Sunday, May 30, 2010

Calling for the best and cheap tailor!

Expressed by Noorita Yusof at 3:06 PM
Ok.

Saya adalah tidak sedar skang sudah bulan 5 and lagi satu hari adalah masuk bulan 6.

Dan saya baru sedar yang bulan posa pada tahun ini adalah pada bulan 8 dan raya adalah bulan 9.

Saya juga adalah risau sebab posa belum abis ganti dan kerisauan yang paling maha adalah saya belum menempah baju raya!!

Adalah very the lambat suda..!

Pada pengkeji yang suka carik pasal mesti mengata2 saya di belakan - "Belum posa dah sebok nak buat baju raya.."

Ha..................

Ni la dia orang2 yang cetek otaknya lagi kurang panjang akalnya.

Paham tak kita ni pikiran kena maju ke depan.

Paham tak konsep terhegeh2 ataupun konsep dah nak terberak baru sibuk nak gali lubang..?

So sebelum kita sibuk2 dgn orang2 ramai nanti, baik kita awal2 tempah baju segala siap2.

So nanti boleh konsentret beribadah je nanti.

Takde la tengah2 hari buta time bulan posa ko bagai nak pitam kat tengah2 Jalan Tar sebab sibuk cari kain ela nak buat baju.

Takdela tengah2 semayang terawikh ko kepala terbang pegi kedai tailor Senah Kebaya sebab baru teringat dah kasik dia baju contoh tahun lepas masa tgh kurus lagi.

Paling best kalo raya lagi sehari dua pastu baju baru siap. Pastu dibuatnya geleber kat ketiak ke, senteng ke apa ke.. ada ke masa nak ekjas makcik??

Tu belum cite bab tailor dah tak amik tempahan sebab dah penuh dengan tempahan2 2-3 bulan advance oleh orang2 macam I nih..? Eh tu ok lagi tau.. Ada yg tamat raya tahun ni pastu terus antar kain utk raya tahun dan taw..!?

Yang plan nak beli baju siap tu adalah tak termasuk dalam ini gambar aa...

Berdasarkan faktor2 ini, saya adalah akan menghantar kain ke tailor awal2 gitu supaya tidak berkelam kabut di kemudian hari.

Tapi yang menjadi problemo adalah saya masih mencari tokoh2 penjahit baju saya yang paling berkelayakan seperti berikut:

1) Sendiri pandai jahit. Bukan tempah kat dia pastu dia pegi mintak tolong si minah lain pulak jahitkan.

2) Amik ukuran badan, tulis ukuran badan dan pastikan ikut ukuran badan yang dicatat itu dengan tepat. Jangan nak memandai2 pegi buat additional satu dua inci pulak dengan alasan nanti in the future kita akan gemuk. Hello..! I nak pakai bajiu tu skang. Bukan masa dah beranak lapan nanti!

3) Yang tak banyak memandai2 tak tentu arah.. Bila kita suruh bubuh manik kat tangan dia pegi letak kat dada. Suruh bubuh kat leher bahu pegi bubuh kat lutut baju!

4) Yang buat2 bertukar suka ati mak bapak kain sapa ngan tuan mana. Kain I buat baju mak mertua I, kain mak mertua I pegi buat baju I.

5) Janji dapat siapkan bulan depan means bulan depan. Bukan 6 bulan kemudian.

6) Yang suka suki buat hilang kain orang pastu buat2 tak reti pulak... Kalo kain pasang Kamdar boleh la terima, tapi kalo made in Bandung or kalo nak gah sket kain Euro Moda sapa nak jawab?

7) Yang tak suka2 hati marah kita sebab tak pegi beli baju dah siap instead of tempah kat dia. Hey..! Tanak rezeki ke makcik?

8) Dedikasi, menghormati kastemer, tepat janji, tak memandai2 and sedar diri yng dia jahit tu bukan for free. I bayar ok so ikut apa I kata boley..?

9) Yg memiliki sume ciri2 no 8 tapi tak aci lah Bernard Chandran or Rizalman. Nak yang berkadar terus dengan jumlah pendapatan sendiri je pon.. Bukan pendapatan Mawi masa time belum kena boo.


Saya bukan takde tailor sedia ada tapi di atas sebab2 tidak dapat memenuhi kriteria2 di atas, maka saya dengan sukacitanya telah menyingkirkan dia dari tugasan tahunan menjahit baju2 raya dan baju2 tak raya saya.

Bukan saya sahaja. Mak mertua saya, kakak ipar saya, makcik pakcik mak menakan sume dah tarik balik kontrak buat baju ngan dia. Tulah. Tak reti jaga kastemer. Hilang kastermer datuk datin, datuk sri puan sri sume. Padan la dengan muka..!




So masalahnya skang nak carik tailor baru. Sapa boleh rekomen..??





(soalan satu je hok last skali tu. tapi intro punyale panjang hehe...)









Susah2 suruh je la tikus2 ni jahitkan...

3 thoughs.. on "Calling for the best and cheap tailor!"

liyana on May 31, 2010 at 9:30:00 AM GMT+8 said...

nasib baik jahit baju sendiri je. x cantik pun sendiri yg buat..heheh

ya-ummi on May 31, 2010 at 1:25:00 PM GMT+8 said...

ita aku pon tengah mencari.. nanti kalau ko jumpa bagi tau aku ye, kalau aku jumpa aku bagitau ko :)

muza on June 1, 2010 at 12:43:00 PM GMT+8 said...

huhu..syok baca entry ita ni..kelakar..muza ada jumpa satu tailor ni..cina..mmg cantik dan agak memenuhi kriteria ita..

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal