Friday, October 23, 2009

Katakan TANAK to accident! (InsyaAllah..)

Expressed by Noorita Yusof at 5:35 PM
Aku tak tau lah kenapa lately aku asyik berhadapan dengan kejadian2 mari bergolek dot depan kete aku.

Hari tu ada moto ni dah tergolek. Pastu ada hari tu lagi ada jugak moto terbabas sendiri kat tengah2 Federal Highway. Tau je la Federal Highway kan. Jalan yg sokmo2 sebok sampai kiamat. Lagi tragis, ada treler baekk nye blakang dia and NASIB BAIK treler tu break dengan penuh skretchhnya. Kalo Kelisa aku gilis kurang2 penyek je kepala tu. Abis kalo treler namblas meter tu gilis???

Pastu petang smalam ada lagi. Yang smalam tu sendiri dia jatuh. Baru pas ujan pastu jalan ofkos licin. Yg ko laju dah tau jalan berbumper tu knape?? Dah break screttchhh jugek apa lagi kecelepuk la jatuh kan. Nasib aku ngelak (lagi). Kalo tak.. hmm faham2 ler..

Disebabkan aku dah biasa sgt (more than once hokey), so aku cam dah tak berapa nak terperanjat-lemah-jantung dah. Paling obvious hok smalam tu. Cam pom jatuh kan, aku boleh je elak sambil berkata - "Lerrrr jatuh lagi... Yg laju tu kenapa..." Ohh... sungguh megah lagi berani perkasa lagi kan aku.. Takde terkejut2 ungka dah. Paling2 aku istighfar je. Well.. Alhamdulillah perasaan panik aku dah mengurang. (ada gak la sipi2 tu. normal kan. abnormal aka robot ET je takde perasaan).

Dan aku. Bukan tak penah aku tak eksiden. Dalam ayat kurang belit-aku pernah eksiden. Tapi Alhamdulillah so far kejadian eksiden aku tu hanya membabitkan kecederaan besi luaran. Yakni kete je ler yg kena. Kecedaraan kulit badan ALHAMDULILLAH so far, tak pernah kena lagi.


Antara yg aku ingat..


Eksiden 1
Masa ni aku sekolah rendah tak silap aku. That time abah aku pakai Volkswagen kaler kuning. Kete leme nok faham2 la kan. Ada skali tu abah aku kebetulan hilang suara sebab sakit tekak. Ni hilang suara yg kaw kaw sampai hilang terus! Takde tahap iti2k serati dah. Itik serati ada la jugak kuar tempias2 suara tu kan, tapi abah aku totally ala2 bisu!
So masa tu we all lalu Chinatown (kat ganu ada china town. aku suka lalu tak tau nape). Ntah cemane tiba2 break ada problem pastu bunyik POM! POM! POM! gila bapak kuat! Ingat nak berkecai lapan dah kete aku tu. Dah la takde break. And plus lagi abah aku takde suara. Dia just "hah hah hah!" nak bitau la kete tadak break and tawakkal je la kan langgar kejadah hapa kat depan kan.
NASIB BAIK la Allah maha kaya kan. Dan dan je ada tempat parking kosong belah kiri and abah aku masuk je la parking tu dari sondol kete depan kan. Dan kuasa Allah jugak dan dan masuk je parking tu, kete kami pon stop kerana geseran udara berjaya memberhentikan ia.
Fuh! Nasib baik I tell you! Kalo tak aku tak tau la brapa byk kete akan terlibat dalam kejadian kesondolan secara melulu itu.


Eksiden 2
Masa ni aku dah pakai kete sendiri. 1st time la pendek kata kete aku masuk bengkel. Ada hari tu aku nak carik bank kat KL. Bank apa ntah ingat dah. So aku mmg tak brapa familiar area2 Bukit Bintang tu. Maklumlah aku bukan ahli mengelubbing kan diri kan.
So tengah2 kepala dok carik2 bulding kan aku boleh BAM!! sondol kete depan! Tak sedar ok rupanya ada traffic light and kete depan stop. Aduhhhh... teruk gak bumper depan kete aku and kete poton saga yg aku sondol tu sampai pecah lampu break dia. Nasib la pompuan yg drive kete tu and tak lah marah2 aku. Deal2 sket bayar dalam RM50 settle!
Tapi aku la kena sampai RM600 pastu repair kete aku! Nasib bapa mertua tersayang aku memahami dan lantas menyara belanja tersebut. Hutang duit dan budi dibawa mati betullah.. (p/s: sampai skang aku baik ngan dak2 yg aku langgar tu. agaknya time tu derang kesian kot tgk muka gelabah aku he....)


Eksiden 3
Ni bukan salah aku aa... Ni orang menyondol senggol senggollan aku pulak. Time tu aku nak gi Tesco. Nak beli enpon si Eni sebab dia nak kasik anak dia (baik tak aku? mengdrivekan dia semata2 nak beli enpon. Dasar tak kenang budi btol!) ok, sambung.
Jalan Kuching masa tu adalah agak2 jam, bumper to bumper. Pastu ada skali tu aku tergerak hati nak tengok cermin pandang belakang tu kan (kalo jangan pandang belakang mmg ko nak eksiden mati cepat la kan), mmg aku nampak baik kete demi kete langgar melanggari antara satu sama lain dengan kencangnya. Aku dengan penuh aksi stuntmannya terus pulas stereng aku ke kanan sket. sooo.. kalo orang blakang langgar aku so aku takdelah langgar plak org depan kan. Hebat tak hebat? Bleh berlakon Tokyo Drift 2 dah aku ni. Oh memang tepat jangkaan aku kan. Memang BAMM! la kan buntut kete aku. Aku cam aaaaaaaaaa tension!!!!
And aku tak tau la semangat samseng jalanan aku datang dari mana kan terus aku turun kete pegi ke pemunca pelanggaran tu. Harusla lori apek bawak. Aku trus marah2 apek tu tanpa belas kasihan. Melihat aku begitu, orang2 lain yg kena langgar pon turut serta dalam acara mari membuat apek berpucat muka.
Kalau nak tau, corak pelanggaran itu adalah seperti berikut:





Berdasarkan gambarajah, kete peachy tu aku punyalah. Ada ala2 posisi stunt gitu kan.
So lorry langgar kancil putih, kancil putih hentam viva hijau, viva hijau sodomy my fabulous Kelisa gold. Macam ala2 marilah senggol senggol kereta2 perodua. Kete yg selamat (atas tindakan hebat pemandu belakang dia-higlight) adalah wira merah. nasib la ko kan..

So settle kat balai la kan. Aku takyah kuar sesen coz insurans kete2 senggolan yg bayar.


So uolss.. hati2 la k memandu tu. Jangan melulu atau tercangak2 mencari bangunan sampai hentam kete orang k..

Ingat orang tersayang.. pandu cermat jiwa dan kereta or moto or apajadah kenderaan anda selamat. Yang paling penting... duit selamat..

0 thoughs.. on "Katakan TANAK to accident! (InsyaAllah..)"

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal