Wednesday, November 10, 2010

Petrol Pumping

Expressed by Noorita Yusof at 9:20 AM



Normally I will pump my petrol sendiri without any help from petrol pump assistant. Mmg la sume stesen minyak skang layan diri kan tapi ada certain2 yg menyediakan perkhidmatan menuang petrol hanya pada gadis2 cantik dan seksi. Pakcik2 dan jejaka2 walau sekacak mana (unless the pump assistant tu gay) dan makcik2 berbaju kurung tidak layak menikmati kelebihan ini.

Lagi satu saya suka pump petrol sendiri sebab saya akan mengepam dengan penuh slow kerana saya ingin pastikan setiap titisan yang dibayar itu adalah berbaloi. Saya takkan mengepam dengan kelajuan 60 kilometer sejam ataupun sangkut clip kat petrol nozzle tu kasik isi sendiri kan sambil kita berpeluk tubuh memerhati akak sebelah terkial2 nak isi minyak. I never ever do that. Sebabnya, lagi kita mengepam laju makin banyak petrol yg transform jadi gas kan, lagi2 isi minyak tengah hari buta lagi la.. Nah itu dia ada unsur-unsur sains dan teknologi sket di suitu.. So jangan buang minyak anda free free ke udara. It's all about money money money..

Kisahnya smalam petang balik dari keje I singgah lah petrol pump tuttt ni kat area Sri Gombak jugak. Dari jauh dah nampak ada sorang Bangla ni mmg pump assistant kat situ dok tercegat baekk nya kat tempat pump kosong. Dah sudah.. Ada la tu jap lagi offer additional service kebende. Setahu saya kerja dia tolong lap cermin keta yang berdebu tak ingat ataupun menolong akak yg terkial2 tadi tu. Tapi dah banyak kali dah dia menonong isikan petrol kat kete aku tanpa disuruh. (adakah saya termasuk dalam golongan perempuan seksi seperti yang disebutkan di atas?). Tapi tiada apa yg perlu dibanggakan melainkan kemenyampahan semata2. Sebabnya I kan nak isi minyak sendiri. Tak suka la. Takpela orang nak tolong biarla kan. Tapi smalam dia ada itu extra extra ramah mesra sikit. Biasanya dia isi dengan senyuman di bibir je, namun smalam dah mula menyetart the conversation pulak dah..



Petrol Pump Assistant (PPA) :  "Brapa isi?"

Me : "RM30"

PPA : - Sambil tengok dengan senyuman semanis Salman Khan -
           "Kerja mana?"

Me : "Kat Sunway"
         Remarks:
         - Jangan sesekali bgtau menda yg benar pada strangers.
         - Pehal ko nak tau aku kerja kat mana?
         - Macam la ko tau kan Sunway ke, Kokdiang ke kat mana?
         - Bukan ko dah tanya ke soalan ni?


PPA : "Oo.... Kerja apa?"

Me : "Opis"
        Remarks:
        - Saya kerja sebagai doktor pakar otopedik. Agak2 aku kelentong ni pun dia caya kot.
        - Saya kerja apa pon so what? Nak mintak jadi ofis boy kat sana ek.
        - Ok ok faham, nak beramah tamah tadi kan..

PPA : "Anak ada?"

Me : - Angguk-

PPA : "Brapa? Besar mana?"

Me : - Tunjuk tangan kat aras pinggang aku-
         Remarks:
         - Ok, memang saja2 nak memancing undi percakapan saya kan. 
        - Macam la ko tak tau saya ada  anak ke apa. Dah lima blas kali kot nampak saya datang mengisi minyak bersama anak2 kan.
         - Everytime I come alone with my kids, bukankah anda juga yg tolong isi minyak kan..? Alah.. buat2 lupa la pulak..
         - Tapi bila saya datang bersama suami, anda tidak pula meneruskan tradisi mengisi minyak tersebut? 



Dah la isi minyak cepat gila! I mean bukanla saya suka benar nak mengadap wajah dia lama2 tapi pengisian secara sekejap dan cepat tersebut telah membuat saya kerugian. Dah abis kisah sume saya cakapla thanks kat dia kan (ke nak kena kasik tip nih?) . Dia buat lagi sengihan Amitabh Bachan la pulak kali ni. -_-"
I pon cepat2 masuk kete ngan jalan kan. Tengok2  minyak tak naik tinggi pun sepertimana yang saya isi. Eee tak suka betulla. Next time nak kena suruh dia main jauh2 la tak pun kasik dia kerja lain seperti tolong isi angin tayar ke apa kan. Tak pun suruh lap satu kereta. Kena manafaat sikit kalo betul orang nak berbakti ni kan.

7 thoughs.. on "Petrol Pumping"

liyana on November 10, 2010 at 10:16:00 AM GMT+8 said...

klu cakap "xpe i isik sendiri je" die x kasik ek? :D

Noorita Yusof on November 10, 2010 at 10:19:00 AM GMT+8 said...

tula problemnya kita baru je abis bayar tengok2 dia dah start pump dah. even dah soh main jauh2 ekeke.. ke dia tak faham bahasa melayu ek.

Anonymous said...

Good article. Thank you.
http://www.box.net/shared/kp0eyumkcm

Anonymous said...

Good article. Thank you.
http://www.dormonoct.350.com

Anonymous said...

Good article. Thank you.
http://blog.bitcomet.com/post/268742/

Anonymous said...

kiev escort girls ))

Order Anti-Depressants on December 29, 2011 at 7:03:00 PM GMT+8 said...

I am very happy to read this article..thanks for giving us this useful information.

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal