wajah bagi jugak full free treatment kat kitaorang. So boleh buat anytime, yippie...!


Training (9th-11th May 09 @ Istana Budaya, KL).
- The best moment of the whole moment! Masa ni kitaorang dah start close gila with each other.

- 1st day kena buat senaman regangan dulu before start. Memandangkan kami mmg lah 'sangat' ahli sukan kan, so mmg la balik rumah sakit tubuh badan after that.

- Blaja catwalk letak batang kayu kepit kat belakang. So harus maintain in this position all the time. Gila mendada hokey!

- Training joget ngan bebudak IB. Ok they are guys but ada yg tak betul2 guys. ahaks! Pepehal derang mmg happening.

- 2nd day dah takde pakai sport2 shoes dah. Kena start training pakai heels terus ye. Marilah melanyak kaki..!

- Bagi aku pencarian heels 5 inc adalah saat paling mencabarkan di dalam kehidupan ini. Tawaf Mid Valley, tawaf KLCC, OU, Pavillion dan sebagainya baru la jumpa. Tapi aku ngelat beli yg 4 1/2 inch, agak2 lepas la kan. Gila ko 5 inchi...?? Skali cikgu tengok terus kena panggil dan harus dibeli lain kerana tidak menepati piawaian. Huwa......

- Disebabkan aku sudah ketiadaan masa nak cari kasut lain, so pinjam la heels Kak Atty. Kak Atty ni ada butik and she is a cikgu model catwalk so u just name it nak kasut cemane rupa. So lanyak la heels kat Atty ni..

- 1st time meng-catwalk-kan diri dgn heels boleh aku tikam tapak kasut yg meruncing itew ke jari kaki sendiri. Ye la, catwalk kan kena silang2 kaki berjalan. Dalam menyilang tu le pegi tikam jari sampai berdarah tu. Kak Jam terus menjadi ahli persatuan bulan sabit merah dengan menampal plaster ke jari kaki tersebut.

- Time training ni heels si Rohaya boleh terbelah dua. Tapak dan bahagian atas boleh terganggal dengan penuh dasyatnya. Terus Roha menangis sebab cuak takut tak sempat beli kan. Nasib Kak Atty sekali lagi menyelamatkan keadaan..

- Masa lunch hour seme kawan2 saya adalah hanya samada makan sayuran sahaja ataupun kuih muih seketul dua. Masing2 takut tak muat dress. Hanya aku dan si Anis melantak nasik seperti biasa. Saya adalah tidak boleh hidup tanpa nasik di tengahari. Atau saya akan pitam di lantai tari..

- Setiap dari kitaorang akan dapat sorang IB guy dance as an usher masa nak jawab soalan. Nawar nye usher adalah paling kacak sekali di antara semua. During training, masa nak usher Nawar, boleh dia pegi meraih tangan Nawar which is he supposed to menghulurkan lengan untuk Nawar kepit. Nawar cam "Suddently I become a guy..??" Haih bang.. Kot ye pon anda mau menonjolkon personaliti sebenar tapi jgn la camtu kan haha..

- Lagi sehari nak abis training tiba2 aku tersungkur jatuh ngan heels tu. Terpele'ot kaki terus salah urat. Masa ni aku dah cam OMG abis la usaha catwalk ku selama ini.. Nanti akan jadi tempang walk pulak... :S
So malam tu terus bergegas pegi Time Square carik heels kat TSC. Why TSC, sebab aku ada try heels Nadia yg mana adalah sgt comfortable lagi best juga. Dah la tu, masa tu Aunty Koji ngan Lin siap offer tolong belikan sebab takut tak sempat kan. So aku snap gambar kasut dan lantas meMMS kan pada mereka dan mereka telah zoom ke Sunway Piramid namun warna yg dikehendaki telah habis. Tula yg carik kat Time Square lak tu merangkap cawangan lain TSC. So akhirnya telah ketemu sama itu heels idaman..

- Malam tu My Hubby telah bertungkus lumus merawat kaki ini supaya ia tidak menjadi bengkak dan lantas mencacatkan penampilan di hari penting. Aku dan cam berserah je lah moga2 kaki aku boleh digunapakai dengan jayanya..

- Aku sempat la pegi jenguk dress aku kat butik D'Zaine tapi just baju putih je ada. While baju (kain sebenarnya) lagi satu masih belom dipotong (ha...????). Tapi Abg Syed promise akan siapkan hari tu jugak dan akan membawa baju tersebut di pagi hari kejadian. Tawakkal je aku ni..


Full Rehearsal (12th May 09 @ Legend Hotel, KL)
- Rehearsal start kol 9.30 malam. Selagi tak perfect Cikgu Zainal tak kasik balik. Aku yg biasanya tido awal ni dah macam zombie dah menari2 kat atas tu. NGANTUK GILE!!

- Abg Jamal pon ada skali rehears, and biasalah even hanya latihan tapi suaranya ttp maintain seperti biasa dan sungguh power rangers sekali. Tapi betulla orang cakap2, buntut Abg Jamal yg leper sudah menjadi kembung seperti Abg Ricky Martin..??

- Abis rehearsal kol 2.30 pagi. Balik umah anak dah tido bergelimpangan kat depan tv. Malam ni anak2 mama kena tido ngan tok ma ngan tok pa coz mama kena fully rehat. Tapi lepas mandi tu tak tido jugak. Bukak internet ngan Mr Hubby buat research utk soalan2 yg mungkin ditanya pada esok harinya. Kol 4.30 pagi baru aku tido mati semati-matinya..


Final Pesona De' Wajah Harmoni (13th May 09 @ The Legend Hotel, KL).

- Kol 8 aku bekpes kat mamak and just mampu makan 2 biji telur separuh masak je. Lainnya perut asyik memulas dan tidak sedap rasanya. Aku kalo cuak akan menjadi begitu harap maklum.

- Kol 8.30 dah kena ada kat Legend Hotel for final rehearsal. Masa ni aku dah penat sgt dan rasa takde tenaga dah. Agaknya sistem badan sudah mencapai tahap maksimum untuk bertahan dan today the body said - "I cannot take it anymore!". So aku buat la senaman sket2 blakang stage tu just for the sake nak dapat oksigen utk bertahan..

- Aishah dah terlentang kat lantai stage sebab dia muntah-muntah2 pagi tu. Agaknya masuk angin kot perut. Sian sgt kat dia..

- Abis rehearsal kol 11 terus naik bilik utk make up. Aku rasa macam nak tertido2 makeup sebab penat sgt nyah oii..!

- Settle seme terus kitaorng turun stage to get ready. Masing2 ditegah dari makan sebab make up dah cantek kan. So tahan jela. Aku just sempat kunyah biskut tiger sambil meneguk 100 plus je.

- Event start, and naik je stage terus perasaan gemuruh aku hilang. Tapi boley aku ada jugak salah step aiya.. Nasib tak obvious haha..

- Yg sebenarnya sebab apa aku kurang nervous adalah sebab aku bukannya nampak pon orang2 kat depan aku tu. Ini adalah kerana pandangan aku adalah kabur gila macam mata bergenang air mata nak menangis tu. Samar2 je cahaya lampu aku nampak. Sebabnya aku pakai contact lenses (For the 1st time in my entire life! Tiar soh pakai supaya mata naik kata dia) ditambah dengan bulu mata melebat atas bawah. So mmg pandangan aku memang blur gila!

- Saat paling mematahkan kaki adalah ketika tunggu kawan2 jawab soalan. Ditambah dengan celoteh2 Rosyam Nor lagilah lama sorang2 nak abis turn. Kaki aku menggigil gila. Nasib tak tumbang.

- Abis je bahagian jawab soklan kitaorang kat blakang dah start gila2 dah. Maklumla dah setel. So masing2 dok amik gambar sesama sendiri. Berangan diva je korang tau haha..

- Masa announce tu takyah cite la kan. The best moment of the entire moment of the event la kan. That is my moment so mmg I enjoy it. Cam Miss Universe pon ada sebab kalo dah menang kena catwalk sekali kat depan stage kan. Bezanya tangan je tak melambai sebab tangan aku penuh dengan bunga, trofi, hadiah ect.. ekeke..

- Abis kisah sume aku ngan Nawar membuat percubaan bahaya dengan turun dari pentas tanpa kebenaran kan sebab nak kejar Rozita Che Wan ngan Juma to thank them. Tapi telah dihalang oleh jurugambar2 sekalian. Akhirnya terlepas.... Haih..

- Dipendekkan cite aku hari tu dah jadi macam Siti Nurhaliza lah pendek kata. Reporter dok kejar2 nak interbiu muahaha (berlagak sial haha..). Tapi satu haprak interbiu pon aku tak sempat tgk kat TV. Seme terlepas huwaaaaaaaaaa....... Just lam paper je la bleh baca sket2. So utk kenang-kenangan dan tatapan..

1) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0514&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm&arc=hive

2) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0520&pub=utusan_malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm&arc=hive

3) http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm


So berakhirlah sudah satu perkara yg akan aku kenang sehingga akhir hayat aku..
Tapi ralat sebab tak sempat jumpa Cikgu Zainal buat kali terakhir ngan bebudak IB dancers tu. Takpelah, ada peluang kita jumpa lagi k. Jangan lupa I tawwww...

So checkout the next agenda of mine ya guys..! :)

2 thoughs.. on "Corat coret..."

:::sHa::: on May 21, 2009 at 9:13:00 AM GMT+8 said...

ieta..owh ieta..sambil corat coret sempat lagi melawak...anyway u deserve it, hokay..don't bother! hey...........yg perli tu dengki..i repeat.. D.E.N.G.K.I and jealous..i repeat again J.E.A.L.O.U.S..Sha suka tgk Ezral make up.. sha suka tgk dlm EH or In Trend magazine (Beli 5 magazine 1 bulan sampai confused magazine apa). kalau tak silap lah. But it's true, org cantik pakai apa² pun cantik(ayat yg sama dr blog gue..eheh). remember? i adore ur face sampai belajar pakai produk yg sama..ehehe..

Mama Ieta on May 21, 2009 at 9:40:00 PM GMT+8 said...

Sha.... Thanks k.. Tu la takpela orang dengki nak wat cemane.. Manusia ni byk yg berkelulusan PHD. Payah... yang penting I dah dapat 10k giteww... Nanti kita open table tau.. ;)

Btw, skang officially Ieta dah pakai 100% product De'Wajah. Maunya tak, dah dapat hamper bermacam2 jenis kat dalam tu kan. So pelagi pakai ler... Nway, bagus gak Sha produk ni. Muka I jadi licin berseri giteww <-- hai, promote nampak.. ;)

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal