Tuesday, August 18, 2009

Apabila amarah melanda...

Expressed by Noorita Yusof at 3:25 PM
Sesuatu pasal aku yg mungkin ramai orang tak tahu..


Aku boleh jadi seorang yang pendiam, jika berada di tempat baru..

Aku boleh jadi seorang yang pemalu, jika berada bersama orang yang aku crush into...

Aku boleh jadi seorang yang pengecoh, jika bersama teman-teman rapatku..

Aku boleh jadi seorang pelawak jenaka, jika bersama mereka yang sekepala denganku..

Aku boleh jadi seorang yang keras kepala, dikalangan mereka yang bodoh sombong..

Aku boleh bertukar menjadi singa lapar 4 hari tak makan, jika darah sudah naik ke ubun2 kepala...



Apakah madah pujangga gurindam jiwa di atas tu kan..

Ekceli tu ala2 intro la.. cam montaj before start cerita kan.. haha..

Yang sebenarnya yang berkaitan di dalam ini gambar hanyalah ayat terakhir tu. yang mengandungi the lion king nye cerita tu..

Citenye cenggini..

Last week kot, masa my parents datang KL, ada la satu malam yang memalas masak di rumah tu kan, kitaorang decide la nak pegi makan kat Satay Kajang Haji Samuri kat Taman Melati. Cam ala2 berdekatan ngan rumah kan. Apakejadah kalo nak pegi sampai Kajang kan.. Sempat sebu dulu perut kami.

So kawasan ni nak nak kalo malam kan, biasa la. cam ada selonggok gula pastu semut dok sibuk berkerumun. Lagi2 lah skang gula mahal, lagi la byk semut dok bertenggek <-- cam takde kena mengena. abaikan. Then kalo dah ramai orang tu kan, parking pon harusla ramai kan, dan haruslah full dan haruslah pusing2 kan. But lapa nye pasal, fine.. Cari jugak sambil membaca 'Ya Rozaq' (bak kata my mum, ni doa utk mudah dapat parking he..).

So pusingan kali kedua tu ada la sebuah Satria ni nak keluar parking. Tapi yg menjadi terkial-kial utk keluar tu coz ada sebuah BMW merah menyala baeeek nye melintang parking kat tepi jalan kan. Like...



Kotak itam adalah kereta si mengah nak keluar, manakala kotak merah adalah kereta si dungu paleotak. Kotak itam tersebut juga adalah lakaran parking lot yg bakal diisi oleh kete abah aku.

Cuba anda perhatikan laluan yang sekecik alam tu. Di mana letak akal pikiran ko yang pegi parking jugak menyempitkan ruang tu kenapa..????

Dan yang paling tidak bersivik sekali tu, tuan punya kereta ada di situ hokey. Cam berkeliaran tak tentu arah kat tepi tu ngan anak dara dia sambil bercakap2 di telefon. Like SEBOKKK nye aku ni kannnnnnnn... Sampai buta tak nampak orang termengah2 nak kluar parking sebab kete ko kan.......... By the way, the tuan kereta is seorang makcik yg umur cam ala2 Rozita sendayu tinggi tu. Bukan Rozita Che Wan jauh sekali Rozita Akmariza Ismail.

So dengan penuh susah payahnya gohed gostan gohed gostan dapatla kete Satria itu keluar.. Then abah aku pon masuk la parking tu kan. Masuk senang, kuar tu yg sengsara kan. Sapa bawak kete pakai lesen memandu original tau la kot. Yg lesen Kopi kapal api mesti main taram je gesek kete kiri kanan kan.

Then prom pram prom pram makan abis la sudah berperut kenyang lalala suka hati gendut tali kecapi..

Bila kitaorg menuju ke kereta we all like... "The stupid red car is still there...????"

Ingat kot dah tgk orang tadi susah2 kuar tu ko reti2 la nak alih kereta ko carik parking ke berambus ke apa kan. Skali ada lagi??

So seperti diduga, mmg la berlengas abah aku nak kuar kan. Tadi Satria dan nak terkucil apatah lagi WAJA..??? Nasib tak Hummer. Kalo Hummer mmg aku rodok je kete ngok tu!

Then aku tak masuk lagi la dalam kete tu coz cam nak jadi polis trafik kat abah aku kan. Tapi setelah melihat ke-stuck-an kereta di tengah laluan sempit tu kan, like why not aku cari tuan punya kete bermasalah tu kan? Kan aku tau sapa tuan dia kan..??

Time tu kete2 yg lalu jalan tu dah start jam and stuck coz kete bapak aku dok tengah2 kan. Aku ternampak la anak tuan kereta tu tengah buat muka bodoh-tak-pass-SPM kat tepi kedai sambil goyang2 kaki. Tengah tunggu mak dia la tu kot. Cam astaga!!! Ko ni bengong ke tuli ke hapa ha..???

Aku pon apa lagi terus jerit kat budak tu - "Dik! Mak kau mana?? Ni kereta ni tolong alih!"

Sayugia diingatkan bahawa saya adalah tempik ok. Dan diingatkan lagi bahawa sebelah tu adalah open-air table kedai mamak kan. Like ramai gila orang kat luar tu tengah makan minum..

So budak tu pon dengan gegas2 carik mak dia dan mak dia (still on phone) kunun gegas2 la nak alih kereta (like baru sekarang..???).

Aku kasik lagi berdas2 kat makcik tu.


"Makcik........... Tolong la parking kereta makcik ni kat parking lot ye.. Ni bukan tempat parking hokey.. Tuu tempat parking melambak tu sila la cari ye..."


"Makcik tengok tu kereta punya panjang jam sebab kereta makcik ni tak nampak ke..? So sila lah alih kereta cari parking ye makcik.. Ni jalan laluan orang bukan tempat letak kereta!"


Si makcik tak puas hati la pulek...


"Hey, APA..??!!"


"Makcik sila alih kereta ni dan carik parking boley??!"


Aku mmg bersuara dengan KUAT ok. Dan the whole ppl kat depan kedai mamak tu dah start bagi tumpuan.


"Can you speak properly or not..??!"


Wah wah wah...................

Ko yang salah ke aku yang salah skang...???

Cam ko nak marah aku pulak???

Bukan nak cakap sorry kejadah apa kan..

Aku pon balas la!


"I CAN SPEAK PROPERLY AND WILL SCRATCH YOUR CAR AS WELL!!"



Terdiam orang tua tu terus masuk kete. Apa kau ingat plat kete bapak aku 'T' ko ingat kami orang kampung tak reti speaking..??

I tell you, kalo dia balas mmg aku tembak lagi.


"Ingat orang kaya ni pandai sangat. tapi sayang kereta lawa tapi tuan kereta bodoh!"



Tiba2 adala 2 orang abang ni dari kedai mamak tu datang kat aku sambil - "Rilek dik rilek nanti abang tolong.."

Pastu lagi sorang abang pegi kat keta abah aku sebab abah aku dah start bukak cermin kete dia dengan muka menyinga kan, the same ayat - "Sabar pakcik sabar.. rilek rilek.."

Then aku masuk je kete terus cam ZOOOMMM blah kan. Nampak la muka makcik huduh tu masam gile. Of coz la adalah keaiban yang teramat sgt coz ..

1. Aku tengking dia tengah2 orang ramai berkumpul kan.
2. Yang tengking dia adalah budak kanyak cam aku.
3. Yang tenking dia adalah orang kampung.
4. Sume orang harusla kutuk tak pon maki hamun dia sebab bodoh gila.

Kalo aku mmg tak sanggup nak turun dah dari kete tu. Aku akan blah je bagi menyelamatkan air muka aku yg dijatuhkan oleh orang tak berapa kaya cam dia.

Luckily on that time Mr Hubby tak ada skali (away atas sebab2 bisnes).
Seriously kalo dia ada, dengar je makcik tu menjawab tu kan, samada muka dia bersepai kena tumbuk or, kereta dia remuk kena hentak. Tu je. Don't play play aa...


Moral of the story is, aku akan menjadi begini kalo kena pada tempatnya.

Ala2 Incredible Hulk gitu. So jangan kasik aku marah!

Hua hua hua.....


10 thoughs.. on "Apabila amarah melanda..."

zura on August 18, 2009 at 5:48:00 PM GMT+8 said...

hahah....patut leh kate " and will scratch your face as well..." ngeh3...


boringla xde ym...jgn block blog jugak sudehhh.....

syanaim on August 19, 2009 at 10:42:00 AM GMT+8 said...

::garangnyerr akk..::

syanaim on August 19, 2009 at 10:42:00 AM GMT+8 said...
This comment has been removed by the author.
Pearl Akasia on August 20, 2009 at 12:41:00 AM GMT+8 said...

hahah..
patutnya kasi lagi banyak tu. sampai mak cik tu tak leh berkata-kata..

lyana kamarul bahrin on August 20, 2009 at 3:25:00 PM GMT+8 said...

hehehe. rasanya cam ni dh kali kedua ek ieta kene bab parking..aritu kat shopping complex kan? wah kalo lyana pun mesti marah gk.

Anonymous said...

org cam tu nak kena ajor baru paham.
bodoh piang namanya tuh.kte je besor.tp bangang.kalo saya kat tempat kak ieta pun saya camtuh.naik antu org kata.hehe
(eita jugak)

Anonymous said...

padan muke makcik tu...die igt die kaye org takut sgt dgn die n leh parking kete sesuke ati?

Anonymous said...

makcik bangang namanye tu.. hehe
ntah2 dia drebar je.. hahaha

Anonymous said...

Firstly, this comment is not to make you mad. It's just an opinion.

And my opinion is, you should have tried to talk to her nicely before you bombarded her with harsh words and yelling. After all, she's an old lady.

And, mind your grammar. It's funny how u say u can speak English very well but there's a lot of grammatical errors in your blog.

Hope this comment won't get deleted by you. Take this as a constructive criticism. :)

Ieta Yusof on September 1, 2009 at 11:17:00 AM GMT+8 said...

zura: patut la kan. and tambah scratch your doter face oso haha...
syanaim: I am ahaks!
wani: kalo dia jawab lg mmg kena la kan..
lyana: yana ingat lagi..?? haha.. last time kat parking mid kan ekeke.. saya bab2 parking jgn memain k...
Anonymous1: correct!
Anonymous2: haha.. ntah2 bibik! ekekeke..
Anonymous3: I have no time to nicely talk to such a rude creature like this. Besides, saya sedang marah, so tak boleh hipokrit berlakon sopan santun walhal dalam dada api marak membakar hehe..
Psl grammar yeah, saya ngaku saya mmg hancus abis dalam menulis dan speaking, but I dont care. Asalkan saya puas hati dan pembaca faham apa yg saya nak maksudkan shud be enuff. BTW, I think I know who you are. ;)

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal