Thursday, December 31, 2009

Sayonara 2009... Aloha 2010!!

Expressed by Noorita Yusof at 3:36 PM 6 thoughs.. Links to this post
Esok 2010 la kawan2!

Macam sangat sekejap dan sangat2 pantas masa berlalu kan..

So bersempena nak bertahun baru, aku nak imbas sket apa yg best and apa yang tak best di sepanjang 2009 yg telah terjadi pada diri aku..


YEAY!!

** Dalam usia 29 tahun, I owned such a perfect life - career, wonderful husband and cutest kids in the world. I feel complete! Alhamdulillah..

** Step in to the final stage dalam Pesona De'Wajah Harmoni contest and won the FIRST prize!

** Entered to the new world of mine - entertainment!

** Being a cover girl & have my own slots in local mags and newspapers.

** To have my own food based business - Apples Bakery!

** To collect less complains on my cooking. Haha.. And mastering of ALL hubby's fav foods!

** Raya kat tempat lain for the first time ever after 29 years! (or shud I put under below category..?)

** Jumpa balik my old long-time-no-see fren yang I've looking for 13 years.




HAIH...

** The runaway-maid thingy.

** Sekeluarga menerima gelombang dugaan yang paling besar dan berat on hubby's business.

** Gaji naik sket je sebab kegawatan ekonomi. Ok ok.. better than none rite..

** Kete kena cium bontot dah menjurus kepada tindakan2 leceh utk settlekan.

** Tak sempat nak settle satu lagi plan.. Masa masa... Nway, bawak ke tahun depan...




Hmm I think tu je kot..



And for these coming new year 2010, aku harap dapat merealisasikan ini..




CHAIYOK CHAIYOK..!!

** To get my plan yg tak berjaya dilaksanakan masa tahun 2009 tu settled.
Target is: JAN 2009! MUST!!!!

** Will introduce my new cabang business- Apples Catering!

** Tambah produk2 baru on Apples Bakery.

** To become a BETTER wife to my hubby.. (InsyaAllah Pa, I'll try my best!)

** To help hubby to expend his business.

** To get my home a BETTER look. I'll make a change. Wait & see!

** To become a BETTER muslim..

** Sofiya at least kena pandai baca this year, and Mu'az at least kena kenal ABC and 123 better! (Ya Allah... kurniakan aku lebih masa dan ruang utk bersama anak-anakku..)

** To shut the mulut2 puaka budak2 sengal di opis and whoever people with busuk hati (and busuk mulut also) up. <-- I love this point! hahaha..!

** Tanak pakai kata diri 'AKU' dah kat blog. It's soooo not me!

** Most important of all - to become a BETTER BETTER person!



Harap2 apa yg dimpikan ni dapat dilaksanakan. InsyaAllah... Pray for me frens!

So kawan2... malam ni kemana anda..?

Dataran? KLCC? Bangsar? Hartamas? Zouk? Masjid Negara? or... Home Sweet Home..??

For me, tetap cam 10 tahun lepas.. - HOME!

Haha... So malam ni saya cuti dari buat cake or to attend with any unfinished tasks. I'll be with my hubby and kids depan TV tengok DVD. Paling2 naik kete pegi kat Taman Tasik Sri Gombak tengok bunga api KLCC dari situ. Apa lagi yang diperlukan selain dari bersama yang tersayang..?


Saya (cheh saya tu.. I'll pick the better katadiri in my 2010 blog ya peeps. don't muntah now!), dengan ini ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2010 pada anda semua..

Semoga tahun baru ini akan lebih membawa sinar kebahagiaan dan rezeki yang melimpah serta kesihatan yang bekekalan pada kita semua. InsyaAllah...




HAPPY NEW YEAR!!!



Thursday, December 24, 2009

Pengumuman secara informal kaedahnya

Expressed by Noorita Yusof at 2:35 AM 3 thoughs.. Links to this post
Jam skang dah kol 2.23am.

Diulang.

AM.

Yakni pagi2 buta... bukan petang ala2 nak membuta pas lunch kat opis.

Ala2 cam apekejadah ko tulis blog di kala dinihari begini.

Bukan sepatutnya ko dah berdengkur lagi melelehkan air masam ke bantal ke.


Tapi aku masih tidak dapat boleh tido lagi.

Ada seloyang kek lagi yg aku tengah tunggu masak tuh.

Yeap, anda tak salah baca.

Saya memang sedang memasak sekarang ini.

Masak kek.


Buat yang tak pasan tu, aku dah menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan peniagawati ni sejak September lepas.

Takdela hebat apa pon.

Bukan saudagar kain al ela or saudagar minyak wangi arab setitik tahan seharian ke ataupun penjaja perniagaan bertingkat.

Tapi aku jual cupcake.

Hehe...

Jangan la gelak woi!

Tak caya ke?

Kalo tak caya, sila-sila la jenguk http://applecuppies.blogspot.com


Sini kira cam katalog gitu la pendek kata.

Mana2 kek yg pernah orang tempah dan aku jual, aku publish sini.

So terlanjur (terlanjur ke mengelanjurkan diri nih) cite psl cupcake ni, aku nak pomot la kan kat followers 11apples ni, mahupun para2 silent reader tu :)

Kalau korang ada apa2 occasion or apa2 nak celebrate ke or just nak makan2 je, just order ngan saya tau.


Lagi satu aku dah berjinak2 dalam dunia katering.

cewah!

cam hebat je kaedahnya hehe..

Ekceli perkhidmatan katering secara kecil kecilan lah.

Aku ada buat set nasik minyak + kari ayam ngan set ayam masak merah + nasi himpit before ni.

Untuk meeting2 opis.

So kalo adalah berminat juga, ring ring card me k.. hehe..


There!

Oven dah berdenting!

Haha ngam2 pulak.

So chow chin chow..

nak tido...

beleh doh mater aku neh..

Sunday, December 13, 2009

:)

Expressed by Noorita Yusof at 1:14 AM 9 thoughs.. Links to this post
Suatu ketika during lunch time.. On weekend..


Mr Hubby: "Tuang air sket utk kita."


- Tuang air dengan solehahnya -


Mr Hubby: "Apsal air ni pahit semacam? Basuh betul2 tak gelas nih??"

Me: "Eh kita basuh betul2 la.. Pahit cemane..?"

Mr Hubby: "Pahit ler.. Takde rasa apa..!"

Me: "Aik..! Tadi kita rasa ok je." Sambil mencapai gelas dia dan cuba minum sket.

Me: "Hah, ok je!"


Mr Hubby minum balik.


Mr Hubby: "Ha.......... Baru la manis.... Bidadari syurga dah minum tadi.... "




:)

Friday, December 11, 2009

Bola2 kemanisan..

Expressed by Noorita Yusof at 5:34 PM 6 thoughs.. Links to this post


Adakah korang masih ingat benda ini..?

Yeap!

This is the famous amous chewing gum for 80's baby! haha..!

Lama gila try carik gegula ni (semangat) kan, and that day suddenly terjumpa.

Terjumpa pon kat bus stop. Masa tu tengah tunggu Yanie datang pick up coz kitaorang nak pegi training sama2. Since dia tak tau umah saya, so saya tunggu dia kat bus stop (brief sket sebab apa aku tunggu dia kat bus stop).

Cam lama dowh tak melalui saat2 penungguan bas sehingga berjanggut.

Berbalik pada chewing gum 88 ni (baru aku tau nama dia 88). Dulu kitaorang panggil dia cuwinggam 3 bijik kaler2.

Sanggup tu reserve duit belanja sekolah semata2 nak beli gegula ni kat kedai bawah umah makcik ani tuh!

Tak pon kalo duit dah abes, tebal muka tu mintak kat Chek (my nenek) so dia akan meraba2 di zip bawah baju dalam dia then dapatla dua posen. Kalo dia takde duit kecik even dah puas digging, dapat la lima posen. haha...

Dulu kalo dapat pekena chewing gum ni kan cam ohhhhhhhhhhhhhh kenikmatan!!

The most heaven part adalah masa mula2 masuk mulut then the first two bites is like soooooooooooooo orgasma!

Then bila dah lama2 sket tu dah hilang rasa manis tu kan, then we start to do the gummy bubble like as big as you can!

Oh oh..!! I want to be a kid again!

Wednesday, December 2, 2009

Salam Aidiladha 2009

Expressed by Noorita Yusof at 4:21 PM 0 thoughs.. Links to this post
Sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua, Selamat Hari Raya Qurban buat yg berkorban jiwa, raga, duit, masa, tenaga, juga menyumbang pada ibadat korban dan Selamat Hari Raya Haji buat yang menunaikan Haji mabrur. Haji2 Hajah2 yg balik Haji tapi masih berskirt lutut dan bertudung jambul saya ucapkan Selamat Hari Raya PegiHajiLagiSekali.

So Raya kali ni saya dapat balik ke kampung halaman yang yarabbi best yang amat yakni di Kuala Terengganu!!! YEAY!!!!

Alhamdulillah Allah murahkan rezeki aku kali ni dan dapatlah aku melaksanakan ibadat korban.

So, mari kita posing dengan our lembu korban he...



Ini adalah lembu yang bakalan dikorban sikijapppp lagik..




Bergambar kenangan dengan Mr CowCow.




MrCowCow kena tambat menandakan dekatnya waktu untuk dikorbankan..





Manakala kami 7 orang mewakili 7 bahagian MrCowCow kerumun Tok Iman utk lafaz akak korban.




"Ahh.. tolong tolong..! Aku tak rela korang rogol aku..!"




Then.... zap zapp! semelih!

Gambar semelih takde okeh! Sebab tiba2 batt kong. huwaaaaaa....!

Just my mum je amik video but the sad story is aku lupa nak cilok. Aduh.. Aku rasa kan MrCowCow dah sumpah kamera aku supaya tidak berfungsi sebaik sahaja dia disemelih kot. Spooooooooookyyyy.....


So start dari sini pic ihsan from enpon my mum..


 
Sesi melapah lapahan dan menanggal-nanggalan kulit. 





Sesi mari memotong dan membahagi2 daging-dagingan MrCowCow..



Pengakhiran...? Hidangan lazat lagi menyelerakan di atas meja...!


Mr CowCow --> daging masak merah sukaria, rendang daging berenang2 gembira, daging masak kicap si tompok manggis, daging masak lemak montel2 ku sayang, sup tulang berempah keding kedingan, rojak kateh lompatan pagar dan macam2 jenis lauk lagilah.

Pendek kata jasa MrCowCow membuncitkan perut orang mmg tak boleh dilupa lah pendek kata



So Alhamdulillah selesai lah sudah upacara korban pada tahun ini.

Diharapkan tahun depan kami masih dimurahkan rezeki utk berkorban lagi.

Aku ingat tahun depan (InsyaAllah) nak korban kat Kemboja ke Narathiwat ke la pulak kan.

Bukan maknanya aku kena mendayung sampan ke sana pon Lijah oi.. Kirim duit je pon..

So nanti daging2 tu dapat diagih2kan kat orang yg betul2 miskin dan betul2 memerlukan.

Bukan apa cam kelaka la pulak kat sini potong lembu kan, pastu daging tu aku kasik kat kau, kau kasik aku, aku kasik jiran, jiran kasik aku. Padahal sama2 berkemampuan (Alhamdulillah).

Ok la ok la. Kira aci la sebab kasik sedara mara kan, tapi aku rasa kalo kasik yg betul2 fakir lagi afdal kot.

Sapa Usblog (kalo ada) kat sini bleh kasik pendapat?
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal