Sunday, May 30, 2010

Calling for the best and cheap tailor!

Expressed by Noorita Yusof at 3:06 PM 3 thoughs.. Links to this post
Ok.

Saya adalah tidak sedar skang sudah bulan 5 and lagi satu hari adalah masuk bulan 6.

Dan saya baru sedar yang bulan posa pada tahun ini adalah pada bulan 8 dan raya adalah bulan 9.

Saya juga adalah risau sebab posa belum abis ganti dan kerisauan yang paling maha adalah saya belum menempah baju raya!!

Adalah very the lambat suda..!

Pada pengkeji yang suka carik pasal mesti mengata2 saya di belakan - "Belum posa dah sebok nak buat baju raya.."

Ha..................

Ni la dia orang2 yang cetek otaknya lagi kurang panjang akalnya.

Paham tak kita ni pikiran kena maju ke depan.

Paham tak konsep terhegeh2 ataupun konsep dah nak terberak baru sibuk nak gali lubang..?

So sebelum kita sibuk2 dgn orang2 ramai nanti, baik kita awal2 tempah baju segala siap2.

So nanti boleh konsentret beribadah je nanti.

Takde la tengah2 hari buta time bulan posa ko bagai nak pitam kat tengah2 Jalan Tar sebab sibuk cari kain ela nak buat baju.

Takdela tengah2 semayang terawikh ko kepala terbang pegi kedai tailor Senah Kebaya sebab baru teringat dah kasik dia baju contoh tahun lepas masa tgh kurus lagi.

Paling best kalo raya lagi sehari dua pastu baju baru siap. Pastu dibuatnya geleber kat ketiak ke, senteng ke apa ke.. ada ke masa nak ekjas makcik??

Tu belum cite bab tailor dah tak amik tempahan sebab dah penuh dengan tempahan2 2-3 bulan advance oleh orang2 macam I nih..? Eh tu ok lagi tau.. Ada yg tamat raya tahun ni pastu terus antar kain utk raya tahun dan taw..!?

Yang plan nak beli baju siap tu adalah tak termasuk dalam ini gambar aa...

Berdasarkan faktor2 ini, saya adalah akan menghantar kain ke tailor awal2 gitu supaya tidak berkelam kabut di kemudian hari.

Tapi yang menjadi problemo adalah saya masih mencari tokoh2 penjahit baju saya yang paling berkelayakan seperti berikut:

1) Sendiri pandai jahit. Bukan tempah kat dia pastu dia pegi mintak tolong si minah lain pulak jahitkan.

2) Amik ukuran badan, tulis ukuran badan dan pastikan ikut ukuran badan yang dicatat itu dengan tepat. Jangan nak memandai2 pegi buat additional satu dua inci pulak dengan alasan nanti in the future kita akan gemuk. Hello..! I nak pakai bajiu tu skang. Bukan masa dah beranak lapan nanti!

3) Yang tak banyak memandai2 tak tentu arah.. Bila kita suruh bubuh manik kat tangan dia pegi letak kat dada. Suruh bubuh kat leher bahu pegi bubuh kat lutut baju!

4) Yang buat2 bertukar suka ati mak bapak kain sapa ngan tuan mana. Kain I buat baju mak mertua I, kain mak mertua I pegi buat baju I.

5) Janji dapat siapkan bulan depan means bulan depan. Bukan 6 bulan kemudian.

6) Yang suka suki buat hilang kain orang pastu buat2 tak reti pulak... Kalo kain pasang Kamdar boleh la terima, tapi kalo made in Bandung or kalo nak gah sket kain Euro Moda sapa nak jawab?

7) Yang tak suka2 hati marah kita sebab tak pegi beli baju dah siap instead of tempah kat dia. Hey..! Tanak rezeki ke makcik?

8) Dedikasi, menghormati kastemer, tepat janji, tak memandai2 and sedar diri yng dia jahit tu bukan for free. I bayar ok so ikut apa I kata boley..?

9) Yg memiliki sume ciri2 no 8 tapi tak aci lah Bernard Chandran or Rizalman. Nak yang berkadar terus dengan jumlah pendapatan sendiri je pon.. Bukan pendapatan Mawi masa time belum kena boo.


Saya bukan takde tailor sedia ada tapi di atas sebab2 tidak dapat memenuhi kriteria2 di atas, maka saya dengan sukacitanya telah menyingkirkan dia dari tugasan tahunan menjahit baju2 raya dan baju2 tak raya saya.

Bukan saya sahaja. Mak mertua saya, kakak ipar saya, makcik pakcik mak menakan sume dah tarik balik kontrak buat baju ngan dia. Tulah. Tak reti jaga kastemer. Hilang kastermer datuk datin, datuk sri puan sri sume. Padan la dengan muka..!




So masalahnya skang nak carik tailor baru. Sapa boleh rekomen..??





(soalan satu je hok last skali tu. tapi intro punyale panjang hehe...)









Susah2 suruh je la tikus2 ni jahitkan...

Tiada yang lebih bahagia dari ini...

Expressed by Noorita Yusof at 12:17 AM 4 thoughs.. Links to this post
I'm in kampung rite now..

I mean in my own hometown..

I just realized yg everytime I balik sini, mesti tak sempat nak explore sume then dah kena balik kl..

Kadang tak sempat masuk sume bilik kat umah ni pon and I left.. again..

Kadang2 rasa sedih.. But.. this is the way yang telah kupilih..

Kawin dengan orang luar and kerja di luar.. Jadi terima je lah kan..

Just to share the fav spot of mine kat umah ni dan sekitarnya masa kecik2 dulu sampai ke alam2 remaja before dibawa 'pergi' oleh seseorang yang bernama suami...


- Bilikku syurgaku..

My fav spot eva! Tempat berangan.. Tempat baca2 balik surat2 cinta dolu2 kala.. Tempat nangis bila sedih.. Tempat stadi kadang2 bila tahap-belaja-secara-formal-dimeja-stadi dah berakhir, hatta tempat saya berangan2 depan cermin serta termenung2 di tepi grill tingkap jua..


- Bilik stadi.
Ingat tak post ni..? Yeah... Ini adalah bilik stadiku selepas tamat tempoh menjadi jawatan bilik tido. Ekceli bilik ni kecik sket. So bila ala2 dah anak dara tu parents saya pindahkan saya ke bilik lagi satu. agak2 besar sket la.. sebab kadar angan2 pon dah makin besar kan ahaks! Jadi bilik ini dah menjadi bilik perah otak dan saksi saya mengajar diri sendiri. yeap! I ni paling lemah sabjek history. dah try kaedah membaca macam2 dah benak jugak tak reti. last2 kena beli papan itam satu then buat2 ajar diri sendiri baru la pandai haha..


- Dapur
Mmg tak heran ni jadi spot place I.. Kata suka masak dan makan.. Takkan masak kat bilik air kots kan he..



- Pili air kat tepi rumah.
Dulu masa kecik2 suka sgt tolong2 ibu bapa menyiram pokok bunga dan juga membuang segala rumpai dan juga mencuci longkang sekitar rumah (ayat sket nye karangan wei). Then dulu suka main2 pondok2 kat situ even dulu ada seketul busut besaaaaaarrr kat sebelah. Even orang dok cakap2 kata busut berantu ke apa I pedulik hapers.. Nway bukan berantu pon. Masa abah cangkul busut tu, yg ada kat dalam adalah puluhan telur ular.. eee ngeri...


- Kawasan belakang rumah.
Tempat main badminton ngan adik or abah. Oh terasa gila semangat kesukanan ah dulu2. Tetiap petang mmg wajib ah jadi Lin Dan (mentang2 mamat ni baru menang kan. tiba2 je lupa Lee Chong Wei dah..).Kalo tak main badminton, pegi ronda2 beskal LeeRun ngan adik sekitar kawasan kampung. Best wo! Kalo lalu kat tmpt abang2 tgh lepak, mmg kompem derang siul nyelah! haha.. gelenya!


- Beranda belakang rumah.
Dulu ada buai kat sini. Salu la berangan2 sambil ingat kat boifren.. kalau bulan posa, dah abis2 masak tu, lepak2 kat buai baca magazine sementara tunggu waktu berbuka.. Takpun tempat borak2 ngan ma pasal gossip hehe..


- Jamban kat sebelah bilik tido.
Dalam umah saya ada 2 bilik jamban. Just nak highlight je. Punyala bz dan balik sekejap je kan, sampai kadang2 jamban ni pon I tak sempat nak jengah! aaaa ralat!



Eh banyak la fav spot saya ekceli. Setiap inci rumah mmg fav spot lah pendek kata! Tapi yg paling fav skali adalah ibu bapa. Rasa balik tu tak sempat nak manja2 macam dulu ngada2.. kena korek2 tinga ngan ma.. pastu abah antar gi situ sini.. sume tak dan.. kadang2 balik umah rasa macam tetamu.. tak sempat nak pakai baju dalam almari.. sume tak sempat.. paling lama pon boleh lepak kat kg kalo cuti bersalin huhu.. lagi satu, kalo brenti keje muahaha..

Ni belum masuk bab fav spot kat umah tok ke. fav spot kat skolah ke. fav spot kat bandar ke.. Oh God! How I miss KT very2 much! I really hope I can settle down here..
Yes saya memang anak manja and suka berkepit dengan ma abah. Jadi anak tunggal selama 11 tahun mmg cukup buat aku rasa tmpt paling bahagia pernah aku tinggal adalah di bawah ketiak mereka huhu..

So now.. Esok malam dah nak balik KL :(

Back to reality.

Kembali pada perlumbaan masa.

Kembali ke debuan kota.

Menghadap wajah2 hipokrit..

Hati2 yang sentiasa resah dan jengkel terhadap orang lain.

Rimas!

Ku tetap akan menghitung waktu.

Untuk kembali pulang ke kampung halamanku.

Diri sebenarku...

Sunday, May 23, 2010

Besar dah anak saya...

Expressed by Noorita Yusof at 6:31 PM 2 thoughs.. Links to this post


Anak daraku sudah mula menunjukkan ciri-ciri kegadisan dan keanakdaraan. Alhamdulillah dah boleh diharap tolong mama, event just pandai lipat baju dia ngan adik dia je. Slow2 ye sayang..

Yang adik tgh layan perasaan sendiri... :)

Wednesday, May 19, 2010

Jemput meh..

Expressed by Noorita Yusof at 4:05 PM 2 thoughs.. Links to this post
Makan2 lagi yeay! (takde mende lain I ni kan..)



Udang ngan kotam masak lomaks..



Asam pedas ayam, telur dadar and kacang goreng..


Ayam masak padang, telur dadar, ulam daum selum.



Sambal ayam, kacang goreng bertelur, telur dadar black pepper, tauhu goreng for kidos..





Jemput-jemput...

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal