Wednesday, October 14, 2009

1 Malaysia <--- macam serius...

Expressed by Noorita Yusof at 4:11 PM
Satu Malaysia..

It's so obvious kan..??

I mean it's so obvious that gagasan ni adalah dari idea kepala PM baru kita Dato' Sri Najib Tun Razak kan..

Sebabnya, menda satu satu Mesia ni terus tersebar merebak pas je Pak Lah turun takhta ye dak. Masa dia jadik PM gagasan apa yg agak2 korang rasa dia perkenalkan? Aku bleh ingat Islam Hadhari je. Ingat PakLah, ingat Khairy eh Islam Hadhari (sesetengah penkritik beliau menamakan Islam Badawi heh). Wat eva la kan.. Ada aku kesah..?? Hadhari ke Badawi ke tudung tetap berjambul unta jugek...

So berbalik kita ke gagasan satu Malaysia. (Tiba2 aku rasa dalam forum Hujah kat TV9 la plak).

Aku cam nampak jugakla arah tuju kemanahala si Najib ni (selambar ko si Najib, Dato' Seri hello..?!) buat menda2 ni. Yelah, nak menyatupadukan rakyat mesia yg dah agak2 beretak retakkan cam pemain bola yg berlaga lutut dengan penjaga gol kan. So cakapla satu mesia, dengan harapan satu kepala, satu citarasa, satu matlamat satu cita2. ohhohohoh.... cam esei Hari Merdeka dah aku nih...

Aku sebagai insan kerdil dan ntah sapa2 dalam Mesia ni bleh la nampak intipati dan fenomena satu mesia ni kat sekeliling aku. Kalo masuk kuiz marilah menjadi rakyat patriotik bleh la kot lepas 3-4 markah..

Contoh paling dekat takyah gi jauh2 la sampai ke sempadan siam ke.. Kat tempat keje aku cukup.. Dalam team aku lah paling senang kan. Seme bangsa ada. Melayu, Cina, India, Kadazan dusun seme ada.. Tipu..?? betulla wei.. ada sorang budak serawak pe.. kalo tak kadazan dusun, bajau, tak bajau, baja ha apa susah? Yang penting berbilang bangsa wat...

Bahasa pertuturan..?? English la of kos. Sini medium Ingelish. Tapi kadang2 blasah gak cakap melayu. Ok je bukan tak paham kan... dok malaysia ma... <-- see, ayat aku pon dah berunsur kecinaan. Satu mesia beb satu mesia..

Tu belum bab lunch. Dalam geng-tetap makan2 kami ada sorang chinese. Choo Chin Ling namanya.. Mmg dia dah daftar ahli lama dah. Mmg join kitaorg je lah. Tak join time bolan posa je. Takkan dia nak join posa lak kan. So apa kita makan dia ikut je. Hari ni nasik campur berbelacan, blasah... esok, nasik goreng kampung pedas nak-mam, blasah.... sungguh kecinamelayuan skali...



Saya chop hok tengah tu..


Tu opis. Kat umah..? Ha mmg la berbilang bangsa sekali kan.. Depan ngan blakang umah aku India. Kiri Melayu, sebelah kiri2 umah melayu, umah Cina. Sebelah kanan, takde umah. coz corner lot ma.. so sungguh bersatu malaysia sekali kami kan... hari ni bau kari acha mere saab dari rumah blakang, esok bau tomyam gung dari umah sebelah, lusa bau ayam oyster sauce beroriental dari rumah yg ada anjing tu, ha dah kenyang bau dah.. apa lagi nak..?

Pastu hari tu. Aku pegi pasar. Ada la lagi orang buduh park blakang kete aku. Aku kan kepantangan bab2 parking secara bebal ni. Habis takkan aku nak tunggu kan. Aku carik la ruang2 gohed gostan konar konar nak kuar gak. Ada yang menghulur pertolongan wa cakap lu... Sorang apek ni ngan uncle India tu tolong jadi polis trafik. Baik takk..?? sapa cakap kami bergaduh2?? rilek je hokey.. apa yg penting? KERJASAMA!!!! Gooo Wonderpets..! Dan aku berjaga keluar dengan jayanya setelah mengselitkan sekeping nota kecik - "BODOH!" di cermin kereta bertuan buduh tadi.

Hari tu lagi. Hari yg aku pegi open house umah depan. Ada sorang budak cina ni sorang2. Aku ingat budak sesat mana la pulak kan.. rupanya dia datang ngan satu family India. Aku tanya la aunti tu, "aci, ni sapa ni..?" Dia cakap "Ni saya jaga juga.." Aku ngan Mr Hubby cam suprised gila. Pastu dia cont, "Takde, mak dia hantar kasik saya jaga. Mak dia kerja." Lagi la terbukak bijik mata aku. Kagum ok. Anak cina kasik Makcik india jaga. Aci tu cakap budak tu pandai dah cakap Tamil sket2. Melayu ngan Ingelish toksah cakap la kan. Tu cam bahasa wajib la kalo ko nak dok mesia. Nak dok Jepun lain cite la. Pastu tengah2 rancak borak tu, budak tu tunjuk apa ntah kat aci tu - "Amma.. tengook.." <-- gaya mmg takyah gila tamil kan. siap intonasi dan geleng2 kepala lagik! Pastu dia add lagi -"Nak air ronney..!" Tu maksudnya nak air satu. Aa............... Aku kagumm!!!!!!!!!!!!!!

So marilah kita sokong gagasan ini.
Sokong ini tak bermaksud aku ni ahli UMNO sepenuh masa ye.
Aku for the moment takde ahli mana2. Ahli makan2 banyak sedunia je.

Bak kata Najib, Satu Malaysia Satu Rantau.
Stick with Satu Bini, Say No to Satu Perempuan Simpanan.
Abaikan Satu yg kena bom.

Sekian esei saya.


1 thoughs.. on "1 Malaysia <--- macam serius..."

liyana on April 1, 2010 at 12:04:00 PM GMT+8 said...

mcm tau je kak ta sokong yg belah mane..hehehe

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal