Thursday, May 28, 2009

Mari lah mari.. Seliuh kaki.. Kakiku seliuh lagi.. Lagi dan lagi...

Expressed by Noorita Yusof at 4:58 PM
It's already 4.30 pm and secara tiba2 dapat ad-hoc task meminta saya membuat process document.

Process document..????

Kalo dah namanya process doc, ia bukanlah memakan barang sehelai dua.
Tapi berhelai-helai dan berjela-jela serta sedetail detailnya.

Jadi disebabkan hari sudah petang amat dan waktu perbezaan untuk pulang ke rumah adalah hanya tinggal sejam, makanya otak adalah tidak boleh berpikir secara skemanya.

Pendek kata badan masih di ofis, tetapi otak sudah di dalam kereta menuju kerumah sambil bermain dengan anak-anak.

So daripada aku berterusan merenung skrin microsoft word yg kosong itu, baik aku update blog aku yg kiut miut haha..

So.... apa cite.?

Oyaa..!

Smalam adalah hari berphoto shooting ala-ala artis terkenal di Utusan.
Shooting for Harmoni cover bersama2 dengan jejaka2 idaman Malaya.
Siapa..??? Oppss! Tunggu..............
Check out the next Harmoni keluaran 15 June. Ahaks!

Nak dijadikan cerita, selepas shooting, so derang ajak la aku pi lunch sama2 sambil bergossip kan.

Aku ni kalu bab makan mmg tada hal nye. Tada hal tada karenah lagi tada malu.

So sebaik cop meja aku terus menuju ke arah deretan lauk pauk yg bersusun indah yang bagai memanggil manggil come come.. let's eat me... I'm the juicies ketam masak lemak here. This is my fren, the very crunchy ayam goreng in the world and there, the famous one among us, sambal belacan... haha..

Jadi dalam on the way nak pegi amik lauk tu boleh aku puk! kaki terpelecok terduduk aku kat situ sambil tangan mencapai je apa yg sempat.

Ianya gagal!

Aku tetap jatuh terduduk manakala di tangan aku ada seutas tali pinggang kepunyaan siapa ntah. (Aku taip ni pon still boleh tergelak ni. macam manalah haha..).

I was like tali pinggang...!!!??

Adakah siapa2 yang baru kelondehan seluar sebentar tadi...?

Rupanya ada abang kat depan tu tgh tersipu2 malu sambil mengambil kembali tali pinggangnya. Nasib sluar dia masih utuh di pinggang. Kalo tak hancusss..


Sakit dowh..!

Aku cam malu gila.

Muka sikit punya melotop (kesan make up oleh Tiar Zainal. Maceh maceh...) tapi sedang terduduk di lantai sambil orang mengerumuni.

Then sapa ntah papah aku duduk kat meja dan angkat kaki aku dok atas kusi.
Kalolah yg papah tu Aaron Aziz mmg aku terus buat2 pengsan. Untung2 dia dukung aku pulak haha.. (brangan!).

Sudahnya dari nak makan nasik berlauk pauk indah tadi terus bertukar dengan mengorder nasik goreng ayam sahaja.

I just cannot move!

Nasib baik pas makan tu boleh la bejalan dengan terhenjut2 sedikit.
So balik je umah apa lagi. St John ambulan de ahmad ariff la orangnya yg merawat.
I just cannot fall sick or injured or whateva at this moment..!!! Who will take care of my kids..?? Cannot sakit cannot...

Nasib baik ari ni dapat gi opis. Tapi kaki ada ankle guard la kan. Nak wat camno.
Asalkan kaki tak bengkak sudey..






p/s: Kalo ada yg tak paham akan tatasusila menyanyikan lagu kat tajuk post ini, sila nyanyikan mengikut rentak lagu mari mengundi.

mari la mari..
pegi mengundi..
tunaikan lah kewajipan..
pada negara...

camtulah..

4 thoughs.. on "Mari lah mari.. Seliuh kaki.. Kakiku seliuh lagi.. Lagi dan lagi..."

Carysse on May 28, 2009 at 8:47:00 PM GMT+8 said...

haha ieta.. u make me laugh la, the tali pinggang part. Hahaha.... take care yea =)

:::sHa::: on May 29, 2009 at 12:36:00 AM GMT+8 said...

This is not happening!!!!! Sila jangan melawak di tengah2 malam ok..saye tgh bekerja ni..org ingat sy sudah giler....ieta..ieta..

Anonymous said...

hahah..apekah...
sib la x amik ayam lg eh, klu x dgn ayam2 itu terbang ke abg tali pinggang...

- ajula bkn nama sbnr -

Ieta Yusof on May 29, 2009 at 8:55:00 AM GMT+8 said...

Carysse : Skang kaki sudah berbalut. Hilang glamer ekeke...

Sha: Sorry aa... Tapi saya adalah tidak dapat menahan diri dari menceritakan kejadian sebenar di sini. haha...

Ajula : Tu la. Kalo tidak kejadian sistem barter sudah berlaku yg mana pertukaran ayam goreng dan tali piggang kulit lembu haha..

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal