Friday, July 17, 2009

Mari kita cabar Datuk Lee Chong Wei!

Expressed by Noorita Yusof at 5:08 PM
This weekend ada team outing.

Team outing kitaorang selama ni mesti samada beraktiviti makan, or minum or makan lagi.
Takde acara lain dah.

So this time kononnya lain dari lain la iaitu beracara mari mengeluarkan peluh yg dah 5 tahun bersawang dalam tubuh badan.

This time kita akan bermain BADMINTON..!!! Yehaaaaaaaa!



Oh.... bagi mendapatkan sudut pukulan 60 darjah tepat ke posisi kiri lawan, tangan haruslah melentik seperti itu bagi memulakan servis..



Tell you aku mmg confirm akan kalah straigh set berdasarkan faktor terkini aku:

- Kasut sport aku adalah dari form 5 nye - kasut jenama Power kaler biru tua. Kat tapak tu dah kuning gila cam gigi tak gosok 2 abad. Itu menandakan betapa 'bersukan'nya aku ni..

- Last aku main badminton adalah lepas abis SPM, sementara nak tunggu panggilan universiti. Ada la main libas2 bulu tangkis kat belakang rumah ngan adik aku.

- Cara permainan aku adalah harus memukul bola straight ke arah aku dengan kadar kelajuan bersederhana dan berbola tanggung. Smash dan mengkiri kanankan bulu tangkis tersebut hanya akan berakhir dengan kekecewaaan dan mengakibatkan game habis tahun depan.

- Bulu tangkis aku tak pernah tersangkut di jaring, kerana, aku mmg tak pernah memasang sebarang jaring. Hanya buat lain pakai kayu kat tanah je. Main court? Jauh raket dari sarung raket.

- Takde bola out ke in ke up ke down ke. Sebab mmg takde line court. Paling2 pun shuttlecock tersangkut di pokok pelam bersebelahan ataupun termasuk ke saluran air kat atap rumah.

- Konfem badan akan memancit selepas 2 minit perlawanan kerana kali terakhir mengeluarkan peluh secara besar besaran adalah masa main bola jaring di tahun pertama kat kampus UM dulu.



So.... berdasarkan faktor2 di atas, kepada pihak lawan, sila la bermain dengan lembah lembut lagi libas-libas manja dengan aku ok.



Kalo korang libas shuttlecock tu camni mmg aku main 3 minit stengah je la. Kalah teruk straigh set KO berbalas kosong!

1 thoughs.. on "Mari kita cabar Datuk Lee Chong Wei!"

zura on July 20, 2009 at 10:06:00 AM GMT+8 said...

mana gmbr ieta...tunjuk la skett ala2 nak libas manje... ehehe...

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal