Thursday, November 4, 2010

Kepantangan ke 14

Expressed by Noorita Yusof at 4:33 PM
Salah satu kepantangan saya adalah lauk pauk yang bercirikan sambal yang kasar-kasar nak mampus.

Kegelian terhadap ini mula disedari masa saya berumur 5 tahun dulu. Yeap cukup kekanak-kanakan untuk memilih makanan tapi saya masih ingat dengan teramat jelas sekali. Ada satu hari tu arwah atuk saya yang saya panggil ayah telah membelikan kami sepupu sepapat semua nasik lemak sebungkus sorang utk brekpes tak silap. (rasanya time ni cuti sekolah so kami suma jenis lepak2 umah atuk nenek nak main2). Sume makan dengan pelahap tanpa banyak soal jawab tapi saya tidak dapat menelan hatta sebijik nasi pon jua. Sebabbya? Sebab sambal dia got keping-keping cili yg besar-besar one.. Tak proper nye blender. YUCKS!

Dan itu adalah permulaan di mana kefobiaan terhadap keping cili ni semakin menjelas dari sehari ke sehari sampai dah tua bangka ni.

Kalo gi kedai makan and the lauk tu itu macam mmg sorry la kan. Saya lebih rela dan afdal mengambil ikan goreng berlaukkan kicap. Lagi selera!

Lagi satu yang paling aku astaga sekali kalo yang jenis bangsa dan abis makan pastu main cungkil2 gigi kan. Ok fine fahamla gigi ko banyak benar taik kan tapi boleh tak menyungkil dengan berbudi bahasa sikit. Like macam my dad salu buat, pegang tisu sekeping, then cungkil2 taik gigi tu pastu sila lap kat tisu tu then buang. Bukan ko cungkil2 pastu kuis ngan tangan pastu pling melantunkan ke udara kan. Nak nak yg dikuis tu kepingan cili pastu selepas dilantunkan lantas menyembah bumi. Pastu orang lalu terpijak pulak kat kaki (ni especially kat rumah la kan). Or paling best kalo dok baring2 skali tangan ko kena cili tu. Or paling best lagi melekat kat rambut. YUCKSSSSSSSS!!!

Ok tu yg bangsa perangai pengotor tahap najis mughalazah la kan.
Yang lagi satu yang tak bley tahan kalo tiba2 terpandang seorang jejaka kacak, macam.. macam sapa aa.. sume takde piawaian kat Mesia ni. Ok then tengah dok admire2, skali dia mengukirkan sebuah sengihan (kalo senyuman tak nampak). Cun. Tapi!! Kat itu gigi ada cili! YUCKS!! Hatta Brad Pitt pon aku cabut!


Nasib la daun sup. Kalo cili????


Kesimpulannya...


Kalo nak masak tu, sila la blend cili tu hancur-hancur-hancur, lumat-lumat-lumat, halus-halus-halus. Kalo biasa blend 5 minit ha tambah lagi 5 minit. Kasik betul2 hancur. Lantak la kan sapa suka cili tebal2 tu. Nanti buang air keluar balik. Tak caya try. Buang karang je telan cili besar2 tu. Dah la geli tak hadam lak tu.
Ni applicable utk cili kering yg dijadikan cili mesin tu ah. Kalo cili padi lain cite. Tu mmg lagi afdal di makan secara raw dan harus digigit secara langsung. Kalo dah blender kurang ummph!

Apsal la kan saya tiba2 membebel pasal cili ni.
Kisahnya pagi tadi ada la singgah Petronas beli sebekas kuey teow goreng ni. Dikhabarkan sedap2 la hasil2 gorengan kat situ kan. Dah sampai opis, skali bukak2 tgh perghh baiknya cili2 kasar bertaburan menghiasi kuey teow itu. Apa lagi. Letak sudu, tutup balik then kasik cleaner haha.. 100% menutup selera! Yeap itu macam punya serius!



Cuba perati kuey teow dari gambar yang saya goggle ni. Ntah sapa2 ntah masak tapi yang penting dapatkah anda cari di mana letaknya kepingan2 cili mesin yang merata2? Tiada bukan?? Ha ini baru la dikatakan boleh ditelan. Ada faham??



Nak compare gambar ni dengan kuey teow tadi tapi disebabkan geli nye pasal tak lalu nak amik gambar. Takpelah rezeki cleaner India tu bersempena Deepavali pada esok hari..




0 thoughs.. on "Kepantangan ke 14"

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal