Wednesday, September 9, 2009

Ho ho ho balik kampung......???

Expressed by Noorita Yusof at 4:30 PM
Today is 19th Ramadhan already. Ini bermakna proses pengepuasaan sudah hampir sampak ke kemuncak dan ke penghujungnya.. Lagu2 raya sudah mula berdendang2 di radio2. Orang sudah sibuk-sibuk berpusu2 ke Jalan Tar,Jusco, Gulatis dan apa2 lah tempat banyak kuman H1N1 terbang. Mak mak dan anak-anak mak yang tempah kuih raya or lapis serawak ke apa sejak dari 5 hari sebelum puasa dah bersedia utk terima kuih by end of this week. Langsir2 dah dipasang besi, karpet2 lama dah start divacum, karpet2 baru dah dibentang dan macam2 persiapan lagi lah.




Tapi aku....



FRANKLY.




Aku TAKDE mood langsung nak buat apa2 pon..



Shopping ke..



Tukar2 langsir ke..



Pikir kuih2 raya ke..



Baju raya dah siap ke.. <-- even mama tempah kaler apa pon aku tak amik tahu!



Hari apa nak balik kampung ke..



Apa nak bawak balik ke..



Brapa duit raya nak tukar kat bank kasik budak2 tahun ni..



Apa2 lah! Malas nak pikir!



Sebab apa la pulak aku jadik camni kan..? dah sasau ke hapa?



Sebabnya...................




Buat pertama kali dalam kehidupan ini.....




Aku TAK raya kat Terengganu!!!!!!


Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............!!


Terasa menyesal jadik malaikat sebab offer hubby balik kampung dia tahun ni.
Padahal memang dia tiap2 tahun nak balik Trg, lebih meriah katanya..

So selepas 4 tahun asyik balik Trg je, so tahun ni kunun2 aku offer dia balik JB la pulak. Kunun aku nak rasa suasana raya tempat lain..

KONON kan.........!!!!!

Sudahnya..


Dah dekat2 countdown nak raya ni kan, mula la jiwa aku sayu semacam!!!


Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............!!


Apakah kemeriahan yang sama akan aku kecap di Johor Bahru?

Apakah keriuhan di dapur memasak rendang dan memasukkan kuih ke balang di malam raya seperti aku bertahun lakukan di Bukit Besar, Terengganu akan terjadi dia Bandar Baru Uda, JB..?

Apakah akan berebutan seterika hendak menggosok baju raya pada malam itu..??

Apakah akan kedengaran 7 bedil di petang terakhir ramadhan dan 7 bedil di pagi syawal...?

Adakah mama akan riuh rendah seperti ma aku suruh bersiap cepat sebab nak pegi masjid, pastu hantar lauk2 ke jiran sebelah dan naik kereta cepat2 ke rumah nenek sebab takut sempat budak2 datang beraya ke rumah lantas kita stuck dah tak boleh keluar..? (yg pasti tidak ke rumah nenek. hubby dah takde nenek/atuk/tok wan/ tok ayah/tok mak ect ect..)

Apakah kami akan berarak dari satu rumah ke satu rumah sampai lencun peluh dan tumpang semayang rumah orang sampai ke petang hari..??

Apakah aku akan gembira dan bising seperti selalu atau aku hanya akan termenung sahaja..????


Apakah..????


Aku harap sangat raya pertama tu akan berlalu SECEPAT mungkin!!!


Cam wooshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dah abis raya pertama!


Sebab raya kedua hubby dah janji nak balik Trg! YEAY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



But still...



Kemeriahan malam raya yg aku nantikan itu tidak akan aku kecapi tahun ini.... :(

Takpelah...

Adat la kan kalau dah gatal nak kawin orang jauh2..

Terima je la kan..

Mana tau, lagi meriah ke. Duit raya lagi besar ke.. Kuih lagi sedap ke... <-- sedapkan hati sendiri la pulek....

So guys, anda balik raya ke mana tahun ni..???

Enjoy lah kampung halaman anda selagi boleh.....



Gambar ini melambangkan kesedihan. bukan melambangkan baru cabut bulu ayam nak buat rendang.

4 thoughs.. on "Ho ho ho balik kampung......???"

syanaim on September 10, 2009 at 12:37:00 AM GMT+8 said...

::kak ita buat sya seram plak..dahlah thn ni insyallah thn terakhir secara solo..thn dpn dah kena prepared raya kat kg future hubby..uwaaaaaaaaa..seram::

Anonymous said...

akak,saya pun thn ni raya kat blah suami.uwaaaaaa :(
thn lepas sonok,mkn2,msk,riuh2 ngn adik beradik kat umah mak.thn nih termenung je kot.
tp nak wat camane kan..kena bergilir2 la.
tp think +ve.raya tetap raya wlau dimana kita berada,tak kesahla umah mak mertua ke,hiburkanlah hati.sedih thn nih tak dpt tlg mak:(
uwaaaaaaaaaaaa

Ieta Yusof on September 10, 2009 at 1:53:00 PM GMT+8 said...

syanaim : hehe ala jgn seram lak.. mana tau kemeriahan tetap ada kan. (huwaaaaaaaa!)

anonymous : yeke. tulah, kalo dah pagi raya tu mungkin tak terasa sangat. tapi paling sedih part malam raya kan. yg meriah2 sibuk siapkan itu ini kan. tu yg tak tahan tu :((

Pearl Akasia on September 12, 2009 at 5:07:00 PM GMT+8 said...

bestnye.. malam raya adlh part yang tak leh lupa skali.. pagi raya adalah part yang kena minta maaf ngan family.. syahdunye..

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal