Tuesday, August 25, 2009

Cerita posa pada hari2 awal Ramadhan...

Expressed by Noorita Yusof at 2:36 PM 3 thoughs.. Links to this post
Ok now saya nak bercerita pasal posa posa, dan bukak bukak posa.

Wani dah tanya2 dah haha.. Sorry dear. Was too bz lately so tak sempat nak jengah2 sini.

So first day puasa cam biasa. Tak tau kenapa aku takde rasa cam excited astaga gila babas nye suka dapat posa kan. Cam so so je la.. Maybe coz bz dan pikir banyak benda so tak terasa sangat.

And seperti biasa malam posa pertama tu aku still lagi tepon ma kat kampung tanya niat posa sebulan. Niat posa yg hari2 tu Alhamdulillah ingat la kan. Yg sebulan tu bapak benaknya nak ingat. Tak ingat2...

Oh ya, petang before esoknya posa tu kan, kalo orang Trg panggil petang 'meggang' coz masa ni lah ramai orang akan berhamburan keluar ke bandar,ke pasar, ke supermarket dan kemana2 lah utk mencari bahan2 mentah, gula, garam, ayam ect ect.. Yelah esoknya kan puasa pertama so harusla sambut dengan riang ria. Macam entry aku yg lepas, petang ni akan berbunyilah bedil sebanyak 7 kali utk meng-selamat-datangkan bulan posa.. Boley masa bedil tengah berbunyik tu ma call aku then soh dengar. Gila syahdu!! Cam itu jam jugak nak terbang balik kampung!! Huwaaaaaaaaaaaaa........

Malam tu kitaorang sahur ayam masak kicap dan ikan goreng. And aku, additional daum selom. Ulam harus ada, baru la orang kata kita 23 tahun! wakakakaka!

Aku ni sejak dari anak dara sehinggalah mak dara yang ada anak dara mmg amat berselera sekali setiap kali makan sahur. kalo orang lain cam ngantuk2.. pastu tak sahur pon takpe, lebih rela tido.. tapi aku tak. aku mmg suka bersahur. satu je reason dia, sebab aku suka makan! so pukul2 berapa pon aku akan on tanpa byk soal. dan kuantiti nasik dalam pinggan aku mmg la mcm berbuka jugak. takde kurang2 tak selera tak lalu ke hapa.. buruk lantaknye la kan...

So the whole 1st day posa tu tak gi mana pon. Habiskan masa kat umah berbaking for my 1st order. :) Yes, I plan to start with my cuppies business shortly. Tgh update special blog for it and I will update here soon. So peeps... apa lagi! Nanti order tau jgn tak order..

Menu berbuka lak adalah tajaan mak mertua kesayanganku sebab dia ada kat sini kan. Menu wallah itu adalah... asam pedas tulang (sedap gila even 1st time aku dengar + makan), sup tulang, daging masak kicap, ayam goreng dan ulam. Air adalah home-made air mata kucing. Dessert well of coz my cuppies kan! ^_^

2nd day posa, bersamaan hari ahad adalah hari duduk2 rumah dan buat cuppies jugak. haha... nothing interesting kan. Ekceli takut la na kuar. H1N1 tengah menggila skang ni. Kalo saya keluar adalah sekali ngan anak2 kan. Risky beb.. Baik kita cegah dari merawat kan..

Jadi menu berbuka pada hari kedua ini adalah kari daging mama nye style, sambal udang, ayam goreng dan ulam2. Air- mata kucing lagik. Hmm actually mama & papa nye style tak bermewah mewahan makan. sederhana dan cukup2 makan sahaja. Derang mmg tak reti makan lauk byk2 jenis. Tapi kalo ma ngan abah aku huuhhh... aku dapat bayangkan penuh meja ngan lauk pauk! ngan kueh mueh lagi.. aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa NAK BALIKKKKKKKKKKKKKK!!!!

So hari ketiga yakni semalam, mama and papa dah selamat berlepas ke tanah suci. So tinggal la kami terkontang kanting kan.Ditambah dengan aku berkerja, so mana la dan nak masak wallah wallah. Aku post kat FB bukan main lagi kan nak makan itu ni. Tapi sudahnya hampehhh... Sehampeh bazar Ramadhan Sri Gombak. Apa dah jadi weii!!!! Dulu punya la sesak dengan macam2 mak nenek juadah tapi tahun ni..??? Oh my! Selamatkanlah Bazar Ramadhan kita..!


Dulu bazar tu used to be sesak2 camni k. Nak bernapas pon susah. But now..?????


So sudahnya menu yg diharap-harapkan..

1) Nasik bukhari - Nasik beriani pon takde, nasik bukhari?? Berangan la... Nasik ayam pon dua tempat je ada. Dah la ala2 ayam kejung menopause. bukankah nasik ayam sepatutnya bersepah..??

2) Murtabak - Ada SATU gerai je jual. Ini juga bukankah makanan ruji warga2 puasa??? Kenapa satu tempat je ada.. WHY..???????? And orang nak beli u ols bayangkan la! Tak sanggup nak queue hokey!

3) Laksa Penang - Ada laksa yg makcik salu jual time pasar malam tu je, which is kuah dia hanyir gila (call me fussy pls!). And tempat2 lain... cammm better aku carik ikan kembung, rebuskan, blend tulang, masuk lam kuah ngan cili boh, ulam, asam keping, garam dan masak!

3) Soya bean - check!

4) Onde-onder or buah melaka - punya lah payah carik. ada pon sebesar guli je. Nway check!

5) Sebab nasik bukhari takde, so aku beli la pakcik Bukhairi. sorry kalo agak meracau. So aku beli nasik campur kat gerai nasik kerabu pakcik kelantan yg best gila tu. Nasik putih sama itu gulai peha ayam, solok lada, acar timun+nenas, sambal belacan. Enuff! terbukak kelenjar seleraku..

Aku punya la frust smalam. Tak bestnye apsal la... dah la berlopong2. apsal korang tak jual2 ni..?? ekonomi meleset or takutkan sesema babi..??? jual la wei....... apam balik pon menggagau nak carik, apatah lagi nak cari apam petak..??

So plan aku hari ni nak masak ayam gulai Trg - hubby's favorite (ok baru ni gaduh. lama hokey gaduh. so ala2 nak amik hati lah ni), sayur campur, masak asam telur, sambal belacan + tempoyak & telur dadar. Minum, air rutbir sudehh!

Or kalo ala2 tak dan a.k.a sampai rumah lambat, my plan B is .... singgah baazar ramadhan Greenwood (say babai to bazaar Sri Gombak!) dan bungkus la apa2 patut. tak decide lagik. Ikut halwa mata lah nanti.


So u olls, selamat menghabiskan puasa lagi setengah hari ni dan selamat berbuka kaw kaw nanti!

Satu Malaysia : Perhatian dan Pembetulan!

Expressed by Noorita Yusof at 1:39 PM 4 thoughs.. Links to this post
Ok, I'm on paper last Sunday (Mingguan Malaysia) tetapi Kak Adawiyah telah tersalah tulis sehingga semua orang had questioned me about it!



Noorita pentingkan kesempurnaan <-- Yea rite..!

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


Noorita


Sederhana dan memikat. Itulah gambaran personaliti yang dimiliki wanita ini. Mementingkan kesempurnaan, Noorita Yusof, 23 tampil anggun dan jelita. Kekuatan peribadinya yang tidak mudah mengalah menjadikan wanita bertudung ini tidak pernah mengenal erti putusa asa. Cabaran sebagai pakar teknologi maklumat digalas penuh dedikasi.


SETIAP apa yang dilakukan Noorita, baik perihal diri sendiri, keluarga atau kerjaya, dia utamakan kesempurnaan. Dalam aspek penampilan misalnya, bertudung tidak menghalangnya memiliki personaliti memikat.


Tidak hanya mengutamakan pakaian, Noorita turut menata rias wajahnya dengan solekan sederhana.


“Saya juga sentiasa mengikuti perkembangan maklumat terkini kerana teknologi maklumat sentiasa mengalami perubahan,” katanya yang membina laman web dan montaj untuk syarikat-syarikat.


Pada masa lapang, Noorita gemar membaca, mencuba resipi baru, berjoging dan berbasikal.


Namun, Noorita mungkin mengurangkan aktiviti fizikal pada bulan Ramadan.


“Seperti biasa, saya tidak akan mengabaikan sahur. Sebagai tambahan, saya akan memakan vitamin untuk memelihara kesihatan. Memandangkan jarak masa antara habis bekerja dan berbuka agak terhad, saya selalu singgah di bazar Ramadan untuk membeli makanan,” ujar juara Pencarian Pesona De'Wajah Harmoni 2008/2009 ini.


Pernah menjadi pengedar One Drop Perfumes, Noorita mengakui pendapatannya ketika itu memang lumayan.


“Wangian tanpa alkohol ini memberi jaminan yang baik kerana kualitinya (bau tahan lama) dan amat mudah digunakan untuk orang Islam khususnya pada bulan ini,” jelasnya yang turut memakai topeng muka ketika berada di tempat yang sesak untuk mengelak jangkitan H1N1.



For those yang terlepas membacanya Ahad lepas adalah sungguh rugi ahaks! Walau bagaimanapun this artikel also available online.

Tapi online punya tak complete. Umur kontroversi tidak dinyatakan.

Ok di sini saya nak buat pengakuan, saya adalah memberitahu reporter itu bahawasanya umur saya adalah 29 tahun, bersamaan masuklah ke usia tiga puluhan pada tahun depan.

Yang menjadi tertulisnya 23 tahun di sini adalah mungkin kerana typo error, terkelabu mata, tak percaya saya ada 29 tahun oleh kerana muka muda remaja (maybe and jangan muntah)or saja nak market diri ini. Karang letak 29 cam tua sgt la pulak org baca.

Untuk pengetahuan, saya adalah very the jujur dalam memberitahu umur saya. Kalo 20 cakap 20, kalo 29 cakap 29, kalo 56 I akan cakap 56. Insya Allah saya berusaha utk tidak menjadi 'Kak' Saripah Aini yang berumur 35 tahun pada setiap tahun..

So inilah sahaja pengakuan saya. Jadi puas hati kan..? Saya tak mengaku muda taw... Malu aa dah tua2 tapi perasan muda. Tapi hati harus sentiasa muda dan ceria.. baru menyerlah ke muka..! ;)

Friday, August 21, 2009

Selamat Datang Ramadhan...~

Expressed by Noorita Yusof at 4:16 PM 2 thoughs.. Links to this post
Ramadhan datang lagi..

And again, this year, my very first day Ramadhan is not @ home. I mean my home, hometown..

Huk huk.. I know.. I have my own family now, but still, I miss the sweet and unforgettable moment during my childhood or besar sket dari childhood.

Again.

Aku akan merindui semua ini..


- Terawikh ngan ma, abah n adik kat masjid terapung.

- My mum dishes.. Ma's ayam percik is THE BEST! oh... I want...

- Abah punya air tembikai. The tembikai adalah tidak diblend or apa2. Just dipotong kecik2, halus, so masa minum adalah menyambil kunyah tembikai tu. uhuk! uhuk!

- Bubur lambuk my nenek yg astaga punya la sedap!

- Pasar Ramadhan either Shahbandar, kat pantai Batu Buruk, Batu 6 or mana2 aja2 yg menjual sarok lada yg terbaeekk!

- 7 bedil to welcome Ramadhan di petang 'megang'.

- Bedil bukak posa.

- Bedil pertama sahur + bedil kedua (penutup sahur).


- Bangun and tolong ma siapkan juadah sahur..


And let's not talk about persiapan raya. Lagu syahdu...



So this year, aku akan berpuasa dengan suami dan keluarga, buat kali ke 4..

Hopefully can build a sweet memory macam zaman kecik2 dulu... (macam mustahil).



So readers, Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa semua..!




Tuesday, August 18, 2009

Apabila amarah melanda...

Expressed by Noorita Yusof at 3:25 PM 10 thoughs.. Links to this post
Sesuatu pasal aku yg mungkin ramai orang tak tahu..


Aku boleh jadi seorang yang pendiam, jika berada di tempat baru..

Aku boleh jadi seorang yang pemalu, jika berada bersama orang yang aku crush into...

Aku boleh jadi seorang yang pengecoh, jika bersama teman-teman rapatku..

Aku boleh jadi seorang pelawak jenaka, jika bersama mereka yang sekepala denganku..

Aku boleh jadi seorang yang keras kepala, dikalangan mereka yang bodoh sombong..

Aku boleh bertukar menjadi singa lapar 4 hari tak makan, jika darah sudah naik ke ubun2 kepala...



Apakah madah pujangga gurindam jiwa di atas tu kan..

Ekceli tu ala2 intro la.. cam montaj before start cerita kan.. haha..

Yang sebenarnya yang berkaitan di dalam ini gambar hanyalah ayat terakhir tu. yang mengandungi the lion king nye cerita tu..

Citenye cenggini..

Last week kot, masa my parents datang KL, ada la satu malam yang memalas masak di rumah tu kan, kitaorang decide la nak pegi makan kat Satay Kajang Haji Samuri kat Taman Melati. Cam ala2 berdekatan ngan rumah kan. Apakejadah kalo nak pegi sampai Kajang kan.. Sempat sebu dulu perut kami.

So kawasan ni nak nak kalo malam kan, biasa la. cam ada selonggok gula pastu semut dok sibuk berkerumun. Lagi2 lah skang gula mahal, lagi la byk semut dok bertenggek <-- cam takde kena mengena. abaikan. Then kalo dah ramai orang tu kan, parking pon harusla ramai kan, dan haruslah full dan haruslah pusing2 kan. But lapa nye pasal, fine.. Cari jugak sambil membaca 'Ya Rozaq' (bak kata my mum, ni doa utk mudah dapat parking he..).

So pusingan kali kedua tu ada la sebuah Satria ni nak keluar parking. Tapi yg menjadi terkial-kial utk keluar tu coz ada sebuah BMW merah menyala baeeek nye melintang parking kat tepi jalan kan. Like...



Kotak itam adalah kereta si mengah nak keluar, manakala kotak merah adalah kereta si dungu paleotak. Kotak itam tersebut juga adalah lakaran parking lot yg bakal diisi oleh kete abah aku.

Cuba anda perhatikan laluan yang sekecik alam tu. Di mana letak akal pikiran ko yang pegi parking jugak menyempitkan ruang tu kenapa..????

Dan yang paling tidak bersivik sekali tu, tuan punya kereta ada di situ hokey. Cam berkeliaran tak tentu arah kat tepi tu ngan anak dara dia sambil bercakap2 di telefon. Like SEBOKKK nye aku ni kannnnnnnn... Sampai buta tak nampak orang termengah2 nak kluar parking sebab kete ko kan.......... By the way, the tuan kereta is seorang makcik yg umur cam ala2 Rozita sendayu tinggi tu. Bukan Rozita Che Wan jauh sekali Rozita Akmariza Ismail.

So dengan penuh susah payahnya gohed gostan gohed gostan dapatla kete Satria itu keluar.. Then abah aku pon masuk la parking tu kan. Masuk senang, kuar tu yg sengsara kan. Sapa bawak kete pakai lesen memandu original tau la kot. Yg lesen Kopi kapal api mesti main taram je gesek kete kiri kanan kan.

Then prom pram prom pram makan abis la sudah berperut kenyang lalala suka hati gendut tali kecapi..

Bila kitaorg menuju ke kereta we all like... "The stupid red car is still there...????"

Ingat kot dah tgk orang tadi susah2 kuar tu ko reti2 la nak alih kereta ko carik parking ke berambus ke apa kan. Skali ada lagi??

So seperti diduga, mmg la berlengas abah aku nak kuar kan. Tadi Satria dan nak terkucil apatah lagi WAJA..??? Nasib tak Hummer. Kalo Hummer mmg aku rodok je kete ngok tu!

Then aku tak masuk lagi la dalam kete tu coz cam nak jadi polis trafik kat abah aku kan. Tapi setelah melihat ke-stuck-an kereta di tengah laluan sempit tu kan, like why not aku cari tuan punya kete bermasalah tu kan? Kan aku tau sapa tuan dia kan..??

Time tu kete2 yg lalu jalan tu dah start jam and stuck coz kete bapak aku dok tengah2 kan. Aku ternampak la anak tuan kereta tu tengah buat muka bodoh-tak-pass-SPM kat tepi kedai sambil goyang2 kaki. Tengah tunggu mak dia la tu kot. Cam astaga!!! Ko ni bengong ke tuli ke hapa ha..???

Aku pon apa lagi terus jerit kat budak tu - "Dik! Mak kau mana?? Ni kereta ni tolong alih!"

Sayugia diingatkan bahawa saya adalah tempik ok. Dan diingatkan lagi bahawa sebelah tu adalah open-air table kedai mamak kan. Like ramai gila orang kat luar tu tengah makan minum..

So budak tu pon dengan gegas2 carik mak dia dan mak dia (still on phone) kunun gegas2 la nak alih kereta (like baru sekarang..???).

Aku kasik lagi berdas2 kat makcik tu.


"Makcik........... Tolong la parking kereta makcik ni kat parking lot ye.. Ni bukan tempat parking hokey.. Tuu tempat parking melambak tu sila la cari ye..."


"Makcik tengok tu kereta punya panjang jam sebab kereta makcik ni tak nampak ke..? So sila lah alih kereta cari parking ye makcik.. Ni jalan laluan orang bukan tempat letak kereta!"


Si makcik tak puas hati la pulek...


"Hey, APA..??!!"


"Makcik sila alih kereta ni dan carik parking boley??!"


Aku mmg bersuara dengan KUAT ok. Dan the whole ppl kat depan kedai mamak tu dah start bagi tumpuan.


"Can you speak properly or not..??!"


Wah wah wah...................

Ko yang salah ke aku yang salah skang...???

Cam ko nak marah aku pulak???

Bukan nak cakap sorry kejadah apa kan..

Aku pon balas la!


"I CAN SPEAK PROPERLY AND WILL SCRATCH YOUR CAR AS WELL!!"



Terdiam orang tua tu terus masuk kete. Apa kau ingat plat kete bapak aku 'T' ko ingat kami orang kampung tak reti speaking..??

I tell you, kalo dia balas mmg aku tembak lagi.


"Ingat orang kaya ni pandai sangat. tapi sayang kereta lawa tapi tuan kereta bodoh!"



Tiba2 adala 2 orang abang ni dari kedai mamak tu datang kat aku sambil - "Rilek dik rilek nanti abang tolong.."

Pastu lagi sorang abang pegi kat keta abah aku sebab abah aku dah start bukak cermin kete dia dengan muka menyinga kan, the same ayat - "Sabar pakcik sabar.. rilek rilek.."

Then aku masuk je kete terus cam ZOOOMMM blah kan. Nampak la muka makcik huduh tu masam gile. Of coz la adalah keaiban yang teramat sgt coz ..

1. Aku tengking dia tengah2 orang ramai berkumpul kan.
2. Yang tengking dia adalah budak kanyak cam aku.
3. Yang tenking dia adalah orang kampung.
4. Sume orang harusla kutuk tak pon maki hamun dia sebab bodoh gila.

Kalo aku mmg tak sanggup nak turun dah dari kete tu. Aku akan blah je bagi menyelamatkan air muka aku yg dijatuhkan oleh orang tak berapa kaya cam dia.

Luckily on that time Mr Hubby tak ada skali (away atas sebab2 bisnes).
Seriously kalo dia ada, dengar je makcik tu menjawab tu kan, samada muka dia bersepai kena tumbuk or, kereta dia remuk kena hentak. Tu je. Don't play play aa...


Moral of the story is, aku akan menjadi begini kalo kena pada tempatnya.

Ala2 Incredible Hulk gitu. So jangan kasik aku marah!

Hua hua hua.....


Tuesday, August 11, 2009

My little baby boy..

Expressed by Noorita Yusof at 4:53 PM 2 thoughs.. Links to this post


My dear little baby boy is turned to 1 year old like few days ago. To be precised - 10th Aug 09.

Betapa cepatnya masa berlalu cam pejam celik pejam celik kencing berak kencing berak tup tup dah setahun dah my sayang..




Ahmad Mu'az bin Ahmad Arif..

Something about him..



10th August 2008....

Dilahirkan awal seminggu dari jangkaan. That day, 10th August 2008, pukul 5pm, aku just pegi GMC for a regular pregnancy checkup, I mean, a regular one. Dah la drive sendiri coz Mr Hubby ada hal dan dia akan menyusul kemudian. So check punya check, Doc kata dah terbukak like 5cm..?

So aku ditegah dah dilarang sama skali balik ke rumah instead terus naik labour room. Just sempat call Mr Hubby soh capai beg baby yg mmg dah siap kat bilik plus pesanan2 penaja yg lain. Luckily my in laws still here so no need to worry about my princess. (oh ya, masa ni si bibik ada lagi tapi peranan tak cukup penting).

So everything goes well sampailah my little prince hadir menjengah dunia tepat jam 10.52 pm kemudian.. It was a smooth laboring I tell u.. Really smooth...


See the blood spot kat tilam dia tu. I think they might terlukakan his head that time. Coz ada cam scratch sket kat kepala dia after that. Poor lil' boy..



He opened his cute lil eyes... For the very first time.. Oh.. It such a wonderful feeling...




His early 1st month adalah masa yg amat mencabar jiwa raga. Dia adalah juara menangis peringkat daerah I think. Menangis siang, malam.. malam siang... After kitaorang jumpa 'orang-pandai-tengok-budak' ke 5 barulah dia ok. After went through all kind of doa, jampi serapah, kena bambu dengan daun kelapa, duduk kat kain kuning, pakai tali hitam ect ect..



And he's growing as a beauty healthy baby....



























Teruslah membesar anakku..

Semoga kesihatan, kebahagiaan dan kesejahteraan terus memayungimu...





I LOVE U SOO MUCH!

Wednesday, August 5, 2009

Orang2 yg takde kerje..

Expressed by Noorita Yusof at 4:17 PM 7 thoughs.. Links to this post
Korang perasan tak jenis2 blog yg korang pernah baca??






Jenis 1 - Eat & Food oriented.

This is my favorite type of blog like forever!! Sangat seswai dengan jiwa pemakanan aku so membaca blog ni sekali dengan gambar2-tangkap-airliur-leleh mmg buat aku rasa heaven hingga ke langit ke sembilan.. Nak nak kalo letak sekali resepi plus petua2. Mmg la aku akan terus try kan. Mana bleh tgk n imagine je.. In my blog list, I'm going to click on this FIRST!! Haha... can't wait for the update!




Jenis 2 - Ibu mithali yg gila prihatin.

Blog camni suka update tentang carta perkembangan anak2 beliau. Macam minggu lepas anak saya pandai tengok buku Animal Encyclopedia. 2 hari lepas anak saya pandai naik tangga dengan kaki kanan dahulu tak pon mulai malam tadi anak saya dah mula korek hidung menggunakan jari kelingking kiri..



Jenis 3 - Kekasih/Balak/Boifren/Girlfren/Suami/Isteri awal dan akhir...

Yg ni plak akan cerita samada jadual perkembangan suburnya hubungan sesama sendiri takpun cerita aktiviti2 yg dilalui bersama pada hujung minggu lepas. Paling tidak akan membuat percubaan menempek gambar lauk yg dimasak pada malam tadi dengan title - masak utk hubby... hubby suka asam masak pedas baby... Ala contohnya cam kisah cam- 2 hari lepas aku pening kepala sebab tercium bau ketiak hangit Bangla dalam komuter. Hubby sangat kesian melihat penderitaan aku dan cuba meredakan kesakitan dengan memicit2 manja.. Di samping itu dia juga memasak sup ayam jantan utk dinner aku. Ohh alangkah beruntungnya aku memiliki si dia yang sempurna.. Lepas makan, dia dukung aku ke katil. Dia selimutkan aku dan dodoikan lagu "Kenapa Singgah Tapi Tak Masuk". Sungguhpun lagu itu sangat bodoh, tapi kerana dia yg menyanyikan aku terlena. Bangun tido bla bla bla.....




Jenis 4 - Ahli politik tak jadik

Suka la cakap pasal isu2 semasa dan berdebat kenapa gerhana bulan tak jatuh pada hari sabtu ke, or berhujah psl penujuk perasaan di Jalan TAR patut dihukum cuci tandas awam di sekitar semua house selama 2 minggu ke.. Pendek kata segala isu semasa yg menjadi tajuk utama akhbar akan menjadi tajuk entry blog si ahli politik tak bertauliah ini.




Jenis 5 - Usblog

Kalo Ustaz artis jadi Ustiz, so Ustaz blog jadi Usblog, boley..?
Jenis sebigini suka membincangkan hukum hakam agama tak pon membentangkan fakta2 Colgate ada lemak babi or pencuci muka Loreal ada gelatin janin anak haram. Pastu di hujung2 entry akan kutuk2 orang tak peka la.. akhir zaman la apa la....




Jenis 6 - Peniagawan dan Peniagawati

Ni jenis yg paling pandai aku rasa. Mereka menjadikan blog kedai ataupun gedung2 jualan. Ada yg jual tudung, ada yg jual kain, ada yg jual brooch dan ada yg jual diri. Opss! Maksud aku jual perkhidmatan ler. Amik gambar ke, cuci rumah ke apa ke... Aku rasa ni antara tujuan memblogging yg paling berilmiah skali! Mubarako!!



Jenis 7 - I'm so PERFECT!

Jenis blogger yg aku baca rasa geli lubang telinga. Tapi nak jugak baca sebab nak jadikkan bahan borak masa lunch. Biasanya blog ini samada dimiliki oleh orang2 yg agak (agak ya) berada ke, anak2 orang berada ke, yg kawin dengan orang berada ke (contoh kawin dengan doktor ke cam wifey to a Doctor blerrgghh!) dan yg sewaktu dengannya lah. Yg pernah beli beg Gucci kat internet pon bleh dikira termasuk dalam golongan cam - I'm so Perfect & I'm going to show it off! haha... Blogger2 sebegini gemar menayang apa yg dia ada like this is my latest heels I have (beserta gambar besar kasut tumit tinggi Jimmy Choo) ataupun this is my wish list for this week beserta deretan gambar2 handbag, perfume jenama orang putih (One Drop Perfume apa kelas), 3G Ipod yg latest gila nak mam, and apa2 lah yg agak2 Eksekutif cam aku ni kena simpan duit 3 bulan baru boleh beli. Dan oh ya, kadang2 derang ni pandai gak masak. Nanti derang akan letak gambar "our last nite dinner" - pasta creamy mushroom bersama ricikan ayam belanda, chicken soup yg gila western abis dan dessert- ais krim Baskin Robin 3 rasa. Magnolia tak main k.. Ala kalo tak masak pon dia akan tempek gambar pegi fine dinner last nite kat Hotel Palaca of the Golden Horses.. Gambar lamb steak ke.. spaghetti ke wat eva lah. Nasik campur Makcik Risnah takde aa kat sini..



Jenis 8 - Mulut puaka marilah hentam menghentam.

First skali yg terlintas kat aku yg masuk kategori ni adalah apa lagi. amboi amboi amboi ler.... Cam dia sakit hati kat sapa2 so menjadikan blog sebagai tempat tembak menembak. Sapa terasa tu nasib la nyah... Haha... Yg menulis blog sebegini haruslah memiliki emosi amarah dan hati membara yang sangat tinggi. Barulah ayat2 yg dipakai tu kaw kaw dan power. Bak kata orang pedas hingga ke lurah hati ahaks!






Kalo korek lagi ni aku rasa byk jenis lagi ni..


So untuk blog aku korang rasa masuk kategori mana..?


Aku rasa sume2 pon ada hahahaha... (But no 7 is totally out, like I'm soo not that rich hokey haha).
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal