Monday, November 30, 2009

Kalau tak suka, pulangkan.

Expressed by Noorita Yusof at 4:03 PM
Gosh!

I have too many stories to tell but I don't have enuff time to blog!

Aaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Adalah berkarat otak kalo tak blogging lama2.

Dalam byk2 cerita aku nak share, aku nak share cite ni dulu.


Brapa ramai antara korang yang tengok cite Taubat Nasuha last Friday..??

Sapa tengok sila teruskan baca. Sapa tak tengok baca jugak + korang manusia paling kerugian di dunia.

Aku rasa cite ini adalah cite paling BEST lagi MENUSUK HATI dan MENYENTAP TANGKAI JANTUNG seplanet universe!!

Serius adalah SANGAT SEDIH plus SANGAT MENYAYAT HATI dan MEROBEK2 JIWA!!

Buat yg ada anak macam aku mmg lagi terasa siot!

Takyah cite panjang2 la kalo nak tau bawak2 la korek youtube ke apa.

So atas dasar suka gila kat cite ni aku googling la sket2 kot2 ada info kan pasal cite ni (atas dasar minat, diulang. kalo dah minat takde istilah buang masa).

Then jumpa la jugak info2 orang cakap tu kisah benar la apa, yg pernah diemail ke Sheila Rusly dan sebagainya lah.

Pastu baru aku tau cite ni rupanya adalah adaptasi daripada sebuah cerpen. (seres terer ko nok buat novel ni!).


Tajuk dia "Kalau tak suka, pulangkan".

Bukan Pulangkan barang aku Marsani oleh Pontianak Harum Sundal Malam ye.

Ni amanah2 Allah yang dipulangkan kembali kepada penciptaNya sebab kita tak pandai jaga.


So ni cite penuh dari cerpen tu:

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar
automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj.
"Horey! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi
keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut
terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang.
Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian
terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat!
Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan
tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju
berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya
kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa
minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu
patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di
hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi
kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia
tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila…" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak?"

"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana.
Tengok masa kat Legacy dulu tu…"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih
berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari
keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan
pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia
berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak
hotel pun tak minta ganti rugi. "Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke
mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik
kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan
isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia
tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta
berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam
dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan
sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka
bakar abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe.....pegang dulu. Kalau tak suka
pulangkan balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka
pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa
tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya
itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila
bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi,
makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu....
"Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." "Papa! Makan!" Jerit
Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. "Tak
boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya
tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong
sebelum sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!"

"Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai
mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati
langkah papanya keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa
selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang
telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak
suka tengok papa marah-marah.." "Adik pun sama. Bila papa marah muka
dia macam gorilla kan?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila
menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya
hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita
tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit
kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa
terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia
rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika
kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang
bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi
hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang
tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara
perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan
berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman
tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu
tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk
ketakutan.... Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis.
Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila
cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman
di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam
pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat
kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang
bukan-bukan." Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya?
Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam
ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak
itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di
matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan
isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan
kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas
betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di
halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton
dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap
kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke
meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan!
Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya
petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam
menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi
cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di
dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi
sedikit pengajaran pada anak-anak.

"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak
Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti."
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti
Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati.
Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia
perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia
beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk
mendapat gred yang lebih baik dari A. "Laila…" "Papa nak ke mana
hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau
bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk
staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.


"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkandifikirannya
terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi
akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan
bujang. "Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah
pun bawak kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini.... "

"Papa pesanlah.."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak
ikut pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam.... "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?"
Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan
anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa
keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan
hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja
hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain
tarik-tarik alas kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,"
ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun
nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak
kena bila bersama mereka.... Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan
tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila.
Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan
Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang
Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita
yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan
isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata
bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan
menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba
menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu
tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni
daripada ada elok tak ada. Menyusahkan!" Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti
selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin
untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila
mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia
terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih
penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak
dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila
tak pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak
pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat
anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur
dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat
anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan.
Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia
mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal
bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila…

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila
pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah
kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun
untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang
bakal dilahirkan dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan
isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah.
Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun
dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila
dipulangkan.



Memang la sebijiks kan.

Nama budak2 pon sama ok.

Yang beza ending je. Cerpen ni ending dia depa eksiden tapi cite Taubat Nasuha tu ending dia anak2 bini dia kena tikam ngan perampok masuk umah. Lagi sadis aku rasa sebab bini dia sempat call laki bangsat dia tu masa perompak2 tu baekk punya tengah dok acu2 pisau kat muka dia, tapi dia bleh laki ngok dia tu letak tepon!! Time tu rasa nak tendang2 je muka si Fauzi Nawawi tu tau! Eeee gerammm!

Pastu time si Fauzi tengok family dia dah abis mati sambil meratap sayu tu kan, aku apa lagi.... air mata sama laju lah mengalir hokey. Sediihhhh tolong...!!

Aku kasik A++++++ lah kat produk terbaru Jinggo-Sheila ni. Adaptasi pon adaptasi lah. Kalo adaptasi tapi pelakon cam kayu cengal tak best jugak kan. Ni dari Tok abah (Dato' Jalaluddin beras Jasmin) sampai ke budak kecik yg tak tau apa2 tu blakon punyalah hebat!!! Si Fauzi mmglah sangat sesuai jadik lelaki bangsat sedunia n si Sheila (Sheila Rusly ye bukan Sheila Mambos) mmg sangat kesian jadik bini lurus bendul dan ibu penyabar tahap ilmu keramat lapan! Tapi tak leh terima si Sheila Kwek Mambo tu. Dah la dalam Nur Kasih before tu dia jadik mak yg baik gila dan beriman, siap pakai serkup kepala even tengah menyapu kat dalam rumah. Tapi dalam Taubat Nasuha, which is the drama hanyalah selepas cite Nur Kasih tu, dia menjadi pompuan tua gedik lagi tak sedar diri nak main ngan laki orang! Cam aaaaaaaa bencinyeeeeeeeeee!!


Pengajaran yg paling best dari cite ni (aku suker!):

"Kita akan mula menghargai apabila kita kehilangannya..."


dengansss



"Kalau tak suka dan tak pandai jaga, pulangkan" <-- kata2 Tok Abah Jalal dalam cite tu.



SENTAPPP!!!!!




Pasni aku tanak marah2 sangat dah anak2 aku.

Umah bersepah pon aku akan cuba bersabar dengan sepenuh tenaga.

Umah bersepah menandakan aku ada anak kan.

And childhood won't come twice.

Masa ni lah derang nak jerit2, nak panjat sini panjat sana, nak sepah2 tak hengat.

Dah besar esok derang mesti banyak abiskan masa kat dalam bilik memasing ke, depan pc ke, depan tv ke, takpon kuar ngan kawan2.

Abis sapa nak sepah2 toys lagi..?

6 thoughs.. on "Kalau tak suka, pulangkan."

mumy yaya on December 1, 2009 at 11:26:00 AM GMT+8 said...

wow..tgk sekerat je cite tu!!sbb berebut remote ngan anaknde..camne??tak leh marah kan?!!huhu...sedey gile cite tu erk...tq erk kasik sinopsis citer tu...!! ;) insaf da ni..biase garang je nih!!!! ;)

:.aYesHa.aHmaD.: on December 1, 2009 at 2:35:00 PM GMT+8 said...

Ieta.. saya takut nak kahwin!! =(

Tapi sememangnya betul "Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
".

Then mula lah orang akan cakap, i feel lost..kosong.. bla..bla..bla.. Kenapa susah someone nak appreciate someone else dari mula sampai akhir hayat dia?

Deymmmn..sayu bila baca or tgki kisah2 mcm ni. Sebab in real life saya percaya mmg ada yg hadapi situasi mcm ni..

mumy yaya on December 2, 2009 at 8:49:00 AM GMT+8 said...

to ayesha : jgn smpai tak kawin...mane pun kite nak larik..kalau da jodoh n nasib kite da dtetapkan begitu..kene trime dgn redha...sbb Tuhan akan bagi dugaan n ujian kat umat2 yang terpilih tu..sebb DIA tau umat DIA tu kuat!!!!ok?!!so...move on bebeh!!! ;)so no worrry..b happy!!!

Anonymous said...

i'm ur silent reader... mmg syok giler tgk citer tu... sedih & menyayat hati!! sy pun ada anak & of coz la sy garang giler gan anak2... tp skrg kena slow down la.. dah insap.. huhu... 10 bintang utk jinggo n citer ni!! :D

antonio said...

klu x silap cerpen nie dh few years back....x sempat nk tgk citer tu but i bet mesti ader kt tv3.com.my klu sesaper berminat leh cari kat sana...tulaa kadang2 perasaan yg terbuku or terpendam dlm hati eloklah diluahkan atau cari jalan penyelesaian kan...klu ditunggu lama2 dan bila terjadi suatu benda barulah akan menyesal x sudah...hopefully xderlaa kita diduga dgn dugaan yg berat cmnie...amin....thnks for e sharing...nk g carik drama tu layan jappp..heheh

lyana on December 12, 2009 at 3:19:00 AM GMT+8 said...

ooohh..lyana pun tngok jugak citer nihh!! memang nangis cam waterfall ok, siap teresak2 lagi, citer dah abis stgh jam pun nangis lagi..sob sob..tapi citer die cam lagi outstanding dari buku tu kan kan..sheila+jinggo memang hebatsss..

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal