Wednesday, October 14, 2009

Sabtu lepas..

Expressed by Noorita Yusof at 3:19 PM
Selamat bertemu kembali..

Sorry lama sgt tak upload (macam la orang kisah eheh). Bizi gile nak mam lately ni..
Sibuk update blog lagi satu hehe..

Banyaknya menda nak story sampai dah tak ingat mana satu dah.
Tulis yg mana terlintas je la dulu ye dak.


Last Saturday adalah hari mari menghadiri rumah2 atau dewan2 terbuka dan juga kenduri kendara kawin. Cam byk la jugak undangan dapat, tapi sudahnya..??? Pegi sebuah rumah je. Tu pon umah depan pagar ni ha. Kalo tak pegi mmg la kejadah kan. Tu seme sebab saya bizi teramat2 deq non... Sibuk siapkan tempahan kek2 cumil saya itu. Alhamdulillah rezeki datang menjengah kan. So bila dah siap sume, anak2 lak tido terbongkang. Takkan nak kejut for the sake nak makan nasik impit rumah orang kan.. Karang depa ngamuk padan muka aku. Nasik impit ke mana, rendang ke mana.

So sudahnya melepaslah.. Sorry sgt pada kawan2 yg jemput tapi kita tak datang tu. Tahun depan jemput kita lagi tau.. Ingat nak cuti masak la hari tu kan. Aku telah melakukan percubaan berani dengan ajak Mr Hubby makan kat luar. Jawapan dia..??
Korang agak2 apa..

a) "Cantek gak tu. Jom pekena black pepper stick".
b) "Ha jom.. KFC nak?"
c) "Takyah makan bleh tak.."
d) "Ala Ieta masak lah.. Nak ayam masak gulai.."

Tet............... Korang mesti jawab (d) kan..... Macam tau2 kan...........
Laki aku tu kalo nak ajak makan luar amat amat amat amat gelimat la payahnya! Kalo dia jawab (a) mmg aku amik termometer check dahi dia. Takpon check telinga. Keputusan sama je nanti kuar. Takde nye dahi panas lubang telinga suam2 dada ayam plak kan (pehal cakap pasal lubang telinga lak ni?)

Jawapan (b) tu kalo korang tanya aku mmg la munasabah kan...

Jawapan (c) mmg langsung tak munasabah lagi masuk akal kan. Ingat laki aku tu diet kah..???

So.. Aku dengan muka agak2 kelat buah sentul pon gi la masak. Instead of gulai aku buat masak lemak. hari2 gulai... nanti muka pon cam gulai... Sayugia diingatkan, aku ni masak cepat tau. bukan nak membangga, tapi aku dah ditrain dari aku darjah 6 dulu. Kasik aku sejam, aku boleh siapkan 3 jenis lauk. cewahh.. bapak chef nizam kan.. Kalo Chef Wan tak sampai sejam la kot. 40 menet je (abaikan lawak buduh ini).

Jadi lepas je aku abis kisah dah hidang2, laki aku baru pas mandi (mandi maghrib ye. bukan pagi. saya takkan la nak bersarapan roti bakar cicah masak lemak lak kan..). Pastu dengan ayat berbasa basi nye ajak aku gi mid valley. Aku dengan jawapan jengkel - "Hah...?" Pastu dia baru prasan aku dah masak kan. Dia bukak tudung saji cam "Oh.. bini kita dah masak ek.. Ok nanti pas makan kita pegi ek.." Nasib la dia tak cakap "Jom gi Mid makan Pizza". Mmg la aku terus simpan lauk dalam peti es kan.. hehe..

Abis kisah makan we all pon round2 je pusing2 amik angin malam KL yg tak berapa nak segar tu. Maleh aa gi Mid Mid. Nanti sampai, park jalan2 2-3 langkah dah nak tutup. Kuasa mak nak bayar RM3 utk itu sahaja nyah.....

Moral of the story..?? Seminggu brangan nak makan macam2 rumah orang, pastu sudahnya? melahap di rumah sendiri jua..

Bak kata pepatah Karam Kapal Singh Walia:

"Berangan-angan di pinggan orang, akhirnya berpinggan di dapur sendiri jua..."
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal