Wednesday, December 2, 2009

Salam Aidiladha 2009

Expressed by Noorita Yusof at 4:21 PM
Sebelum terlambat, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua, Selamat Hari Raya Qurban buat yg berkorban jiwa, raga, duit, masa, tenaga, juga menyumbang pada ibadat korban dan Selamat Hari Raya Haji buat yang menunaikan Haji mabrur. Haji2 Hajah2 yg balik Haji tapi masih berskirt lutut dan bertudung jambul saya ucapkan Selamat Hari Raya PegiHajiLagiSekali.

So Raya kali ni saya dapat balik ke kampung halaman yang yarabbi best yang amat yakni di Kuala Terengganu!!! YEAY!!!!

Alhamdulillah Allah murahkan rezeki aku kali ni dan dapatlah aku melaksanakan ibadat korban.

So, mari kita posing dengan our lembu korban he...



Ini adalah lembu yang bakalan dikorban sikijapppp lagik..




Bergambar kenangan dengan Mr CowCow.




MrCowCow kena tambat menandakan dekatnya waktu untuk dikorbankan..





Manakala kami 7 orang mewakili 7 bahagian MrCowCow kerumun Tok Iman utk lafaz akak korban.




"Ahh.. tolong tolong..! Aku tak rela korang rogol aku..!"




Then.... zap zapp! semelih!

Gambar semelih takde okeh! Sebab tiba2 batt kong. huwaaaaaa....!

Just my mum je amik video but the sad story is aku lupa nak cilok. Aduh.. Aku rasa kan MrCowCow dah sumpah kamera aku supaya tidak berfungsi sebaik sahaja dia disemelih kot. Spooooooooookyyyy.....


So start dari sini pic ihsan from enpon my mum..


 
Sesi melapah lapahan dan menanggal-nanggalan kulit. 





Sesi mari memotong dan membahagi2 daging-dagingan MrCowCow..



Pengakhiran...? Hidangan lazat lagi menyelerakan di atas meja...!


Mr CowCow --> daging masak merah sukaria, rendang daging berenang2 gembira, daging masak kicap si tompok manggis, daging masak lemak montel2 ku sayang, sup tulang berempah keding kedingan, rojak kateh lompatan pagar dan macam2 jenis lauk lagilah.

Pendek kata jasa MrCowCow membuncitkan perut orang mmg tak boleh dilupa lah pendek kata



So Alhamdulillah selesai lah sudah upacara korban pada tahun ini.

Diharapkan tahun depan kami masih dimurahkan rezeki utk berkorban lagi.

Aku ingat tahun depan (InsyaAllah) nak korban kat Kemboja ke Narathiwat ke la pulak kan.

Bukan maknanya aku kena mendayung sampan ke sana pon Lijah oi.. Kirim duit je pon..

So nanti daging2 tu dapat diagih2kan kat orang yg betul2 miskin dan betul2 memerlukan.

Bukan apa cam kelaka la pulak kat sini potong lembu kan, pastu daging tu aku kasik kat kau, kau kasik aku, aku kasik jiran, jiran kasik aku. Padahal sama2 berkemampuan (Alhamdulillah).

Ok la ok la. Kira aci la sebab kasik sedara mara kan, tapi aku rasa kalo kasik yg betul2 fakir lagi afdal kot.

Sapa Usblog (kalo ada) kat sini bleh kasik pendapat?

0 thoughs.. on "Salam Aidiladha 2009"

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal