Thursday, October 29, 2009

The runaway-stupid-maid..

Expressed by Noorita Yusof at 4:36 PM 4 thoughs.. Links to this post
Do you still remember this entry..??

Kat bawah2 sket aku ada cakap yang Eni, bekas orang gaji aku tu lari kan?
Tapi aku tak prasan lak takde entry yg aku cite pasal kisah pelarian itu.

Ok, aku brief la sikit.


Eni Faridah binti apa tak tau. Dalam ID card dia takde tulis. Binti AhmadIndonTakKenangBudi kot.

Umo 30, masa start keje ngan aku. Mula kerja ngan aku Mei, 2007.
Asal, Jawa (Jawa Tengah ke Barat ke Selatan ke Tenggara ke aku lupa dah heh). Janda, anak sorang.

Sejak dari awal dia jejak rumah aku, aku memang layan dia macam family.

Even tahap kau adalah tahap kuli batak hamba abdi kat rumah tu kan, tapi atas dasar sesama manusia, aku memang layan baekk punya.

Bukan saja2 buat baik so kalo suatu hari nanti kami melancong ke Tanah Jawa jadi aku boleh la kontek ko bawak jalan2, bukan ya. Tapi atas dasar sesama manusia and memang dasar rakyat Malaysia memang baik hati kat orang2 kau. Walaupun orang kau buat ta*k kat kitaorang.



Jangan.


Jangan emo dulu.



So kami layan la kau sebaik mungkin..

Gaji kau memang kami tak pernah sentuh sama sekali. Makan kau sah2 la free.
Kami makan ikan bawal, ko makan ikan bawal. Kami makan udang harimau, kau makan udang harimau. Kami makan ketam, kau makan ketam. Takdenya kami makan ayam, kau kena makan nasik basi.

Sama rata.

Sebab, kami tau, kau pon manusia. Bukan kucing kurap.

Ubat gigi, berus gigi, sabun mandi, shampoo rambut, pad dan segala macam keperluan kau, kami kasik free.

Belum masuk perbelanjaan rawatan cuci-dan-cabut gigi2 kau yang asyik2 la berlubang sebab tak pernah pegi dentis tu. 100% ditanggung.

Gaji kau. Selamat.

Belum lagi sakit demam pening sakit perut sakit hitu sakit hini even panggil tukang urut, urut kau sekali sebab tau la kau lenguh jaga anak2 aku kan --> Free Of Charge.

Bawak pegi jalan2, KLCC, KL Tower, Mid Valley dan segala ceruk tempat even ko mengada2 cakap kau pening naik kereta. Bukan aku suruh jalan kaki pun.

Kalau balik kampung, mengadu tak hengat la yang kau pening nak mati. Aku bagi kau rehat dulu.
Tido baring lepaskan penat. Kumpul tenaga. Even aku pon kepenatan jugak. Tapi tak rehat sebab kau lebih utama. (terasa baik dan bodoy la plak).

Masa raya, belikan baju raya. Kain yang best tak panas, masuk angin, kaler cantek dan tak gila darat ulu --> FREE. Hadiah raya.

Duit raya dari aku, laki aku, ma abah aku, mama papa aku, sedara mara. Dah berapa?

Lagi? Baju2 lama aku (bukan tak lawa ok. vougue!), baju2 baru purposely beli utk kau, henbegs (with 's' ok), kasut selipar, gelang emas dan segala jadah kami beri.

Satu sen pun duit kau kami tak ketuk.

Masa kau nak balik Indon, bonus, periuk nasik, blender, beg, hitu hini segala jadah dibekalkan utk kau, even aku dah tempat lunch kau dalam flight, utk pastikan kau selesa balik --> Juga FOC!

Dera??

Sentuh kulit pon tak pernah. Paling tidak aku naik suara sikit kalo kalau lembab nak mam*us. Tu je.

Bukan aku hantuk kepala kau ke dinding dan curah air panas sebab kau asyik bergayut dan buat2 tak dengar anak aku nangis kan.

Dan apa balasan kau??

Kau pegi lari tengah2 malam kot pintu dapur.

Lari lepas sebulan kami renew permit kau.

Lari 4 hari lepas kau balik bercuti ke kampung kau.

Lari tanpa sebab.

Tiba-tiba. (kitaorang agak dia kenal ngan jantan mana dalam flight masa balik smula ke Malaysia).

Even masa nak renew permit dah tanya byk kali, kalo kau nak brenti silakan.

Mana tau dah gatal nak menikah dengan pekerja kontraktor rumah depan. (macam kami tak tau ko main mata ngan dia masa jemur baju).

And kalau kau stay, kami tambah RM50 gaji kau.

Takkan tambah RM500 kot! Gaji bersih beb! Tanpa sebarang potongan!

Dan, kau memilih utk sambung.

Konon tak sanggup meninggalkan anak2 aku.

Sayang. Konon.





Dan semalam.




Hubby ada terjumpa dia.

Kat Greenwood (Greenwood je?? Aku ingat dah sampai Labuan dah kau!).

On the way pegi kerja.

Agak la kan, drama.

Menangis2 kononnya rasa bersalah buat macam tu kat kitaorang.

Sebab kitaorang semua baik dengan dia.

Dan macam2 lagi la kisah dongeng rakyat kau putar alam kat laki aku.

Yg aku tak tahan tu, siap bgtau gaji tempat baru dia skang adalah RM750.

Apa kau ingat laki aku nak offer kau balik pastu nak tambah jadi RM800???



Boleh jalan!



Konon lagi.



Dia tak sanggup nak menatap wajah aku di majalah. Gementar.

Dan dia aware aku menang pertandingan hari itu. Tapi dia tak mampu nak ucap tahniah.

Hey! Even kau tinggalkan anak2 aku TIGA hari before final aku tu, aku tetap boleh perform ok!! Tak berkudis!



Konon lagi.



Setiap kali dia ternampak kanak2, dia akan teringat Sofiya, Muaz.

Sebab dijaga dari kecil..



Sembang!!



Yang aku tau satu je.





Kau memang dasar tak kenang budi!






Nasib baik la yang terjumpa tu Mr Hubby.

So rasional la kan.

Aku tak dapat bayangkan kalau aku yang jumpa.

Aku tak boleh jamin yang aku takkan kasik penampar sebijik kat kau.

Biarkan rasa!



Fine..



Hubby cukup marah kalau aku cakap camni.

Katanya maafkan saja.

Ini adalah ujian daripada Allah untuk menguji kami sekeluarga.

Kuatkah dan ikhlaskah hati kami untuk memaafkan manusia.

Mampukah kita mengawal marah dan dendam pada orang yang bersalah.




Aku memang dah maafkan dah.

Tapi macam yang aku cakap.

Nak betul2 maafkan tanpa ada sikit pon rasa dendam tu aku tak pasti.

Sebab setiap kali cakap pasal dia, akan terbit rasa amarah dan panas yang meluap2 di sudut hati.




Well. Aku akan cuba.

Mungkin akan reda lagi 50 tahun, siapa tahu.







p/s: Si Indon tu tak tau yang kitaorang dah cancel permit dia segala. Yakin je dia cakap nak balik Indon tak lama lagi. Siap la kau kena tahan kat aiport antar balik naik tongkang. MUAHAHAHHAHHAHAH!!!!!






Kalau aku dera macam ni layak la jugak kalau kau nak lari kan?

Wednesday, October 28, 2009

Muka tu elok sket boley??!

Expressed by Noorita Yusof at 3:19 PM 3 thoughs.. Links to this post
** WARNING**
Sebelum saya mengfurtherkan diri dalam entry kali ni, saya nak mintak maaf siap2 kat sapa2 yang bakal terasa, terkecil hati, tertidak puas hati or apa2 perasaan negatif yg yg bakal terbit nanti. Saya cuma nak mengexpress perasaan diri, that's all. No offence!



Aku ni kan, ANTI gila ngan satu golongan manusia ni.

Anti bukan sebab aku ni jahil sangat, tapi anti sebab perangai derang yang buat orang sekeliling dia rasa jahil.

Senang cakap, aku cukup tak suka kalo ko tu yg berappearance dakwah habis lalu memandang hina pada yg berpakaian kurang dakwah macam ko tu!

Ha kan dah terus terang..

Dulu masa kat UM, punyalah ramai bangsa2 macam ni. Sebab? Sebab kat UM ada fakulti akademi Islam. So ramaila yang berjubah bertudung labuh segala tu. Once again. Aku tau bukan semua la perangai cam bagus tu kan. Tapi KEBANYAKKAN yang aku jumpa memang memikul perangai cam har*m tersebut.

Fine..........

Aku tau la ko pakai tudung labuh tutup bontot segala..
Aku tau la aku pakai tudung bawal je. (time tu takde nye lagi tudung2 Ekin kejadah apa ni). Aku tau la tudung tu aku broochkan ke kiri kanan bahu so aku tak tutup dada lantas memberi ilusi bonjol buat santapan mata2 keranjang lelaki mata lapar.

Aku tau la ko pakai baju jubah labuh di luar, baju t-shir dan seluar track di dalam, dan anak2 baju berlapisan di dalam dalam.
Aku tau la aku pakai baju t-shirt biasa je dan kadang2 agak2 menonjolkan lekuk tubuh menawan. Kadang2 lengan baju aku agak pendek lantas menyerlahkan gebunya kulit lenganku..

Aku tau la ko kalau tak pakai baju kaler kelabu ta*k anjing, mesti pakai baju kaler ijau pudar ataupun kuning buruk cair.
Aku tau la aku suka pakai baju berwarna warni ceria, pink dan menyerlahkan gaya lincah.

Aku tau la ko akan berjalan berbondongan dengan rakan2 usrah surau, samada ke perpustakaan mahupun ke bilik TV utk menonton Halaqah.
Aku tau la aku kalo tak pegi shopping dengan kawan2 fakulti, mesti pegi tengok wayang dengan budak2 rumah. Paling koman mesti kuar makan dengan boifren.



Tapi.........................................................



Tak semestinya kau kena buat muka cam haram kan dengan orang-orang cam aku setiap kali berselisih bahu.........

Takyah kata berselisih bahu la, ternampak dari jauh ke ko terus tarik muka lapan blas inci muncung dan masam macam cuka basi!

Cam sangat hina la nak memandang orang2 yg tak seberiman macam kau ni kan.....

Kalo senyum lagi la berdosa ko gamaknya ye dak?


Hey I tell you.


Macam ni ke cara Nabi Muhammad SAW junjungan mulia kita ajar ko cara berakhlak?

Macam tu ke cara baginda suruh ko layan sesama umat manusia yang kau anggap 'sesat'?

Abis, kalo dengan orang kafir, lagi la hina kan? Habis? Takleh lalu kat karpet yang sama dengang orang kafir lalu kah? Nanti ko kena samak kasut kau 5 kali??

Aku nak bgtau sket ek buat orang2 macam ni.


Kalau macam ni lah gaya akhlah 'mulia' yang kau tunjukkan, dari orang yang huha huha ko claim jahil lagi sesat tadi dah mula insaf kan, jumpa ngan kau je terus cancel nak bertaubat ok! Takpun tangguh hingga ke satu tarikh yg akan dibincang semula. Sebab apa??? Sebab layanan kau tu sangat la 'warmmmmm' kan... sangat 'mengwelcomingkan' utk jadi baik macam kau kan....


Tu orang Islam yang dari jalan tak betul nak memperbetulkan jalan.

Kalau kau nak tarik orang kafir..???

Dengan muka dan 'akhlak' macam tu..?????????


Yang jadi herannya.


Derang ni (mostly ok. aku tak kata semua), dengan pompuan2 (nak2 yang lawa dari dia kan) kemain muncung lagi mulut kalo bertembung! Belom campur buat2 merengus lagi.

Tapi kalo dengan jantan............ amboiiiiiiii kemain tetiba bertata tertib la budi pekerti kau kan........
Siap bergelak ketawa dan usik mengusik riang..........

Even la laki tu terang2 tindik telinga and kau tau dia teguk arak masa company dinner tahun lepas. Takde pulak kau rasa geli dan tercemar berkawan dengan diaorang ek..????

Sebab jantan kan............ Adrenalin rush tu agak lain macam sket...
Lupa jap tudung labuh penutup lekuk ngan stokin kaki utk mengcover tumit dara kau tu.

Again. No offence.

Jangan melatah.

Aku cuba nak bagi peringatan kat sesetangah yang mencemar imej wanita Islamik yang lain.

Kalau ko memang berbaju jubah sebab dulu kau sekolah menengah agama Khairiah, tapi bila dah kerja bercampur baur dengan mat salleh sekalian, hati dah rasa macam disko. Jangan la hipokrit..

Sebab kau tu bawak imej Islam. Nanti orang lain tengok derang cakap apa?

"Ha tu lah. Fanatik Islam. Islam freak. Sebab tu muka pon ganas. Tak reti senyum. Terrorist!"


Ha... suker bila derang claim srikandi Islam camtu..????


Aku brani cakap ekh. Aku ada kawan yang sosial gila nak mam, pakai seksi gila bab, tapi akhlak 1st class I tell U!

Tapi ada budak floor aku ni yang berlitup dari hujung rambut sampai ke hujung kuku kaki, tapi muka..? TAPAI!!!

Senyum??? Jangan harap!!! Tengok aku ngan budak2 aku je dah jeling tempat lain.
Lu apehal???? Aku kacau kau ke??? Ke aku ada pembuakan tet*k keterlaluan yang kau rasa tak tenteram tu??

Sorry. Teremo.


So.... Please la..


Mesej yang aku nak sampaikan satu je. (Cam filem plak nak sampai2kan mesej ni).


Tonjolkanlah keperibadian mulia sesuai dengan imej suci yang kau bawak tu.

Jangan riak.

Kita tak tau pengakhiran hidup kita macamana.

Baik ke, tak elok ke (nauzubillah).

Yang penting, jangan cemarkan nama agama kita.

Kalo kau yang nak tercemar, tu kau punya pasal!



Renung-renungkan. Selamat Beramal.




Tuesday, October 27, 2009

Adakah anda benar2 prihatin..??

Expressed by Noorita Yusof at 5:20 PM 2 thoughs.. Links to this post
UN-FULLSTOPS-ABLE QUESTIONS..!

Ini adalah contoh-contoh soalan bocor yang akan selalu, sokmo, pasti, musti, harus ditanya oleh sesiapa sahaja-sedara,mak sedara, mak menakan, mak kawan2, kawan, handai, taulan, musuh ketat dalam selimut dan sesiapa sahajalah yang ingin menonjolkan kemahiran berbasa basi mereka dengan anda..

Betul atau tidak...?


Start kita lahir je menjengah dunia...

---- Soalan2 lazim utk ibu2 kita.. --

1 bulan:
"Bersalin normal ke potong?"
"Brapa kilo?"

2 bulan:
"Baby nyusu badan tak?"

3 bulan:
"Baby nangis tak malam2?"

4 bulan:
"Baby pandai apa dah?"

5 bulan:
"Senang tak jaga baby?"

6 bulan:
"Baby dah start merangkak dah?"

7-12 bulan:
"Dah start kasik baby makan dah? Makan apa ek?"

1 tahun:
"Baby dah bleh jalan dah?"

2 tahun:
"Anak dah pandai baca ABC,123 sampai abis dah?"

3 tahun:
"Anak antar intelligent school mana?"

4 tahun:
"Anak dah start antar ngaji Muqaddam?"

5 tahun:
"Anak dah boleh baca tak?"

6 tahun:
"Anak tadika bistari mana?"

7-11 tahun:
"Anak salu dapat nombor brapa?"


-- Maka bermulalah soalan untuk diri kita sendiri... --


12 tahun:
"UPSR dapat braper A?"

13 tahun:
"Dapat masuk asrama penuh tak?"

14 tahun:
"Tahun depan PMR. dah ready?"

15 tahun:
"PMR dapat brapa?"

16 tahun:
"Dapat masuk boarding school mana? MRSM ke?"

17 tahun:
"SPM brapa A?" <-- (or aggregat masa time aku)  

18 tahun:
"Dapat masuk U mana?"

19-21 tahun:
"Bila abis blaja?"

22 tahun:
"Dah dapat kije?"

23 tahun - sehingga la kau kawin:
"Bila nak kawen??"

Dah kawin:
"Dah ada isi ke?"

Dah ada 'isi':
"Bila due?"

Dah branak:
Soalan utk baby: (sila rujuk dari '1 bulan')
Soalan utk mak baby : "Bila nak tambah?" <-- sampai perut ko kembung lagi.  

Dah bertambah lagi satu 'isi':
Soalan utk baby: (sama seperti di atas)
Soalan utk mak baby : "Bila nak tambah lagi?" <-- berterusan sampai kembong berulang kali.

Bila dah lepas stage 'marilah pregnant again and again':
"Bila pencen?"

Dah pencen (buat kakitangan kerajaan) or dah tua (buat non-gov):
"Bila nak gi haji?"

Dah gi haji 8 kali and umrah pat blas kali - sampai tua bangka:
"Bila nak mam**s??" <-- soalan diutarakan dalam hati sahaja



Friday, October 23, 2009

Katakan TANAK to accident! (InsyaAllah..)

Expressed by Noorita Yusof at 5:35 PM 0 thoughs.. Links to this post
Aku tak tau lah kenapa lately aku asyik berhadapan dengan kejadian2 mari bergolek dot depan kete aku.

Hari tu ada moto ni dah tergolek. Pastu ada hari tu lagi ada jugak moto terbabas sendiri kat tengah2 Federal Highway. Tau je la Federal Highway kan. Jalan yg sokmo2 sebok sampai kiamat. Lagi tragis, ada treler baekk nye blakang dia and NASIB BAIK treler tu break dengan penuh skretchhnya. Kalo Kelisa aku gilis kurang2 penyek je kepala tu. Abis kalo treler namblas meter tu gilis???

Pastu petang smalam ada lagi. Yang smalam tu sendiri dia jatuh. Baru pas ujan pastu jalan ofkos licin. Yg ko laju dah tau jalan berbumper tu knape?? Dah break screttchhh jugek apa lagi kecelepuk la jatuh kan. Nasib aku ngelak (lagi). Kalo tak.. hmm faham2 ler..

Disebabkan aku dah biasa sgt (more than once hokey), so aku cam dah tak berapa nak terperanjat-lemah-jantung dah. Paling obvious hok smalam tu. Cam pom jatuh kan, aku boleh je elak sambil berkata - "Lerrrr jatuh lagi... Yg laju tu kenapa..." Ohh... sungguh megah lagi berani perkasa lagi kan aku.. Takde terkejut2 ungka dah. Paling2 aku istighfar je. Well.. Alhamdulillah perasaan panik aku dah mengurang. (ada gak la sipi2 tu. normal kan. abnormal aka robot ET je takde perasaan).

Dan aku. Bukan tak penah aku tak eksiden. Dalam ayat kurang belit-aku pernah eksiden. Tapi Alhamdulillah so far kejadian eksiden aku tu hanya membabitkan kecederaan besi luaran. Yakni kete je ler yg kena. Kecedaraan kulit badan ALHAMDULILLAH so far, tak pernah kena lagi.


Antara yg aku ingat..


Eksiden 1
Masa ni aku sekolah rendah tak silap aku. That time abah aku pakai Volkswagen kaler kuning. Kete leme nok faham2 la kan. Ada skali tu abah aku kebetulan hilang suara sebab sakit tekak. Ni hilang suara yg kaw kaw sampai hilang terus! Takde tahap iti2k serati dah. Itik serati ada la jugak kuar tempias2 suara tu kan, tapi abah aku totally ala2 bisu!
So masa tu we all lalu Chinatown (kat ganu ada china town. aku suka lalu tak tau nape). Ntah cemane tiba2 break ada problem pastu bunyik POM! POM! POM! gila bapak kuat! Ingat nak berkecai lapan dah kete aku tu. Dah la takde break. And plus lagi abah aku takde suara. Dia just "hah hah hah!" nak bitau la kete tadak break and tawakkal je la kan langgar kejadah hapa kat depan kan.
NASIB BAIK la Allah maha kaya kan. Dan dan je ada tempat parking kosong belah kiri and abah aku masuk je la parking tu dari sondol kete depan kan. Dan kuasa Allah jugak dan dan masuk je parking tu, kete kami pon stop kerana geseran udara berjaya memberhentikan ia.
Fuh! Nasib baik I tell you! Kalo tak aku tak tau la brapa byk kete akan terlibat dalam kejadian kesondolan secara melulu itu.


Eksiden 2
Masa ni aku dah pakai kete sendiri. 1st time la pendek kata kete aku masuk bengkel. Ada hari tu aku nak carik bank kat KL. Bank apa ntah ingat dah. So aku mmg tak brapa familiar area2 Bukit Bintang tu. Maklumlah aku bukan ahli mengelubbing kan diri kan.
So tengah2 kepala dok carik2 bulding kan aku boleh BAM!! sondol kete depan! Tak sedar ok rupanya ada traffic light and kete depan stop. Aduhhhh... teruk gak bumper depan kete aku and kete poton saga yg aku sondol tu sampai pecah lampu break dia. Nasib la pompuan yg drive kete tu and tak lah marah2 aku. Deal2 sket bayar dalam RM50 settle!
Tapi aku la kena sampai RM600 pastu repair kete aku! Nasib bapa mertua tersayang aku memahami dan lantas menyara belanja tersebut. Hutang duit dan budi dibawa mati betullah.. (p/s: sampai skang aku baik ngan dak2 yg aku langgar tu. agaknya time tu derang kesian kot tgk muka gelabah aku he....)


Eksiden 3
Ni bukan salah aku aa... Ni orang menyondol senggol senggollan aku pulak. Time tu aku nak gi Tesco. Nak beli enpon si Eni sebab dia nak kasik anak dia (baik tak aku? mengdrivekan dia semata2 nak beli enpon. Dasar tak kenang budi btol!) ok, sambung.
Jalan Kuching masa tu adalah agak2 jam, bumper to bumper. Pastu ada skali tu aku tergerak hati nak tengok cermin pandang belakang tu kan (kalo jangan pandang belakang mmg ko nak eksiden mati cepat la kan), mmg aku nampak baik kete demi kete langgar melanggari antara satu sama lain dengan kencangnya. Aku dengan penuh aksi stuntmannya terus pulas stereng aku ke kanan sket. sooo.. kalo orang blakang langgar aku so aku takdelah langgar plak org depan kan. Hebat tak hebat? Bleh berlakon Tokyo Drift 2 dah aku ni. Oh memang tepat jangkaan aku kan. Memang BAMM! la kan buntut kete aku. Aku cam aaaaaaaaaa tension!!!!
And aku tak tau la semangat samseng jalanan aku datang dari mana kan terus aku turun kete pegi ke pemunca pelanggaran tu. Harusla lori apek bawak. Aku trus marah2 apek tu tanpa belas kasihan. Melihat aku begitu, orang2 lain yg kena langgar pon turut serta dalam acara mari membuat apek berpucat muka.
Kalau nak tau, corak pelanggaran itu adalah seperti berikut:





Berdasarkan gambarajah, kete peachy tu aku punyalah. Ada ala2 posisi stunt gitu kan.
So lorry langgar kancil putih, kancil putih hentam viva hijau, viva hijau sodomy my fabulous Kelisa gold. Macam ala2 marilah senggol senggol kereta2 perodua. Kete yg selamat (atas tindakan hebat pemandu belakang dia-higlight) adalah wira merah. nasib la ko kan..

So settle kat balai la kan. Aku takyah kuar sesen coz insurans kete2 senggolan yg bayar.


So uolss.. hati2 la k memandu tu. Jangan melulu atau tercangak2 mencari bangunan sampai hentam kete orang k..

Ingat orang tersayang.. pandu cermat jiwa dan kereta or moto or apajadah kenderaan anda selamat. Yang paling penting... duit selamat..

Thursday, October 22, 2009

Still trying to be the best among all..

Expressed by Noorita Yusof at 3:56 PM 2 thoughs.. Links to this post
You know what...



Being a leader, is the most toughest job in the world!



Yes, tough for a good leader.



But too way easy for a bad one.



For me, aku pegang satu je.



I cannot give you the formula for success, but I can give you the formula for failure: which is: Try to please everybody.
- Herbert B. Swope -

Wednesday, October 21, 2009

Sedar tak ko sedang buat kelaka nok..???!

Expressed by Noorita Yusof at 4:34 PM 6 thoughs.. Links to this post
Kat opis kitaorang ni ada sorang colleague kitaorang ni nama dia tett... (atas sebab2 keselamatan he..) Dia ni girl yg jenis agak gempal2 dan berpewatakan selamba <-- intro dulu. nanti orang tak faham nge.. Dia ni amatla kelaka, dan suka membuat kelaka dan masalahnya dia tak sedar pon dia adalah sedang mencipta kekelakaran. Macam ada sesetengah orang buat lawak punyala berapi sampai tersembur2 air liur tapi lawak haram jadah tak kelaka langsung!
Mari kita semak sket antara lawak2 jenaka Ratu Lawak-tanpa-disedari ini..  

Scene 1
RatuLawak: *sengih*
Penyibuk : "Nape tu RL..? Boifren ek..."
RatuLawak: "A'ah.. boifren orang he..."
Penyibuk :"Ni boyfren hak mana ni.. Nombor brapa haha.." <-- cuba buat jenaka sebenarnya.
RatuLawak: "Yang no 6.." <-- serius :|

Scene 2
RatuLawak: "Korang kenal tak ada abg yg bawak bas HP kita tu.. Baik tau dia.. ensem lak tu hehe.."
Penyibuk :"Huh...?? Yg mana RL..? Kitaorang tak penah prasan sapa2. Sama je blaka.."
RatuLawak:"Ala yg nama Rain tu.." <-- Nama saya Rain..??
Penyibuk : "Kami tak pernah tau nama2 drebar bas kita tu RL ekeke... Ni yg mana ni...?" <-- Memang tak penah hafal dan perasan jenis2 drebar yg ada. Yang botak ke, yg rambut kontot ke apa ke..
RatuLawak: "Ala.. ni ha gambar dia.. he.." <-- sambil tunjuk enpon dia.
Penyibuk :"Huh...?? RL sempat snap curi2 gambar dia dalam bas yek... kemain haha.."
RatuLawak: "Taklah.. Dia MMS gambar dia kat orang.."
Penyibuk : ...............  

Scene 3
Penyibuk : "Eh tadi kan, kita tengok ada satu video ni.. Orang mati kena letrik kat India.. ngeri siot..!"
RatuLawak: "Ala orang penah tengok sendiri ngan mata orang..."
Penyibuk : "Yeke RL? Kat ne..?"
RatuLawak: "Ala.. kat sekolah orang dulu.. Budak tu pandai... Dia nak pegi stadi obersea tapi bapak dia tak kasik. Bapak dia soh masuk UM."
Penyibuk : "Tanak masuk UM sampai bunuh diri???" <-- terasa terhina kerana budak buduh itu menolak utk masuk universiti terbaekk dia Asia!
RatuLawak:"A'ah.. dia tanak... Pahtu dia panjat ada satu bangunan sekolah tu pastu dia terjun atas wayar letrik" <-- tiket kapal terbang express ke neraka.
Penyibuk : "Wah...!!! RL tau camne..? RL baca paper ke..???"
RatuLawak: "Taklah.. org tengok sendiri masa tu.. Orang yang 1st skali tengok.. Masa tu dah nak maghrib dah.. brasap lagi. Perut dia abis terburai.." <-- muka selamba nak mam!
Penyibuk : "Ha.. Camne RL leh tgk lak masa tu. Tak balik lagi ke..?"
RatuLawak: "Eh orang Penolong Ketua Pagar Sekolah ok!.. Orang la last balik tiap2 hari sebab kena tutup gate".
Penyibuk : *dah berguling*


Scene 4
RatuLawak: "Orang nyampah betul kalo nak bayar loan bank Tuutt tiap2 bulan. Mesti kena gi bank dia sebab takleh maybank2u!"
Penyibuk : "Sama la kita. Dah la tak banyak branch. Pastu salu bz nak gi. Kadang dah pegi, skali mesin down la pulakk..!"
RatuLawak: "Eh orang kan, kalo mesin rosak, orang tepon je kastemer service dia. Complain time tu jugak! Cam eh mesin awak rosak ni! Dah la saya takde masa nak datang bayar. Awak ingat saya tak bz ke..? ngan meeting lg ngan keje byk lagi.. Datang2, mesin pulak rosak! Kalo camni saya nak bayar blan depan lah! sekaligus 2 bulan! bla bla bla.."
Penyibuk : "Eh kita kan kalo mesin rosak terus cam ok, blah!"
RatuLawak: "Eh boleh complain la wak... Ada tepon putih kat tepi dinding tu.. Angkat je pastu complain. Nanti derang noted masalah kita.."
Penyibuk : "Kita tak pernah tau ada boleh komplen2 gini wak.. Tepon putih lagi kita tak pasan." <-- sapa perasan angkat tangan!
RatuLawak: "Betull ada... pegi check tak caya.. Kadang orang saja2 je angkat tepon tu saja buat2 cakap ada problem. Ada skali tu sampai sejam orang borak!"
Penyibuk : *pengsan*


Scene 5
RatuLawak:"Smalam orang pegi spital tau.. sakit perut sangat2.. pastu orang park la dekat emergency tu. pastu ada guard tanya - apsal letak sini? mana pesakit?"
Penyibuk : "Abis awak jawab apa..?"
RatuLawak: "Kita jawab la kita la yg sakit"
Penyibuk : "pastu guard tu cakap apa?"
RatuLawak: "Dia bagi orang park kat situ pastu bagi kad OKU ni kat orang.."


Scene 6
RatuLawak: "Orang ari tu kan pecut kete balik Ipoh tau.. Laju orang bawak.."
Penyibuk : "Owh.. brapa RL bawak?"

RatuLawak: "160".
Penyibuk :
"Wah! RL bawak Viva kan? Bleh ke 160?"
RatuLawak: 
"Iya... orang ada amik video masa tu... tak caya tengok ni" <-- sambil tunjuk video dia shoot meter kete dia.
Penyibuk :  "Hahhhhhhh??? Pecut boleh pulak sempat amik video??"
RatuLawak:  "Orang dah biasa dah... Nasib mak orang tengah tido kat sebelah time tu".
Penyibuk : *DIE!*




Ok...... tu baru stengah per suku dari lawak2 buduh yg dia buat tapi dia tak sedar ok. Kalo nak kumpul mmg kalah buku Ujang aku rasa. Stiap kali borak ngan dia end up mesti macam agak sewel. Sebab gelak gila2 tapi dia kata dia tak buat kelaka pon sebenarnya. So kenapakah gelak.






Ko lagi kelaka dari gambar ni nyah...!

Friday, October 16, 2009

Moral of the story: Sendiri mau ingat...

Expressed by Noorita Yusof at 4:42 PM 0 thoughs.. Links to this post
Tadi pagi aku adalah in the great LATENESS yang teramat sangat!

Yes, malam tadi aku tido lambat. Dalam kol 2 gitu. Siapkan beberapa order cuppies for today (alhamdulillah. yg lain, for futher info tengok sini. pomot jap hehe). Tapi tido lambat tak semestinya bangun lambat.. no no no..

Yang jadik lambat tu sebab budak2 ni tiba2 nak bermandi-mandian di rumah dulu la pulak. Tiba2 nak mama jirus pagi ni instead of mandi kat sekolah macam biasa. So akibatnya kol 8.10 baru la keluar rumah ye. Masuk kije 8.30 puan2. bukan kol 10 0r kol 11 macam la kampeni tu bapak sedare ko yang punya..

Jadi bila dah terlambat tu aku pon pelagi. Ala2 moody dan garang-garangy la sket kan.. Bertegasan la sket ngan budak2 ni..

Then dah hantar derang gi sekolah aku pon pecut la ke opis. So masa dari MRR2 nak amik Duke tu, depan aku ni ada la sebuah motosikal ngan boncengan dia skali slow je depan aku. Rilek la kan, kasik laluan. Sekonyong-koyongnya, tiba2 ada kete dari lane kanan nunn jalan sana tiba2 masuk secara mendadaknya ke Duke dan menepis moto tadi. Soo.......... apalagik! Terguling dan tergolek2 lah mamat2 dua orang tu depan2 kete aku kan. Diulang, DEPAN kereta aku ya! Abis ko ingat aku tengah statik tak bergerak kah?? Nasib baik la aku ni takde la memecut Ruben Barikello sangat dan sempat mencilok kiri kanan utk elak derang yg tenga berguling tu. Kalo ditakdirkan ku gilis?????

Dah lepas kedepan aku nampak la kete bebal tadi dah stop nak tolong budak2 tu. Nasib derang tak mati kena gilis ngan aku kat situ k. Kalo tak ngan kete2 ko tu aku langgar skali. And aku??? Aku dah rasa separuh roh aku dah terbang ke mana dah. Terkejut hokey!!!!!!! Kalaulah aku langgar derang tadi.. KALAULAH????

Then aku terus call Mr Hubby cite kat dia kan. Mula2 dia terkejut gila siap istighfar lagi bila aku intro moto masuk kete datang bla bla. Pastu bila aku kata bukan aku langgar baru suara dia kendur sket.

Aku ingat dia cam nak cakap la apa2 lain kan. Tapi dia cam tego aku balik kalau2 aku terlupa baca ayat kursi ke, doa naik kenderaan ke apa. Aku cakap la dengan penuh yakin "Dah.. Dah...!". Memang aku baca uolss, banyak2 kali lagi. Dia pon tambah "Ha tu pasalla Allah selamatkan dua orang budak tu dari kena langgar ngan Ieta. Kalo tak semua pon tak dilindungi. Tulah.. Lain kali jangan marah budak pagi2. Budak2 tak salah.. Kita yang banyak silap.."

Segala gentar dan kecut perut di dada beransur hilang tiba2...

Thursday, October 15, 2009

Antu mana yang seiras2 aku aaaa?

Expressed by Noorita Yusof at 2:50 PM 3 thoughs.. Links to this post
Our Annual Dinner is just around the corner.
Tema kali ini adalah spooky.. ngeri.. ketakutan.. kehantuan.. dan wuarghhh makan budak..!!!

So instead of to go makan2, me and geng2 decided nak pakai la ala2 kesyaitanan sket kan. Bukan apa, to have fun!

Tapi sampai skang aku still lagi tak tau nak jadik hantu apa malam tu. Dah try google2, dah ada idea, but still tak cukup alatan. Takkan nak kena sewa2 kat kedai Halloween kot.. poyor la plak..


Antara idea2 yg masuk dek akal..




Antu pertama yang terlintas kat paleotak aku. 


1) Siti Pontirita
Bahan2 diperlukan: Rambut panjang mengurai, baju putih (kuning susu tak aci aa), kuku panjang kaler itam (gerenti tak perasan kotor kalo korek taik gigi), lipstik dan celak serta eyeshadom hitam & anak yang tak menangis2 selain tido.

Masalahnye sekarang: Tiada satu pon bahan2 di atas ada dalam simpanan. Kecuali baby yg mmg la tak reti terbaring je kan. Ada ke anak hantu berjalan kesana kemari..?



Next!






Antu cam ni glemer gak kan.. Masuk pilem kau...


2) Makcik Alam Flora

Bahan2 diperlukan: Sebatang penyapu bambu yg kukuh utk menampung berat badan, kalo berkuasa bateri lagi baik, topi panjang kasik tajam kat atas, baju itam labuh & kasut Harmoni Ginger (Hermione Granger).

Masalahnye sekarang: Aku ada penyapu je 2 batang. Satu wat sapu dalam umah, satu lagi kat dapur. Oh ya, ada satu lagi kat luar buat sapu garaj kete.



Next!







Gerenti ada orang mati eksiden tgk aku drive camni.


3) Minah lompat berirama.

Bahan2 diperlukan: Kain putih lapan belas ela & tali rapia. Kalo boleh kaler putih gak. Sila jauhkan kaler pink.

Masalahnye sekarang: Masalah pertama macam statement bawah gambar. Masalah kedua susah dowh aku nak makan. Mulut kemana tangan ke mana. Belum kira bab lompat gi. Belum sempat aku sampai kat meja makanan dah abih kang...


Next!



Kombinasi 2 dalam 1. Harus berpasangan duet.


4) Antu Kibas ngan Antu Cobaan..
Bahan2 diperlukan: Senang je kalo nak jadik antu jerangkung cobaan tu. Pakai baju tulang selangka ni je bereh! Antu kibas lagi senang. Sarung kaften sudeh!

Masalahnye sekarang: Kaften mana yg berpotensi nak masuk ujibakat ni? Kaften aku pon takde! Seme kasik ke Indon tu? Baju tulang lak kena sewa. Baik aku sewa baju kawin Siti Nurhaliza!


Next!





Antu Darah ke Scary Movie?

5) Antu Darah Bersepah vs Antu Mulut Lebar

Bahan2 diperlukan: Baju putih kena simbah ngan pewarna merah jenama Star harga RM1.90 sebotol tu. Hok selagi, jubah hitam dan pastikan dilengkapi topeng mulut nganga 24 jam.

Masalahnye sekarang: Takde baju putih utk aku punahranahkan dengan cat merah dan tak sker topeng nganga!


Next!





Hok mana ngeri sekali?

6) Hantu kain 2 ringgit seela.

Bahan2 diperlukan: Kain putih ela beli kat Kamdar. Kalo yg jenis tebal cam kain kafan tu lagi afdal.

Masalahnye sekarang: Masalah hantu bunjut - no 3. Masalah hantu rewang - no 1.



Next!



Bawang putih si Kucing Tompok, Bawang Hitam Si Tompok Manggis..

7) Hantu2 standard (bungkus dan rewang) dan hantu Metalicca.

Bahan2 diperlukan: Bahang hantu standard cam biasa ah. Baju serba hitam dan ketat gelemat utk hantu heavy metal.

Masalahnye sekarang: Hantu standard tu standard ah. Aku plak tak mampu nak jadi hantu Metalicca. Kena jerit2 siot. Aku kan ayu!


Next!




Takutkan orang, bermuka-mukaan.

8) Mari bermuka ngeri macam nak kena penampo

Bahan2 diperlukan: Susah2 sangat sewa je topeng2 yang kaedahnya seperti ini. Ko pakai la baju kebaya pon, muka tetap mengerikan. Class gitu!

Masalahnye sekarang: Cam nak kena penampo kan pakai topeng2 camni?


Next!



Muka sendiri ada potensi tak?

9) Masuk bilik, cermin sendiri

Bahan2 diperlukan: Takyah susah2. Muka ko pon dah cam hantu!

Masalahnye sekarang: Kalo aku nak buat camni sepanjang majis mmg la cramp bijik mata aku kan...



Next!






10) Susah2 sangat, jadik Isabella Swan je ler...

Bahan2 diperlukan: Baju2 mana ada dalam gerobok kau tu. Tapi utk aku, kena jadi Isabella Nur Islam la plak kan. Bella pakai tudung lepas dapat hidayah..

Masalahnye sekarang: Sapa yg jadik Edward Cullen tu..? Kalo Doraisamy Karuppiah aku tanak!



Wednesday, October 14, 2009

1 Malaysia <--- macam serius...

Expressed by Noorita Yusof at 4:11 PM 1 thoughs.. Links to this post
Satu Malaysia..

It's so obvious kan..??

I mean it's so obvious that gagasan ni adalah dari idea kepala PM baru kita Dato' Sri Najib Tun Razak kan..

Sebabnya, menda satu satu Mesia ni terus tersebar merebak pas je Pak Lah turun takhta ye dak. Masa dia jadik PM gagasan apa yg agak2 korang rasa dia perkenalkan? Aku bleh ingat Islam Hadhari je. Ingat PakLah, ingat Khairy eh Islam Hadhari (sesetengah penkritik beliau menamakan Islam Badawi heh). Wat eva la kan.. Ada aku kesah..?? Hadhari ke Badawi ke tudung tetap berjambul unta jugek...

So berbalik kita ke gagasan satu Malaysia. (Tiba2 aku rasa dalam forum Hujah kat TV9 la plak).

Aku cam nampak jugakla arah tuju kemanahala si Najib ni (selambar ko si Najib, Dato' Seri hello..?!) buat menda2 ni. Yelah, nak menyatupadukan rakyat mesia yg dah agak2 beretak retakkan cam pemain bola yg berlaga lutut dengan penjaga gol kan. So cakapla satu mesia, dengan harapan satu kepala, satu citarasa, satu matlamat satu cita2. ohhohohoh.... cam esei Hari Merdeka dah aku nih...

Aku sebagai insan kerdil dan ntah sapa2 dalam Mesia ni bleh la nampak intipati dan fenomena satu mesia ni kat sekeliling aku. Kalo masuk kuiz marilah menjadi rakyat patriotik bleh la kot lepas 3-4 markah..

Contoh paling dekat takyah gi jauh2 la sampai ke sempadan siam ke.. Kat tempat keje aku cukup.. Dalam team aku lah paling senang kan. Seme bangsa ada. Melayu, Cina, India, Kadazan dusun seme ada.. Tipu..?? betulla wei.. ada sorang budak serawak pe.. kalo tak kadazan dusun, bajau, tak bajau, baja ha apa susah? Yang penting berbilang bangsa wat...

Bahasa pertuturan..?? English la of kos. Sini medium Ingelish. Tapi kadang2 blasah gak cakap melayu. Ok je bukan tak paham kan... dok malaysia ma... <-- see, ayat aku pon dah berunsur kecinaan. Satu mesia beb satu mesia..

Tu belum bab lunch. Dalam geng-tetap makan2 kami ada sorang chinese. Choo Chin Ling namanya.. Mmg dia dah daftar ahli lama dah. Mmg join kitaorg je lah. Tak join time bolan posa je. Takkan dia nak join posa lak kan. So apa kita makan dia ikut je. Hari ni nasik campur berbelacan, blasah... esok, nasik goreng kampung pedas nak-mam, blasah.... sungguh kecinamelayuan skali...



Saya chop hok tengah tu..


Tu opis. Kat umah..? Ha mmg la berbilang bangsa sekali kan.. Depan ngan blakang umah aku India. Kiri Melayu, sebelah kiri2 umah melayu, umah Cina. Sebelah kanan, takde umah. coz corner lot ma.. so sungguh bersatu malaysia sekali kami kan... hari ni bau kari acha mere saab dari rumah blakang, esok bau tomyam gung dari umah sebelah, lusa bau ayam oyster sauce beroriental dari rumah yg ada anjing tu, ha dah kenyang bau dah.. apa lagi nak..?

Pastu hari tu. Aku pegi pasar. Ada la lagi orang buduh park blakang kete aku. Aku kan kepantangan bab2 parking secara bebal ni. Habis takkan aku nak tunggu kan. Aku carik la ruang2 gohed gostan konar konar nak kuar gak. Ada yang menghulur pertolongan wa cakap lu... Sorang apek ni ngan uncle India tu tolong jadi polis trafik. Baik takk..?? sapa cakap kami bergaduh2?? rilek je hokey.. apa yg penting? KERJASAMA!!!! Gooo Wonderpets..! Dan aku berjaga keluar dengan jayanya setelah mengselitkan sekeping nota kecik - "BODOH!" di cermin kereta bertuan buduh tadi.

Hari tu lagi. Hari yg aku pegi open house umah depan. Ada sorang budak cina ni sorang2. Aku ingat budak sesat mana la pulak kan.. rupanya dia datang ngan satu family India. Aku tanya la aunti tu, "aci, ni sapa ni..?" Dia cakap "Ni saya jaga juga.." Aku ngan Mr Hubby cam suprised gila. Pastu dia cont, "Takde, mak dia hantar kasik saya jaga. Mak dia kerja." Lagi la terbukak bijik mata aku. Kagum ok. Anak cina kasik Makcik india jaga. Aci tu cakap budak tu pandai dah cakap Tamil sket2. Melayu ngan Ingelish toksah cakap la kan. Tu cam bahasa wajib la kalo ko nak dok mesia. Nak dok Jepun lain cite la. Pastu tengah2 rancak borak tu, budak tu tunjuk apa ntah kat aci tu - "Amma.. tengook.." <-- gaya mmg takyah gila tamil kan. siap intonasi dan geleng2 kepala lagik! Pastu dia add lagi -"Nak air ronney..!" Tu maksudnya nak air satu. Aa............... Aku kagumm!!!!!!!!!!!!!!

So marilah kita sokong gagasan ini.
Sokong ini tak bermaksud aku ni ahli UMNO sepenuh masa ye.
Aku for the moment takde ahli mana2. Ahli makan2 banyak sedunia je.

Bak kata Najib, Satu Malaysia Satu Rantau.
Stick with Satu Bini, Say No to Satu Perempuan Simpanan.
Abaikan Satu yg kena bom.

Sekian esei saya.


Sabtu lepas..

Expressed by Noorita Yusof at 3:19 PM 2 thoughs.. Links to this post
Selamat bertemu kembali..

Sorry lama sgt tak upload (macam la orang kisah eheh). Bizi gile nak mam lately ni..
Sibuk update blog lagi satu hehe..

Banyaknya menda nak story sampai dah tak ingat mana satu dah.
Tulis yg mana terlintas je la dulu ye dak.


Last Saturday adalah hari mari menghadiri rumah2 atau dewan2 terbuka dan juga kenduri kendara kawin. Cam byk la jugak undangan dapat, tapi sudahnya..??? Pegi sebuah rumah je. Tu pon umah depan pagar ni ha. Kalo tak pegi mmg la kejadah kan. Tu seme sebab saya bizi teramat2 deq non... Sibuk siapkan tempahan kek2 cumil saya itu. Alhamdulillah rezeki datang menjengah kan. So bila dah siap sume, anak2 lak tido terbongkang. Takkan nak kejut for the sake nak makan nasik impit rumah orang kan.. Karang depa ngamuk padan muka aku. Nasik impit ke mana, rendang ke mana.

So sudahnya melepaslah.. Sorry sgt pada kawan2 yg jemput tapi kita tak datang tu. Tahun depan jemput kita lagi tau.. Ingat nak cuti masak la hari tu kan. Aku telah melakukan percubaan berani dengan ajak Mr Hubby makan kat luar. Jawapan dia..??
Korang agak2 apa..

a) "Cantek gak tu. Jom pekena black pepper stick".
b) "Ha jom.. KFC nak?"
c) "Takyah makan bleh tak.."
d) "Ala Ieta masak lah.. Nak ayam masak gulai.."

Tet............... Korang mesti jawab (d) kan..... Macam tau2 kan...........
Laki aku tu kalo nak ajak makan luar amat amat amat amat gelimat la payahnya! Kalo dia jawab (a) mmg aku amik termometer check dahi dia. Takpon check telinga. Keputusan sama je nanti kuar. Takde nye dahi panas lubang telinga suam2 dada ayam plak kan (pehal cakap pasal lubang telinga lak ni?)

Jawapan (b) tu kalo korang tanya aku mmg la munasabah kan...

Jawapan (c) mmg langsung tak munasabah lagi masuk akal kan. Ingat laki aku tu diet kah..???

So.. Aku dengan muka agak2 kelat buah sentul pon gi la masak. Instead of gulai aku buat masak lemak. hari2 gulai... nanti muka pon cam gulai... Sayugia diingatkan, aku ni masak cepat tau. bukan nak membangga, tapi aku dah ditrain dari aku darjah 6 dulu. Kasik aku sejam, aku boleh siapkan 3 jenis lauk. cewahh.. bapak chef nizam kan.. Kalo Chef Wan tak sampai sejam la kot. 40 menet je (abaikan lawak buduh ini).

Jadi lepas je aku abis kisah dah hidang2, laki aku baru pas mandi (mandi maghrib ye. bukan pagi. saya takkan la nak bersarapan roti bakar cicah masak lemak lak kan..). Pastu dengan ayat berbasa basi nye ajak aku gi mid valley. Aku dengan jawapan jengkel - "Hah...?" Pastu dia baru prasan aku dah masak kan. Dia bukak tudung saji cam "Oh.. bini kita dah masak ek.. Ok nanti pas makan kita pegi ek.." Nasib la dia tak cakap "Jom gi Mid makan Pizza". Mmg la aku terus simpan lauk dalam peti es kan.. hehe..

Abis kisah makan we all pon round2 je pusing2 amik angin malam KL yg tak berapa nak segar tu. Maleh aa gi Mid Mid. Nanti sampai, park jalan2 2-3 langkah dah nak tutup. Kuasa mak nak bayar RM3 utk itu sahaja nyah.....

Moral of the story..?? Seminggu brangan nak makan macam2 rumah orang, pastu sudahnya? melahap di rumah sendiri jua..

Bak kata pepatah Karam Kapal Singh Walia:

"Berangan-angan di pinggan orang, akhirnya berpinggan di dapur sendiri jua..."

Tuesday, October 6, 2009

Raya pada tahun 2009

Expressed by Noorita Yusof at 5:14 PM 4 thoughs.. Links to this post
Cerita Raya meh.. meh.. <-- bapak basi kan.. blasah jelah.


Raya 1st. 

 Subuh2 hari dah bangun siapkan anak2. So takdelah berebutan bilik air ngan orang2 tua kan. Dah siapkan budak2, terus kasik makan kenyang2, natijah? --> tak grumpy2.
Anak2 dah siap, giliran mak budak lak siap dan menyarungkan baju pink ala2 nikah. Baju ni mama beli kain kat indon. Tau je la kalo kain Indon kan, kalo tak berkerawang sarat dan berkerlipan. Atuk nenek nye gatal! Aku kena pakai anak baju (bukan merujuk kepada bra, tu baju dalam) la pulak kat dalam kan. Kalo tak pakai tak pasal2 jadi gorilla dok tergaru sana tergaru sini. Dah pakai anak baju, dah panasla pulak kan.. tu belum campur tang kerawang2 kat leher tu. mencucuk2 leher gebuku. GATALL....!!!

Pastu mentouchup muka pakai barang2 De'Wajah I tell u.. Dari batang concealer tu, eye shadow, blusher, hitu hini sampai ke lipstik seme De Wajah hokey! dah dapat barang sebakul apa lagi ko nak buat?? Pakai dan tayang je la kan..
Tapi dalam gambar muka mmg takyah putih melepak macam Hetty Koes Endang jadinya. Tapi duta nye pasal taruk je la....

Time amik2 gambar lak, si Sofiya buat perangai la pulak.. Apa yg tak puas hati tu tak tau la.. Sudahnya gambar tak lawa. Mak je dok perasan lawa!


Tengok Sofiya buat muka nak nangis... haih..

Dah. Sekeping je gambar. nak byk2 keping sila lawati facabuk saya. malas dowh nak upload gambar skeping2. :P

So berlangsunglah upacara mintak2 maaf diselang selikan amik2 gambar. Nah skeping lagi gambar raya kuarga kami di pagi itu.


Cuba carik saya yg bersembunyi hehe..


Dah abis sesi2 amik gambar baru la start beraya. Kalo kat Trg, nak amik gambar kena cepat2. Pastu takleh lama2. Nanti lambat keluar rumah, budak2 dah start datang beraya, ha... stuck la ko kat situ. So sebelum budak2 datang serang, kita cepat2 gerak haha..

Umah pertama, or lebih tepat dikatakan tempat pertama kitaorang beraya ialah di Istana East Lodge Sultanah Nora. Beraya ke istana patik tahun ni auww... Sultanah Nora ni kira cam sedara mara berapa lapis ntah dengan mama, so baginda salu jemput mama beraya. Kami yg hina dina ni pon ikut la kan. Bila lagi nak bersantap di istana bersama hidangan yg lazat2 kan ekeke.. poyo. Tapi memang sedap pon nasik dagang Kelantan dia. Oh ya Sultanah Nora ni kerabat Kelantan, dia ni adik Sultanah Zanariah, Queen Johor skang. Panjang lebar la plak penerangan salasilah keluarga ni kan. Macam borringgg... hehe..



Muaz sempat amik gambar ngan The Queen. Mama papa Muaz sebok melantak time ni ekek..

Kata malas upload gambar? Dah 3 keping dah lepas aku rasa. Well.. Takde gambar cam tak syiok la plak kan. Nak kena berimaginasi tinggi la pulak nak imagine2.

Pas beraya kat situ, kami bergerombolan pula ke Rumah Dato Bandar (kot). Pekena nasik beriani gam dalam kambing kuzi! THIS IS THE BEST PART OF MY RAYA THIS YEAR!


Adakah terliur..??? Kambing beranakkan nasik yg maha lazat..!

Pastu pekena kambing tergolek dot, pastu gi raya umah Aunty Koji kecik. Sini takde lain, sume nak melantak laksa Johor dia yg best. Walhal perut memasing kemain full lagik kan..



 
hmmm... lazat tak terperi...

Pastu seme pakai nat balik tdo. Tido di hari raya..? hmmpph!



Raya 2nd

Gi Raya mana aa umah kedua. Oh just pegi umah Mak Besar beraya kot. Mak Besar ni kakak Tokmak yg eldest. Apa nak buat, hubby nye atok nenek dah takde. So ziarah jela org tua yg mana ada.. Pastu beraya la lagi sebuah dua rumah then balik. Petang paling best! Gi raya umah my ex-roommate masa kat Banting dulu. Sungguh bernostalgia! Dah la pekeba Arissa ngan lontong ngan kek ngan kuih muih umah dia. Sampai ke malam aku kenyang nok!


With Jieha and mama dia yg best!


Malam ada open house kat umah Aunty Tie. Mak dah keletihan nyah... Tak bermaya je aku..



Sofiya enjoy main bunga api. for her 1st time....


Raya 3rd

Pagi ni pegi la beraya rumah sapa ntah kan. Ada laksa johor gak tapi takleh lawan Aunty Koji kecik nye. Pas raya sini teka kita raya mana pulak? Kee.... RUMAH!!! Haha... balik ler tunggu orang datang.. Saya dah tukar uniform dah, pakai baju biasa. Nak wat cemane, jadik tukang basuh periuk belanga.. Dah petang tu kitaorang raya la pulak kat Plaza Angsana.. Sempat singgah Sedap Corner carik Thai dishes.. Tak larat dah asyik telan nasik minyak, nasik beriani je.. Berminyak tekak I taw... Pastu sempat la rembat2 baju sehelai dua before ronda2 Pantai Lido. Eh awat dekat benar Singapore aa... Cam kalo terjun berenang 4-5 kayuhan dah bley sampai. Eeee tak bestnyeh!

Balik umah dah dekat Maghrib. Balik2 mama cakap tadi Badrul Muhayat (dia ni sedare mare gak aa nan hubby) datang ngan anak bini dia. Cam boleh datang masa aku kuar kan..?? Masa aku melangut tanak datang plak. Nasib baik Badul Talian Hayat, Kalo Abang Aaron Aziz datang, memang la aku ralat sampai minggu depan!


Ni la rupa Badrul tu.. Buat yang tak kenalla.. haha..



Haa ni abang Aaron saya.. Agak kacak juge kan.. ^_^


Pastu lom sempat rehat sibuk la plak nak packing coz hubby nak jugak balik KL malam tu. Aku ingat nak stay satu malam lagi tapi ntah. Dia nak balik jugak. Adakah bosan di rumah sendiri..? Nge.....



So camtulah Raya saya pada tahun ini.. Meriah kan...???? Meriahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sgt!

Thursday, October 1, 2009

Pra raya dan ho ho ho balik bandar....

Expressed by Noorita Yusof at 5:28 PM 2 thoughs.. Links to this post
Cemane Raya anda kawan2..??

Mine..???

It was FULL of BIG appetites...!

Jejak2 JB je, makannnnnnnnnnnnnnnnnnn je keje aku. Sampai la balik KL smula..

Ok, mari kita cerita dengan lebih detail.


Plan nak tolak on Friday nite or boleh kata Sat-early morning. Maybe around 2-3am. So sahur kat tgh jalan je lah.

Aku ni kan, kunun tak brapa nak eager balik Johor so mmg TAK PACK apa2 pon lagi k. Bag pon berhabuk lagi. Kalo balik Ganu, dari minggu lepas lagi barang dah siap kemas dalam beg! Tunggu hangkut je.

So okla.. Balik kije then pas dinner aku start la packing.. Pack nye pack nye pack abis la kol 1.. banyak woo barang kena kemas.. barang hubby lagi, aku lagi, anak2 gi.. anak2 nye la paling kena betul2.. pampers baju susu bagai.. kita takpelah kalo ada apa2 tertinggal kan.. tapi kalo anak2 hatta tertinggal pengorek telinga pon, boleh menjadi masalah negara..

So dah kol 1 abis ko ingat boleh bangun balik kol 2..????
Kalo balik Trg takpelah jugak, tak tido pon aku sihat walafiat je..

So aku tido la dulu. Hubby cakap kita bangun kol 3. Aku pon ok la...
Tapi disebabkan oleh keterujaan yang berkurang, boleh aku tak terjaga langsung. Sedar2 dah kol 6. Cam....... TAK SAHUR..!!

Hubby lak cam majuk2 la sket kan.. Cam "Yela.. kalo balik kampung dia tak pernahnya miss.. set kol 2, kol 1.15 dah bangun.. Set kol 4, kol 3 dah siap mandi dah..."
Hehe.. sorry la sgt2.. mmg tak sengaja, tapi ntahla.. ye kot...

Then pom pam pom pam we all tolak dalam kol 8 lebey.. Sepanjang2 jalan si Sofiya cam eager la nak balik kampung. She keep saying that nak main bola ngan Acu la.. Nak gi pantai tgk ombak la.. dan sekalian kalian aktiviti yg suka dilakukan di Trg.
Then hubby cakap la "eh ni kita balik kg papa.. kat johor... ada tokma.. ada tokpa.."


I tell you, memang tak yah menangis2 kan si Sofiya. Dia tetap nak balik Trg (he.....). So last2 aku kena cakap ok ok kita balik Trg. Hubby dah diam dah time ni. Opss! Mama tak ajar aa.. It's from her heart ok.. Kids won't lie..

Then dalam tghari sampai JB. Lamanya tak balik sini.... Balik dulu last masa Sofiya baya Mu'az kot.. But hey! jgn kata aku queen control sebab tak bagi laki balik. Kalo laki asyik ajak kita balik kg kita je cemane tu..? Redha je la kan ekeke...

Dok rilek kejap2, then kitaorang kuar balik gi Angsana. Aku la sebok ajak makcik2 ariff gi sini kunun nak buat last minute shopping la katakan.. Mmg la shopping sakan kan.. klip rambut la... beg raya la macam2 lah.. Balik2 umah tinggal buka je. Thanks to hubby sebab dah siap belikan roti john BBU yang famous tu. Aku nye sebatang, but hubby boleh habiskan 6 batang - in one short!

Selain dari roti john lazat tak terhingga, ada jugak nasik arab, karipap bakar ngan soto yg mama buat. Kira agak2 burp mengkuat jugakla di hari posa yg last itew..

Malam tu dah start dah berkumandang takbir raya kat tv. Tv je bukan mesjid. Ntah, tak pasan kot..

Aku yang takut la berjiwa sayu ni rupanya tak rasa apa2 pong. Agaknya tgk anak2 happy main bunga api and aku pon gumbira ngan makanan2 sedap tu so tak terasa sgt lah.. Rasa cam biasa2 je.. cam balik kampung raya thaipusam.. sedih takde.. excited pon takde... cam ok ok je la.. esok raya kan...

Cite raya..?? Next entry aka episode seterusnya la plak k.. ala2 Nur Kasih giteww...
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal