Friday, September 18, 2009

** Salam lebaran untuk semua... ~

Expressed by Noorita Yusof at 3:33 PM 0 thoughs.. Links to this post
YEAY!!!!

Raya is just around the corner..!

And it's like LUSA..???

WOOHOOOOOOOOOOOOOOO!!





Mesti korang pelik ngan aku kan.

Entry bawah ni sikit punya la meratap tangis kan sedih, tapi entry ni meloncat riang la plak..

Dah kenapa dah.

Adakah sebab terlalu sedih sampai agak2 mereng..??


Mana de mereng weh... Aku still boleh posa tak batal lagi tau..


Ekceli aku jadi camni coz aku dah decide to THINK POSITIVE!!


Like kalo ko bersedih hati pon menda tetap jadi gitu gak kan.

So rather then ko murung dan susahkan hati sendiri why not you just enjoy!!

Kita ENJOY..!!!

Lagipun aku ada anak2 comel aku bersama2, suami tersayang, mama, papa, abang ipar, kakak ipar, anak2 buah dan orang2 sekeliling kan..

So apa lagi aku nak..?

Just enjoy la kan..

Memang la aku tak nafikan sayu tetap sayu tapi.... life goes on!

Asalkan anak2 aku happy, aku akan tetap happy.. =)


Even kad raya untuk Mr Hubby pon dah ready ekekek..




p/s: Apsal makin lama kad makin kecik kan. Awal2 dulu kemain dengan lagu2 dengan buat sendiri berwarna
      warni lagi. Ni namanya takdan n tak sempat nak buat sendiri k cayang.. Serius takdan n takde masa..
      Nway ia tetap menjadi tanda ingatan kan... ^_^



So untuk menambah kehepian aku tu kan, tak lain tak bukan aku harus la pikir pasal "MAKAN".

Aku bertekad nak makan banyak2 gitu raya ni coz aku nak naikkan sket berat badan.

Posa ni kurus kering la amat la plak.

It's good for me coz aku boleh muat semua, diulang SEMUA baju aku yg dulu2 hatta masa aku umur 15 tahun pon, but still aku rasa kena naikkan sket berat.

Nanti Muaz makin besar, aku makin kecut, karang ada tersembam dukung dia.

Lagi pulak, jeans aku dah melonggar sket ni, tak seksi aa wei jadik papan lapis!


So...................

Sebagai menjadi salah seorang warga raya Johor..

Raya ni aku adakah looking forward for................



1)


Beriani Gam!!




2)

Lemang ketupat dan rendang!!!



3)

Satay!!!!




4)
 
Lontong!!

 



 5)
 
Nasik minyak!!!




6) 
 
Soto!!!




 7)
 
 Kek Cekelatttt!!




And last but not least...................






DUIT RAYA!!!!




Untuk anak-anak ler... ekekke....



Yes! Yes!

Tak sabar..!


Jadi bersempena Syawal yang akan menjelang ini, saya dari blog 11apples ingin memohon ampun dan maaf pada sesiapa saja yang mengenali diri ini, baik secara berdepan atau secara maya virtualisasi. Harap diampuni segala salah silap, terkasar bahasa dan tersinggung hati.

Jika termakan minum, harap halalkan semuanya..

Pada yang pulang beraya di kampung, hati-hati di jalan raya ketika memandu. Yang tidak memandu sila ingatkan pemandu bas, pemandu keretapi mahupun pemandu kapal terbang supaya berhati2 juga.
Suruh mereka ingat orang yang tersayang k..

Semoga Aidilfitri ini terus membawa sinar bahagia pada kita semua..

Di sini Ieta ada serangkap pantun untuk renungan semua..



Meriahnya halaman bercahaya pelita,
Rumah nan indah bersedia menanti raya,

Enjoylah raya bersakanlah kita,

Balik raya bukak blog tempeklah gambar ya.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. 
MAAF ZAHIR BATIN!





Wednesday, September 9, 2009

Ho ho ho balik kampung......???

Expressed by Noorita Yusof at 4:30 PM 4 thoughs.. Links to this post
Today is 19th Ramadhan already. Ini bermakna proses pengepuasaan sudah hampir sampak ke kemuncak dan ke penghujungnya.. Lagu2 raya sudah mula berdendang2 di radio2. Orang sudah sibuk-sibuk berpusu2 ke Jalan Tar,Jusco, Gulatis dan apa2 lah tempat banyak kuman H1N1 terbang. Mak mak dan anak-anak mak yang tempah kuih raya or lapis serawak ke apa sejak dari 5 hari sebelum puasa dah bersedia utk terima kuih by end of this week. Langsir2 dah dipasang besi, karpet2 lama dah start divacum, karpet2 baru dah dibentang dan macam2 persiapan lagi lah.




Tapi aku....



FRANKLY.




Aku TAKDE mood langsung nak buat apa2 pon..



Shopping ke..



Tukar2 langsir ke..



Pikir kuih2 raya ke..



Baju raya dah siap ke.. <-- even mama tempah kaler apa pon aku tak amik tahu!



Hari apa nak balik kampung ke..



Apa nak bawak balik ke..



Brapa duit raya nak tukar kat bank kasik budak2 tahun ni..



Apa2 lah! Malas nak pikir!



Sebab apa la pulak aku jadik camni kan..? dah sasau ke hapa?



Sebabnya...................




Buat pertama kali dalam kehidupan ini.....




Aku TAK raya kat Terengganu!!!!!!


Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............!!


Terasa menyesal jadik malaikat sebab offer hubby balik kampung dia tahun ni.
Padahal memang dia tiap2 tahun nak balik Trg, lebih meriah katanya..

So selepas 4 tahun asyik balik Trg je, so tahun ni kunun2 aku offer dia balik JB la pulak. Kunun aku nak rasa suasana raya tempat lain..

KONON kan.........!!!!!

Sudahnya..


Dah dekat2 countdown nak raya ni kan, mula la jiwa aku sayu semacam!!!


Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............!!


Apakah kemeriahan yang sama akan aku kecap di Johor Bahru?

Apakah keriuhan di dapur memasak rendang dan memasukkan kuih ke balang di malam raya seperti aku bertahun lakukan di Bukit Besar, Terengganu akan terjadi dia Bandar Baru Uda, JB..?

Apakah akan berebutan seterika hendak menggosok baju raya pada malam itu..??

Apakah akan kedengaran 7 bedil di petang terakhir ramadhan dan 7 bedil di pagi syawal...?

Adakah mama akan riuh rendah seperti ma aku suruh bersiap cepat sebab nak pegi masjid, pastu hantar lauk2 ke jiran sebelah dan naik kereta cepat2 ke rumah nenek sebab takut sempat budak2 datang beraya ke rumah lantas kita stuck dah tak boleh keluar..? (yg pasti tidak ke rumah nenek. hubby dah takde nenek/atuk/tok wan/ tok ayah/tok mak ect ect..)

Apakah kami akan berarak dari satu rumah ke satu rumah sampai lencun peluh dan tumpang semayang rumah orang sampai ke petang hari..??

Apakah aku akan gembira dan bising seperti selalu atau aku hanya akan termenung sahaja..????


Apakah..????


Aku harap sangat raya pertama tu akan berlalu SECEPAT mungkin!!!


Cam wooshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dah abis raya pertama!


Sebab raya kedua hubby dah janji nak balik Trg! YEAY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



But still...



Kemeriahan malam raya yg aku nantikan itu tidak akan aku kecapi tahun ini.... :(

Takpelah...

Adat la kan kalau dah gatal nak kawin orang jauh2..

Terima je la kan..

Mana tau, lagi meriah ke. Duit raya lagi besar ke.. Kuih lagi sedap ke... <-- sedapkan hati sendiri la pulek....

So guys, anda balik raya ke mana tahun ni..???

Enjoy lah kampung halaman anda selagi boleh.....



Gambar ini melambangkan kesedihan. bukan melambangkan baru cabut bulu ayam nak buat rendang.

Friday, September 4, 2009

CHECK IT OUT..!!

Expressed by Noorita Yusof at 11:13 AM 2 thoughs.. Links to this post
Hi Peeps..!

Finally...... Impianku menjadi kenyataan....

Check out my new born baby...










So guys, jangan lupa visit and place your order k..? TQ... =)

Thursday, September 3, 2009

Bukak posa paling best pada tahun ini...

Expressed by Noorita Yusof at 1:50 PM 2 thoughs.. Links to this post
Cuti 31 Ogos baru2 ni aku tak gi mana2 pon. Jauh skali balik kg.

Becoz.....

My parents yg datang KL! YEAY!!!

So a day before derang datang tu aku dah perah otak dah dok pikir apa nak masak utk derang bukak posa esok ni. Coz derang tolak pagi kan, so sampai KL dah dekat2 nak buka dah. Harusla kea masak wallah2 sket kan ^_^

So pikir nye pikir aku decided nak masak Patin Masak Tempoyak!! Wahhh!!!! It's like everyone's favorites in my family!

Jadi pagi2 buta aku dah tercongok kat pasar Sri Gombak tu utk mendapatkan ikan patin terbaeekkkkk! Then malam tu pukul 1.30 pagi ye, diulang PAGI, aku start masak. Sebab apa masak time orang dah tido2 mati ni kan, sebabnya...
- anak2 dah tido.
- esok nak masak takut budak2 buat hal ke apa karang tak dan.
- tak muat nak simpan ikan kat freezer coz dah penuh ngan daging burger mr hubby.
- buat time ni mmg kompem sedap! sebab boleh rasa. haha..! <-- ni paling penting hokey.


Kemudian... dipersembahkan...!!


 PATIN MASAK TEMPOYAK PEDAS KAW KAW!!!


Oh my gosh!!! Me likey...!!!

Siap masak dah dekat2 kol 2. Ha kau hamik! Tgh2 malam bau tempoyak semerbak.. Hantu tempoyak terlepas ke apa ni hehe....

So dah siap aku tinggal atas meja n tutup ngan tudung saji la kan . Karang terus simpan dalam peti ais karang rosak la plak peti sejuk tersebut.. Cadang nak simpan masa sahur nanti..

Dah beres aku boleh terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzz................

So esoknya aku buat la tambahan2 lauk....


Sambal telur or telur masak asam org ganu panggil..


Ayam masak kicap for Mr Hubby as dia bukan pemakan ikan patin. 

 
Masak kicap je..?? Tu sebab dia yg mintak. Kalo dia mintak ayam percik sekalipun mmg hamba sanggup sediakan cewah!

My family tiba kat umah dalam kol 5 gitu.. So selaku ibu yg power dan best gile, dia sempat jugak sediakan juadah2 di bawah ni...


Budu sebagai pembuka selera...


Kuih Skaya. Sempat tu kuarkan steam pot baru aku tu utk buat kuih ni.


Bila ma buat apa2 pon terus jadik sedap! ^_^

 
Ini bukan sejenis kuih ye. Ini adalah bapa sedara saya yg juga datang pada hari itu hehe..


Kemeriahan pada hari itew...


So... Inilah hari paling bahagia di bulan puasa pada tahun ini bagi aku.. =)
Ntah bila nak bukak ngan ma abah lagi coz aku dah takde cuti nak balik2 kampung gatal2 gitu. Plus tahun ni raya kat tmpt bukan negeri Terengganu Darul Iman aman makmur, so lagilah.... :((

Nasik Johor + Lauk Ganu...

Expressed by Noorita Yusof at 12:48 PM 2 thoughs.. Links to this post
Last Saturday Mr Hubby 'mengidam' nak bukak posa makan nasik minyak la pulak...
Nasib dah amik resepi nasik minyak Johor from Aunty Tie, so blagak la boleh on tanpa byk soal. Just kurang susu cair ngan minyak sapi je. Mintak la Hubby beli kan. Ingat dia tgh sibuk2 tu cam malasla kot tak pun cancel la soh masak lauk lain. Rupanya2 dia adalah sanggup tukar baju, start kete and membeli bahan2 itu di kedai runcit berdekatan k. So ini adalah petanda supaya sana kena masak nasik ni sedap2 hari ni.

Dah cukup segala bahan pom pang pom pang, nah! Siap nasik minyak saya! :D


Watak utama - the nasik minyak...


Dipadukan dengan gulai ayam Trg (his request well I ikot je..)

Acar timun..
Kuih hari itu.. karipap dagingss..


Penghilang dahaga - Bandung aissss....
So mari kita lihat resepinya.... ^_^


Untuk nasik
Bahan2:
- Minyak sapi
- Bawang putih (2 ulas kecik, dimayang)
- Bawang merah (3 biji,dimayang)
- Halia (stengah inci,dipotong halus2)
- Rempah ratus (cengkih/bunga lawang/buah pelaga/kayu manis)
- Daun pandan (2 helai disimpul)
- Susu cair (dalam stengah cawan)
- Air
- Garam
- Beras (of coz la kan. Ieta prepare ni utk 4 pot)

Cara2:
- Panaskan minyak sapi (dalam 2 sudu besar) dalam kuali. Kalo tanak muak sgt letak sesudu minyak sapi and sesudu butter/minyak masak.
- Tumis bawang2, halia ngan rempah ratus sampai wangi.
- Then masukkan air secukupnya untuk menanak nasik kita (baik sukat awal2 kat periuk nasik)
- Masukkan susu cair dan garam. Garam kena lebihkan coz nasik kita kena ada rasa. Kalo tak tawar habiaq dek non.. Tunggu sampai mendidih then tutup api.
- Prepare beras basuh siap2 dalam periuk nasik. Then tuang air tumisan kita tadi ke periuk nasik. campak daun pandan tu skali ye. Then tanak nasik itu. (Tanak or masak or 'on'kan nasik itu).


Untuk Gulai Ayam
Bahan2:
- Ayam secukupnya.
- Bawang mesin.
- Halia (stengah inci,dipotong halus2)
- Rempah ratus (cengkih/bunga lawang/buah pelaga/kayu manis)
- Cili boh
- Rempah kari daging
- Santan
- air asam jawa + sedikit belacan
- Daun kari
- Daun sup sket
- Kentang
- Cili padi
- Air
- Garam/gula

Cara2:
- Tumiskan bawang mesin, cili boh, halia, rempah ratus and daun kari sampai agak garing dan wangi.
- Then masukkan rempah kari yg dah dicampur air sket. Kacau lagi sampai nak garing jugak.
- Dah garing, masukkan air asam jawa. Kacau pelan2.
- Masukkan kentang dan ayam dan tambah air utk kuah. Masak dengan api sederhana.
- Bila agak2 dah mendidih kejap tu, masukkan santan. Santan nak skettt je. Dalam 2-3 sudu besar je. Nak kasik rasa lemak je. Banyak2 kang jadik ayam masak lemak plak.
- Pastu masuk gula sket je, dalam stengah sudu kecik. Kasik spark sket je gula tu.
- Biarkan mendidih sampai ayam ngan kentang empuk.
- Dah empuk tu masukkanlah garam secukup rasa ngan cili padi sebijik2 takyah potong. Tu utk dipenyek2 ketika makan nanti. slurrpps! Masuk jugak daun sup yg dah dipotong2.
- Dah masak n agak2 puas hati tu, tutup api. Siap!


Untuk acar timun

Bahan2:
- Timun
- Carrot
- Bawang merah sebijik
- Cili besar
- cuka makan
- garam/gula

Cara2:
- Potong timun cam saya potong tu. Buang isi kat tgh dia yg ada bijik2 tu.
- Potong carrot alus2 gitu..
- Mayang bawang merah and cili merah nipis2.
- Then masukkan timun, carrot , cili ngan bawang dalam satu mangkuk. Masukkan dalam 3-4 sudu cuka makan. Garam sket, gula sket. Pehtu gaul gaul gaul...
- Kemudian, dah siap! Boh dalam pinggan cantik2. Senang kan.. :)

Air bandung takyah resepi la kot. Melampau la tu kan hehe..



So camtulah... Nasib la sume menjadi secukup rasa cewah.. Agaknya nawaitu masak utk kasik hubby makan kot.. So dipermudahkan haha.. Tapi lets say kita terbuat nasik tawar kan, just cairkan garam dalam air panas then tuang je ke beras tu. pastu kacau2 sket then tutup balik biarkan dalam 5-10 minit. Nanti nasik kita sedap balik hehe... Nasik tu plak before kering kan kena salu2 kacau so nanti dia sebati cantik je.. masa nak angkat lak bleh renjis sket pewarna kuning kalo nak. Tapi hubby saya tak suka kalering2 ni, so saya tak boh lah. Dah angkat tu tabur ngan bawang goreng... Gila nasik minyak ah rupa nasik kita! :D

Dah lepas bukak ngan sahur, nasik ada la tinggal dalam secawan lebih sket gitu. Pagi ahad tu I pakai nasik lebih tu buat nasik goreng utk anak2. Licin makan kau... So Alhamdulillah.. tak membazir langsung nasik saya kali ni.. :)

Jadi peeps.. Renung-renungkan dan selamat mencuba...!
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal