Wednesday, June 17, 2009

Yeay yeay! Dah jumper..!

Expressed by Noorita Yusof at 4:56 PM 4 thoughs.. Links to this post
Susulan lagi hehe...


Remember this 'keheavenan pertama'..? <-- well of coz la kan.. baru cam tread sehari dua lepas..


Well...






     I FOUND IT!!!













From Arzu, Mid Valley.. Ada less lak tu.. Best best...!






So next, adalah beg apple! Jieha tolong....! Ieta tak tau la ada kedai berfizikal ke tidak kat Jakarta. Seres tak tau uhuk uhuk!



Tuesday, June 16, 2009

Beg Apple yg Slurppy!

Expressed by Noorita Yusof at 1:39 PM 3 thoughs.. Links to this post
Post ini ditujukan untuk Jieha dan sesiapa sahaja yg boleh mendapatkan beg ini.

Susulan daripada entry kat bawah.

Details pasal beg apple tu adalah seperti di berikut:

Apple

Apple clutch for a picnic at town. Simple, chic, unique, and stunning. No wonder everyone envy your style.
Material: Rattan, Pure/ Synthetic Leather (upon request)
Color: Red, Green


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Contact us:

Address (Media & Administration Purposes ONLY):
Jln.Masjid 2 No.28
Pejompongan - Benhil,
Jakarta Pusat 10210

stockist:
Simplight.NET
info@simplight.net

Konderatu Indonesian Gallery:
Jl Uluwatu II 101 X, Bali - Indonesia

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
THANKS NYAH!

Monday, June 15, 2009

I want them BOTH!

Expressed by Noorita Yusof at 5:12 PM 5 thoughs.. Links to this post
Pada masa ini saya begitu MAHUKAN, BERKEHENDAKKAN dan BEGITU INGIN MEMILIKI akan kedua-dua benda di bawah..



Keheavenan yang pertama:



Tudung Ekin ala English style.

Hanya boleh didapati secara online dan masalahnya tuan punya jualan tudung ini belum merestok barang dia sejak dari awal Jun yg lalu.

Ketahuikah anda bahawa saya adalah sangat tidak sabar hendak membeli tudung ini dan mengechek website anda pada SETIAP HARI..?

Jadi sila silalah merestok dengan segera.

It's like now..........!






Keheavenan yang kedua:




Beg sebegini saya hanya jumpa di dalam mimpi.

Dan apabila berjumpa di alam realiti, tempat jualannya adalah di INDONESIA sahaja.

Kenapakah orang Malaysia tidak sekreatif mereka..

Why? Why?

Dan maybe saya akan ke Indonesia.

Bagi memburu beg ini.

Tapi berkeliarannya virus H1N1 mungkin membantutkan hasrat saya.

Tolong....

Mana lagi saya nak cari beg ini.................................?

Nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

Di suatu petang yg dingin......

Expressed by Noorita Yusof at 5:02 PM 1 thoughs.. Links to this post










Sungguh kesian budak-budak ini..

Anak siapakah agaknya..


Yang kakak tertido sambil memamah bihun goreng..
Tak sempat kunyah habis dah 'pengsan'.

Manakala yang adik dalam 'journey' nak kejar mama ke dapur.
Tak sempat sampai pon 'pengsan' jugak..

Wednesday, June 10, 2009

Dapatkan Harmoni baru dengan SEGERA!

Expressed by Noorita Yusof at 1:44 PM 7 thoughs.. Links to this post
This entry shud be created on yesterday- the official day of keluarnya Harmoni berwajah cover aku di pasaran.

Tapi coz semalam aku bz melayan karenah orang 'gila' dan lantas dengan aku2 sekali mereng dan tidak ada mood for the WHOLE day!

Di ketika orang lain sibuk dan excited call, sms dan apa2 lah kat aku kan, tapi aku cam tiada perasaan dan tiada hati langsung nak baca cerita aku sendiri.

Teruk kan..?



So....................

Today, aku gagahkan diri untuk menjadi diri sendiri semula yang ceria, berpikiran positif, dan yg paling penting - waras!

Even ada jugak serpihan2 puaka orang2 yg pendengki dan tak puas hati yg mana kerja dia nak kritikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk je! Cam tak de menda lain nak buat ke makcik, HELLOO...????!!

Ok dah dah.

This is supposed to be a HAPPY and YEAY YEAY punya entry, not a lepas geram punya post, remember..

So here it goes.....











Aku tau apa korang pikir! :)

It's like a very the super impose punya gambar kan haha..
Tapi haqiqatnya adalah mmg aku amik gambar ngan papa2 hot nih. Betull sungguhh!! Tolonglah percaya! Hahaha...

1st time aku nampak magazine ni kat kedai mamak tu kan, aku cam MALU sendiri tiba2!. Cam OMG!! Buruknya aku...................... Macam mak tiri hokey!

Tapi nak wat cemane, derang nak kitaorang post gothic gitu kan, so harusla begitu berlagak serta penuh kesombongan sekali muka ini. Ape kejadahs kalo orang lain tidak senyum manakala tiba2 aku je bersengihan di situ kan..? Itu baru la super impose! Ekekeke...

Tapi seres la, memang cam menyelit kan I kat situ..? Cam apekehal tiba2 ada pemenang Miss Universe (siap bercrown ya..!) di celahan jejaka-jejaka tampan ni kan.

Dah nak wat cemane, orang nak begitu, hamba selaku bukan siapa2 ni ikut je le..

Bebudak Harmoni lak sms2 cakap ingatkan reward no 1 Pesona De'Wajah Harmoni adalah cover sorang2. Well.. Of coz la mereka ingin menjaga sales kan. Kang aku sorang2 je mesti merudum gila jualan bulan tu haha... Cam who the hell is this girl??.. opss lady..?? Lain la Dara.Com ke, Nur ke kan. :)

Tapi takpelah. Orang dah kasik peluang jadi cover dah syukur Alhamdulillah. :) Siap share page ngan orang2 hebat mubarako lagi terkenal ni kan.. Sapa nak kasik... ^_^

So, utk mengebestkan lagi entry ni, aku nak cite la apa aku buat on the shooting day tu.



9.30am - Tiba kat Utusan Studio kat Jalan Chan Sow Lin. Ingatkan aku dah awal. Rupanya Tiar (makeup artis) laaaagi awal.

10.00am - Start make up before papa-papa hot tiba. Derang supposed datang studio @ 11am.

10.10am - Engku Emran dah sampai(?). Kelam kabut Kak Ros (reporter Harmoni) pergi entertain. Ye la, apa dia nak buat awal2 ni kan. Lain belum sampai lagi.

10.50am - Amy Search sampai. I was like OMG! Is that a REAL Amy..??? And currently I'm sharing this makeup room with him...???????

11.00am - Rosyam Nor yang meletop kebooom lak sampai. Aku dah jumpa Abg Rosyam ni dah dalam 3-4 kali semenjak pertandingan ni kan, so dia dah kenal dah ngan aku (ni statement berlagak ke apa ni?? Ada rasa hati bernanah tak makcik..?).

11.05am - Papa2 hot kena paksa makeup yakni kena meng-gothic-kan mata masing2. Haha... Engku Emran paling senang bg kerjasama. Yet sooooo handsome!!!!! Mmg very the sepadan dengan Erra la kan ^_^. Amy pon takde problem coz dia kan papa rock. So rock and mata celak adalah kesimilaran kan. Paling liat nak pekena celak adalah papa Rosyam. Macam2 Kak Asmah (ketua pengarang Harmoni) helahkan pujuk baru la dia tadah mata dia. Tu pun still bising2 gak cakap malu. hahaha... Ok pe bang, kelas gitu...!

11.15am - Papa2 hot dah siap makeup. Derang go on amik gambar dulu sebab aku belum siap make up lagi. Yela kan, makeup adalah sangat lama kan. Nak buat bulu mata Rozita Che Wan je dah stengah jam.

11.45am - Baru siap ratu cantik ni makeup haha.. Harusla puji diri sendiri. Nak orang puji? Mati dulu lima nam kali pon jgn harap ok? Kalo nak kritik, ohhhh lajuuuuuuuu je kan, takyah suruh2 (haha... api marah masih bersekam di hati). So dah siap tukar baju seme, tara.......... I'm ready!

12.00pm - Join papa2 hot yg tengah dok berposing sakan. Aku amik tempat dan bermulalah kegiatan mengepose2 maut. Apa aku belaja ngan Cikgu Zainal kat IB, campur tengok America's Next Top Model sket seme aku praktikkan utk bagi post cewah.... Lawa tak lawa, cacat tak cacat, jgn dok pikir, yg penting belasah...! Wweuuwww..

1.00pm - Siap! Papa2 hot dah nak balik while aku masih kena pose pose lagi. OMG! masa ni Amy datang salam ngan aku cakap Good Luck. I mean he come to me and not me pegi yg terhegeh2 kejar dia hokey? oohhhh.... bernanah lagi berdarah jiwa makcik itewww..... Engku Emran dah lesap begitu sahaja seperti Chipsmore manakala Rosyam masih sibuk melayan siapa2 ntah nak amik gambar ngan dia. Aku sempat jugak la chit chat ngan dia kejap cakap pasal wife dia. Ye, aku ngan wife dia skang update2 cite kat FB (berlagak? ada aku kesah...?? muahahaha). She's very nice women. bertuah Abg Rosyam!

Aku rasa berpuluh snap la jugak amik, tapi kuar sikit je kan. Buat pekasam ikan puyu kot gambar2 aku yg lain tu kot. And I tell you, baju Abg Syed adalah paling lawa di dunia ok?? LAWA GILA! Aku adalah teramat SUKA sekali! Dah la aku tak pernah fitting baju2 itu. Abg Syed main bawak dan aku main pakai je. Nasib fit well! He just know my size and figure already! Tapi ada satu baju kaler turqoise and green tu Harmoni tak publishkan. Simpan lagik..?? Lawa gila baju tu tidakkk!!!

1.30pm - Dah totally siap dan pegi lunch. Nak sambung kisah sini? Ha.. sila rujuk ke bab yang lalu.



This time Mr Hubby tak dapat teman (buat pertama kalinya semenjak penyertaan aku dalam dunia mengada ini) sebab ada hal bisnes. So takdelah orang nak tukang amik gambar aku ngan papa2 hot tu. Sob sob.. Kalo tak, mmg awal2 aku la penyebok nak amik gambar ngan derang kan. And oh ya, that day aku ada bawak cupcake sekali utk kasik depa2 ni makan. Oh oh, artis2 terkenal makan cupcake aku hahaha.... Sker sker...! (and again, tak amik gambar so kurang garam cerita ini haih..).

And about the magazine, korang tolong jgn gelak baca apa reporter tu tulis k. Mmg la byk dia cite apa yg sebenarnya datang dari mulut aku, tapi ada jugak penokok tambahan ye. Especially bab 'mengharapkan peluang dalam bidang pengacaraan dan peragaan' or sewaktu dengannya tu memang tobat aku tak sebut sepatah pon! Malunye aku baca...! Nasib dia tak tambah - ingin menjadi model terkenal dan pelakon handalan. Memang sah aku pengsan keaiban!


So folks, sila pegi ke kedai majalah berhampiran dan dapatkan majalah ini sebelum kehabisan!! AHAKS!

Tuesday, June 9, 2009

HATE!!!!

Expressed by Noorita Yusof at 9:55 AM 2 thoughs.. Links to this post
I HATE HIM SOOOOOOOOOOOOOOOOOOO MUCH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Friday, June 5, 2009

Penderhakaan....

Expressed by Noorita Yusof at 9:34 AM 2 thoughs.. Links to this post
Tak silap aku, baru DUA hari lepas aku bercakap mengenai topik mahu mendietkan diri kembali.

Ini adalah kerana Mr. Hubby sudah mulai menegur pinggang sudah bertambah inci akhir2 ini.

Yela, sejak abis pertandingan tu aku cam membalas dendam pemakanan dengan makan seperti tiada rasa bersalah langsung.

Jadi selepas diugut bahawa aku akan kelihatan boncet, maka aku telah kembali ke pangkal jalan ke arah pemakanan aku dahulu.




So, my daily breakfast is this...





Akan tetapi, hari ini aku sudah menderhaka!


And the very early meal for today is.......






THIS!




Siap dengan potongan peha ayam goreng crunchy........! hoho.....






Don't anyone ever dare to tell him about this hokey...!
(And I confident he will not reading my blog haha).




Thursday, June 4, 2009

Aku suker makan..

Expressed by Noorita Yusof at 4:11 PM 5 thoughs.. Links to this post
Haha... Sorry sgt Sha dan penonton2 semua sebab lama tak update blog.

Start2 minggu ni mmg AMAT SANGAT BZ tak sempat buat apa.
Balik pon asyik lambat lantas hari2 kena bayar penalti sploh inggit kat nursery.
Bakpe RM10? Sebab kalo amik lebih dari kol 6.30 so kena bayar RM5 sorang. Dua orang kalu RM5+RM5=RM10.. gituler formula matematiknyer..

Ekceli tadak cite sangat pon. Disebabkan ketika ini saya di dalam mood makan memakani, jadi nak upload gambo lauk2 bleh tak..

Skang ni aku boleh dikategorikan sebagai 'I have no life' punya geng.
Kalo hari kerja mmg la up sket jadi 'I am totally a no life-person and robot to be'.

Tak caya..? Meh kita semak akan jadual harian hidupku..

Rutin harian aku pada hari2 bekerja:

6.30am - Bangun tido + bersiapan.
7.00am - Basuh beyak anak dan kadang2 anak2 kalo mereka membersihkan perut pepagi buta hari itu.
7.40am - Antar anak2 gi school.
7.45am - Bertolaks ke opis (Ada Duke boleyla 7.45 kan. Kalo tak dulu, 7.15 dah kena kuar dah).
8.20am to 5.30/6.00pm - Opis
6.30pm - Amik bebudak kat school.
6.50pm (or kadang2 7.30pm kalo si Sofiya merengek nak singgah Giant dulu) - Sampai umah, letak beg, bukak tudung, terus masuk dapur.
8.00pm - Siap masak! Tukar pampers & baju Mu'az. Kasik susu dulu.
8.10pm - Mandi (cepat express nak mam)+semayang (ye, hari2 lamat semayang Maghrib ye :P).
8.40pm - Dinner
9.15pm - Tukar baju Sofiya + susu.
9.30pm - Tidokan anak2 tersayang.
10.00pm - On mesin basuh. Buat bubur Muaz (bekal pegi school esok). Sapu sampah + mop + ngelap.
10.45pm - Siapkan beg anak2 utk pegi school esok. Jemur baju (bawah porch ler). Lipat kain smalam. Gosok baju.
11.30/12am - Zzzzzzzzzzzzzzzz.........
1.00am - Muaz nak susu.
3.00am - Sofiya nak susu.
3.30am - Muaz nak susu.
5.30am - Sofiya nak susu.
6.25am - Muaz nak susu.
6.30am - (Ulang tayang dari awal).


Brenti tak brenti bertugas adalah pada waktu tido sahaja. Tu pon kena bangun jugak susu susuan seme kan. Belum campur anak ngingau, batuk dan sebagainya lagi. Di sampai suami yg krookhhhhhhhhhhhh takde gerak2 tu kan. K la k la, sesekali je bangun tepuk2 ala kadar.

Hari cuti dapatla ubah sket jadual ni. Dapat la belek2 paper.. Tengok2 TV.. Baca2 novel... Kemas2 ubahsuai bilik/ruang tamu what eva.. Kalo tak camnila kehidupan gemilang aku.

So berbalik kepada topik makan tadi, di bawah adalah apa yg sempat aku snap la. Bila angin gatal tu datang camtulah..


Dinner pada menggu lepas. Tak ingat ari apa.

Perlantakan pada hari itu..



Daging masak merah


Peria terhebat goreng telur


Telur dadar

Ayam goreng barang beberapa ketul untuk Enche Hubby..


Di suatu hari kerja pada minggu ini pula.. Ari Selasa lepas kot. Nafsu memakan adalah membuak2 dan berazam nak penuhkan meja dengan lauk. Rilek la.. takkan betul2 penuh meja kot.. Ko ingat aku buat jamuan hari rayakah. Ala2 je la kan.. Ezejeret je tuh...


Oh oh.. I just can't wait to eat all this....



Singgang ikan Aya (or ikan tongkol ikut lidah KL)..

Budu+hirisan cili padi+bawang merah - pemacu pertambahan nasik sehingga 3 kali ganda.


Ayam masak kicap utk Enche Hubby sebab dia tak makan ikan singgang. (Masak kicap je..?? Well.. dia proposed nak lauk ni, patuh je ler hehe..)


De sayur campur..



One more time..! - Telur dadaq..



Walau sesibuk cam gila sekalipun aku tetap kena masak gak sebab Mr Hubby mmg tak suka makan luar. Daripada byk komplen aku dengar - ayam tak lembutlah, kurang pedas lah, sup tak masin lah, kuah sikit lah, dan macam2 lagi kan, baik aku masak utk dia.  Perut kenyang, hati senang. Kalo dia puji masakan kita, lagila kembang ekekkee....

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal