Monday, July 27, 2009

Sesekali pedaskan lidah....

Expressed by Noorita Yusof at 12:36 PM



Aku dah lama nak tulis ni. Tapi bila pikirkan tak perlu layan menda2 camni so aku abaikan je.

Cam biarkan anjing menyalak bukit, lama2 letih la anjing tersebut...

Tapi aku rasa makin dibiar anjing2 ni makin menjadi2 keanjingannya..

Wah!!!

Dah berapa perkataan anjing dah keluar ari ni..?

Keluar lagi 3 ayat, terus dapat menyaingi blog 'ada aku kesah' diva tersohor terhangat mak hayam haha... amboi amboi amboi....


Ni takde menda pon..

Ekceli pasal keterlibatan aku dalam contest pesona de wajah tak lama dulu tu kan.

I told you. Aku masuk di atas dorongan kuat Mr Hubby. Dia yg hari2 ingatkan aku soh amik gambar kat studio. Memandangkan syarat dia harus gambar separuh penuh dan gambar penuh satu badan.

So aku yg pemalas dan tidak berkeyakinan tinggi ni salu la buat2 lupa kan.. Rasa tak layak pula kan. Aku bukan berkerjaya hebat macam disyaratkan tu..

So tibalah ada satu hari tu. Balik kerja tak silap. Hari Khamis. Sebab apa hari Khamis, sebab aku pakai baju kurung. Khamis pakai baju kurung, Jumaat pakai jeans. Wow!

Jadi balik kerja dgn tidak memberitahunya Mr Hubby telah drive straight ke kedai gambar kat Sri Gombak gak la. Dia cam - "Ha kalo tak amik skang, ntah bila la lagi."

Masalahnya tau je la. Balik kerja muka adalah sangat berminyak dan tidak bermaya. Ditambh pula aku lupa bawak beg makeup. So segala lipstik bedak sume takde ler..

Aku cam alaaaaaa tak lawa la skang.... Nak antar ke beauty contest, tapi muka tak beauty amacamm...??

So nak tanak aku terpaksa la pinjam tukang kedai tu nye lipice. Bukan lipstik ok tapi lipice. So pose la lebih2 kurang then done.

Sehari dua lepas tu dapatla amik gambo tu so terus post. Lantak la kan cuba je ler..

Then 2 minggu lepas tu ada la call dari mereka soh datang studio amik gambor sebagai pemenang bulan Disember. Adakah kerana wajah natural beauty ku (sila la kembang tekak di sini) or memang rezeki..?? haha...

So situla bermula segalanya sampai la memang rezeki aku menang pertandingan tu..

Lepas menang, macam2 la kata2 itu ini kan.. Yang happy ada tak kurang juga yg berhasad..
Biasa la manusia.. Kita tak bolehla nak puaskan hati semua pihak kan..

Setiap crite aku dengar aku akan sampaikan ke Mr Hubby (well sapa lagi kan)..
Jawapan dia senang je..

"Alah pedulikan derang tu... Ingat. Kita dah berpijak di bumi nyata."

Yeap. Dia salu cakap - yang kuat komen tu adalah yang paling kuat sekali dengkinye.

Cam "Elleh... camtu pon boleh menang..? Kalo aku masuk agaknya dah lama dah aku menang!"

"KALO" aku masuk..???

Masalahnya ada ke ko masuk..??? Then kalo betul boleh menang, kenapa tak masuk..?

Kenapa still lagi dok berangan2 amik gambar sendiri pose2 liuk lentuk manja di enpone, dan pose di Facebook dengan mengharapakan komen2 orang or paling kurang kawan akan click "Like".

Kalo betul nak uji sejauh mana layaknya kita sila masuk dan lalui SEGALA-GALANYA before menjatuhkan hujah?

Bak kata orang - "Jikalau ada kail sejengkal, lautan dalam jangan diduga".
Kalo nak tau dalam tak dalam ha, ko pergi terjun sendiri rasa!

Wahaha... marah nampak..!

Haha bukan marah... tapi aku just tak faham.

Tak faham dengan hati manusia.

Contohnya kat office aku ni.

Ada la sorang minah lawa ni. Aku tak tulis la perasan lawa coz mmg dia lawa.
Masalahnya orang lain takleh lawa dari dia, dia je sorang kena paling lawa sekali.

Dah la masa muka aku terpampang kat internal HP poster di opis, dia cam dah panas buntut. Hey bukan aku sorang je jadik model tu. Ramai lagi kan.. Then bukan atas sebab apa dia pilih aku. Just kebetulan dia carik orang aku ada kat situ. Kalo ko ada situ, dengan kau sekali dia hangkut!

Tu ok lagi.

Ni bila aku masuk magazine coz menang blan Disember, dia tak senang duduk lagi.
Bgtau orang sana sini cam aku ni lawa sgt masuk contest2 ni. Stil bgtau orang kalo dia masuk mesti bleh dapat. Then.......... Nape ko tak masuk blalang..?? Masa tu ada 4 lagi tempat kosong utk ko isi..

Then.......

Bila aku menang final, apa agak2 korang.

Mesti dia takleh tido malam kan.. hahahah... sakit sakit...

Hasilnya, skang kalo ternampak dia kat mana2, aku nak la senyum cam biasa kan, eh cepat2 alih muka kunun tak nampak - fine...

Tu ok lagi, ada skali tu terserempak baik punya depan2. Cepat2 dia berpaling ke lain. Oh gosh! That was soo funny ekekeke....

Kenapa ko yg panas buntut di kala aku tak buat apa2 pon kat ko.

Lain la aku pegi kat ko cakap - "Hey ko yang buru, tak lawa. masuk pon tak menang. Tengok, mesti tak leh lawan aku punyalah!" Ha... kalo aku cakap camni barulah bersebab kalo ko nak tumbuk aku sekalipun.

Bukan kata dia je. Ngan boyfren2 dia skali berpanas punggung berjemaah. Siap pegi bitau orang nanti nak jadikan gf dia cam aku so dapat lawan aku. Cam KO NI KENAPA...?????

Haha..

Manusia.. manusia..

Tu la dia hati...

At least ko tunjuk terang2 ko tak suka dgn kejayaan aku kan.

Ni ada jugak udang2 dalam selimut yg konon2 happy dengan kemenangan aku tapi kat belakang bukan main mengata lagi kan..

Aku dah femes la.. Wartawan hari2 tepon la.. come on la... aku buat2 je bodoh.. but I'm not that stupid..

So people...

Jangan la camtu k... Dengki mengdengki ni tak bawa ke mana... contohnya si tuttt tadi.

Ko dengki aku, so where r u now..? Still kat situ kan.. ada beralih bertakuk ke mana2 ke..?
Nak rasa apa aku rasa, sila la bukak majalah2 lain then hantar butiran ko tu, then, feel it...



Sorry kalau terkasar bahasa dan buat sesiapa terasa. Kadang kala manusia ni perlu disergah sket, baru la hilang lamunan tu...

3 thoughs.. on "Sesekali pedaskan lidah...."

Anonymous said...

persetankan saje org itu kak ieta.
org dengki ni susah sikit.
sume nak dengki,.budus punya olang.
take care!!

antonio said...

penyakit org melayu yg x bole tgk org lain lebih skit....cuba jd mcm i ada latin celup skit....hehehe..
but anything...u doing great...live life at our expense not others....muchoss graciass....

lyana kamarul bahrin on August 4, 2009 at 3:03:00 PM GMT+8 said...

ieta..mmg bengang kan org dengki2 ni. pdhal sesama melayu tuh. kalo dengki diam2 ok lagi, ni dengki2 siap berfestival berceramah.. huhu.

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal