Friday, November 26, 2010

Mum..

Expressed by Noorita Yusof at 2:10 PM 1 thoughs.. Links to this post
One of my favorite friend kasik this joke.

3 yrs old      : "Mummy, I love you"...
10 yrs old    : "Mum whatever!"...
16 yrs old    : "My Mum is so annoying!"...
18 yrs old    : "I wanna leave this house."...
25 yrs old    : "Mum,you were right." ......
...30 yrs old : "I wanna go back to my Mum's house."...
50 yrs old    : "I don't wanna lose my ...Mum."...
70yrs old     : "I would give up EVERYTHING for my Mum to be here with me..."


Well this is soo damn right I can say!


3 yrs old      : "Mummy, I love you"...
Tiba2 teringat kat my kids.. Okla to be exact my son. Skang dalam fasa mari bermanja2 dan bercinta2 bersama mama.. He love to rub my hair, my face, stare deep into my eyes, kiss my cheek and hug me.. Bila tengok tv dia suka duduk kat riba saya sambil memeluk erat. Bila saya tanya, sayang kat mama tak? For him maksud sayang tu adalah kisses dan ciuman2. Setiap kali tanya mesti dia cium pada 5 tempat wajib - pipi kanan, pipi kiri, dahi, hidung and my lips.. Tiap kali dukung mesti nak kena lentuk kepala kat bahu.. Same goes to my doter oso. Last time dia pon camtu (except part yg stare2, and rub2. Tu je dia tak buat). But now she dah nak masuk 5 tahun. Dah tak berapa nak bercinta sangat dengan mama.. Lagi suka layan doll atau perkakas masak2 dia..


10 yrs old    : "Mum whatever!"...
Berbalik pada diri sendiri since anak belum mencapai tahap ini. Dulu masa 10 tahun rasanya famous ada satu iklan susu tu. Fernleaf I remember exactly. Iklan dia kan yg anak kasik present kat mama dia. Satu kotak putih yang bila bukak ada kertas2 kaler pink tak silap. Then the mum akan selak kertas2 tu then ada tulis "Mummy I love you" camtulah.. So I did the same to my beloved mum on her birthday or hari ibu tak ingat dah.. I still remember her tears on that time. And for me, at the age of 10, I still need my mother macam nyawa sendiri.. No whatever please! Anak mat salleh banyak la macam tu kot.


16 yrs old    : "My Mum is so annoying!"...
Masa ni tengah bercambah perangai gatal sebab baru nak berboyfren2 kan. Dulu alat telekomunikasi terpenting adalah telefon talian tetap sahaja. Mana ada henfon2, sms2, 2Facebook, Sykpe2 segala ni. So sekali memegang gagang telefon bertali gulung gulung, mesti la bergayut macam kera kan. Lama gila skali cakap selagi tak panas taik telinga tak letak. Masa ni memang agak terasa la keannoyingan ibu kita sebab setiap 10 minit dia akan datang dekat2 dan suruh letak tepon. Lagi2 kalau kita yang tukang telefon. Datang bil hujung bulan siap2 la. Tiba2 tiap2 petang ada kelas tambahan kat sekolah. Malam ada kelas taekwondo ke, kelas tarian ke. Paling koman buat stadi group konon kat rumah kawan. Punya tanak terserempak mak nye pasal kat umah takut kena bambu. haha..


18 yrs old    : "I wanna leave this house."...
Toksah cakap la tengah2 remaja ni. Gatal merenyam tu memang to the max! Kalo yg hot chick tu pada usia ni dah bertukar 6 teman lelaki dah. Masa ni tau nak memberontak je. Kalo mak kata jangan pegi dating, nak jugak.... Jangan balik lambat, buat jugak... Tapi saya pada usia 18 tahun mmg leave the house pun. Ketika ini sedang berada di Kolej Mara Banting. Yang mana upgrade sikit dari sekolah berasrama penuh. Dapat kuar 2 minggu sekali je dan harus balik  kolej sebelum 7 malam. Jadi ko nak menggatal tang mana Bedah ooi... Gatai di kalangan budak2 dalam kolej je le.. Memang gatai sungguh la sebab di sinilah di mana saya berjumpa suami tersayang. I mean couple la dulu. Apa barang kawin umur 18 tahun.


25 yrs old    : "Mum,you were right." ......
Bunyinya penuh dengan kematangan kan? Pada pendapat saya, dialong - "Mum, you're rite" ni macam kata2 yg diluahkan samada oleh gadis bunting 6 bulan tapi tak penah amik kursus kawin hatta sekalipun, atau telah bertukar ke status janda/duda dengan anak baru setahun jagung. Dan reverse psychology sket, mungkin jugak kata2 yang dikeluarkan oleh ibu muda macam saya? - "Betulla la ma.. Jaga anak ni memang boleh buat jadi kerempeng!" Tapi 25 tahun saya baru kawin. Kemungkinan  besar dialog ini keluar dari mulut saya masa saya rasa berdebar tunggu bakal suami nak lafaz akad nikah kot. Kot2 la mulut dia terkunci tak pasal2 kena lafaz 11 kali baru sah.


...30 yrs old : "I wanna go back to my Mum's house."...
THIS IS EXACTLY RIGHT!!!!!
Memang skang rasa asyik nak balik kampung je. Pantang cuti lebih dari 2 hari memang ke kampung halaman la tujuan. Masa ni la segala masakan mak tu macam yg terpaling marveles di dalam dunia! Macam kalo makan ulang2 selama 4 hari 4 malam pon tak puas2. Dulu eksyen. Mak masak macam2 komen. Tawar la tak pedas la kurang tu la ini la.. Skang hamik! Macam la diri sendiri masak sedap sangat. Huwa...!! Nak balik!!

 
50 yrs old    : "I don't wanna lose my ...Mum."...
Takyah tunggu 50 tahun. Dari dulu sampai sekarang pon saya tanak kehilangan ma saya yang tercinta. I just can't imagine how I can live without her..

 
70yrs old     : "I would give up EVERYTHING for my Mum to be here with me..."
Impossible isn't it..? :( 




It's Friday Morning..

Expressed by Noorita Yusof at 8:46 AM 3 thoughs.. Links to this post
Dah lama I tak gelak bila dengar Panggilan Hangit kat HotFM.

For me mostly yg kena hangit tu macam dah tau je tu panggilan hangit. Lagi2 kalo yg tukang call tu si Farah Fauzana. Sapa la tak cam suara itik serati dia tu even ko kepit la camane pon nak kasik bunyik cam Rozita Che Wan. And the hangitee pon satu. Pandai pulak prentending pastu layan la call tu. Bila tang last when the moment hangiter cakap ni bukan whoever is tat but Fafau/FBI/Faizal Ismai/AG call, dah.. the hangitee buat2 la terkejut sakan diiringi jeritan nyaring dah ada sikit mocking2 words kat situ.

Eleh...

Tapi pagi ni best!

Caller terkena konon2 kena interview as cabin crew kat syarikat penerbangan tutttt... Siap kena hembusan nafas CPR segala. Saya apa lagi gelak macam orang separuh tak betul sikit, ditambah berseorangan di dalam kereta. Pasti pengdriver2 sekitar akan berfikir, oh riang gembiranya dia memandu.

Tapi baeknya abis Panggilan Hangit di kala ketawa masih bersisa, keluar pulak lagu Dan Bila Esok..



Wednesday, November 24, 2010

Kalaulah korang tau kan..?

Expressed by Noorita Yusof at 5:10 PM 2 thoughs.. Links to this post
Saya cukup pasti ramai dah dikalangan kita yg tau pasal 2012 nye cite bukan?

Mega big bang, Maya's Prediction, The Arrival, banjir besar, Imam Mahdi kuar, kiamat...
Apa lagi yg dah tengok cite 2012, lagi la tahap peratusan kepercayaan yang lagi 2 tahun adalah the end of the day..

Wah! Intro blog adalah iras2 macam Majalah Tiga hokey! Kalo teruskan dengan ayat Nurul Syuhada Nurul Ain camni agak2 korang muntah hijau tak ekeke..

Well..

Saya bukan la tak percaya menda2 ni. Lagi pulak tanda2 akhir zaman tu dah banyak benar dah kuar. Bukan tanda2 kecik je. Tu sume dah lama dah kuar. Skang tengah menuju akan keluarnya tanda2 besar cam Imam Mahdi kuar, Dajjal mengganas ect ect sampaila matahari terbit dari barat....
Untuk lebih lanjut sila lanjut lanjutkan kerajinan anda ke kedai buku berhampiran or kalo nak nampak cam ulat buku sket pegi la library or if pemalas tahap teknologi kan, Mr. Google ada. Tepuk jari tanya keyboard.

But still...... It is a MAYBE or MAYBE NOT that kiamat or bahasa standardnya End of the Day will be happened on year 2012. Kiamat masih menjadi rahsia Allah dan hanya Dia yang Maha Mengetahui. Kita hanya boleh meramal tapi takde seorang umat manusia dalam dunia atau luar dunia (sebab ada yg tengah dok teropong bulan kat station ISS) yang boleh meletak tarikh dan waktu yang tepat akan berlakunya kiamat ini. (Dah... ada cam ala2 Ustazah Bahyah dah..).

Kenapa Kiamat dirahsiakan?

Sebabnya.... Kalau la sume tau date kiamat kan korang agak apa akan jadi? Okla lets say:



So macam yang sume tengah heboh, the hari kiamat been predicted to be happened on 21/12/2012. Sila print kalendar 2012 skang (sebab kat kedai lom ada kot. kalo nak jugak cuba nasib kat kedai tukang tilik. mungkin ada). Mark la date tu kan macam la korang tanda birthday date ke, anniversary ke, 1st day period ke, ulangtahun kena lempang dengan laki ke apa2 la kan.

Adakah anda semua boleh bayangkan sedara sedari, apa akan jadi pada hari2, bulan2 dan tahun2 sebelum tarikh itu?

Mungkin...

- Latest update on working plan dibentang hanya berakhir pada tarikh 20th December 2012. Tiada pelan cadangan dirangka selepas pada tarikh itu.
(Ni kisah benar ah? Sebab boss saya kat UK takde pelan backup selepas 2012. Dia kata if anyone survive, then that is a different story - what..?)

- Kad kredit, kad itu kad ini, voucher, makanan tin, meggie, lipstik, sabun mandi sume bertarikh luput pada 20th December 2012.

- Sekolah hanya membuka pendaftaran pelajar baru yang memasuki standard/form 1 hanya pada sesi persekolahan 2012. 2013 nye database tak wujud dalam sistem.

- Sume hotel, restoran2 bertaraf 5 bintang ditempah sepenuhnya pada setiap hari kerana sume nak celebrate birthday terakhir kaw kaw nye.

- Tiket2 penerbanngan ke London, Paris, Cape Town, Taiwan and tempat2 glemer yang lain sume full sebab sume sibuk nak makan angin before makan asap pada hari big bang.

- Kadar statistik jenayah menurun sebanyak 80% pada tahun 2011 dan terus merudum kepada 98% pada pertengahan tahun pertama 2012.

- Kadar pengemis tegar dan pemiskin jalanan berkurang sebanyak 99% kerana mendapat sumbangan yang tidak henti2 daripada orang ramai sehingga jumlah kutipan harian menyamai gaji bulanan Pengurus Kewangan.

- Peruntukan membina masjid dan surau ditambah dengan mendadak kerana bilangan pengunjung yang luar biasa.

- Rumah orang2 tua hampir kosong. Tinggal penghuni yang takde anak ataupun yang sudah berkematian anak sahaja.

- Kelab2 malam, kelab tengah malam dan kelab awal pagi berhenti beroperasi di atas merudumnya kadar pengunjung. Ada sesetengah kelab terus gulung tikar kerana tuan punya further stadi kat sekolah pondok di daerah pendalaman Kelantan ataupun ke perkampungan wali Songo di Indonesia.

- Ramai yang menarik balik permohonan loan kereta dan rumah baru dengan fikiran, buat apa beli menda baru kalo nanti tenggelam dalam bumi atau hanyut dalam air bah?

- Pokok2 besar byk yg kena gondol sebab ramai yang sedang berusaha membina bahtera.

- Bukit bukau dan gunung ganang menjadi sibuk persis kota metropolitan dengan bertambahnya populasi penduduk. Banglo kat atas Gunung Kinabalu selaku puncak tertinggi di Malaysia sorry ah, dah kena book dengan Mohkhtar Al Bukhary tak pun Ananda Krisnan. So if Everest? Sendiri boleh agak kot..

- Tokey2 minyak Dubai, kerabat istana Brunei, owner Facebook, Bill Gates, Donald Trumph dan yang sekapal dengannya dah booked 1st class ticket penerbangan jet ke Mars. Depa tak tau kot-kot la Mars yg kena bang dulu?

- Globe dan peta dunia abis stock sebab ini bakal menjadi sejarah dan bukti penting selepas 2012, dan jika masih ada survivor pada tahun 2013. Time ni pulau2 kecik macam Singapore (mungkin ya, jgn takut ah geng!), Belanda dan yg negara berpulau2 termasuk la Pulau Redang akan lenyap buat selamanya (Sesetengah buku agama yang husband I beli dan I semangat nak baca mengatakan mungkin US atau benua Eropah turut tenggelam. Ala macam depa dok salu koya tu. Hanya bumi Timur diangkat. Wallahu'alam).

Bayangkan jika lagi seminggu nak kiamat? Misalkata 14th Disember 2012? Mesti penuh gila la masjid. Yang tak pernah semayang jumaat seumur hidup tiba2 saf depan kau!

Pastu bayangkan pada 20 Disember 2010? Sume mesti dah siap2 duk rumah tak pegi keje dah. Last day jumpa kawan2 on 19th Disember terus pesan2. "Bila kena bang tu kalo sempat sms tau. Tak pun sykpe"

But hey, kena ingat.. Seperti yang dikhabarkan, time tu no electricity no telekomunikasi. Putus hubungan. Senjata2 nuklear sume tarak guna dah. So Jews, stop making any senjata2 ganas lagi ya. No use. Masa tu yg tinggal hanyalah panah dan kuda. Sila rujuk balik pada pesan Rasulullah dulu, belajarlah berenang (kata bumi nak tenggelam kan), memanah dan berkuda. (Saya? Tiga2 tak reti haha).

Well.. Banyak la fakta kalo nak kupas dan terangkan di sini. Lain agama lain kepercayaan dia. Bagi pengikut Lucifer dan Illuminati, 2012 adalah tahun tibanya pemimpin terulung dia, si Dajjal tu. Bagi orang Islam pulak, mungkin tahun itu adalah tahun bencana paling besar (Based on satu buku, bencana yang maha dasyat akan berlaku 8 tahun selepas bencana besar terjadi. 8 tahun lepas adalah tahun 2004, time tsunami melanda kaw2 sapu Achech dan byk negara lain) serta bakal munculnya Imam Mahdi di kala fitnah Dajjal sedang berleluasa.. Tu belum masuk bab Nabi Isa turun sume2 tu.. Wallahua'lam. Saya juga cetek ilmu. Tau sikit je pun sipi2. Sila tambah apa yg terkurang. Betulkan apa yang tersasul.

Saya rasa banyak gila lah kesan2 jangka panjang dan pendek jikalau betulla kita tau tarikh sebenar end of the day ni. So langkah selamat? Bersedia dari sekarang. Lengkapkan ilmu dan amal ibadat dari sekarang. Kalo ye pun mati tak perlu nak tunggu 21 haribulan tahun 2012 pon. Esok karang kejap lagi pon boleh jika dah sampai ajal ye tak?



Saya telah cuba dengan sedaya upaya jerit perih untuk tidak menjadi serius sgt tapi topik  ni agak serius jadi saya adalah terbawa2. Excuse me for the first time yeh, reader?




Monday, November 22, 2010

Senario lagi dan lagi..

Expressed by Noorita Yusof at 3:41 PM 1 thoughs.. Links to this post
Nurul Annoying binti Siti Irritatingnye bila....


Senario 1
- Di sebuah dapur ketika sedang memasak2 -

Tukang masak utama : "U tau, I kan mmg la suka masak. I tak suka beli2 lauk segala ni. Tatau la derang masak tu betul2 bersih ke, baca bismillah ke tak ke.."

Tukang kacau : "Tu la kan.."

Tukang masak utama : "Macam si Aunti (Tutt) tu. Dia tu kan mmg la salu masak. Tapi kan bukan sedap pun (sambil mencemikkan bibir macam OKU). Tula pasalla kan anak dia kalo datang sini mesti nak suh I masak.. Pastu kan dia buat kari, yarabbi punyala cair. Kari kan kena pekat bla bla pot pet pot pet..."

Tukang kacau: "Iyer..?" -- tatau nak komen apa dah ekceli. Gasak kau la Chef Wan tak jadi..  

Motif:
Saya tau la anda pandai dan suka gila masak. Memang bertuah la laki dan anak beranak kaum kerabat anda kan. Tapi takyah nak cite pasal ketidakpakaran orang lain pulak.



Senario 2
- Baru balik beli pampers dari Giant (bantai je. jika anda adalah Tesco fan, sila tukar jadi Tesco).

Penyibuk : "Wah beli apa tu?"

Kena layan si penyibuk : "Pampers.. Pet Pet ada less"

Penyibuk : "Oh beli Drypers lah."

Kena layan si penyibuk: "Dah beli dah kot kan."

Motif:
Motif suruh gi beli jenama lain pulak? Lain la pesanan tu sebelum kejadian. Ni dah beli siap sume nak komen lagi. Lain la tambah, "Sila beli pampers Drypers bulan depan". Ok la jugak kan. Anyhow, sukati rambut gatal saya la nak beli pampers apa2 pon kan? (motif gaduh pasal lampin bayi??)



Senario 3
- Sambil lepak2 buang masa dan menonton tv -

Penyibuk tu lagi : "Eh tau tak orang sebelah tu beli kete baru lagi sebijik"

Kena layan si penyibuk tu lagi: "Yeke? Kete apa?"

Penyibuk tu lagi: "Atoz ke apa. Padahal dah ada 3 kete dah beli buat apa lagi kan"

Kena layan si penyibuk tu lagi: "Agaknya sorang satu kot.."

Penyibuk tu lagi: "Yela buat apa pakai sorang satu.. Banyak kot duit beli kete banyak2 pastu takde tempat nak parking.. heh."

Kena layan si penyibuk tu lagi: "....."

Motif:
Yang anda sibuk dengan jumlah gandaan kereta jiran sebelah tu kenapa. Sila jenguk ke halaman rumah sendiri. Tuan rumah 2 orang tapi kete ada 5? Ada orang datang ketuk pintu rumah lantas bertanya pada anda - "Apsal awak pakai kete banyak2 ni. nak angkut orang ek. Atau awak jual bahulu sebagai side income..?" Pengajarannya tu lu punye pasal la kan nak pakai kete banyak mana setahun. Jaga kain dalam sendiri sudeh..



Senario 4
- Perbualan kosong sekadar memecahkan tembok kesunyian di dalam kereta-

Penyibuk lain pulak: "Tau tak rumah si tettt tu yarabbi punyalah bersepah. Ari tu I pegi sana kan, selipar sume tak susun. Pastu design rumah dia kan kat luar nampak besar tapi kat dalam kecik je. Ape benda la arkitek dia bla bla bla..."

Kena layan si penyibuk ni jugak: "Iya..?"

Penyibuk lain pulak: "A'ah pastu masa nak pegi kenduri anak dia tu kan, dia punya pelamin letak senget. Teleng kepala aku nengoknya"

Kena layan si penyibuk ni jugak: "Style kot.. keluaran terbaru Pak Abu. Eh, jap lagi kita singgah rumah you jap ek. I nak tumpang sembahyang"

Penyibuk lain pulak: "Eh rumah I tak kemas la you.. Kain baru angkat setambun kat kerusi tak sempat lipat lagi. Pastu pinggan dalam sink I tak sempat nak cuci tadi. Lantai lak dah seminggu tak sapu, mop lak bulan lepas. Bilik air nyot nyet nyot nyet..."

Kena layan si penyibuk ni jugak: "....."

Motif:
Satu jari tuding kat orang lain, 4 jari tuding balik kat kita. Tak caya, kasik demo skang tengok?



Kalo nak list down senario2 ni mmg sampai tahun depan tak abis (ala tahun depan sebulan lebih je pon lagi)? Nanti ada senario best yg mencanakkan kepala beta update lagi ek.

Renung renungkan dan selamat beramal...

Wednesday, November 10, 2010

Petrol Pumping

Expressed by Noorita Yusof at 9:20 AM 7 thoughs.. Links to this post



Normally I will pump my petrol sendiri without any help from petrol pump assistant. Mmg la sume stesen minyak skang layan diri kan tapi ada certain2 yg menyediakan perkhidmatan menuang petrol hanya pada gadis2 cantik dan seksi. Pakcik2 dan jejaka2 walau sekacak mana (unless the pump assistant tu gay) dan makcik2 berbaju kurung tidak layak menikmati kelebihan ini.

Lagi satu saya suka pump petrol sendiri sebab saya akan mengepam dengan penuh slow kerana saya ingin pastikan setiap titisan yang dibayar itu adalah berbaloi. Saya takkan mengepam dengan kelajuan 60 kilometer sejam ataupun sangkut clip kat petrol nozzle tu kasik isi sendiri kan sambil kita berpeluk tubuh memerhati akak sebelah terkial2 nak isi minyak. I never ever do that. Sebabnya, lagi kita mengepam laju makin banyak petrol yg transform jadi gas kan, lagi2 isi minyak tengah hari buta lagi la.. Nah itu dia ada unsur-unsur sains dan teknologi sket di suitu.. So jangan buang minyak anda free free ke udara. It's all about money money money..

Kisahnya smalam petang balik dari keje I singgah lah petrol pump tuttt ni kat area Sri Gombak jugak. Dari jauh dah nampak ada sorang Bangla ni mmg pump assistant kat situ dok tercegat baekk nya kat tempat pump kosong. Dah sudah.. Ada la tu jap lagi offer additional service kebende. Setahu saya kerja dia tolong lap cermin keta yang berdebu tak ingat ataupun menolong akak yg terkial2 tadi tu. Tapi dah banyak kali dah dia menonong isikan petrol kat kete aku tanpa disuruh. (adakah saya termasuk dalam golongan perempuan seksi seperti yang disebutkan di atas?). Tapi tiada apa yg perlu dibanggakan melainkan kemenyampahan semata2. Sebabnya I kan nak isi minyak sendiri. Tak suka la. Takpela orang nak tolong biarla kan. Tapi smalam dia ada itu extra extra ramah mesra sikit. Biasanya dia isi dengan senyuman di bibir je, namun smalam dah mula menyetart the conversation pulak dah..



Petrol Pump Assistant (PPA) :  "Brapa isi?"

Me : "RM30"

PPA : - Sambil tengok dengan senyuman semanis Salman Khan -
           "Kerja mana?"

Me : "Kat Sunway"
         Remarks:
         - Jangan sesekali bgtau menda yg benar pada strangers.
         - Pehal ko nak tau aku kerja kat mana?
         - Macam la ko tau kan Sunway ke, Kokdiang ke kat mana?
         - Bukan ko dah tanya ke soalan ni?


PPA : "Oo.... Kerja apa?"

Me : "Opis"
        Remarks:
        - Saya kerja sebagai doktor pakar otopedik. Agak2 aku kelentong ni pun dia caya kot.
        - Saya kerja apa pon so what? Nak mintak jadi ofis boy kat sana ek.
        - Ok ok faham, nak beramah tamah tadi kan..

PPA : "Anak ada?"

Me : - Angguk-

PPA : "Brapa? Besar mana?"

Me : - Tunjuk tangan kat aras pinggang aku-
         Remarks:
         - Ok, memang saja2 nak memancing undi percakapan saya kan. 
        - Macam la ko tak tau saya ada  anak ke apa. Dah lima blas kali kot nampak saya datang mengisi minyak bersama anak2 kan.
         - Everytime I come alone with my kids, bukankah anda juga yg tolong isi minyak kan..? Alah.. buat2 lupa la pulak..
         - Tapi bila saya datang bersama suami, anda tidak pula meneruskan tradisi mengisi minyak tersebut? 



Dah la isi minyak cepat gila! I mean bukanla saya suka benar nak mengadap wajah dia lama2 tapi pengisian secara sekejap dan cepat tersebut telah membuat saya kerugian. Dah abis kisah sume saya cakapla thanks kat dia kan (ke nak kena kasik tip nih?) . Dia buat lagi sengihan Amitabh Bachan la pulak kali ni. -_-"
I pon cepat2 masuk kete ngan jalan kan. Tengok2  minyak tak naik tinggi pun sepertimana yang saya isi. Eee tak suka betulla. Next time nak kena suruh dia main jauh2 la tak pun kasik dia kerja lain seperti tolong isi angin tayar ke apa kan. Tak pun suruh lap satu kereta. Kena manafaat sikit kalo betul orang nak berbakti ni kan.

Tuesday, November 9, 2010

BismikaAllahummaahyawaamut....

Expressed by Noorita Yusof at 9:00 AM 1 thoughs.. Links to this post
Terjaga dari lena, anda membuka mata..

Terpandang yang tersayang sedang lena di sebelah..

Anda ingin kejutkan dia, tapi bagaimana ya?

Usapan..?

Ciuman..?

Dan bagaimana reaksi yang tersayang..?

Usapan pasti dibalas pelukan..

Ciuman pasti dibalas ciuman...

Tapi bagaimanakah jika dibalas dengan bunga silat?




Yea.... Pagi ni saya nak gi keje kan. Pastu kejut la Mr. Hubby (dia still tido kerana saya kan kuar rumah masa time ayam berkokok) sebab nak salam kiss muah2 sume kan. Mula2 tu saja la usik. Tarik janggut dia. Skali dia tepis!! Cam aik!!?? Pastu try pegang muka dia. Ha hamik! Terus kuar buah silat sume haha.. Sakit hokey kena tepis kat lengan. Nak nangis tiba2 tapi dok ingatkan yg dia tengah mengigau terus cam tergelak (tapi dalam hati terasa jugak.. call me sensitive plss). Lama tu nak kejut and dia dok bersilat tari kat situ. Last2 cam merajuk kan malas nak kejut. Terus la turun bawah kan. Then dengar dia berlari turun tangga and tanya apa dia dah buat tadi haha.. Anda tak sedar bang? Nasib tak kena tumbuk kat muka sebijik. Kompem tak cakap seminggu. Ngigau tak ngigau.. Sapa suruh tido tak baca bismillah?




Mimpi bertumbuk ke cayang?










p/s: Tajuk post ni adalah doa sebelum tido.. ;)

Monday, November 8, 2010

Takkan nak tukar kasut sebulan skali kot..

Expressed by Noorita Yusof at 2:24 PM 2 thoughs.. Links to this post
Lagi pasal our new HP campus..

Setahu kami, bangunan ini direkacipta dan dibina dengan penuh teliti dan sangat menepati tema Let's Go Green yakni mesra alam sekitar, mesra OKU dan mesra Bob AF.

Tapi banyak jugak menda yang tak berapa nak mesra pekerja2 yang menyumbang tenaga, peluh, buah pikiran, tulang empat kerat demi menjana pendapatan HP berbillion riggit! (kasik exejeret sket)..

Mari kita check tempat parking kete yang berkeluasan 50 kaki persegi ni. (Aku tak cakap bohong nyah! Betul2 luas ok. Boleh muat sebuah kereta perdana dengan 8 biji beskal BMX ataupun sebuah kete kelisa dan 2 buah motor RXZ).



Demi menegakkan tema marilah kita berlain dari yang lain, lantai parking haruslah bergerigis penuh seni seperti ini..



Meh kita zoom in berkedalaman sikit.. yea... tu dia.. agak2 brapa cm tahap ketinggian batu batan berlantai ini. Kalo semut terjun ni mmg kalo tak arwah mau patah sesungut.





IMPACT???







Kecalaran dan kecacatanggotaan pada tapak kasut saya yang tak berapa nak lama ni.



Tak jahanam kasut 'mahal' I..?

Moral of the story, terutama pada arkitek2 yang rasa diri hebat gila kerana telah membuahkan buah pikiran yang hebat mubarako lagi berdecap kagum tu, sila2 la pikir dulu sebelum buang idea tu ke kertas. Pikir secara logika bukan magika. Kalo boleh buat magik kasut terangkat tak terkial2 masuk dalam lubang2 lantai tu takpela jugak..


Ini adalah keratan rentas tayar wheelchair orang kurang upaya. 

Sila padan padan dan menangkan kadar kelebaran tayar dan lubang lantai jahatutttt tadi tu.. Agak2 tenggelam ke tak tenggelam tayar Ras Adiba Radzi kalo dia parking kat HP nanti? Di manakah nilai2 kemesraan terhadap alam dan manusia sekitar..? 

Oleh itu, selaku bukan arkitek, sila2 la pertimbangkan idea saya ni supaya masalah parking perangkap lubang jahatutttt dapat diatasi.

- Taruk la pasir ke hapa kasik tanah sama rata ngan batu tu. Takdela lubang.. Pasir pulak kejadah pakai pasir Pantai Cahaya Bulan. Pasir keras la walauwey..
- Kata nak lets go green. Apa kata tanam rumput2 di antara celahan batu2 tu. Cantik apa!
- Takyah batu2 nye.. Cabut buat je lantai simen. Takpon lantai tar. Selesa pon selesa.
- Nak lagi? Pikir sendirila pulak.. Apa ke malas..?





Sunday, November 7, 2010

Do I have a choice..?

Expressed by Noorita Yusof at 11:39 AM 1 thoughs.. Links to this post
Sofya : "Mama... Sofiya nak buat kek ni. Mama nak kek flower ke nak kek karipap?"

Me : "Hmm kek karipap lah.." (I wonder what is kek karipap btw he..)

Sofiya : "Ala.. kek flower la ek mama..?"

Me : "okie.. :)"

Thursday, November 4, 2010

Kepantangan ke 14

Expressed by Noorita Yusof at 4:33 PM 0 thoughs.. Links to this post
Salah satu kepantangan saya adalah lauk pauk yang bercirikan sambal yang kasar-kasar nak mampus.

Kegelian terhadap ini mula disedari masa saya berumur 5 tahun dulu. Yeap cukup kekanak-kanakan untuk memilih makanan tapi saya masih ingat dengan teramat jelas sekali. Ada satu hari tu arwah atuk saya yang saya panggil ayah telah membelikan kami sepupu sepapat semua nasik lemak sebungkus sorang utk brekpes tak silap. (rasanya time ni cuti sekolah so kami suma jenis lepak2 umah atuk nenek nak main2). Sume makan dengan pelahap tanpa banyak soal jawab tapi saya tidak dapat menelan hatta sebijik nasi pon jua. Sebabbya? Sebab sambal dia got keping-keping cili yg besar-besar one.. Tak proper nye blender. YUCKS!

Dan itu adalah permulaan di mana kefobiaan terhadap keping cili ni semakin menjelas dari sehari ke sehari sampai dah tua bangka ni.

Kalo gi kedai makan and the lauk tu itu macam mmg sorry la kan. Saya lebih rela dan afdal mengambil ikan goreng berlaukkan kicap. Lagi selera!

Lagi satu yang paling aku astaga sekali kalo yang jenis bangsa dan abis makan pastu main cungkil2 gigi kan. Ok fine fahamla gigi ko banyak benar taik kan tapi boleh tak menyungkil dengan berbudi bahasa sikit. Like macam my dad salu buat, pegang tisu sekeping, then cungkil2 taik gigi tu pastu sila lap kat tisu tu then buang. Bukan ko cungkil2 pastu kuis ngan tangan pastu pling melantunkan ke udara kan. Nak nak yg dikuis tu kepingan cili pastu selepas dilantunkan lantas menyembah bumi. Pastu orang lalu terpijak pulak kat kaki (ni especially kat rumah la kan). Or paling best kalo dok baring2 skali tangan ko kena cili tu. Or paling best lagi melekat kat rambut. YUCKSSSSSSSS!!!

Ok tu yg bangsa perangai pengotor tahap najis mughalazah la kan.
Yang lagi satu yang tak bley tahan kalo tiba2 terpandang seorang jejaka kacak, macam.. macam sapa aa.. sume takde piawaian kat Mesia ni. Ok then tengah dok admire2, skali dia mengukirkan sebuah sengihan (kalo senyuman tak nampak). Cun. Tapi!! Kat itu gigi ada cili! YUCKS!! Hatta Brad Pitt pon aku cabut!


Nasib la daun sup. Kalo cili????


Kesimpulannya...


Kalo nak masak tu, sila la blend cili tu hancur-hancur-hancur, lumat-lumat-lumat, halus-halus-halus. Kalo biasa blend 5 minit ha tambah lagi 5 minit. Kasik betul2 hancur. Lantak la kan sapa suka cili tebal2 tu. Nanti buang air keluar balik. Tak caya try. Buang karang je telan cili besar2 tu. Dah la geli tak hadam lak tu.
Ni applicable utk cili kering yg dijadikan cili mesin tu ah. Kalo cili padi lain cite. Tu mmg lagi afdal di makan secara raw dan harus digigit secara langsung. Kalo dah blender kurang ummph!

Apsal la kan saya tiba2 membebel pasal cili ni.
Kisahnya pagi tadi ada la singgah Petronas beli sebekas kuey teow goreng ni. Dikhabarkan sedap2 la hasil2 gorengan kat situ kan. Dah sampai opis, skali bukak2 tgh perghh baiknya cili2 kasar bertaburan menghiasi kuey teow itu. Apa lagi. Letak sudu, tutup balik then kasik cleaner haha.. 100% menutup selera! Yeap itu macam punya serius!



Cuba perati kuey teow dari gambar yang saya goggle ni. Ntah sapa2 ntah masak tapi yang penting dapatkah anda cari di mana letaknya kepingan2 cili mesin yang merata2? Tiada bukan?? Ha ini baru la dikatakan boleh ditelan. Ada faham??



Nak compare gambar ni dengan kuey teow tadi tapi disebabkan geli nye pasal tak lalu nak amik gambar. Takpelah rezeki cleaner India tu bersempena Deepavali pada esok hari..




Tuesday, November 2, 2010

Lil' cute fish..

Expressed by Noorita Yusof at 3:39 PM 0 thoughs.. Links to this post

Pada suatu hari, seekor ikan kecil yang sangat comel sedang bermain2..
Tiba-tiba ikan ini terlihat sesuatu  yang menarik perhatiannya dah lantas ia melompat keluar mendapatkannya.


Ikan tersebut dimiliki dan semenjak dari saat itu, ikan yang comel disimpan di dalam sebuah akuarium yang sangat cantik... Berenang-renanglah ikan itu dengan gembira..



Kadang-kadang Si Comel datang menemani si ikan dan bermain bersama-samanya..
Mereka sungguh gembira dan bahagia bergurau senda..


Namun begitu, ia tidak kekal selamanya. Tibalah saat si ikan kembali pada tempat dari mana ia datang..
Pulanglah si ikan pada tempat asalnya...


 
Ruang permainan tinggalan si ikan yang comel terbiar kosong..
Tidak akan pernah diisi buat selamanya..


Monday, November 1, 2010

Penyakit runsing.

Expressed by Noorita Yusof at 3:37 PM 0 thoughs.. Links to this post
Muka saya, wajah saya, rupa saya, kulit muka saya (ok semua merujuk pada satu bahagian badan - MUKA!) adalah di dalam kondisi yang tidak berapa nak baik..

Ini adalah berdasarkan pada faktor2 seperti berikut:-

- Rentetan daripadan tahap tension dan serabut kepala hotak sejak sebulan lalu taktala menerima perkhabaran bahawa penghijrahan ke Cyber adalah sesuatu benar. Tiada yang cobaan melainkan benar2 belaka..

- Keserabutan kepala telah menyumbang kepada kehilangan selera makan secara mendadak dan ini menyebabkan stuktur daging pipi mengecut sebanyak 25% dan kepejalan badan mengurang sebanyak 50%. Banyak orang mengkagumi 'pelan' dietku tapi yang sejujurnya - "Mana saya penah diet2 kontrol2 makan ni Senah oi..."

- Kerungsingan kepala telah membuatkan fikiran asyik melayang dan banyak rutin mingguan seperti memasker kulit setiap hari Ahad, memscrubkan muka selang sehari dan mengpenyektomatokan wajah 3 hari sekali juga tergendala.

- Keadaan ini memaksa kulit muka menjadi hilang kesegaran dan garis2 kesugulan jelas kelihatan.

- Apabila kepala tidak tenteram, nafsu serakah malas juga melonjak2. Pil2 Nuvafemme yang harus diambil setiap pagi dan petang juga ntah kemana hala. kalo rajin makan, kalo tak lantak..

-  Menyebut perkataan lantak, tabiat buruk lantakku juga sudah laman menghilang dan diganti dengan perangai memakan nasik yg diorder separuh sahaja manakala selebihnya akan dikacau2 dengan sudu sebelum ditinggalkan tanpa belas kasihan..

- Kantung mata atau nama glemernya eye bag adalah semakin menjelas, dan memberuang pandakan yang membuatkan usia wajahku menjadi 5 tahun lebih tua.

- Selain daripada itu, kegatalan mencuba pencuci muka baru serta kegelenyalan memakai 'miracle water' keluaran Ginvera (nak beli yg SKII nye tak mampu) telah menambahkan populasi setinggan jerawat2 pasir di dahiku.

- Dan la gatal mencuba produk baru, malas pulak nak pakai night cream. ha apa lagi!

- Disamping itu saya juga tidak bekebolehan memakai make up serta foundation2 segala. Jadi segala ketidaklancaran  muka tidak dapat disembunyikan. Kalau dapat make up ataupun buat live photoshop best gak kan. baru kulit muka sokmo2 mulus halussssss cam kepala Harith Iskander eh kulit Aishwarya Rai... :)



Jadi kini saya sedang  berusaha gigih untuk mecari2 di mana Encik Selerawati binti Abdul Makan Banyak pergi. Sikit2 dah jumpa la tapi belum cukup lagi ni. Kena terus berusaha sampai dapat pakai balik jeans Applemint tu without belt. skang pakai suar sume longgar. Tak best la ini macam..

Dan yea tinggalkan sume produk2 gatal dan kembali kepada produk alam2 semulajadi. Kulit saya ni sesuwai dengan produk Mustika Ratu dan produk2 berunsurkan alam semulajadi  je.. Kalo dah dasar kulit nusantara tu jangan nak berangan nak pakai produk Celine Dion huhu..

Lagi satu, kena praktis menggembirakan hati pula. Dah sebulan lebih hati cam tak berapa nak happy.. Ada satu perasaan dok kacau2 hati...

So.. saya pun tak tau apa motif saya tulis menda tak berfaedah ni. Agaknya disusuri oleh rasa bersalah terhadap diri sendiri kot.. dan utk sedap2kan hati..
 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal