Wednesday, November 24, 2010

Kalaulah korang tau kan..?

Expressed by Noorita Yusof at 5:10 PM
Saya cukup pasti ramai dah dikalangan kita yg tau pasal 2012 nye cite bukan?

Mega big bang, Maya's Prediction, The Arrival, banjir besar, Imam Mahdi kuar, kiamat...
Apa lagi yg dah tengok cite 2012, lagi la tahap peratusan kepercayaan yang lagi 2 tahun adalah the end of the day..

Wah! Intro blog adalah iras2 macam Majalah Tiga hokey! Kalo teruskan dengan ayat Nurul Syuhada Nurul Ain camni agak2 korang muntah hijau tak ekeke..

Well..

Saya bukan la tak percaya menda2 ni. Lagi pulak tanda2 akhir zaman tu dah banyak benar dah kuar. Bukan tanda2 kecik je. Tu sume dah lama dah kuar. Skang tengah menuju akan keluarnya tanda2 besar cam Imam Mahdi kuar, Dajjal mengganas ect ect sampaila matahari terbit dari barat....
Untuk lebih lanjut sila lanjut lanjutkan kerajinan anda ke kedai buku berhampiran or kalo nak nampak cam ulat buku sket pegi la library or if pemalas tahap teknologi kan, Mr. Google ada. Tepuk jari tanya keyboard.

But still...... It is a MAYBE or MAYBE NOT that kiamat or bahasa standardnya End of the Day will be happened on year 2012. Kiamat masih menjadi rahsia Allah dan hanya Dia yang Maha Mengetahui. Kita hanya boleh meramal tapi takde seorang umat manusia dalam dunia atau luar dunia (sebab ada yg tengah dok teropong bulan kat station ISS) yang boleh meletak tarikh dan waktu yang tepat akan berlakunya kiamat ini. (Dah... ada cam ala2 Ustazah Bahyah dah..).

Kenapa Kiamat dirahsiakan?

Sebabnya.... Kalau la sume tau date kiamat kan korang agak apa akan jadi? Okla lets say:



So macam yang sume tengah heboh, the hari kiamat been predicted to be happened on 21/12/2012. Sila print kalendar 2012 skang (sebab kat kedai lom ada kot. kalo nak jugak cuba nasib kat kedai tukang tilik. mungkin ada). Mark la date tu kan macam la korang tanda birthday date ke, anniversary ke, 1st day period ke, ulangtahun kena lempang dengan laki ke apa2 la kan.

Adakah anda semua boleh bayangkan sedara sedari, apa akan jadi pada hari2, bulan2 dan tahun2 sebelum tarikh itu?

Mungkin...

- Latest update on working plan dibentang hanya berakhir pada tarikh 20th December 2012. Tiada pelan cadangan dirangka selepas pada tarikh itu.
(Ni kisah benar ah? Sebab boss saya kat UK takde pelan backup selepas 2012. Dia kata if anyone survive, then that is a different story - what..?)

- Kad kredit, kad itu kad ini, voucher, makanan tin, meggie, lipstik, sabun mandi sume bertarikh luput pada 20th December 2012.

- Sekolah hanya membuka pendaftaran pelajar baru yang memasuki standard/form 1 hanya pada sesi persekolahan 2012. 2013 nye database tak wujud dalam sistem.

- Sume hotel, restoran2 bertaraf 5 bintang ditempah sepenuhnya pada setiap hari kerana sume nak celebrate birthday terakhir kaw kaw nye.

- Tiket2 penerbanngan ke London, Paris, Cape Town, Taiwan and tempat2 glemer yang lain sume full sebab sume sibuk nak makan angin before makan asap pada hari big bang.

- Kadar statistik jenayah menurun sebanyak 80% pada tahun 2011 dan terus merudum kepada 98% pada pertengahan tahun pertama 2012.

- Kadar pengemis tegar dan pemiskin jalanan berkurang sebanyak 99% kerana mendapat sumbangan yang tidak henti2 daripada orang ramai sehingga jumlah kutipan harian menyamai gaji bulanan Pengurus Kewangan.

- Peruntukan membina masjid dan surau ditambah dengan mendadak kerana bilangan pengunjung yang luar biasa.

- Rumah orang2 tua hampir kosong. Tinggal penghuni yang takde anak ataupun yang sudah berkematian anak sahaja.

- Kelab2 malam, kelab tengah malam dan kelab awal pagi berhenti beroperasi di atas merudumnya kadar pengunjung. Ada sesetengah kelab terus gulung tikar kerana tuan punya further stadi kat sekolah pondok di daerah pendalaman Kelantan ataupun ke perkampungan wali Songo di Indonesia.

- Ramai yang menarik balik permohonan loan kereta dan rumah baru dengan fikiran, buat apa beli menda baru kalo nanti tenggelam dalam bumi atau hanyut dalam air bah?

- Pokok2 besar byk yg kena gondol sebab ramai yang sedang berusaha membina bahtera.

- Bukit bukau dan gunung ganang menjadi sibuk persis kota metropolitan dengan bertambahnya populasi penduduk. Banglo kat atas Gunung Kinabalu selaku puncak tertinggi di Malaysia sorry ah, dah kena book dengan Mohkhtar Al Bukhary tak pun Ananda Krisnan. So if Everest? Sendiri boleh agak kot..

- Tokey2 minyak Dubai, kerabat istana Brunei, owner Facebook, Bill Gates, Donald Trumph dan yang sekapal dengannya dah booked 1st class ticket penerbangan jet ke Mars. Depa tak tau kot-kot la Mars yg kena bang dulu?

- Globe dan peta dunia abis stock sebab ini bakal menjadi sejarah dan bukti penting selepas 2012, dan jika masih ada survivor pada tahun 2013. Time ni pulau2 kecik macam Singapore (mungkin ya, jgn takut ah geng!), Belanda dan yg negara berpulau2 termasuk la Pulau Redang akan lenyap buat selamanya (Sesetengah buku agama yang husband I beli dan I semangat nak baca mengatakan mungkin US atau benua Eropah turut tenggelam. Ala macam depa dok salu koya tu. Hanya bumi Timur diangkat. Wallahu'alam).

Bayangkan jika lagi seminggu nak kiamat? Misalkata 14th Disember 2012? Mesti penuh gila la masjid. Yang tak pernah semayang jumaat seumur hidup tiba2 saf depan kau!

Pastu bayangkan pada 20 Disember 2010? Sume mesti dah siap2 duk rumah tak pegi keje dah. Last day jumpa kawan2 on 19th Disember terus pesan2. "Bila kena bang tu kalo sempat sms tau. Tak pun sykpe"

But hey, kena ingat.. Seperti yang dikhabarkan, time tu no electricity no telekomunikasi. Putus hubungan. Senjata2 nuklear sume tarak guna dah. So Jews, stop making any senjata2 ganas lagi ya. No use. Masa tu yg tinggal hanyalah panah dan kuda. Sila rujuk balik pada pesan Rasulullah dulu, belajarlah berenang (kata bumi nak tenggelam kan), memanah dan berkuda. (Saya? Tiga2 tak reti haha).

Well.. Banyak la fakta kalo nak kupas dan terangkan di sini. Lain agama lain kepercayaan dia. Bagi pengikut Lucifer dan Illuminati, 2012 adalah tahun tibanya pemimpin terulung dia, si Dajjal tu. Bagi orang Islam pulak, mungkin tahun itu adalah tahun bencana paling besar (Based on satu buku, bencana yang maha dasyat akan berlaku 8 tahun selepas bencana besar terjadi. 8 tahun lepas adalah tahun 2004, time tsunami melanda kaw2 sapu Achech dan byk negara lain) serta bakal munculnya Imam Mahdi di kala fitnah Dajjal sedang berleluasa.. Tu belum masuk bab Nabi Isa turun sume2 tu.. Wallahua'lam. Saya juga cetek ilmu. Tau sikit je pun sipi2. Sila tambah apa yg terkurang. Betulkan apa yang tersasul.

Saya rasa banyak gila lah kesan2 jangka panjang dan pendek jikalau betulla kita tau tarikh sebenar end of the day ni. So langkah selamat? Bersedia dari sekarang. Lengkapkan ilmu dan amal ibadat dari sekarang. Kalo ye pun mati tak perlu nak tunggu 21 haribulan tahun 2012 pon. Esok karang kejap lagi pon boleh jika dah sampai ajal ye tak?



Saya telah cuba dengan sedaya upaya jerit perih untuk tidak menjadi serius sgt tapi topik  ni agak serius jadi saya adalah terbawa2. Excuse me for the first time yeh, reader?




2 thoughs.. on "Kalaulah korang tau kan..?"

MaS PuTRi on November 24, 2010 at 6:56:00 PM GMT+8 said...

kak ieta ni kreatif la.. pandai tol elaborate hehe

Noorita Yusof on November 25, 2010 at 10:10:00 AM GMT+8 said...

haha.. saja je mas.. sebab byk sgt member yang dok cakap pasal menda ni skang. pastu sume tak proceed ngan plan sebab cam stuck kat 2012. apa la kan...

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal