Wednesday, October 28, 2009

Muka tu elok sket boley??!

Expressed by Noorita Yusof at 3:19 PM
** WARNING**
Sebelum saya mengfurtherkan diri dalam entry kali ni, saya nak mintak maaf siap2 kat sapa2 yang bakal terasa, terkecil hati, tertidak puas hati or apa2 perasaan negatif yg yg bakal terbit nanti. Saya cuma nak mengexpress perasaan diri, that's all. No offence!



Aku ni kan, ANTI gila ngan satu golongan manusia ni.

Anti bukan sebab aku ni jahil sangat, tapi anti sebab perangai derang yang buat orang sekeliling dia rasa jahil.

Senang cakap, aku cukup tak suka kalo ko tu yg berappearance dakwah habis lalu memandang hina pada yg berpakaian kurang dakwah macam ko tu!

Ha kan dah terus terang..

Dulu masa kat UM, punyalah ramai bangsa2 macam ni. Sebab? Sebab kat UM ada fakulti akademi Islam. So ramaila yang berjubah bertudung labuh segala tu. Once again. Aku tau bukan semua la perangai cam bagus tu kan. Tapi KEBANYAKKAN yang aku jumpa memang memikul perangai cam har*m tersebut.

Fine..........

Aku tau la ko pakai tudung labuh tutup bontot segala..
Aku tau la aku pakai tudung bawal je. (time tu takde nye lagi tudung2 Ekin kejadah apa ni). Aku tau la tudung tu aku broochkan ke kiri kanan bahu so aku tak tutup dada lantas memberi ilusi bonjol buat santapan mata2 keranjang lelaki mata lapar.

Aku tau la ko pakai baju jubah labuh di luar, baju t-shir dan seluar track di dalam, dan anak2 baju berlapisan di dalam dalam.
Aku tau la aku pakai baju t-shirt biasa je dan kadang2 agak2 menonjolkan lekuk tubuh menawan. Kadang2 lengan baju aku agak pendek lantas menyerlahkan gebunya kulit lenganku..

Aku tau la ko kalau tak pakai baju kaler kelabu ta*k anjing, mesti pakai baju kaler ijau pudar ataupun kuning buruk cair.
Aku tau la aku suka pakai baju berwarna warni ceria, pink dan menyerlahkan gaya lincah.

Aku tau la ko akan berjalan berbondongan dengan rakan2 usrah surau, samada ke perpustakaan mahupun ke bilik TV utk menonton Halaqah.
Aku tau la aku kalo tak pegi shopping dengan kawan2 fakulti, mesti pegi tengok wayang dengan budak2 rumah. Paling koman mesti kuar makan dengan boifren.



Tapi.........................................................



Tak semestinya kau kena buat muka cam haram kan dengan orang-orang cam aku setiap kali berselisih bahu.........

Takyah kata berselisih bahu la, ternampak dari jauh ke ko terus tarik muka lapan blas inci muncung dan masam macam cuka basi!

Cam sangat hina la nak memandang orang2 yg tak seberiman macam kau ni kan.....

Kalo senyum lagi la berdosa ko gamaknya ye dak?


Hey I tell you.


Macam ni ke cara Nabi Muhammad SAW junjungan mulia kita ajar ko cara berakhlak?

Macam tu ke cara baginda suruh ko layan sesama umat manusia yang kau anggap 'sesat'?

Abis, kalo dengan orang kafir, lagi la hina kan? Habis? Takleh lalu kat karpet yang sama dengang orang kafir lalu kah? Nanti ko kena samak kasut kau 5 kali??

Aku nak bgtau sket ek buat orang2 macam ni.


Kalau macam ni lah gaya akhlah 'mulia' yang kau tunjukkan, dari orang yang huha huha ko claim jahil lagi sesat tadi dah mula insaf kan, jumpa ngan kau je terus cancel nak bertaubat ok! Takpun tangguh hingga ke satu tarikh yg akan dibincang semula. Sebab apa??? Sebab layanan kau tu sangat la 'warmmmmm' kan... sangat 'mengwelcomingkan' utk jadi baik macam kau kan....


Tu orang Islam yang dari jalan tak betul nak memperbetulkan jalan.

Kalau kau nak tarik orang kafir..???

Dengan muka dan 'akhlak' macam tu..?????????


Yang jadi herannya.


Derang ni (mostly ok. aku tak kata semua), dengan pompuan2 (nak2 yang lawa dari dia kan) kemain muncung lagi mulut kalo bertembung! Belom campur buat2 merengus lagi.

Tapi kalo dengan jantan............ amboiiiiiiii kemain tetiba bertata tertib la budi pekerti kau kan........
Siap bergelak ketawa dan usik mengusik riang..........

Even la laki tu terang2 tindik telinga and kau tau dia teguk arak masa company dinner tahun lepas. Takde pulak kau rasa geli dan tercemar berkawan dengan diaorang ek..????

Sebab jantan kan............ Adrenalin rush tu agak lain macam sket...
Lupa jap tudung labuh penutup lekuk ngan stokin kaki utk mengcover tumit dara kau tu.

Again. No offence.

Jangan melatah.

Aku cuba nak bagi peringatan kat sesetangah yang mencemar imej wanita Islamik yang lain.

Kalau ko memang berbaju jubah sebab dulu kau sekolah menengah agama Khairiah, tapi bila dah kerja bercampur baur dengan mat salleh sekalian, hati dah rasa macam disko. Jangan la hipokrit..

Sebab kau tu bawak imej Islam. Nanti orang lain tengok derang cakap apa?

"Ha tu lah. Fanatik Islam. Islam freak. Sebab tu muka pon ganas. Tak reti senyum. Terrorist!"


Ha... suker bila derang claim srikandi Islam camtu..????


Aku brani cakap ekh. Aku ada kawan yang sosial gila nak mam, pakai seksi gila bab, tapi akhlak 1st class I tell U!

Tapi ada budak floor aku ni yang berlitup dari hujung rambut sampai ke hujung kuku kaki, tapi muka..? TAPAI!!!

Senyum??? Jangan harap!!! Tengok aku ngan budak2 aku je dah jeling tempat lain.
Lu apehal???? Aku kacau kau ke??? Ke aku ada pembuakan tet*k keterlaluan yang kau rasa tak tenteram tu??

Sorry. Teremo.


So.... Please la..


Mesej yang aku nak sampaikan satu je. (Cam filem plak nak sampai2kan mesej ni).


Tonjolkanlah keperibadian mulia sesuai dengan imej suci yang kau bawak tu.

Jangan riak.

Kita tak tau pengakhiran hidup kita macamana.

Baik ke, tak elok ke (nauzubillah).

Yang penting, jangan cemarkan nama agama kita.

Kalo kau yang nak tercemar, tu kau punya pasal!



Renung-renungkan. Selamat Beramal.




3 thoughs.. on "Muka tu elok sket boley??!"

lyana on October 29, 2009 at 7:43:00 AM GMT+8 said...

pergghhh ade jugak org camni kt hp ekk.. agak2 taknak nmpk org seksi meksi jgn la masuk kompeni mnc camni. huhuhu.

Anonymous said...

..fuh..saya baca pun rasa panaz.inikan akak kan..
sabar2..memang de org camni.kdg yg tudung litup tak semestinya baik,luar je nampak elok,tp dalam..(hampeh)
dan tak semestinya org yg seksi meksi tu jahat..kadang hati dorang lagi baik.

Anonymous said...

Salam. Dah banyak jumpa dan banyak kali 'terkena' ngan orang2 camni. Luaran nampak cam bagus tp akhlak ko. x pernah muhasabah diri kot.

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal