Thursday, July 30, 2009

:-)

Expressed by Noorita Yusof at 2:45 PM 8 thoughs.. Links to this post
Smalam aku ngemas-ngemas sambil mengelap2 almari.

Proses pengelapan berlarutan sampai la ke almari tingkat2 tempat letak menda2 hiasan kejadah tu lah.

Aku memang jarang lap sampai ke situ sebab memang leceh binti payah nak lap dengan segala mak nenek pasu kristal, bingkai gambar, bekas telur wedding dan macam2 khazanah lagi lah bertenggek2 kat situ.

So lap punya lap aku terjumpa ini..







Macam piala kemenangan kejohanan bola jaring antara sekolah kan... :)



Kasik tengok sket dapat nombor berapa....












Kalo agak2 blur lagi kelabu tak nampak apa tertulis........



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Anugerah Pencuri Hati Terbaik"

27 September 1999

( AHMAD ARIFF NORDIN )

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~








Tanpa sedar aku tersenyum (cewahhh)..


This is the very first anniversary gift from me to him...


And.. I still love you from that moment till forever...

Monday, July 27, 2009

Sesekali pedaskan lidah....

Expressed by Noorita Yusof at 12:36 PM 3 thoughs.. Links to this post



Aku dah lama nak tulis ni. Tapi bila pikirkan tak perlu layan menda2 camni so aku abaikan je.

Cam biarkan anjing menyalak bukit, lama2 letih la anjing tersebut...

Tapi aku rasa makin dibiar anjing2 ni makin menjadi2 keanjingannya..

Wah!!!

Dah berapa perkataan anjing dah keluar ari ni..?

Keluar lagi 3 ayat, terus dapat menyaingi blog 'ada aku kesah' diva tersohor terhangat mak hayam haha... amboi amboi amboi....


Ni takde menda pon..

Ekceli pasal keterlibatan aku dalam contest pesona de wajah tak lama dulu tu kan.

I told you. Aku masuk di atas dorongan kuat Mr Hubby. Dia yg hari2 ingatkan aku soh amik gambar kat studio. Memandangkan syarat dia harus gambar separuh penuh dan gambar penuh satu badan.

So aku yg pemalas dan tidak berkeyakinan tinggi ni salu la buat2 lupa kan.. Rasa tak layak pula kan. Aku bukan berkerjaya hebat macam disyaratkan tu..

So tibalah ada satu hari tu. Balik kerja tak silap. Hari Khamis. Sebab apa hari Khamis, sebab aku pakai baju kurung. Khamis pakai baju kurung, Jumaat pakai jeans. Wow!

Jadi balik kerja dgn tidak memberitahunya Mr Hubby telah drive straight ke kedai gambar kat Sri Gombak gak la. Dia cam - "Ha kalo tak amik skang, ntah bila la lagi."

Masalahnya tau je la. Balik kerja muka adalah sangat berminyak dan tidak bermaya. Ditambh pula aku lupa bawak beg makeup. So segala lipstik bedak sume takde ler..

Aku cam alaaaaaa tak lawa la skang.... Nak antar ke beauty contest, tapi muka tak beauty amacamm...??

So nak tanak aku terpaksa la pinjam tukang kedai tu nye lipice. Bukan lipstik ok tapi lipice. So pose la lebih2 kurang then done.

Sehari dua lepas tu dapatla amik gambo tu so terus post. Lantak la kan cuba je ler..

Then 2 minggu lepas tu ada la call dari mereka soh datang studio amik gambor sebagai pemenang bulan Disember. Adakah kerana wajah natural beauty ku (sila la kembang tekak di sini) or memang rezeki..?? haha...

So situla bermula segalanya sampai la memang rezeki aku menang pertandingan tu..

Lepas menang, macam2 la kata2 itu ini kan.. Yang happy ada tak kurang juga yg berhasad..
Biasa la manusia.. Kita tak bolehla nak puaskan hati semua pihak kan..

Setiap crite aku dengar aku akan sampaikan ke Mr Hubby (well sapa lagi kan)..
Jawapan dia senang je..

"Alah pedulikan derang tu... Ingat. Kita dah berpijak di bumi nyata."

Yeap. Dia salu cakap - yang kuat komen tu adalah yang paling kuat sekali dengkinye.

Cam "Elleh... camtu pon boleh menang..? Kalo aku masuk agaknya dah lama dah aku menang!"

"KALO" aku masuk..???

Masalahnya ada ke ko masuk..??? Then kalo betul boleh menang, kenapa tak masuk..?

Kenapa still lagi dok berangan2 amik gambar sendiri pose2 liuk lentuk manja di enpone, dan pose di Facebook dengan mengharapakan komen2 orang or paling kurang kawan akan click "Like".

Kalo betul nak uji sejauh mana layaknya kita sila masuk dan lalui SEGALA-GALANYA before menjatuhkan hujah?

Bak kata orang - "Jikalau ada kail sejengkal, lautan dalam jangan diduga".
Kalo nak tau dalam tak dalam ha, ko pergi terjun sendiri rasa!

Wahaha... marah nampak..!

Haha bukan marah... tapi aku just tak faham.

Tak faham dengan hati manusia.

Contohnya kat office aku ni.

Ada la sorang minah lawa ni. Aku tak tulis la perasan lawa coz mmg dia lawa.
Masalahnya orang lain takleh lawa dari dia, dia je sorang kena paling lawa sekali.

Dah la masa muka aku terpampang kat internal HP poster di opis, dia cam dah panas buntut. Hey bukan aku sorang je jadik model tu. Ramai lagi kan.. Then bukan atas sebab apa dia pilih aku. Just kebetulan dia carik orang aku ada kat situ. Kalo ko ada situ, dengan kau sekali dia hangkut!

Tu ok lagi.

Ni bila aku masuk magazine coz menang blan Disember, dia tak senang duduk lagi.
Bgtau orang sana sini cam aku ni lawa sgt masuk contest2 ni. Stil bgtau orang kalo dia masuk mesti bleh dapat. Then.......... Nape ko tak masuk blalang..?? Masa tu ada 4 lagi tempat kosong utk ko isi..

Then.......

Bila aku menang final, apa agak2 korang.

Mesti dia takleh tido malam kan.. hahahah... sakit sakit...

Hasilnya, skang kalo ternampak dia kat mana2, aku nak la senyum cam biasa kan, eh cepat2 alih muka kunun tak nampak - fine...

Tu ok lagi, ada skali tu terserempak baik punya depan2. Cepat2 dia berpaling ke lain. Oh gosh! That was soo funny ekekeke....

Kenapa ko yg panas buntut di kala aku tak buat apa2 pon kat ko.

Lain la aku pegi kat ko cakap - "Hey ko yang buru, tak lawa. masuk pon tak menang. Tengok, mesti tak leh lawan aku punyalah!" Ha... kalo aku cakap camni barulah bersebab kalo ko nak tumbuk aku sekalipun.

Bukan kata dia je. Ngan boyfren2 dia skali berpanas punggung berjemaah. Siap pegi bitau orang nanti nak jadikan gf dia cam aku so dapat lawan aku. Cam KO NI KENAPA...?????

Haha..

Manusia.. manusia..

Tu la dia hati...

At least ko tunjuk terang2 ko tak suka dgn kejayaan aku kan.

Ni ada jugak udang2 dalam selimut yg konon2 happy dengan kemenangan aku tapi kat belakang bukan main mengata lagi kan..

Aku dah femes la.. Wartawan hari2 tepon la.. come on la... aku buat2 je bodoh.. but I'm not that stupid..

So people...

Jangan la camtu k... Dengki mengdengki ni tak bawa ke mana... contohnya si tuttt tadi.

Ko dengki aku, so where r u now..? Still kat situ kan.. ada beralih bertakuk ke mana2 ke..?
Nak rasa apa aku rasa, sila la bukak majalah2 lain then hantar butiran ko tu, then, feel it...



Sorry kalau terkasar bahasa dan buat sesiapa terasa. Kadang kala manusia ni perlu disergah sket, baru la hilang lamunan tu...

Thursday, July 23, 2009

Mata hatinya....

Expressed by Noorita Yusof at 4:26 PM 4 thoughs.. Links to this post
I should write this entry yesterday tapi smalam adalah hari agak bz, so tak sempat.

It's about my princess, Sofiya punya story.

This been happened since last year, like masa dia 2 tahun lebih.

U know, macam orang2 kita tau kan, budak2 ni hati dia bersih. So kadang dibukak hijabnya so dia nampak apa yg kita tak nampak..


Cerita 1
Everyone kat hall, tengah tengok tv, while Sofiya pegi dapur jap amik apa ntah.
Tiba2 dia lari2 kat kitaorang.

Sofiya: "Mama! mama! Come sini gi dapur tengok come.."
Mama: "Alamak mama tengah susukan adik sayang. Ajak papa".
(Sambil pimpin papa dia. Aku lak just jengok la apa dia nak cakap tu).
Sofiya: "Papa, tengok tu. Dia buat apa atas tu.. Kenapa dia tanak turun.." (while tangan adalah menunjuk kat syiling di satu sudut dapur).
Papa: "Apa Sofiya. Apa yg tak turun sayang.."
Sofiya: "Tu dia buat kat atas tu duduk duduk.. Hmm papa.. masuk dalam kat mama jom..."


Cerita 2

Aku tengah masak kat dapur. Masa ni dah nak Maghrib. Tiba2 azan berkumandang.. Tapi aku tak tutup lagi cermin tingkap (jenis 'Nako') kat depan sink.

Sofiya: "Mama... masuk dalam jom..." (sambil mata tak lepas kat tingkap tu).
Mama: "Nape sayang.."
Sofiya: "Tu apa tu eyes kat situ... mama jomla jomla..." (dah tarik2 tangan sambil mata dah nak menangis..).


Cerita 3

Hubby baru nak angkat punggung nak mandi, aku baru pas masak. So rest jap kat hall. Hall kitaorang ada sliding door yg mengadap jalan. So bila malam clear la nampak kat luar tu coz lampu jalan betul2 terpacak depan umah. Even berlangsir tapi still see-through. And this happened also masa azan Maghrib..

Sofiya : "Papa papa... Kenapa dia dok kat atas tu.."
Papa : "Dok atas mana sayang.."
Sofiya : "Tu kat lampu tu..."
Papa : "Oh yeke? Dia buat apa situ.."
Sofiya: "Dia duduk duduk.."
Papa : "Muka dia macamana"
Sofiya: "Muka dia tua tua.."
Papa: "Rambut dia cemane.."
Sofiya: "Rambut tak cantik..."
Papa: "Hand dia cemane.."
Sofiya : "Hand camni.." (sambil buat buat cam gaya jerangkung kuar almari).
Papa : "Eyes dia..."
Mama : "Papa stop it!!!!!!!"
Papa : "Nge......."


Cerita 4

Same like cerita 3, on the next day. At the same time.. But hubby don't dare to ask in detail coz I already warned him. apakah... taku hokeyyy...!

Sofiya : "Papa... dia datang lagi la..."
Papa : "Dah dah Sofiya jangan layan k.. cakap shooshh shooshh pegi sana.."
Sofiya: "Shooshh shooshhh pegi pegi balik shoooshh..."
Papa : "Ada lagi ke..?"
Sofiya: "Takde.. dah terbang.."


Cerita 5
Sofiya biasanya akan mandi dengan aku everyday lepas balik kerja. So this time she refused to do it, tapi memilih utk duduk tunggu kat katil instead. Oh ya, aku mandi kat bilik air kat masterbedroom. Kang orang ingat apakah ada katil kat dapur lak kan..

Sofiya: "mama.... mama...."
Me : (still dalam bilik air). "Nape sayang..?"
Sofiya: "mama... kluarla........"
Me : (dengan basah2) "Yes, nape..?"
Sofiya: "Tu mama... ada hand kat situ.." (tangan tunjuk kat kepala katil).
Me: "Hand apa sayang..? mana? mana?" (aku masa ni tak takut lagi. just cam tangan menda la plak...)
Sofiya: "tu.. tu..."
Me: "Dah la. Sofiya turun kat papa k.."

Terus dia bedebush turun dengan cepatnya while aku sambung mandi. Sudah mandi aku turun and masih dengar lagi dia dok cite2 ngan papa dia.

Sofiya: "Ye papa.. ada hand... hitam.. gerak gerak camni..."

Tiba2 aku cam terasa kebas tubuh badan dan bulu tengkuk meremang....


Cerita 6
Aku tengah siap2 depan cermin nak pi ofis. Sofiya baru je bangun tido dan tanpa terpisat2 dia terus datang kat aku. (FYI, we all tido depan kat hall depan tv sebab takut si Muaz merayap2 masa tdo. Kang jatuh katil lak. Katil baby dia dah patah hasik injakan kakak dia).

Sofiya: "Mama! Mama! Malam tadi kan.. Ada hantu palekipot (hantu kepala kerepot-papa dia ajar ni) kat situ.." (tangan tunjuk kat sudut dinding).
Me : "ha... dia wat apa kat situ.."
Sofiya: "Dia tengokkkk je mama camni ha..." (sambil buat muka merenung aku).

Aku plak dah siang kan, takde la takut sangat. So brani la tanya2 lebih lanjut (gatal!).

Me: "Oh yeke... abis muka dia cemane.."
Sofiya : "Muka dia cam ni (tangan tarik mata kelopak mata kebawah). pastu gigi dia kan dah rosak rosak..."
Me : "hmmm hand dia cemane..?"
Sofiya : "camni..." (buat cam jerangkung).
Me: "baju dia cemane.."
Sofiya: "baju di kaler green.. mata pon kaler green..."
Me: "pastu dia buat apa sayang..?"
Sofiya: "tak buat apa.. dia tengok mama je... tapi mama tido... pastu dia terbang kat atas.."
Me: GULP!



Aku tak tau kalau cite2 itu hanyalah rekaan. Tapi yang pasti, aku TAK PERNAH bukak sebarang crite hantu everytime dia ada. Dan TAK PERNAH cerita2 hantu tu kuar time Maghrib ke.. pastu muka camtu camni, tangan camtu camni.. pastu terbang... TAK PERNAH..

Tak tau la kalau cikgu sekolah dia pasang cerita hantu buat sajian budak2 ni dalam matapelajaran "Mari mengenal hantu" ke.


Ainin Sofiya = mata yg bersih. mata hati yang bersih..


I just believed what ever story she told me..

Wednesday, July 22, 2009

Video basi from that moment...

Expressed by Noorita Yusof at 4:31 PM 2 thoughs.. Links to this post
Setelah sekian lama baru aku agak 'rajin' nak transfer video2 final Pesona De'wajah ari tu dari phone ke lappy.

Memandangkan clips adalah dari enpon yg semestinya bukan 3G maxis broadband whatsoeva, ditambah pula dishoot oleh jurukamera enpon amatur dan dalam keadaan yg excited lagi teruja, so awal2 sayer mintak ampun dan maap sangat2 di atas kepeningan, kekelabuan dan ketunggangterbalikkan punya clips yg bakal anda tonton.

So ni lah dia beberapa clips yg sempat dishoot.
A big thanks to tukang shoot-Jazlin, hubby's cousin yang gorges. Kalo takde clips ni takde la moment2 yg boleh dikenang =)



video

Q&A session.. sorry sebab terpaksa teleng kepala sket tengok video ni. Shoot salah angle tu hehe.. and sorry sebab dari pandangan kejauhan. hehe... ala2 boley dengar aku meraban apa tu ok la kan haha..



video

Final runaway before result been announced. Time ni hayunan kaki pon dah tak betul. DEBOR WEH.......


video

RESULTS! Juga berkepala senget awal2 bila menonton pastu ok dah. Once again, please excuse the video quality juga hingar bingar berkaitan.. Oh.. meremang balik bulu romaku bila tgk balik clip ni..

Tuesday, July 21, 2009

The outing day...

Expressed by Noorita Yusof at 4:40 PM 1 thoughs.. Links to this post
Remember the previous entry..??

Kalo tak remember, sila scroll bawah sket dalam 2-3 kali putaran roda mouse, ha tu la dia nge.......



So begitulah berlangsungnya perlawanan penuh aksi dan penuh rushingnya pada hari tu.
And siapa sangka, the kaku-est badminton player (saya ler tu) adalah memenangi perlawanan itu..!!!

WHOOOAAAAAAAAAAAAAAAAA................

Rilek rilek... Tutup mulut tu sket. Jangan kasik ternganga besar-besar sangat hahahah...

Ekceli sebab berkumpulan, so boleyla kan.. Cuba secara solo. Mmg la awal2 dah out ekeke...

So ni la serba sikit pasal ari tu..

Venue: Pro One Badminton Court, Wangsa Maju.
Date : 19th July 09
Time : 11am (patut berkumpul kol 10.30. Tapi biasala. Anak2 nak berak kencing dulu sampai la sana dalam 10.50am)

So ada 4 group main on that day. Nak buat single2 tak sempat masa kay. Ni bukan kejohanan terbuka Wangsa Maju sepekan daerah Setapak pon..

Saya ada berada di Group 4 dengan ketua kumpulannya yang sangat comey-Louise. Ahli2 kumpulan lain yang tidak kurang comelnya adalah mama Farah, Carysse and yours truely...

So for Group 1 ketua dia adalah Andrew, Group 2- Nicky and Group 3-Simon. Ahli2nya adalah tidak ingat. So sila abaikan.

So camtulah, libas nye libas... Brenti.. Farah lari2 gi pujuk Dina. Then sambung balik libas libas.. brenti.. Aku lari pegi layan Sofiya nak apa. Then continue lagi. Sampai la abis... Papa Farhan takde sebab outstation so gilir2 la budak2 lain jaga Dina ekeke.. Sume nak tunjuk skill mari memujuk kanak-kanak kepanasan yang menangis dengan kuat hehe... While Mr Hubby tgh tidokan Muaz. Sooo mmg mama mama powerlah!!

Ekceli aku main 2 game je. Satu game parner ngan Mastura. Pemain import sebab masa tu Farah lom sampai. Then 1st set menang. 2nd set main sparuh pastu pass raket kat Farah sambung. Aku jaga Dina. Boley tak tukar2 camtu kikiki....

Pastu 2nd game aku partner ngan Farah lawan Nicky ngan Siti. We are winning ok! 1st mmg menang huhu pastu mara ke 2nd set. Tapi time ni anak masing2 dah teriak2. So tak dapat concentrate. Last2 Farah kuar so Jenny ganti. Ni import dari group mana aku pon tak tau la blalang... Pastu Sofiya lak nak kencing bertepatan lak game over...

So bila kira2 jumlah kemenangan, at last group kitorang menang... Yeay!! Sungguh Malaysia Boleh!! Jika kau fikirkan kau boleh.. Kau hampir boleh melakukan.. lalala....



Some pics on that day...


Louise- ketua kumpulan saya. Kiut kan.... ^_^ Dia adalah sangat terer bermain badminton. Aku rasa game ari tu cam acara memanaskan badan je kot bagi dia hehe..



Menyusun strategi serangan...

While aku tengah 'training' ngan Sofiya kat ujung court..



Tu dia....... Susi Susanti Ieta Bambang Yono Yono sedang beraksi!



Penjaga garisan he... Cian Sofiya setia tunggu mama main kan..




Hadiahnya..

Mine is red one...

Dah penat2 main kita minum dan makan2 dulu............
From left: Bee Chien, Cranex, Shu Hwey & Carysse




Jenny (black shirt) & Louise (white shirt).

Edward Cullen eh! Andrew..



Dari pandangan sisi: Farah (nampak suku je muka), Choo (dari view pony tail) & Liza.



Love birds... Simon & his pair..


Us- Ohhh sungguh riang gembira dapat makan...

But frankly, even esoknya sakit2 badan kan (sungguh tidak beraktiviti sukan kan), tapi it's worth it. Aku rasa aktiviti camni lagi mengeclosekan we all each other daripada just sit-eat-gone.

So boley la plan main futsal lak lepas ni (huh..????).

Friday, July 17, 2009

Mari kita cabar Datuk Lee Chong Wei!

Expressed by Noorita Yusof at 5:08 PM 1 thoughs.. Links to this post
This weekend ada team outing.

Team outing kitaorang selama ni mesti samada beraktiviti makan, or minum or makan lagi.
Takde acara lain dah.

So this time kononnya lain dari lain la iaitu beracara mari mengeluarkan peluh yg dah 5 tahun bersawang dalam tubuh badan.

This time kita akan bermain BADMINTON..!!! Yehaaaaaaaa!



Oh.... bagi mendapatkan sudut pukulan 60 darjah tepat ke posisi kiri lawan, tangan haruslah melentik seperti itu bagi memulakan servis..



Tell you aku mmg confirm akan kalah straigh set berdasarkan faktor terkini aku:

- Kasut sport aku adalah dari form 5 nye - kasut jenama Power kaler biru tua. Kat tapak tu dah kuning gila cam gigi tak gosok 2 abad. Itu menandakan betapa 'bersukan'nya aku ni..

- Last aku main badminton adalah lepas abis SPM, sementara nak tunggu panggilan universiti. Ada la main libas2 bulu tangkis kat belakang rumah ngan adik aku.

- Cara permainan aku adalah harus memukul bola straight ke arah aku dengan kadar kelajuan bersederhana dan berbola tanggung. Smash dan mengkiri kanankan bulu tangkis tersebut hanya akan berakhir dengan kekecewaaan dan mengakibatkan game habis tahun depan.

- Bulu tangkis aku tak pernah tersangkut di jaring, kerana, aku mmg tak pernah memasang sebarang jaring. Hanya buat lain pakai kayu kat tanah je. Main court? Jauh raket dari sarung raket.

- Takde bola out ke in ke up ke down ke. Sebab mmg takde line court. Paling2 pun shuttlecock tersangkut di pokok pelam bersebelahan ataupun termasuk ke saluran air kat atap rumah.

- Konfem badan akan memancit selepas 2 minit perlawanan kerana kali terakhir mengeluarkan peluh secara besar besaran adalah masa main bola jaring di tahun pertama kat kampus UM dulu.



So.... berdasarkan faktor2 di atas, kepada pihak lawan, sila la bermain dengan lembah lembut lagi libas-libas manja dengan aku ok.



Kalo korang libas shuttlecock tu camni mmg aku main 3 minit stengah je la. Kalah teruk straigh set KO berbalas kosong!

Thursday, July 16, 2009

Dealing with people's attitude will always drive me CRAZY!

Expressed by Noorita Yusof at 4:02 PM 6 thoughs.. Links to this post
Tell you.

The biggest problem dan boleh membuatkan tekanan dan stress yang keterlaluan adalah when you dealing with people's attitudes!

Dalam team aku, lain seme ok, tapi ada sorang makcik ni mmg sangat berkebolehan lagi berbakat besar buat orang di sekeliling dia ada harapan nak check in Tanjung Rambutan.

Cam where the hell is this creature come from..???!!!

To cut the story off (kalo cite sume mmg kalah kamus dewan jawabnya), this is the very latest, newest onar yg dia buat hari ni.

*If you do read this, good! Yeap! It's for you moron!

Aku skang in the mids of to arrange a schedule for raya holiday nanti. So everyone can plan for their Raya leave now. Including this makcik.

So Raya is on 20th Sept which is Sunday. Then 21st and 22nd (ganti ari ahad tu) still cuti ait.. so plan lah cuti anda sebijaknya. But aku bagi satu syarat kat derang - satu hari ONLY 1 person je can go to leave and maximum cuti boleh apply is 2 days. Ada la sebab musabab aku kena kuarkan aturan ni based on our operation issue lah. Takyah explain further bab ni. Tak interesting pon..

So derang ni submit la cuti termasuk makcik moron ni. Cuti yang dia apply adalah pada 24 and 25th Sept. Which is Thursday and Friday. So it's like how about 23rd Sept - Wednesday...??? Harusla ada plan dalam paler otak nak MC ke apa kan... Well I'm not that stupid hokey.

Masa aku pass leave form kata dia tu direct je aku tanya - "So cuti on Thurs anda Fri. So how about Wednesday..?? U plan to come back all the way from kampung to work for one day and then go bek to sambung raya..?? Or u plan to MC..??"

Dia ngan sengihan dia yg biasa tu kan (tell u, tak manis langsung hokey. rasa nak bagi pelempang je rasa) - "InsyaAllah.. Kalau keadaan mengizinkan"

It's like.... InsyaAllah kalo keadaaan mengizinkan..????? Mengizinkan utk berMC atau apakah..???? I'm going CRAZY...!!!

Yes, everyone pernah hantar fake MC. Korang buat2 sakit for whateva reason la kan. Tapi boleh tak jgn TOO OBVIOUS...???????? Cam hey! Ko takde perasaan, takde akal atau ko memang biol..?????






Tell you. If on that day u go MC (lain la kalo ko mmg sakit nazak nak mati kan) or EL, I know what to do with you!!

Moral of the story is- boley tak korang bertanggungjawab sket dalam kerja korang. Korang ingat la sket dosa pahala tu. Berkat tak berkat kalo korang buat camni. Hey, ingat nak carik kerja skang senang ke..? Dah ada kerja best with environment terbaik pon lemau jugak apa kes!!

Tolong la berubah hey please la... Tak kemana la kau kalau terus dengan perangai "terlalu selesa" ni. Ok..?? I want everyone in my team ni tau tanggungjawab memasing. Bukan dah dekat setahun kerja pon still mengong2 blur2 lagik! Or ko memang buat2 blur..??!



What an attitude!

Wednesday, July 15, 2009

One of my winning reward had been spent....

Expressed by Noorita Yusof at 4:32 PM 2 thoughs.. Links to this post
I'm still tired!

Tired, penat, ngantuk, lesu, letih dan sebagainya lah.

Just back (not just lah, came back edi) from Redang last Monday.
And I'm done to spend one of my winning rewards tu nge....

Ok, ekceli hadiah kemenangan tu kan holiday ke Bali tapi di atas sebab2 kewabakan H1N1 and I plan to bring my kids along kan, so better don't take risk. Even ramai cakap takde menda la, kalo dah nak sakit dalam rumah pon boleh sakit la, tapi takpelah. Berjaga2 tak salah kan..

So jadinya I changed the trip destination to Sabah instead. Pastu nak bawak la PIL skalik. Skali kena tambah about RM2500++..?? Like huh..? Ok tak jadik bawak derang, it's oni me, hubby and the little tiny small small kidos. Tapi kena add another RM650? Like apakah...??? And the winning package is like RM3k punya package..?? Apakah aku hendak melancong ke Nagoya, Japan..??

So dengan secara last minutenya aku cancel trip to Sabah dan menukarkan diri ke Redang. It's like back to kampung halaman ekekeke... Nway ok la kot sebab last aku jejak kaki ke Redang adalah masa aku seusia Sofiya dulu haha..

So alang2 ke Redang aku hangkut skali sume family aku ke sana kan. RM3k ke Redang harusla dimanfaatkan betul2 ait...? So they gave me penginapan di Redang Reef Resort selama 3 hari 2 malam.



1st day (Sat - 11/07/09)

- Seawal kol 3 pagi aku dan bangun siapkan segala jadah menda coz teksi akan datang dlm kol 4.30am.
- Bertolak dari rumah n sampai LCCT dalam kol 5.30 gitus.
- Flight frm Kl to KT pukul 7.05am and arrived 40 minutes later.
- Terus van persiaran amik kitaorang pegi Merang jetty and meet my family there.
- Boat ke Redang tentatively bertolak @ 9.30am tapi di atas sebab2 seperti penggedekan (ayat apakah ini) boat yg lambat tiba ke jeti, isi boat ramai2 pastu sampai ke depan sana kena patah balik ke jeti coz ada polis marin (kes lebih muatan) dan ngok ngek ngok ngek, sampai2 kat Redang adala dekat2 kol 12 dah.
- So kol 12 amik lunch @ Redang Reef Resort. Time ni perut adalah very the lapar tapi lauk adalah seperti T_T. Aku makan nasik putih sama itu ikan kembung goreng sahaja.
- Kunun2 nak rilek tapi sume dah tak tahan dengar deruan ombak kan, terus je tukar2 baju dan bertolak ke pantai nan membiru...!!!






Tell me, siapakah yang dapat menahan diri dari memalingkan wajah dari air laut yang berhijau kebiruan itu..? Tell me..!!


- So kami mandi manda di bawah panahan terik mentari sampai la petang... Rasanya cam Kaho Naa Pyar Hai pon ada hokey.. Nge...
- Malam tu we all just jalan2 menyusur pantai je sambil menikmati angin yg menderas. Rupanya nak ribut da.. So balik bilik titun! Oh ya, the dinner is a bit ok coz a BBQ dinner kan. Boley la telan kambing panggang ngan potato bakar dia tu. But the nasik goreng is like *die!*.



2nd day (Sun - 12/07/09)
- It's SNORKELING time..!!! Plan to go with hubby and my bro, tapi di pertengahan jalan hubby adalah menarik diri. Alasan-nak jaga anak2 <-- apakah??. Yg sebenarnya adalah gayat kan nak naik bot lagi. Kan kenek kan kan kan kan... - So sudahnya aku pegi ngan adikku sahaja. Snorkeling adalah seperti expertise sahaja kan. Berenang macam ikan duyung cacat haha... But I really enjoy that moment! Even tak snap gambar sekeping haram pon. Coz aku tak brani nak pegang kamera hubby di tengah lautan. Skali tenggelam ke dasar laut, gila! Tak pasal2 Decepticon tolong pulangkan.


Ini bukan tengah snorkeling. tapi tengah mandi2 manja di tepi pantai.

- Lunch seperti biasa- SUCKS!
- So @ 2pm aku ada janjitemu utk membuat sand castle ngan Sofiya while hubby bersemangat kobaran nak pi snorkeling. So once again my bro accompany him.


- Aku plan nak gi snorkeling yg kol 4.30pm nye sebab dia nak gi Marine Park. So okla. Skali rupannya derang tukar plan pi Marine park kol 2 tu. Like ha..???? Tapi aku nak tukar baju tak sempat dah hokey. Hubby dah bermuka serba salah sebab dia tau aku nak pegi sesangat kan tapi dia pon tak tau nak buat apa. So aku dengan wajah merajuk cam pegi la pegi la. Enjoy urself! (padahal bukan salah dia pon kan ekeke).
- Aku dah takde mood nak main2 pasir dah heh. So balik bilik lepak2.. Tak lama kendian, hubby ngan adik aku balik cam cepatnye..?? Rupanya derang tak jadi pi Marine park sebab ombak bergelombang besar. HAHAHAHHHA... tulah! Satu boat dah kena tulah panahan mata aku. Sekor pon takleh enjoy kalo aku tak dapat enjoy! HAHAHAHAHAH again!
- So petang tu we all just mandi laut dengan sepuas puas puasnya! Mencabar gelombang yang besar2 dan melompat2 kejakunan haha..


mari kita cabar ombak inis..


Yiehaaaa!!!!


- Sudah mandi laut akan memacu kelaparan perut. Tapi jengah je lauk cam biasa- arrghhhh, rasa cam kat Zimbabwe plak. So makan buah je. bencis bencis.
- So malam tu menyusur pantai lagi carik makan. dapat la burger sebijik sorang buat pengubat duka..
- Malam tu tido awal (awal ke) sebab nak balik dah esok uhuk uhuk!


3rd day (Mon - 13/07/09)
- Balik day.... (ala.........) Kejapnya la masa berlalu kan... rasa cam nak bermastautin kat sini lelama sket sampai tan cam Salma Hayek. Tapi oleh kerana tuntutan kerja mencari rezeki terpaksa la pulang...
- So balik ke daratan sedari kol 8am bertolak from pulau, arrived @ jetty dalam kol 9 lebey. Awal lagih tuh! flight petang so pelagi.. transit kat umah dulu la...

Yeayy..! Balik rumah yeay yeay!

- Then lepak2 dalam kol 1 baru la gi airport. Flight @ 2.50pm so sampai kl dekat kol 4 dah. Cam blur gila sampai KL. Back to reality yg tak best... bz... tension.. in a a hurry ke sana sini dan macam2 lah.. reality is always not fun kan...


So camtulah percutian singkat ku ke Redang.. Rasa minggu depan cam nak bercuti lagi pegi Perhentian lak. boley?


Jadi para tetamu, pegi Redang, tido RRR boleh, tapi makan adalah fail. Enuff said..



Ok, balik ke perasaan di awal penulisan - I'm TIRED!!!!!!!!

Wednesday, July 8, 2009

Specially dedicated for him....

Expressed by Noorita Yusof at 5:22 PM 5 thoughs.. Links to this post
Please take a look at this picture..






Well.. Yes, ia adalah loceng kecemasan or alarm or whateva it called.

Biasanya kegunaan loceng ini is either sign orang datang rumah, berlaku kebakaran, pencuri nak rompak bank or apa2lah sign lagi.

But this alarm is so so so special...


Why?



Bcoz tiada satu pun tujuan ia diletak di situ bagi tujuan2 di atas.




And proceed at this picture...







Ini adalah suis kepada alarm tersebut.

Dimana suis ini terletak..???

Well bukan kat pintu pagar, bukan kat bank jauh skali kat kedai emas.



It was located at MY ROOM..




Feel weird..???




Nothing is weird.....



Let me explain it to you and why I create this entry..



Dulu masa kicik kicik dahulu, aku adalah seorang yang amat penakut yang amat sangat...

Plus aku adalah anak tunggal selama 11 tahun so aku adalah very the manja dengan ma ngan abah aku.

Even aku penakut, tapi aku nak jugak tido bilik sendiri. Sebab apa? Sebab ma beli cadar yg best gila yg ada gambar katun Lat. So kalo tido bilik ma ngan abah, aku akan tido di atas tilam yg kurang best bersebelahan katil mereka tapi kalo tido bilik sendiri aku akan landing down di atas katil aku yang best beserta di atas cadar yg masih berbau kedai tadi.

Tetapi masalahnya, setiap malam, aku akan membayang yg bukan2 sebelum tido.

Yang pasti, aku akan kelubung satu badan dari kepala sampai kaki dengan selimut sampai berpeluh2 tanpa bergerak2. Pada pikiran aku, kang aku garu tangan aku sebab kena gigit nyamuk kang, hantu tau plak aku tak tido lagi. Cam "Eh manusia... Ko belom tido lagi rupanya... marila main congkak dengan aku...."

So gatal pon gatal la... Tahan je sampai la aku tertido sendiri..

Begitu juga kalo aku nak terkencing, aku akan tahan sampai nak pengsan, rather than bangun and pegi kencing. Kang ada hantu nak kencing sekali ngan aku kan naya...

So begitulah permasalahan yg aku alami dan sentiasa la aku bitau abah aku pasal hal ni. Kalo my mum, just dengar je le. Then jawapan dia "Eh dah besor penakut apa..." walhal aku baru je 6 tahun ok. err ke mmg dah besar 6 tahun tu..?

Tapi, tidak bagi abah aku.

Selaku abah yang sangat pengasih dan penyayang serta memanjakan aku, dia mencari jalan.

Maka wujudlah loceng itu di biliknya dan suis itu di bilikku.. Betul- betul atas kepala aku dan dengan aras ketinggian yg aku boleh capai sambil baring..

So kalo aku takut ke, nak kencing ke, nak pengsan ke, atau apa2, I just need to press the alarm and sepantas kilat my dad akan muncul di bilikku..



How cool is'n it..?


Can you tell me siapa lagi yg ada loceng yang sama fungsinya seperti ini in other place..??



I bet, no...




Entry ni aku tulis selepas aku tengok video Paris, daughter of Jacko bagi speech masa majlis peringatan semalam. .... "He's the best daddy U've ever imagined..."



Yes....




He's the BEST abah that ever been imagined.....
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal