Monday, November 8, 2010

Takkan nak tukar kasut sebulan skali kot..

Expressed by Noorita Yusof at 2:24 PM
Lagi pasal our new HP campus..

Setahu kami, bangunan ini direkacipta dan dibina dengan penuh teliti dan sangat menepati tema Let's Go Green yakni mesra alam sekitar, mesra OKU dan mesra Bob AF.

Tapi banyak jugak menda yang tak berapa nak mesra pekerja2 yang menyumbang tenaga, peluh, buah pikiran, tulang empat kerat demi menjana pendapatan HP berbillion riggit! (kasik exejeret sket)..

Mari kita check tempat parking kete yang berkeluasan 50 kaki persegi ni. (Aku tak cakap bohong nyah! Betul2 luas ok. Boleh muat sebuah kereta perdana dengan 8 biji beskal BMX ataupun sebuah kete kelisa dan 2 buah motor RXZ).



Demi menegakkan tema marilah kita berlain dari yang lain, lantai parking haruslah bergerigis penuh seni seperti ini..



Meh kita zoom in berkedalaman sikit.. yea... tu dia.. agak2 brapa cm tahap ketinggian batu batan berlantai ini. Kalo semut terjun ni mmg kalo tak arwah mau patah sesungut.





IMPACT???







Kecalaran dan kecacatanggotaan pada tapak kasut saya yang tak berapa nak lama ni.



Tak jahanam kasut 'mahal' I..?

Moral of the story, terutama pada arkitek2 yang rasa diri hebat gila kerana telah membuahkan buah pikiran yang hebat mubarako lagi berdecap kagum tu, sila2 la pikir dulu sebelum buang idea tu ke kertas. Pikir secara logika bukan magika. Kalo boleh buat magik kasut terangkat tak terkial2 masuk dalam lubang2 lantai tu takpela jugak..


Ini adalah keratan rentas tayar wheelchair orang kurang upaya. 

Sila padan padan dan menangkan kadar kelebaran tayar dan lubang lantai jahatutttt tadi tu.. Agak2 tenggelam ke tak tenggelam tayar Ras Adiba Radzi kalo dia parking kat HP nanti? Di manakah nilai2 kemesraan terhadap alam dan manusia sekitar..? 

Oleh itu, selaku bukan arkitek, sila2 la pertimbangkan idea saya ni supaya masalah parking perangkap lubang jahatutttt dapat diatasi.

- Taruk la pasir ke hapa kasik tanah sama rata ngan batu tu. Takdela lubang.. Pasir pulak kejadah pakai pasir Pantai Cahaya Bulan. Pasir keras la walauwey..
- Kata nak lets go green. Apa kata tanam rumput2 di antara celahan batu2 tu. Cantik apa!
- Takyah batu2 nye.. Cabut buat je lantai simen. Takpon lantai tar. Selesa pon selesa.
- Nak lagi? Pikir sendirila pulak.. Apa ke malas..?





2 thoughs.. on "Takkan nak tukar kasut sebulan skali kot.."

♥L@dy @yU♥ on November 24, 2010 at 2:57:00 PM GMT+8 said...

high heel tue lawa
ita punya ker?
brpa inci tue? ;))

Noorita Yusof on March 28, 2011 at 3:42:00 PM GMT+8 said...

hehe hmm 3 inci stengah kot hehe

 

You know what.... Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal