Tuesday, August 25, 2009

Satu Malaysia : Perhatian dan Pembetulan!

Expressed by Noorita Yusof at 1:39 PM
Ok, I'm on paper last Sunday (Mingguan Malaysia) tetapi Kak Adawiyah telah tersalah tulis sehingga semua orang had questioned me about it!



Noorita pentingkan kesempurnaan <-- Yea rite..!

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my


Noorita


Sederhana dan memikat. Itulah gambaran personaliti yang dimiliki wanita ini. Mementingkan kesempurnaan, Noorita Yusof, 23 tampil anggun dan jelita. Kekuatan peribadinya yang tidak mudah mengalah menjadikan wanita bertudung ini tidak pernah mengenal erti putusa asa. Cabaran sebagai pakar teknologi maklumat digalas penuh dedikasi.


SETIAP apa yang dilakukan Noorita, baik perihal diri sendiri, keluarga atau kerjaya, dia utamakan kesempurnaan. Dalam aspek penampilan misalnya, bertudung tidak menghalangnya memiliki personaliti memikat.


Tidak hanya mengutamakan pakaian, Noorita turut menata rias wajahnya dengan solekan sederhana.


“Saya juga sentiasa mengikuti perkembangan maklumat terkini kerana teknologi maklumat sentiasa mengalami perubahan,” katanya yang membina laman web dan montaj untuk syarikat-syarikat.


Pada masa lapang, Noorita gemar membaca, mencuba resipi baru, berjoging dan berbasikal.


Namun, Noorita mungkin mengurangkan aktiviti fizikal pada bulan Ramadan.


“Seperti biasa, saya tidak akan mengabaikan sahur. Sebagai tambahan, saya akan memakan vitamin untuk memelihara kesihatan. Memandangkan jarak masa antara habis bekerja dan berbuka agak terhad, saya selalu singgah di bazar Ramadan untuk membeli makanan,” ujar juara Pencarian Pesona De'Wajah Harmoni 2008/2009 ini.


Pernah menjadi pengedar One Drop Perfumes, Noorita mengakui pendapatannya ketika itu memang lumayan.


“Wangian tanpa alkohol ini memberi jaminan yang baik kerana kualitinya (bau tahan lama) dan amat mudah digunakan untuk orang Islam khususnya pada bulan ini,” jelasnya yang turut memakai topeng muka ketika berada di tempat yang sesak untuk mengelak jangkitan H1N1.



For those yang terlepas membacanya Ahad lepas adalah sungguh rugi ahaks! Walau bagaimanapun this artikel also available online.

Tapi online punya tak complete. Umur kontroversi tidak dinyatakan.

Ok di sini saya nak buat pengakuan, saya adalah memberitahu reporter itu bahawasanya umur saya adalah 29 tahun, bersamaan masuklah ke usia tiga puluhan pada tahun depan.

Yang menjadi tertulisnya 23 tahun di sini adalah mungkin kerana typo error, terkelabu mata, tak percaya saya ada 29 tahun oleh kerana muka muda remaja (maybe and jangan muntah)or saja nak market diri ini. Karang letak 29 cam tua sgt la pulak org baca.

Untuk pengetahuan, saya adalah very the jujur dalam memberitahu umur saya. Kalo 20 cakap 20, kalo 29 cakap 29, kalo 56 I akan cakap 56. Insya Allah saya berusaha utk tidak menjadi 'Kak' Saripah Aini yang berumur 35 tahun pada setiap tahun..

So inilah sahaja pengakuan saya. Jadi puas hati kan..? Saya tak mengaku muda taw... Malu aa dah tua2 tapi perasan muda. Tapi hati harus sentiasa muda dan ceria.. baru menyerlah ke muka..! ;)

4 thoughs.. on "Satu Malaysia : Perhatian dan Pembetulan!"

Byzura Razali on August 25, 2009 at 7:54:00 PM GMT+8 said...

umur u betul 29? biar benar...tak mcm pun! u look really young! petua?????

Pearl Akasia on August 26, 2009 at 12:24:00 AM GMT+8 said...

ahhaha.. betul3x..
kalu dia tulis umur 20 pun orang mesti percaya..hehe..
petua.. makan la vitamin slalu.. dan paling penting.. senyum..(*_*)

zura on August 28, 2009 at 10:55:00 AM GMT+8 said...

hahhhaa....i bace paper ni taw...

agen one drop perfume kah....?

PENA MINANG on August 29, 2009 at 3:11:00 AM GMT+8 said...

yang ni memang kelakar....member saya siap tampal muka 'Puan' dekat loker dia....pastu siap marah saya lagi....sekali bila dah ter'reaveal' yang Puan ni dah kahwin + dah ada anak...terus dia down...so tugas saya dan member saya yang lain adalah untuk menggelakkan diri beliau sehingga azan subuh berbunyi....By da way...saya & member saya yang lain pun tak percaya umur puan dah 29....hahahahah...kompem puan makan jamu

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal