Tuesday, October 26, 2010

Cyber ah?

Expressed by Noorita Yusof at 2:45 PM
Well well... Berita terkini dari saya adalah kini telah berada di Cyberjaya dengan jaya jaya Berjaya Time Square nya..

Segala mimpi ngeri dan bayangan gurauan sebelum ini telah agak2 melenyap la ditelan masa.

Mesti suma cam tertanya2 dengan penuh soalan di dada kan, how's Cyber? Ok tak? Best tak? Banyak Leng Chai tak? sume2 la kan.. (pada sapa yg dah keje lima blas taun kat sini kau diam haha). Beta akan tulis from my point of view setelah baru sebulan jagung (belum setahun pon lagi dah ada hati nak komen hitu hini) bermusafir selama 8 jam sehari 5 hari seminggu di sini..

Journey
- The very mimpi ngeri nightmare of the ngeriest ever! Dulu yg buat saya taklalumakantidotaklenamandagak2basah masa nak kena tukar sini kan pasal menda nilah. Bukan pasal dok rindu kat Brat Pitt or risau sapa nak jaga anak ikan.

- Masa 1st time re-key jalan rasa macam a journey to the other side of the planet. Jauh gila diikuti dengan perasaan "Am I gonna use this bloody highway everyday?"

- Kengerian terhadap jam telah memaksa diri ini merearrange time tido (tido kol 10pm, gile makcik) coz nak kena bangun seawal 5.45am (1st day bangun kol 5.15am dowh).

- Bertolak kol 6.30am sharp. Lambat 8 minit je kete banyak dah. By 7.15am dah sampai opis. Gila berdedikasi aku sejak akhir2 nih! Nasib tak jadi tukang bukak gate.

- Balik harus wajib takde sunat2 muaakad nak balik lambat. Kena cabut on time 5.30pm kalo nak amik budak2 before 6.30pm. Tapi since my beloved PIL ada kat rumah tolong amik budak2 ni, dapat la buat2 terhegeh2 balik. dalam kol 6 camgitu.. sampai la rumah around 7pm.. Kuar rumah bukak lampu kete, balik pon bukak lampu. Berkarat bersawang serta berhabuk dalam kete free2 je..

- Oh ya,journey to go home adalah proses mari mengkayarayakan dan memberi harta melimpah ruah terhadap Jabatan Kerja Raya. Cyber-MEX-Federal-Kerinchi Link-Hartamas-Duke. Sila kira brapa tu. Duit snack plate KFC thigh and drumstick serta air milo burn gitu je hari2..

Makan Minum
- Masalah negara yang paling penting. Perut harus kenyang dan tekak harus berpuas hati barulah dapat menzahirkan komitken yang tinggi serta penuh konsentrasi terhadap kerja. Jadi ini adalah salah satu faktor penting yang harus diambil kira dan tidak boleh disisihkan (Ayat gila cam nak bentang bajet).

- HP Global Center, Cyber 8, Persiaran Rimba Permai yang gah ini memiliki sebuah kafeteria yg cukup hebat dengan ruang luar beserta iringan muzik, ruang dalam serta bilik beraircond utk mat2 salleh yang tak tahan panas juga utk MatSalleh hassan bin Abdul Wahid yg berambut oren.

- Namun rupa luaran tidak penting. Jika cafe yg bercat putih beserta lumut2 hitam di tepi dinding dan hanya ada sebuah kipas yg dah berbunyi kreek kreek tapi makanan dia cukup membuka selera saya betul2 tak kisah. Ini kalau penampilan kemain cyber lagi tapi hari2 lauk dhal lama2 muntah kari gak aku kan. lama2 ketiak pon bau acar.

- Disebabkan oleh faktor ini, jadi hampir setiap hari lah kami makan di luar. drive je, kalo jalan kaki baik tahan bas terus balik rumah je.

- Hari2 cuba tempat lain2 dalam proses berkenalan dengan tmpt makan yang sedap dah harga berpatutan. masa di dalam fasa cuba cuba jaya lagi.

- Satu je tak bleh blah cyber ni kan adalah there is no way for you to escape from this little creature. badan kecik mak ai tapi tahap annoying tu melebihi rasa menyampah terhadap tukang sibuk sebar gossip dan takde kerja lain nak buat. Yea perkenalkan - LALAT! lalat jahat kenapa kau nakal sangat..

Persekitaran dan suasana
- Excuse me di atas tajuk yang tak boleh blah seperti di atas.

Kita mulai dengan persekitaran dalaman:-
- Suhu semasa yang dicatat sekarang adalah 8 darjah celcius di bawah paras beku. dok sini lama2 akan memberikan anda potensi untuk menjadi sosej Ramly dan bersedia dibuat hot dog pada bila2 masa sahaja. Kalau setakat jaket nipis nak nampak cam exsekutif bank tu baik lupakan saja. mesti ada jaket tebal tebal one dan jikalau ada bulu2 biri2 lagi afdal. bagi yang berkulit tidak berlemak seperti saya ini mmg la kena pakai jaket yang nak masuk iglu kaedahnya.

- Jika anda mau ke tandas , ke surau, ke tangga, ke air terjun kat bawah dan kemana2 sahaja anda tidak harus melupakan tag nama anda ya. kerana tahap keselamatan di sini adalah berkadaran dengan bangunan Pentagon di Amerika Syarikat. nasib nak duduk kat kusi takyah tag.

- Oh lagi satu yang best, cubic saya adalah very the hampir dengan pantry (tapi tiada gunanya sebab takde bekfes free kat sini dah) dan juga pintu ke toilet. juga hampir dengan meeting room dan juga tempat istirehat. Begitu hampir dengan abang2 Chennai yg suka memakai ringtone Dil Kya Kare.

Ok now kita jenguk ke persekitaran luaran:-
- HP Global Center juga dikenali dengan nama HP Campus. Why campus? Sila imagine campus life.. yea itu macam la.. macam2 ada sini.. takde beza sangat dengan persekitaran Universiti Multimedia. Yang lainnya just 'student2' kat sini ada yang dah tua bangka dan beranak pinak macam saya ni.

- Kalo rasa nak kasik badan shape cam Linda Jasmin no halnye.. Itu gym ada ma.. pegi kayuh treadmill 3 kali seminggu pastu register kelas aerobik je kompem! minggu depan dah boleh register kelas mari menari.

- Kalo rasa nak challenge Datuk Nicol David ke, Datuk Lee Chong Wei Karpesky ke, Datuk AC Mizal gelang si paku gelang ke(eh?) heh no hal nye. Pi je kat multipurpose hall. Macam2 court ada...

- Nak lagi? Hah kalo stress ngan boss atau rakan sekerja yg suka buat2 bz tapi rupanya dok bz main Farmville atau memerlukan terapi diri yang mendalam, balun je kelas Yoga ha. Kalo tak kerana ustaz kata Yoga ada pengaruh hindu mmg dah lama dah saya join.

- Tak cukup lagi? Kata student berumur kan, dah berumur mesti la beranak pinak kan. tatau mana nak letak anak? maid indon yang keje malas tapi gaji nak besar mengalahkan ofis boy asyik lari je? or rasa macam tanak berenggang ngan anak2 walaupun sewaktu bekerja? ha apa lagi? hantar la anak2 ke Day Center kat sini. yeah... macam2 ada kan... gila campus!

- Apa lagi yg tertinggal ah? if ada nanti la saya hapdet dalam post lain kekeke..



So itu macam lor.. tempat baru, environment baru, makanan baru, kadar perbelanjaan harian baru, tapi keje tetap lama ma.. muka boss ngan muka rakan2 pon lama gak. cuma berubah kedudukan tempat je hehe.. cuma perlu maintain semangat juang je di medan notebook je.

For me, me myself masih di bawah tahap cuba2 try test lagi kat sini. If agak2 ala2 cam nak termuntah darah dengan rutin2 ini tu lain cerita la kan.. itu lain nye story la uolls..


So here it goes.. Our new habitat...


2 thoughs.. on "Cyber ah?"

MaS PuTRi on October 26, 2010 at 8:06:00 PM GMT+8 said...

welcome home Cyberjaya kak ieta.. u akan jatuh cinta dgn tempat ini. feel free to come Putrajaya sebab ada banyak view yang cantik & tempat makan yang menarik. =)

-:monalisacrv:- on October 28, 2010 at 7:19:00 AM GMT+8 said...

Alah, mektaa... Sha ni tersesat masuk dlm HP and boleg terkagum kejap. Compare to opiz lama kita dulu dgn skang..Fuh, umpama Suria KLCC dengan Tesco...

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal