Monday, November 1, 2010

Penyakit runsing.

Expressed by Noorita Yusof at 3:37 PM
Muka saya, wajah saya, rupa saya, kulit muka saya (ok semua merujuk pada satu bahagian badan - MUKA!) adalah di dalam kondisi yang tidak berapa nak baik..

Ini adalah berdasarkan pada faktor2 seperti berikut:-

- Rentetan daripadan tahap tension dan serabut kepala hotak sejak sebulan lalu taktala menerima perkhabaran bahawa penghijrahan ke Cyber adalah sesuatu benar. Tiada yang cobaan melainkan benar2 belaka..

- Keserabutan kepala telah menyumbang kepada kehilangan selera makan secara mendadak dan ini menyebabkan stuktur daging pipi mengecut sebanyak 25% dan kepejalan badan mengurang sebanyak 50%. Banyak orang mengkagumi 'pelan' dietku tapi yang sejujurnya - "Mana saya penah diet2 kontrol2 makan ni Senah oi..."

- Kerungsingan kepala telah membuatkan fikiran asyik melayang dan banyak rutin mingguan seperti memasker kulit setiap hari Ahad, memscrubkan muka selang sehari dan mengpenyektomatokan wajah 3 hari sekali juga tergendala.

- Keadaan ini memaksa kulit muka menjadi hilang kesegaran dan garis2 kesugulan jelas kelihatan.

- Apabila kepala tidak tenteram, nafsu serakah malas juga melonjak2. Pil2 Nuvafemme yang harus diambil setiap pagi dan petang juga ntah kemana hala. kalo rajin makan, kalo tak lantak..

-  Menyebut perkataan lantak, tabiat buruk lantakku juga sudah laman menghilang dan diganti dengan perangai memakan nasik yg diorder separuh sahaja manakala selebihnya akan dikacau2 dengan sudu sebelum ditinggalkan tanpa belas kasihan..

- Kantung mata atau nama glemernya eye bag adalah semakin menjelas, dan memberuang pandakan yang membuatkan usia wajahku menjadi 5 tahun lebih tua.

- Selain daripada itu, kegatalan mencuba pencuci muka baru serta kegelenyalan memakai 'miracle water' keluaran Ginvera (nak beli yg SKII nye tak mampu) telah menambahkan populasi setinggan jerawat2 pasir di dahiku.

- Dan la gatal mencuba produk baru, malas pulak nak pakai night cream. ha apa lagi!

- Disamping itu saya juga tidak bekebolehan memakai make up serta foundation2 segala. Jadi segala ketidaklancaran  muka tidak dapat disembunyikan. Kalau dapat make up ataupun buat live photoshop best gak kan. baru kulit muka sokmo2 mulus halussssss cam kepala Harith Iskander eh kulit Aishwarya Rai... :)



Jadi kini saya sedang  berusaha gigih untuk mecari2 di mana Encik Selerawati binti Abdul Makan Banyak pergi. Sikit2 dah jumpa la tapi belum cukup lagi ni. Kena terus berusaha sampai dapat pakai balik jeans Applemint tu without belt. skang pakai suar sume longgar. Tak best la ini macam..

Dan yea tinggalkan sume produk2 gatal dan kembali kepada produk alam2 semulajadi. Kulit saya ni sesuwai dengan produk Mustika Ratu dan produk2 berunsurkan alam semulajadi  je.. Kalo dah dasar kulit nusantara tu jangan nak berangan nak pakai produk Celine Dion huhu..

Lagi satu, kena praktis menggembirakan hati pula. Dah sebulan lebih hati cam tak berapa nak happy.. Ada satu perasaan dok kacau2 hati...

So.. saya pun tak tau apa motif saya tulis menda tak berfaedah ni. Agaknya disusuri oleh rasa bersalah terhadap diri sendiri kot.. dan utk sedap2kan hati..

0 thoughs.. on "Penyakit runsing."

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal